Monday, 29 October 2012

BnB@Windsor

Rumah arwah mak kat kampung adalah rumah papan daripada kayu cengal yang dicelup minyak dan makin lama kayu itu makin gelap warnanya. Arwah abah kata, anak-anai tidak akan berani menggigit kayu cengal kerana keramatnya yang tersendiri walau batu pun tewas oleh serangga perosak itu. Betapa kuatnya gigi anai-anai yang kecil itu. Bersebelahan rumah mak ada dua lagi rumah kayu, yang juga milik mak bertujuan disewakan kepada sekolah berdekatan untuk didiami pelajarnya.

Ternyata rumah papan kayu cengal itu memang utuh kerana dua rumah bersebelahan sudah lama dimakan serangga perosak tapi rumah mak masih kekal. Kiranya mak ada dua rumah sewa dan kini aku ada dua bilik sewa! Dua bilik untuk disewakan kepada sesiapa yang mencari tempat istirehat sehari dua. BnB@Windsor sudah beroperasi sepenuhnya dan pada Aidiladha lalu, ada tetamu menginap di situ.

Apa yang disediakan adalah bilik dan breakfast saja, tapi tetamu ini gemar memasak dan dia kata nak masak salad, jadi sepanjang dua hari beliau menginap di BnB@Windsor, kami masak bersama-sama dan pastinya healthy food adalah pilihan tetamu berkenaan. Jadi dia buat salad feta cheese, aku sediakan sup cendawan dan foccacia tanpa sukatan yang betul sebab resipinya tertinggal di office. Tapi rasanya tetap boleh diterima tekak.
 
Sambil minum teh dan makan foccacia, hujan turun mencurah-curah dan kami membilang sunyi dalam hujan dengan masing-masing ada seribu kisah dalam minda dan jiwa. Terima kasih kepada tetamu berkenaan kerana memilih Windsor.
Sambil makan sambil bertukar-tukar idea dan perancangan masa depan. Masa menjadi sangat singkat kerana kami berbual mengenai masa depan, hidup yang singkat dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya, cita-cita dan impian yang belum digapai, keinginan di balik awan yang entah tidak entah kan tercapai serta sesuatu yang perlu ditempuhi kerana kami ini perempuan yang tabah dan bersemangat teguh (ehh tetiba macam motivasi pulak..hehe...)
 
Justeru kalau ada yang nak tukar angin, tak mo tidur rumah sendiri, nak rasa suasana tidur rumah orang lain..sila mendaftar untuk menginap di BnB@ Windsor ya..email terus ke ladywindsor24@yahoo.com.

Sunday, 28 October 2012

Mereka adalah ratu..

Kalau setakat kata-kata:

"Beb, ko nak pakai baju cenggitu..ehh hello ko tu gemokk!"
"Eee pakai baju macam pokok bunga bergerak aaa..."
"Ko tak leh pakai corak macam tu...tak sesuai.."

Ya itu adalah perkara biasa dan mereka sudah lali dengan segala umpat keji, segala jeling jelik, segala juih bibir dan segala bagai kata-kata yang menghiris sampai ke tulang hitam. Namun, ada mereka kisah, mereka tak kisah. Mereka sudah lali dan tiada masa hendak memikirkan kata-kata negatif dari orang lain. Mereka ada hala tuju dan mereka tak luak sedikitpun oleh umpatan orang sekeliling.

Pun begitu, tidak bererti mereka menyokong situasi dengan penampilan badan saiz jumbo, sebaliknya mereka juga mahu kurangkan berat badan demi kesihatan yang memberangsangkan. Tahniah kepada Honey Aishah, Yuhanis Meow dan Adeline yang dinobarkan sebagai pemenang Ratu Jumbo 2012 di Sungai Wang Plaza, baru-baru ini.
Mereka berkerjaya, ada penampilan dan sangat berkeyakinan. Bab yakin diri ni aku salute habis pada mereka..sebab mereka kena buat short perfomance kat atas stage untuk juri. Masing2 dengan penuh bersemangat buat sketsa yang dikhaskan seperti catwalk, dancing and singing. Kalau aku kat atas tu maunya pengsan mak!
Adeline (kiri) berat 86 kg, Honey Aishah (tengah) berat badan 125kg dan Yuhanis (paling kanan) berat badan 88kg..ehh yang paling rendah tu...??? Itu ratu menyibuk..ratu makan dan ratu gossip...caya dak? Okeh tahniah untuk Honey Aishah, Yuhanis dan Adeline. Jom masuk pertandingan gaya hidup sihat nak?

Wednesday, 24 October 2012

Nostalgia kedai kopi dan Sekeping Kong Heng..

Arwah abah tak pergi kedai kopi sebab kedai kopi beliau adalah di dapur emak. Lazimnya dia akan bangun pagi-pagi dan selepas solat subuh, dia kacau segelas milo dan duduk depan pintu dapur mengadap pokok rambutan gading dan reban burung merpati sambil baca akhbar semalam. Itu adalah rutin dia yang tidak pernah gagal dilakukan selepas pencen sehinggalah empat hari sebelum meninggal pada 2006.
Pelbagai lampu dilekatkan pada dinding, menyuntik rasa romantik sebab cahaya suram..aku suka lampunya yang ada banyak butang besar itu..
Tapi masa dia bertugas sebagai mandor jalan di JKR, ada kedai kopi dekat stor mandornya dan dia pergi minum situ. Arwah mak kata, abah suka minum situ sebab tauke kedai itu cantik lawa orangnya. Abah kata bukan sebab lawa dia pergi minum, tapi sebab ada Ir JKR yang suka belanja dia minum situ. Ok aku sekali sekala suka juga dengar ‘pergaduhan’ mereka yang akhirnya akan ditelan angin lalu bila abah kata, “ Cik Maryam, saya dah kukur kelapa, buatkan gulai lemak ketam, nak makan. Saya dah beli ketam segar dari Pantai Tujuh kan...” Dan mak pun akan bergegas menyediakan gulai lemak ketam.
Kek oren lembap dengan krim karamel ini amat mengetuk perasaan..dinikmati bersama orang yang mendatangkan kegembiraan kepada kita, dalam suasana yang juga membangkitkan semangat positif dalam kehidupan...ehhh berangan lagi...fuhhhh! Seperti mana minyak wangi, makanan juga ada aura dan magisnya yang tersendiri...aku teringat kepada mak sebenarnya kerana dia akan kata apa saja kek yang aku buat adalah sedap pada cita rasa dia, seorang mak..akan sentiasa membahagiakan anaknya...kalaulah mak ada..!
Aku tak pernah buat macaroon..sebab leceh. Macaroon adalah manisan yang manja dan sangat menuntut perhatian kala membikinnya. Kalau tak biasa buat, ia jadi choyyy! Jadi aku tahu makan saja. Macaroon di BnP ini secara umumnya jadi sangat menyelerakan sebab kami makan berebut-rebut, cubit sana sini cubit sini sikit dan dalam sebiji macaroon ada semangat setia kawan...
Ok ini adalah kisah kedai kopi sebenarnya, bukan kisah mereka berdua yang selama-lamanya buah hati pengarang jantung aku. Di kampung kami, ada satu kedai kopi femes diberi nama kedai kopi abang awang. Sehingga hari ini, kedai kopi abang awang masih wujud dan beroperasi macam biasa walaupun pemilik asal, En Awang, sudah meninggal dunia, namun legasinya ‘Abang Awang’ masih utuh dan sinonim dengan kedai kopi itu. Pengendali kedai kopi itu kini adalah Abg Manaf, anak kepada En Awang dan Makcik Esah.
Barang lama, antara aksesori di BnG...
Kedai kopi ini adalah satu-satunya kedai kopi di kampung kami dan aku tidak tahu lagi sama ada wujud kedai kopi lain. Bagi aku, kedai kopi mereka adalah versatile kerana daripada pakcik beca hinggalah imam surau dan YB datang minum situ. Ada jual juga nasi berlauk. Pendek kata walaupun statusnya kedai kopi tapi ia adalah level kedai runcit sebenarnya kerana ada jual macam-macam di situ, belon tiup yang harga 20 sen tu pun ada jual dan aku adalah pelanggan tetap yg membeli belon itu.
Inilah dianya canele yang dikatakan berasal dari Bordeaux itu. Rasanya macam kuih sarang semut dan teksturnya sangat lembut. Kami pesan dua biji canele dan dimakan berlima...sangat teruja!
Kini, setelah bekerja dan hampir setiap hari memasuki kedai kopi mahal dan murah (tugas aku kadang-kadang memaksa aku lepak kedai kopi), aku jadi agak sentimental dengan kedai kopi. Kedai kopi pertama yg aku masuk waktu dating dengan KA ialah di belakang Kota Raya, kira-kira 18 tahun lalu. Kedai mamak sebenarnya, dah tak wujud pun kedai itu. Kedai kopi lain yg aku masuk selepas sejurus seperate dengan KA ialah di Ulu Klang, kedai itu masih wujud. Dua kedai kopi ini mencatat sejarah sendiri dalam kamus hidup aku kerana ada peristiwa di sebalik seronok menghirup kopi.
Burps and Giggles yang aku masuk di pekan lama Ipoh adalah antara kedai kopi paling happening rasanya sebab ada banyak ciri yang aku suka ada di situ. Di belakang kedai kopi itu ada satu lagi kawasan dinamakan lazy lane, kiranya lazy lane ini adalah private area sekiranya main area penuh, so pelanggan boleh beredar ke lazy lane. Memang lazy lane habis sebab kerusi plastik jer dan berdindingkan simen lama dengan payungan pokok ara yang meredup meneduhkan meja.
Lazy lane..kali pertama lihat kerusi lama ini, ia buat aku teringat pada kerusi meja makan di rumah emak suatu ketika dulu. Ada sejuk yang melata-lata di lazy lane ini..nyaman dan tenang. Menghirup kopi dengan suasana begitu, berteman seseorang...nikmat!
Syam leka mengambil ingatan di bahagian bawah Sekeping Kong Heng. Bahagian bawah butik hotel itu dijadikan kawasan menelaah kerana ada banyak buku disusun pada rak batu bata. Ia berkonsep terbuka, bersatu dengan alam, didakap gelap malam...sambil bulan kelam, menyuluh rasa suram, pada hati yang mula merindu...(ayat ini akan muncul dalam satu karya kreatif..soon..hehehe..wish me luck yeahh..the project is on the way...)
Kalau duduk di situ sehari suntuk pun aku boleh sebab ia membangkitkan satu rasa yang sangat halus, terutama bagi mereka yang suka berangan/menerawang macam aku. Sambil hirup kopi, sambil makan canele, sambil puff...ehhh? Dan sambil roger2, blogging, FB-ing dan off to Sekeping Kong Heng untuk relax (ohh tidak, mak tak mampu nak bayar sewa di Sekeping tu..uhukk!). Oh ya Sekeping Kong Heng itu ada aku sebut dalam entry terdahulu, butik hotel yg disetup di bangunan lama, namun kaya dengan elemen artistik. Hebat sungguh hotel itu pada pandangan aku, hebat sebab idea dan ilham pemiliknya menukar wajah bangunan terbiar kepada sebuah tempat istirehat yang sangat menyenangkan. Kalaulah bangunan terbiar di KL dibuat begitu, mesti KL jadi antara bandar pelancongan yg terkenal kerana pelancong Eropah dikatakan suka akan penginapan begini.

Monday, 22 October 2012

Wan Chu...

Kali pertama aku kenal Wan Chu ialah pada 6 Dis 1989. Dia anak yang bongsu, sebab tu depa panggil dia Wan Chu. Kakak kepada Wan Chu ialah Chik dan lepas tu ada Mak Dah, Pak Ngah. Bapak KA  adalah adik beradik Wan Chu, abang kepada Chik dan adik kepada Pak Ngah. Pening sket kan, ahh tak pe, ringkasnya Wan Chu ini adalah makcik KA.
Setiap kali balik BS, aku mesti pi tidur rumah Wan Chu. Dia dok tiga beradik, sama Chik dan Mak Dah. Ketiga-tiganya tidak berkahwin, namun berdikari. Jadi kalau aku balik sana, depa suka sebab aku pun suka layan depa, cakap pasal resipi itu ini sebab Chik ada satu buku resipi lama yg semua resipinya menjadi.
Rumah depa ni tepi rail KTM. Jadi kalau lepak belakang rumah depa, ada pemandangan paya tinggal yang dipenuhi pokok teratai berbunya meriah, ada bangau dan ada rel keretapi yang bersambung terus dengan Bukit Merah. Aku suka duduk dan melihat sambil tunggu keretapi lalu, rasa macam satu kesukaan pulak.
Dan istimewanya ketiga-tiga beradik ini, pandai masak! Cakap apa saja, depa bergegas adakan menu tu. Aku lagi le suka nak mengada-ngada nak makan kuih lama-lama orang Perak macam wajik dan putu kacang. Bertungkus lumuslah depa tiga beradik buat..diva sangat perangai mak masa tu..kejiss!
Kepakaran Wan Chu ini ialah buat agar-agar kering. Setiap tahun berpuluh kilogram dia buat sebab ada tempahan specially masa nak raya. Aku pun apa lagi, rambang mata juga le tengok agar-agar kering yang sangat cantik tu..
Walaupun dah tidak tidak sebumbung dengan KA, aku masih mengikuti perkembangan mereka tiga beradik melalui ex SIL yang rajin buat report duty. Nak pergi lawat mereka di BS, rasa segan pula dan mereka juga sebenarnya mengikuti perkembangan aku menerusi sumber-sumber lain.
Semalam, jam 12.45 malam, ada call masuk..Wan Chu dah tak ada, dah kembali ke negeri abadi, di ambil Allah ke tanah asalnya..akibat stroke dan masalah backpain. Al Fatihah untuk Wan Chu..semoga Allah mencucuri rohnya!

Wednesday, 17 October 2012

Minyak senyonyong...

Brad Pitt jadi ikon lelaki untuk Coco Chanel no 5? Charlize Theron masih lagi dengan Jadore Dior ke? Dan Stefani Gwen tentu nak buat lagi Harajuku yang comel itu? Nenet Penne buat entry minyak wangi..aku dah beberapa hari dok simpan gambar minyak gas ni dalam folder..

Minyak senyonyong @ parfume...besar pengaruhnya dalam hidup. Aku tak tahu orang lain, kalau aku sendiri, nak kena calit juga parfume, bukan untuk suruh orang hidu tapi bau yang enak dihidu akan membuatkan hormon dan adrenalin menjadi lebih teratur. Ntah ya ke tak...tapi semua orang suka bau parfume kan..

Kalau kat office, aku masuk jer dalam stor kertas tu, Firdaus akan tanya ehh awak pakai minyak gas apa? Firdaus ni staff senior rupa sebijik orang putih, memang dia kacukan orang putih dan orang putih pun tapi dah convert jadi muslim. Dia ni abang kepada model 80-an, Betty Anne Brohier. Dia akan tanya sampai aku cakap minyak gas aku adalah cap ayam. Sepuluh kali selisih sepuluh kali juga dia akan tanya..tak ingat-ingat mamat ni. Finally dia akan cakap dari jauh dia dah boleh cam itu adalah aku melalui minyak wangi. Sungguh! Katanya dia tak tipu aahh kalau dia tipu pun ada aku kesah..kehkehkeh!
Parfume yang mula-mula aku guna ialah Champs Alysees by Guerlain. Aku rasa baunya sangat kena dengan hidung aku..nak dekat 10 tahun aku pakai minyak senyonyong ni...patutlah Firdaus pun boleh kenal. Lepas 10 tahun, aku tukar ke Insolence juga by Guerlain. Insolence ni memang memercik suatu ingatan yang orang lain tidak akan faham. Macam tak logik dan poyo sangat kalau aku kata parfume boleh membuatkan emosi berubah, parfume mempengaruhi gerak laku dan parfume mengembalikan sejarah lampau..ehh macam jiwang kan tapi yes it is. Caya dak kalau aku kata parfume boleh buat seseorang itu rasa seksi???

Beberapa hari lalu, aku berkemas gobok kat rumah dan tiba-tiba pling terjatuh botol kecil ini..botol minyak senyonyong..aku calit sedikit ke lengan...dan tiba-tiba dunia menjadi berpusing...ughhh aku rasa nak balik semula ke tahun 90-an yang manis itu.

Tuesday, 16 October 2012

Deja Vu Ipoh!

Suka tengok burung tu...lepak gila atas wayar letrik..All pic credit to Syam@little-syam.blogspot.com
Everything started with her. She asked me to accompany her during her short trip to Ipoh together with Syamil and Arissa. I definitely can't say no because Ipoh is apart of my life while with KA before. It was like down to memory lane or exactly as Deja Vu! After more than 5 years never visit Ipoh, hmmm a lot of changing even i cant remember the pekan lama Ipoh, the place that i had rojak pasembor with KA and MIL. Past is past rite..it became history and i will face some more 'history' then...
Burps and Giggles ini sangat cool, kedai kopi biasa saja tapi keadaan dan decoration dalam kedai ini sangat mengujakan..kalau u all pergi mesti rasa nak pergi lagi dan lepak lagi situ...
We overnite at Lina's house in Meru Hill Golf Resort and the place is awesome. Lina brought us to kedai kopi (the most happening coolest kedai kopi in town lah rasanya) called Burps and Giggles. When the first i enter the kedai kopi...owhh man i sware you will love the surrounding area..macam kedai kopi kampung but moderate and contemporary style. Guess what i found at Burps and Giggles guys? Canele! Remember that? The kuih where's originally created in Bordeaux. You just imagine i ate canele in a small and simple kedai kopi in pekan lama Ipoh but the kuih was named as kuih yang bakal meletops pada tahun 2013..how advance is Burps and Giggles isn't?
Ini dia Sekeping Kong Heng...cantik sangat butik hotel ini...
At the back of Burps and Giggles is a boutique hotel, Sekeping Kong Heng (Jalan Sultan Yussuf)..you see the white curtain at the second floor? That was Sekeping Kong Heng, butik hotel di bangunan lama and this is not the one under 'Sekeping' punya nama. It run by the same tauke..Sekeping Serendah, Sekeping Tenggiri, Sekeping Retreat, Sekeping Terasek, Sekeping Victoria, Sekeping Seapark bla bla (i think uyou can google it) and it is a real place to symbiosis..eh simbiosis ekkk ..hehe. Being a human like me..i like this place because its so authentic thought.
Kaunter pesanan Burps and Giggles...
We browse at Memory Lane or the famous place, Pasar Karat. Bargain here and there and ended up with i bought a half dozen of cawan lama for RM50. Bolehlah, sangat cantik, motif bunga kangkong warna warni..likes corelle set so sebab tu lah mak cecepat jer terkam cawan tu walaupun ia adalah china porcelin...hati puas! After that we went to buy a craft things and I was 'panic' because we went to kedai kasut actually but then the kedai macam kedai magic, ada banyak barang untuk kraf dan bookbinding yang dijual di situ. Syam of course sudah suka memilih leather dan aku pun macam kena sampuk sebab banyak pvc cecantik ada kat situ. Kedai kasut sempoi jer tapi you name it, you got it. Magic sangat. Sebetulnya ada banyak pic menarik nak letak sini tapi card disc sudah kena attack sama virus. All gone..grrrrr! Ipoh, nak pergi lagi! Sapa orang Ipoh sini? Sila angkat tangan....:)

Monday, 15 October 2012

Anon dan amarahnya...

Aku lemau hari ni...seperti kata Anon, Isnin tak bersalah...hanya perasaan aku sendiri saja yang rosak binasa. Dan panggilan ‘emergency’ daripada Anon sekejap tadi buat aku makin terkesima. Biar aku kongsi bersama kamu semua mengenai apa yang kami bualkan...(jangan risau, aku dah beritahu Anon aku nak buat entry akan luahannya ini, dia kata proceed...)

Anon: LW, aku baru lepas menangis...
Aku: Hahh...apsal ko nanges beb?
Anon: Kau nak kata aku dayus ke sebab jantan menangis?
Aku: Ehh takk..maksud aku apa yg tacink sangat tu? Sampai kau leleh?
Anon: Yelah..bini aku buat perangai tak mahu masak dan tak mahu tidur sebelah aku pun aku tak leleh macam ni tahu??
Aku: Kenapa eh? Cepat citer pada aku?
Anon: Perempuan busuk dan jijik tu sudah tabur garam pada luka dalam hati aku...
Aku: Maksud kau?
Anon: Sebelum ini dia kata tender aku tak complete...kali ini dia kata tender aku hilang dan tak sampai ke tangan dia..aku rasa dia perempuan paling sundal dan celaka yang pernah aku jumpa sejak aku  hidup lebih empat dekad ini..memang hanjing...
Aku: Sabar beb...heyy kau patut sabar.
Anon: Sebab aku sabarlah aku bercakap pada engkau dan bukannya aku sumpah seranah perempuan pukimak itu hidup-hidup...
Aku: Ok aku faham..
Anon: Aku bukan alim pun, tapi lepas aku menangis mengadap kiblat dan, bercakap kepadaNya dan bercakap kepada kau...aku rasa hidup ini adalah adil. Aku tahu Tuhan ada perancangan lain untuk perempuan jijik berhati bangkai babi itu...aku tahu.
Klik!

Talian putus dan aku tak tahu nak kata apa...astaghfirullah..Tuhan, tolonglah dia...dan tolong aku juga...

Daripada anonymous...

"Aku tak tahu apa yang kepala otak aku nak sampaikan pada aku hari ini, tiba-tiba bau asap rokok menjadi sangat sedap pada deria hidu aku, rupa kopi hitam pekat aku nampak seperti segelas watermelon sejuk, sebuah treller panjang yang bergerak perlahan sebelah kereta aku subuh tadi nampak seperti sebuah beatles yang sangat cantik dan perempuan itu nampak sangat hodoh dan busuk pada pengamatan aku..bluerkkk..

Beberapa keping roti yang aku sapu nutella pagi tadi pun rasa seperti kuih karipap paling sedap dalam dunia manakala hujan meleleh turun dari langit, seperti air mata kesal yang tidak pernah mahu berhenti menangis akibat kemarahan bertahun...

Hari Isnin tidak bersalah, aku juga tidak bersalah...tiada siapa yang salah...cuma aku perlu tahu jalan untuk mengundur diri dari satu peradaban penuh warna buruk dan tidak langsung mencetus ilham untuk aku terus kekal di sini..aku perlu tahu cari pintu exit dan mahu pilih lane mana...semuanya sudah ada, cuma aku yang perlu tahu membuat pilihan.

Aku sudah injek morphine positive dalam jalur minda aku...aku harap morphine itu akan kekal untuk beberapa bulan akan datang, supaya aku tidak perlu lagi mengambil morphine dalam masa terdekat ini...

Aku perlu menjauhkan deria pandang aku dari sekeping lukisan jijik yang mengganggu minda aku..aku perlu menutup deria dengar aku dari sebuah transistor buruk yang kerap meroyan tanpa mengira wantu dan aku perlu menyediakan satu perisai teguh supaya syaitan itu tidak boleh menembusi kalbu aku yang satu ini.."

Daripada: Anonymous!

Wednesday, 10 October 2012

Rachel Allen foccacia's...

I know foccacia but never try to bake it since i don't have a recipe of it. I can google or else browse at another food blog but lazy to do that. As you know me, i prefer to get a first hand recipe because im pretty sure it confirm jadi when im willing to bake it.

Yesterday, I met Rachel Allen and i never know that she is a very friendly chef, humble and very inspiring. Her foccacia made her more gorgeous. Don't forget to watch her at Hypp TV, Easy Meal with Rachel Allen.

Tell you, she teached us how to bake foccacia, boil a broccoli yummy soup and prepare artichoke salad and made an apple pie in just 30  minute. It was great because fast and yummy..burp!
Well..first and foremost..i will not let her go before i take a picture and asked her signature at my lime green apron. It was given by BBC TV. The session was awesome and i asked Paul too..(Paul is the owner of The Food Studio @ Amarin Kiara), how much is the fee for kelas masak-masak at his studio. Guess what? It's cheaper. It is below RM200 for 5 recipes. Not bad!

Monday, 8 October 2012

Harga sebuah resipi..RM23++

Penganalisi jenayah, Kamal Affendi Hashim pernah berpesan masa aku tepon dia suatu ketika dulu...katanya:
"Cik Kak, kalau naik teksi, buat kawan dengan driver teksi sebab bila dia dok anggap awak tu kawan, dia tak akan melakukan perkara lain," katanya.
Lepas tu bla! bla! bla! dan akhir sekali..'aku gigit juga budak ni karang! 
Ehh tetiba kuar ayat ni...dia kata nak gigit sebab aku kata aku akan letak 'Dr' depan nama dia walaupun dia memohon letak nama dia terus, ok aku akur.
Semoga Sdr Kamal Affendi dipermudakan urusan sebab currently aku dengar dia diberi ujian oleh Allah, mengalami masalah pertuturan dan memerlukan RM40,000 untuk rawatan...harap rumours ini tidak betul. Tapi kalau betul, aku doakan dia akan pulih seperti sediakala..

*********************

Berbalik kepada naik teksi, dua minggu lepas, aku naik teksi dari Bangsar menuju ke Hotel Royal Chulan, ada jemputan makan-makan (percumaaa...makkk sukaaa! Hahaha...) Dalam pada itu, hari hujan lebat dan teksi gerak macam semut. Aku dah risau sebab meter dok naik je seposen demi seposen. Aku nampak driver kat depan cool je. Aku dah puas mencongak dan tengok jarum jam...sedetik, dua detik..meter jalan, payment naik...fuhhhh!

Dia tanya, nak gi buat apa kat hotel tu, aku kata nak gi keje. Automatik dia ingat aku ni keje apa kan??? So lepas berbasa basi aku bitau aku ada jemputan makan dan ada chef yang baik hati masak untuk aku. Dia kata dia pun tukang masak, dia handal masak "Masak Lemak Cili Api'. Orang rembau, fizikalnya tambun dan aku yakin dia banyak ilmu memasak sebab dari cara dia bercerita, memang ada tama'ninah.

Usha punya usha, dia bagi aku resipi turun temurun dari arwah pak dia yang jadi tukang gulai di Rembau dan memang gaya dia cerita tu buat aku meleleh dah sebab terbayang masak lemak cili api daging salai yang sangat sedap dengan kuah kuning lembut pekat melekat...pehhhh! Dari cerita pun dah sedap, apatah lagi kalau ada kat depan kan!

Dia juga kata makcik dia handal buat rempah untuk gulai. Aku pun pantang le kalau cakap pasal gulai, terus buat-buat nak beli rempah ori yg makcik dia buat. Aku usha lagi, nak bagi duit advance, sebab memang berhajat nak beli rempah tu. Dia kata no worries, nanti dia hantar kat opis.

Gedebuk gedebak, nah ini dia resipi yang dia bagi. Aku belum try sebab tak de pemakan kat rumah kalau aku masak...

Masak Lemak Cili Api Encik Moh Azreen Rembau

1 kilo daging batang pinang (sila campur dengan tulang sedikit kerana air tulang akan menjadikan kuah gulai manis dan juicy).
2 kg santan (ambil kepalanya saja).
4 batang serai dititik.
2 inci kunyit ditumbuk halus.
Sepeket rempah tiga sekawan (bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis).
Rempah kari secukup rasa.
Daun limau purut.

Basuh daging hingga bersih, toskan.
Rebus bersama tulang dan biarkan ia empuk.
Sambil rebus masukkan semua bahan rempah tadi kecuali santan.

Bila dah mendidih, masukkan santan last sekali dan garam kasar.

Tips yg dia bagi
: kalau nak sedap lagi masukkan paru dan belimbing buluh.

Ada dua resipi lagi dia bagi, u all boleh bayangkan berapa lama aku sembang dengan dia dlam teksi sambil kat luar hujan lebat. Nak sampai ke Royal Chulan tu, lama le juga dia bercerita dan menurunkan ilmu. Resipi yang dia bagi tu ialah Masak Lemak Tempoyak dan Puteri Mandi. Dia janji nak hantar aku tempoyak kalau ada peluang..harap2 janji dia betul.

Dia cakap juga pasal kambing. Kenapa kambing sihat? Sebab katanyanya kambing akan mencukupkan 23 jenis daun setiap hari bagi memenuhi keperlian zat sebagai seekor kambing yang sihat dan tambun...haaa caya dak? Aku notis kalau kat kampung dulu, sampai pokok bunga kertas mak pun dibedal dek kambing ni..mungkin ada benarnya..

Finally, masak lemak sudah, masak tempoyak sudah, masak puteri mandi sudah...maka aku pun turun dari teksi dengan bayaran bil RM23++..not bad. Alhamdulillah...

Dan beberapa hari lalu, dia telefon katanya dia ada depan office aku, hantar serbuk rempah yang makcik dia buat..memang bau mengancam...itu belum masak lagi!

Hmm...itulah dianya harga sebuah resipi. Kerana minat nak kumpul resipi yang bersifat 1st hand, aku buat kawan dengan driver teksi..esok nak p jumpa Rachel Allen pulak, dia nak share masak2 juga!

In person with Safee Sali

I really want to ask him, how was his feeling being a famous person..everywhere he go..crowd wanna take a picture with him..here and there..Safee Sali! Safee Sali! Yess..he is a rich man..isn't? And he is gorgeous, handsome and what else? Okk im not his fan, but because of duty i met him.
That's me, itu belakang safee sali, ambil gambar curi..
And i don't care about what people want to do and asked him...after bla bla bla for a while and stand behind him (kira macam gambar curi laaa...haha) then i blah. One thing i remember about him, he's really sweet..Jawa yang manis! Hahaha...and the rest is nothing, because im not a football fan..you tell me, MU ke, Pelita Jaya ke, Barca ke..mak tak tahu dan tak minat!

O ya, he is a spokeperson for Avon new fragrance for men..Action Center! cepat beli, boleh tahan juga baunya...aku pun hari ni tetiba spray minyak wangi lelaki...chehhhh! Dulu kalau KA ada, dia yang sambar dulu, and now no more..all is mine..kehkehkeh!
Dia sedang kontrok macho...malu-malu sket sebab depan tu ramai mata-mata sedang merenung dia,...
I shouldn't judge him because that was the first time i met him..i can say that he is humble, soft spoken and if  you ask me which one i prefer, either Khairul Fahmi Che Mat or him. i go for him. Walaupun tak minat, setakat ini style dia masih boleh diterima pakai...maybe sebab gossipless and no bad rumours...what do you think?

Sunday, 7 October 2012

About to do...

At my age..i suppose to know what i want to do in my life. I talk to a few peoples about their past experience. Why did they still studying and working in their field without boring. How come they persistant in what they doing, full of pleasure and patient!

How did they manage their life and what did they do to overcome the problem. Most of them told me: “Do the things that you like to do.” No enforcement and no pushing, but if the problem comes, that was the worst part but then they still in a strong position, physically and mentally.

Never show the weakness of human because Allah is always be there for us. They said, that’s what they call challenge of being a boss, an employee and working on their own basis. No hurt feeling, no cheating, no back stubbing and life is about to try and error.

When i look back, half of my life was spend in a ‘pressure’ circumstances. I know..when they wish me ‘semoga panjang usia,’ it actually become short and short. I do not suppose to waste it. November will see a big scenario in my life. May Allah grant me with patient and luck! 

Thursday, 4 October 2012

Pleasure and allure???

During kiddies, many-many yrs back..i often forced mak to make some ice cream for me and siblings. That was homemade ice cream or i called it aiskrim tarik. Letak air dalam plastik panjang, simpul dan tarik. Among the flavour that mak always likes is asam boi, milo, oren sunkist and bandung. Everyday after came back from school, i will tayang-tayang the aiskrim to our neighbours. So that they became jealous and asked me where can they get the same ice cream. I sold to them for 10 cents for an ice cream..then we had it together.
Yummy!
Hmm secret sensation of raspberry in creamy vanilla..smooth, silky and..cehhh apa pulak silky..ini ice cream bukannya benda lain..
Owhh saya sudah kena tawan oleh jejaka ice cream ini...itu pisau tajam mahu sembelih saya kerana mencuri ice creamnya sedulang penuh...
Hehehe and today while im hanging around in office, i saw a handsome guy brought some ice creams and it was HAAGEN-DAZS...owhhh man...tempting! Err don’t know whether im tempted of haagen-dazs or the guy...cheitttt ini statement gedik! (Sila abaikan..) Hehe...

Yeahh it was a new flavour of Haagen-Dazs: Secret sensation of meringue & raspberry fondant. Please check it out at the shop near your place. Once u lick it, you won’t regret! You just imagine a centre of raspberry sauce, hidden inside rich vanilla ice cream with meringue.

What else i can say. Haagen-Dasz, full of pleasure and allure of creamy ice cream. Yummylicious!
This is not Haagen-Dazs but it's a ciput low budget ice cream and also yummeh...haagen-dazs jangan jeles, you are on your own class, nothing to worry about!

Wednesday, 3 October 2012

They are special...

Akhtar, leka bermain dengan peralatan bilik sensori yang sesuai dengan permalahannya...
Sekali sekala geng dengan kanak-kanak autistik ni memang best. Macam Akhtar, kanak-kanak ni comel dan handsome. Ahaa tapi sebab dia adalah penghidap autisme, Akhtar perlukan lebih perhatian. Jadi mak bapanya hantar dia di rumah penjagaan untuk dididik oleh terapis berkebolehan. Ada satu bilik dalam rumah tu dinamakan bilik sensori yang sangat unik...aku sempat masuk dalam bilik sensori tu dan ternyata kesan ketara dalam bilik itu ialah rasa nak tidur dan cool..bilik sensori ini bertujuan nak kontrol kanak-kanak autistik supaya lebih tenang dan tahu apa yang mereka nak sebab kanak-kanak autistik ini selalunya hiperaktif. Akhtar ada satu kakak yang khas untuk manage dia.
Pic di atas ini adalah bilik sensori untuk kanak-kanak autistik...bilik ini memang magic sebab nampak tak kanak-kanak lelaki yang dok celah tiang tu..kata cikgunya, boy tu memang suka dok celah2 tu sebab dia akan duduk diam dan menikmati ketenangan bunyi air dan lihat buih2 dalam tiang kaca..kita tidak tahu apa ada dalam fikiran mereka bukan. Justeru sebagai individu dewasa, ibu bapa khususnya jangan berasa kekurangan kalau anda ada anak autistik. Mereka ini bijak dan boleh diasuh sebenarnya..
Macam biasa, lepas penat2 belajar dan main dalam bilik sensori, Uncle Ronald McDonald akan datang memeriahkan suasana. Last 2 weeks ada sambutan Purple Day (Austisme Day) kat Suria KLCC..macam-macam benda depa jual dalam usaha mengutip dana untuk kanak-kanak autistik. Semuanya berwarna purple, sebab tu dipanggil Purple Day. Suki Low pun ada buat show.
Suki menyanyi dengan penuh penghayatan untuk kanak-kanak autistik yang ada di acara berkenaan. Pic bawah, Jason, juga menghidap autisme tapi dia suka main organ dan masa acara ini, dia mainkan tiga lagu gubahan Bethoven...aku tak ingat Symphony no berapa yang dia main, kami semua terkepun dengar dia main..walaupun autisme, Jason boleh bermain instrumen dengan baik dan kemas.
Nota: Ada banyak pertubuhan dan organisasi yang boleh membantu anda sekiranya ada anak atau adik yang menghidap autisme. Jangan nafikan hak mereka untuk belajar dan bermain bersama-sama rakan sebaya sebab mereka ini bijak jika kita tahu mengendalikan masalah mereka.

Tuesday, 2 October 2012

Buah hati pengarang jantung...

Dia kata dia sakit dada. Dan dia tidak mahu dibawa ke klinik. Kalau mahu dibawa ke klinik sekalipun, bukan mak mampu membawa dia. Maksud aku kemampuan mak daripada segi kudrat. Dia tinggi dan berat manakala mak pula rendah. Dia adalah lelaki yang sangat aku sayang, sayang yang tiada tara dan tolok banding kerana dia adalah abah yang sentiasa berpandangan ke depan walaupun dia hanyalah seorang buruh kasar di Singapura pada tahun 70-an hingga 80-an. Dia tidak pernah menyusahkan kami sehinggalah ke saat nafas terakhir pun, dia masih mampu menggagahkan diri berjalan keluar dari kereta dan merebahkan diri di atas stretcher walaupun ada kakitangan hospital bersedia mengusungnya naik ke atas pangkin itu. 

Selepas dua puluh minit, doktor bagi tahu mak, jantung dia sudah tidak boleh melakukan rutin mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien lagi ke seluruh badannya. Jantung itu akan berhenti berfungsi selepas 62 tahun berkhidmat untuk dia. Meskipun doktor bukan Tuhan, tapi doktor juga ada naluri dan ilmu yang apabila diselaraskan, ada satu keputusan yang tidak berpihak kepada kami bahawa dia akan meninggalkan kami semua. Benar bagai ditelah, selepas beberapa ketika, jantungnya berhenti berdenyut dan tepat jam 2.30 pagi, dia sudah pergi meninggalkan kami. Dia pergi disebabkan jantungnya sudah berhenti berdenyut, jantungnya ada masalah, dan dia tidak pernah menyatakan kepada kami mengenai masalahnya itu. Walaupun 2005 sudah lama ditinggalkan, aku rasa macam baru saja berlalu. Andainya aku tahu, mahu saja aku bertukar jantung dengan dia..

Bagi seramai 28 juta penduduk di Malaysia, dikatakan 40,000 pesakit jantung baru akan muncul setiap tahun.
Perangkaan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia,16.5 peratus kematian di hospital pada 2008 disebabkan oleh sakit jantung.
Dianggarkan bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia, 141 mengidap sakit jantung.
Sempena Sambutan Hari Jantung Sedunia Ahad lalu, ada banyak belon berbentuk hati dilepaskan ke udara...
Depa ni buat flash mob kat bawah lepas tu terus naik ke atas stage sambung bergedik...
Sila sayang jantung anda..saya sayang jantung saya, jantung hati saya dan buah hati pengarang jantung saya....