Posts

Showing posts from August, 2012

Kek kampung dalam hati kami...

Image
Hari raya lalu, aku dan adik memilih menziarahi 'rumah' mak di Taman Universiti berhampiran komuter Bangi sebagai destinasi pertama kami pada pagi Aidilfitri. Kawasan perkuburan berkenaan sangat bersih dan rapi. Pakcik Shamsudin yang bertanggungjawab menjaga kawasan perkuburan itu sangat rajin dan berhemah orangnya. Aku agak dia mungkin bekas askar atau hanya melakukan kerja kampung, namun raut wajahnya jelas dia bukan sebarangan dan bukan calang-calang kerana setiap hari dia tega keseorangan menghabiskan masa di tanah perkuburan, membersih, menggali, menyiram dan merapikan petak-petak kubur. Walaupun di siang hari, angin berdesir dan bayu yang lalu mengeluarkan bunyi mersik pada pohon-pohon sekitar selain bunyi monyet dari kawasan hutan berhampiran, sedikit sebanyak menimbulkan rasa insaf sebenarnya. Bukan pasal perkuburan yang hendak dikatakan, tapi ingatan terhadap emak terbayang-bayang dalam fikiran kami. Semasa balik, adik kata dia nak makan kek kampung yang mak selal…

Cisss beskut kering je lapisnya!

Image
Mood raya masih terasa di tempat kerja. Osman pulak pasang lagu raya kuat-kuat sampai satu pejabat dengar. Aku puasa hari ni sebab Maghrib awal..boleh pula gini kan. Aircon sejuk gila sebab masih ramai yang bercuti..sambil layan kerja, tetiba ada jejaka pemalu datang hulur kek lapis sepinggan...alllooo aku dah le puasa. Kek tu pulak memang seduce habis..antaranya yang di atas tu..kalau addict dengan cheese..kek atas tu memang basenya adalah cheese. Namun, terpaksa jamu mata saja sebab puasa. Tak puas hati dengan budak Hafeezan yang datang hulur pinggan kek tu, aku paksa dia bagi resipi sebab katanya mudah je, tak payak masuk oven pun, masuk je dalam peti ais. Lagilah teruja bila dengar resipi sempoi macam ni kan. Dan benar bagai dikata, balik kerja jam 6 petang, singgah Jusco beli cheese dan bahan lain, zipp zapp je, semudah petik jari sambil makan kacang. Siap dah, tapi awas..kalau tak suka cream cheese, anda tak boleh makan kek lapis ini kerana ia kaya dengan cheese dan yang sewakt…

Bakso...?

Image
Kali pertama aku makan bakso ialah pada tahun 2005, di kaki candi Borobudur, Jawa Tengah. Masa tu bulan puasa dan aku tiada pilihan, kecuali beli bakso yang dijual oleh Indon totok di kaki candi itu. Kata pemandu pelancong ketika itu, Wak Dede, bakso itu adalah halal dan aku tawakal saja sebab aku tidak dibekalkan dengan sebaran makanan. Asyik dok menjajah candi, buka puasa pun main taram jer..
Bakso yang dibeli itu pula keruh semacam je warnanya tapi rasa boleh tahan. Betapa poyonya bakso tu, hanya bebola daging dan mihun saja..isi lain langsung tak ada. Aku ingat lagi Wak Dede makan dengan berseleranyanya. Ok aku pun ikut macam dia, makan dengan selera! Lepas makan bakso Borobudur, jelajah ke Prambanan pula, tapi tiada penjual bakso di situ. Uhukkk....
Lepas balik KL, langsung lupa pasal bakso. Tahun 2007, ada duty kat Aceh..lima hari di bumi yang dilanda tsunami itu, lima hari juga aku bantai bakso. Mi bakso Aceh sangat special. Ada isi ayam, kacang tanah, begedil dan sudah tentu …

Rambut..

Image
Cukur jambul, potong jambul, buat kita teringat kepada baby yang baru lahir. Pasti mak atau neneknya akan buat kenduri khas untuk potong rambut si kecil ini. Kalau ikut afdal, rambut mereka elok dipotong oleh ustaz atau tuan guru supaya berkat dan rambut halus yang tumbuh dari dalam kandungan ibu ditimbang, berapa sukatan mayamnya dan dinilai dengan berat emas. Kalau si kecil itu bayi perempuan, nilai rambut akan ditukar dengan emas, belilah gelang atau apa saja untuk dipakaikan kepadanya. Dan rambut itu disimpan di tempat sejuk supaya baby akan sentiasa sihat dan tidak akan mengalami demam atau panas kepala. Agak-agak ada lagi tak mak-mak sekarang buat begini? Maksud aku simpan rambut bayi mereka, dinilai dengan emas dan membiarkan rambut anak dicukur oleh mereka yang alim dan dihormati? Mungkin lain tempat lain caranya kan..
Dua tiga hari lepas, ketika marah menguasai diri pasal kes tersilap appointment, aku telefon ex boss dan 'menjerit' kepada beliau mengenai kecuaian &#…

Syawal 1, 2 dan 3

Image
Kalau Ramadhan itu boleh berkata-kata, pastinya ia akan bersedih kerana kita dengan cepat melupakan ia yang sudah berlalu untuk tahun ini dan bersuka ria pula dengan Syawal yang sudah masuk hari ketiga diraikan hari ini. Kalau mak masih ada, tentu dinihari ini aku akan bangun sahur dengan beliau untuk puasa 6. Masa arwah nenek ada pun, Syawal kedua, mereka berdua sudah mula puasa manakala kami ini masih leka makan itu dan ini. 'Masa' itu sudah lama berlalu dan Syawal tahun ini, selepas 'menziarah' mak, aku balik ke rumah dan masak beberapa menu kerana ada rakan dan uncle blogger yang nak datang ke rumah. Suasana raya langsung tiada kerana kejiranan aku adalah kejiranan Cina. Jadi, dengan kedatangan beberapa tetamu ini, barulah terasa suasana raya. 
Sebenarnya aku tak pasti nak masak apa. Puas bincang dengan adik, akhirnya kami masak apa yang kami tahu. Masa mak ada dulu, katanya memasak dengan naluri kasih sayang yang ikhlas akan membuatkan makanan jadi sedap dan keny…

Buku ajaib baru...

Image
Mak tak ada buku khas, buku masakan dia adalah di dalam mindanya saja, Mak Nah pun, Tok Su Nab pun. Che Yah ada buku, Chik/Wan Chu pun ada buku, kakak ada buku, tapi aku tak ada buku..sebab buku biru ajaib aku dah hilang beberapa bulan lalu. Menyesal tak sudah kerana cuai menyimpan buku masakan itu dengan cermat. Rasanya confirm sudah buku biru itu terselit antara timbunan paper lama dan sudah aku jual pada cina tepi jalan...ada banyak resipi lama di dalamnya..tapi ye lah tak de rezeki..buku tu tak akan kembali pada aku. Kena buat buku baru..kena kumpul semula resipi baru. Rugi sebab resipi dalam buku biru itu adalah resipi kuih lama termasuk resipi kek cawan buah pala yang diberi oleh Wan Chu dan resipi kek lapis diberi oleh Zaimah..sekarang aku ingat-ingat lupa resipi itu. Jadinya bila Kak Emma minta suruh masak untuk shoot, terpaksa aku recycle mana-mana resipi yang ada dalam kepala. Katanya janji resipi sihat.segera aku teringat kepada vege quiche, salad dan yogurt juice yang san…

Tuhan, tolong kawal kemarahan ini..

Kali terakhir aku buat entry tak bertamadun (kerana banyak caci maki dan kata carutan) ialah di sini mengenai 'seekor babi di dalam pick up buruk dari neraka jahanam' pada awal tahun dulu, selepas itu berasa bersalah pada diri sendiri kerana arwah mak tak pernah mengajar aku menyebut perkataan yang buruk maksudnya. Memang ketika itu syaitan berderu-deru mengelilingi aku...
Aku kawal segala kata-kata kerana tidak mahu merosakkan emosi yang diperlukan untuk kepentingan tugas di tempat kerja. Jika emosi terganggu, mood hilang dan kepala otak kosong, makanya aku tidak dapat 'bekerja' dengan baik. Ini yang paling aku cuba elakkan. Sama ada aku yang menyebutnya atau aku mendengar perkataan disebut orang lain, kedua-dua kondisi adalah merosakkan minda! Pada suatu ketika dulu, alangkah sakitnya perasaan apabila aku terpaksa mendengar kata-kata negatif setiap hari dalam satu ruang yang sempit. It was suffered!!! Namun ini sudah berlalu, sudah jadi sejarah..dan ia menyak…

Hugging each other..

Image
Hugging? Kissing? Intimate? Really close or what? Hahaha jangan terkejut..ini gimmick murahan..betapa aku nak menggambarkan bahawa berdakap-dakapan itu adalah sedap, enak dan menyelerakan...kerana ia ditujukan kepada ketupat dakap yang mak pernah buat suatu ketika dulu. Cukup dengan lemak dan manis, ada kacang dan ada jagung..lemaknya santan terasa-rasa pada lidah, pulutnya lembut sekata menyebabkan sekali makan, kesedapan itu terus terasa hingga kini...tapi mak dah tak ada..makanya tak ada lagilah pulut dakap ini...tahun lepas pun aku ada buat entry seperti ini di sini.
Kami lima beradik memang suka makan ketupat. Kakak suka ketupat daun palas, aku suka ketupat ini...ketupat dakap..dan adik suka ketupat nasi...yang lain-lain makan saja apa yang ada. Selalunya mak akan cuba memenuhi kehendak kami yang tiga teratas. Lebih banyak ragam lagi, aku nak ketupat yang ada kacang soya, kakak suka kalau ada jagung dan adik pula nak ada kedua-duanya. Hasilnya mak yang pening dan kalau ada ketupa…

Mood raya...

Image
Raya kali ini adalah kali kedua aku akan meraikannya tanpa mak. Kalau mak ada, aku mesti nak copy paste resipi dari dia sebab dia tak ada buku biru macam aku. Khazanah resipi dia semua ada dalam minda dia saja. Kalau aku tanya, dia tak de nak sibuk belek buku macam aku. Tanyalah resipi apa pun, dia boleh switch on itu jam juga. Sama macam Mak Nah, mak sepupu yang jadi tukang masak kampung, tapi kalau kenduri kahwin, dialah yang akan jadi ketua juru masak di kampung kami. Aku mesti pastikan aku sempat copy paste resipi lama dari Mak Nah...hmm tahun ini aku raya di Windsor. Sapa yang tak balik tu mai la datang...aku nak masak nasi minyak sempoi je dengan ayam madu..inipun resipi mak yang aku cedok dari kakak. Kalau kene kerja, nasib laaa...nasi minyak ke mana, ayam madu ke mana. Ketupat nasi, ketupat tiga bucu atau ketupat dakap. Aku suka ketupat dakap sebab rasanya lemak manis dan ada kacang soya. Lepas mak meninggal kami tak tahu dah macam mana nak buat ketupat. Tok sah kata nak bua…

Skill segera

Image
Kalau merujuk pada mak dulu, semua benda dia boleh buat. Paling dia suka, masak. Sebab kami pula, suka makan. Kalau balik rumah, mak akan sediakan gulai itik. Bunyi macam eehh gulai kari itik atau kerutup itik? Ya...itik kuek-kuek. Aku tak makan masakan itik yang dijual di kedai atau pasar, tapi kalau gulai itik yang mak buat, aku makan sebab itik itu adalah itik yang dibela di dalam kawasan rumah kami, dalam reban. Jadi aku tahu apa yang itik itu makan...ehh ini bukan entry pasal itik tapi entry multitasking. Mak pandai buat puding, agar-agar dan kek serta kuih muih lama. Tepung bunga, baulu, netbak, buah melaka, jala emas dan segala bagai lagi. Aku tahu makan! : Bila di sekolah menengah, Cikgu paksa suruh masuk ko-ko..aku pelajar pasif dulu. Pergi sekolah, balik sekolah. Itu saja aku tahu. Orang main netball..maaflah ahkak tak minat. Tapi kalau suruh main volley ball, ya ahkak main sampai wakil sekolah. Kalau suruh berpantun, ya ahkak boleh sampai wakil daerah...dua ni saja yang ak…

Shooting?

Image
She called me in early morning, said that she want to confirm whether im ready for shooting session at Windsor during this weekend. Arrkkk? I thought she just make a joke, but when her voice is quite clear, i know that’s not a simply joke at all. Danggg!!!!

It was started last week while buka puasa somewhere in KL. I met her boss, Kak Emma. We had a chatting time with so much gossip, chef here and there, chef in London, chef in Langkawi and chef in my heart??? Ooopss! Suddenly she popped out the question...
”Eh masak untuk kita, nanti kita datang shoot?? Nak tak?”
And i was shocked!
“Arrr is it right what im listened Kak Emma?”
She replied.
“Ya lah...u thought im cheating and sesaja je nak offer ek?”
Gulp...i have know nothing about food, menu and of coz table setting. All this while, i had a few collection of plate, bowl, table runner, placemate, cutlery and napkin rings but i never use it..habesss lah aku!!

I need to prepare@create 5 recipes which is a theme is ‘menu sihat’ and have t…

Lagi catatan dari sana...

Image
Setiap hari, asal balik dari Masjidil Haram saja, kami akan melalui satu kawasan kedai yang menjual pelbagai jenis barang. Ada kedai jual manisan, jual minuman, jual tasbih, jual karpet dan macam-macam lagi. Antara kedai yang berjaya mencuri perhatian kami ialah kedai aiskrim yogurt yang sangat menggiurkan walaupun pada jam 12 malam. Ini kerana ais krim yang dijual adalah berwarna warni, dengan segala bagai hiasan buah di atasnya. Tapi disebabkan ramai antara kami yang mengalami 'heavy caughing' maka kami memilih untuk paw ais krim vanilla kerana ada yang kata ais krim vanilla adalah ubat terbaik untuk melegakan batuk. Dan memang benar, selepas melicinkan semangkuk ais krim itu, tiada batuk, sebaliknya kami tidur lena..cuma esoknya baru kedengaran batuk bersahutan di bilik hotel. Dan kami beli lagi dan makan lagi, makan lagi sampai kami puas kerana tiada sebarang pantang larang di bumi Haram itu....amazing! Cantik sangat masjid ini...masjid Bir Ali. Bagi sesiapa yang memasuki…

Mereka yang istimewa...

Image
Kita sentiasa berasa kita tidak bernasib baik apabila terlepas tren ke Segambut (ehh tetiba segambut pulak..??), kita sentiasa berasa tidak bernasib baik apabila kasut Clarks size 8 tak de untuk dibeli (aku pakai kasut cap ayam) dan kita sentiasa berasa tidak bernasib baik apabila kena bayar dua posen apabila nak kencing kat KLCC..bak kata Pyanhabib pada aku suatu ketika...hang tau dak nak pancuq ja kena hulur RM2..tak logik! Ya lah En Pyan... Tapi aku berasa minggu lalu aku adalah manusia paling bernasib baik apabila berada di kalangan insan-insan yang sangat berbaloi untuk dikasihi dan diberi sepenuh perhatian. Mereka yang sangat berkebolehan, sangat memahami dan ada gerak hati yang sangat berkesan antara sesama sendiri. Hon Pui telefon ajak datang ke Caterpillar Day dan aku pun menaiki teksi ke sana kerana kalau nak drive, aku memang fail. Tambahan pula bulan puasa buat deria kesan aku jadi makin blur, jadi langkah terbaik adalah menahan teksi putih merah dan membiarkan diri terhe…

Siapa Cathy, Meon, Lim etc..

Image
Sejak meninggalkan kediaman selama tiga minggu, bila aku tiba di Windsor minggu lalu, banyak yang berubah. Ikan laga dalam tempayan naga tepi laman sudah merajuk dan melakukan harakiri dengan membelitkan dirinya antara akar kiambang, mati sudah. Pegaga gergasi di kiri laman juga banyak yang kuning akibat kekurangan air housemate aku ni agaknya lupa nak bagi minum pokok2 ni dan paling menyedihkan pokok ros merah dalam pasu hampir mati serta beberapa bunga lain juga nampaknya sudah suicide akibat cuaca bengis dengan kepanasan melampau.
Dan apa khabar jiran2 aku. Di sebelah kiri adalah Catherine dan Crystal yang sudah menetap di UK kerana ikut suaminya.Semalam Cathy muncul dan aku sudah hampir lapan bulan tidak berbual dengan dia. Diajaknya minum teh, dia lupa aku puasa. Katanya dia balik Malaysia sebab summer dan Crystal si comel itu ada di Kampar di rumah emaknya...rindu juga pada budak comel itu...
"Saya Shaheizi Sam, jiran anda. Jika anda mahu dihormati, hormatilah mereka terle…