Posts

Showing posts from July, 2012

Iftar at Windsor...

Image
Golden opportunity doesn't come twice. Once you let it go, it never come back to you. Thought that was a chance to grab, i totally said yes when she text me on Friday morning. Walaupun masih kurang sihat, apabila mengingati ada tetamu akan datang dan mahu makan makaroni bakar, aku bergegas menyediakan apa yang patut kerana tidak seronok pula menghampakan harapan tetamu, tapi sebelum itu aku dah set appointment dengan En Puteh untuk minta beliau baiki lampu, check fius box dan betulkan tank dalam bilik air. Alhamdulillah everything was settled before Zuhur and i was shock when the text from a same person came in again... "Salam..sist..u ada offer space untuk guest kan?"
"Yerp..why?"
"My friends..ada dua family from Pahang..loking for space for 2 nights...tak kisah macam manapun janji depa boleh buka puasa, sahur dan selesa..."
"Ok, but then my residence is not a 5 stars hotel.."
"I know...that's why i asked you laa...&quo…

Sukarnya membuat keputusan...

Image
When i first sat infront of him...he stared at me and asked me about the medicine that ive taken before. That was 6 types of it and he finally talked to me.. "Im sure...u know that we can't cure but we slowly control it..and the choice is in your hand. This is not about love me or love me not, to do or not to do, but u must...u pilihlah mana u nak....and i didn't see any problem if u follow my rules." - Doktor. "....danggggg! Baiklah doktor...."  Aku. Pergaduhan bukan lawak ini adalah perbualan singkat doktor ketika aku masuk nak buat BP dan sugar level test setelah tiga hari kehabisan ubat. Mungkin juga ada sedikit kesengajaan, aku terlupa nak minta bekalan ubat dengan klinik panel sebelum cuti, cuma apa yang terlekat dalam minda ialah ventolin inhaler dan pil untuk selsema...chehhh! Lain yang patut diingat, lain pula yang dibawa...huhhh suffer! Doktor, kau tahu tak betapa sukarnya aku nak buat keputusan untuk menelan enam biji dadah setiap hari...tak ter…

Sedikit catatan di situ..

Image
Kita tidak pernah akan mengetahui dan menyedari bahawa kita sentiasa berada dalam rahmat Allah yang melimpah ruah sebenarnya. Bahkan sama ada disedari atau tidak, kita akan sentiasa juga bermohon dan meminta kepadaNya kerana Dia maha mengetahui, tiada yang lebih mengetahui selain Dia. Justeru, usah bertangguh untuk terus meminta kepadaNya kerana Dia tidak akan sekali-kali mengejek atau mempersendakan bisikan kita kepadaNya dan dia juga tidak akan jemu mendengar dan terus mendengar...
Ketika usia kanak-kanak dulu, aku kerap ikut mak belajar tajwid di rumah Tok Su Nab yang tinggal berdekatan dengan rumah kecil kami di kampung. Guru agama yang mengajar itu dipanggil Mak Cik Hajjah Wan Wook..(arwah) dan beliau sememangnya sangat dihormati kerana ilmu al-Quran yang dimilikinya. Antara perkataan yang pernah aku dengar disebut Mak Cik ini ialah Kerajaan Langit dan Bumi dan ditengah-tengahnya ada taman rahsia tergantung yang tidak mampu dirungkai oleh pemikiran manusia seperti kita.
Diberi p…

Permented tapioca pudding..

Image
Last nite, around 5am, i read a blog Life In Germany and his entry is about picking strawberry and a recipe is snow pudding@strawberry chocholate pudding . Its yummy! Arghh cannot be..i must do something. Once i saw it, it is craving! No compromise at all when we talk about pudding. And my fav pudding is permented tapioca pudding @ puding tapai mak nyah..(psstt hey buddy lets have it..hahah aku tau ko mesti telan ayaq lioq). Its not worth to buy strawberry @ Jusco, 10 biji RM13..cekik darah betul, potong stim nak buat puding strawberry tu. This is the ingredients. Im not sure how accurate is the ingredients because my blue cook book was lost and i just assume it. 3 eggs, a can of ideal milk, 3/4 cup sugar, u can use brown sugar too and vanilla flavour. Mix and blend it all till smooth. Dare to drink it? Hahaha...  Then after blend it, put in a small mould...steam it. I use rice cooker to steam it about 20 minutes...it depends on how much liquid u put in a mould..

I steamed it more than …

Belansungkawa: Azah Aziz

Image
BELIAU yang dikenali adalah seorang wanita yang sangat sangat lemah lembut apabila bercakap. Penampilannya sentiasa manis, sentiasa dalam persalinan baju kurung dan sanggul siput. Senyumnya manis, manis kerana tulus dan sebutir tahi lalat di tepi bibir menambahkan lagi kemanisan wajahnya yang tidak pernah jemu dipandang. Beberapa kali bersua dengan beliau, tutur katanya tetap sama.
Aku berasa beruntung kerana setiap kali aku menelefon beliau untuk janji temu, beliau tidak pernah menolak, malah sangat mengalu-alukan kedatangan aku. Kali terakhir aku bertemu beliau ialah pada 27 Ogos 2008 di kediaman beliau di Astana, PJ.  Ketika itu pun beliau sudah uzur dan tidak banyak bergerak, namun semangat juang tokoh budayawan ini begitu kental. Dan aku perlu berterima kasih kepadanya kerana menyuntik kehendak untuk aku menjadi pengumpul songket walaupun aku tahu hobi itu adalah hobi mahal. Sangat mahal!
“Sebagai orang Melayu, kita mesti ada rasa kasih sayang pada pakaian persalinan kita..”
“Sa…

Songket series...timeless

Image

A child in us...

Image
I believe that there is a child in us no matter how old you are. Honestly, at my age now im still looking for dolls to collect, buy or keep it as mind if i like the dolls. Recently i bought a dolltopia fromLittle Syambut already handed it to little Zara Sophea when i visited her last week. Few months back i bought Pocoyo and gave it to Azra Nurdinie because she likes Pocoyo much rather than me. I still have few dolls from plasctic, sponge and cloth. During childhood, emak likes to create fish dolls from kekabu and gave it to everyone of us so that we wont fight each other coz everybody got one with a special creation. Emak was awesome due to craft.

If you remember, there was one time when mother likes to buy rubber dolls (correct me if im wrong for their kids). Emak also, will buy me the doll and i got one in a pink rubber like pic. I saw the rubber dolls atSyamhouse yesterday. It suddenly make me said ‘owhhhh’ when i saw it sitting alone in a wooden cupboard. She is..she is the doll…

Irma dan Rezza...

Image
Pasangan ini sama cantik sama padan, berdiri sama tinggi, duduk sama setara, bagai sirih pulang ke gagang, bagai pinang dibelah dua, bagai aur dengan tebing...senyum tak henti-henti terukir di bibir mereka..aahaaa apa lagi yang boleh dikatakan untuk menggambarkan majlis berkenaan sangat dirahmati...bagaimanapun, Ustaz Don Danial Don Biajid mengatasi pasangan mempelai kerana ketika beliau melangkah untuk pulang, sudah penuh peminat menunggu di muka pintu...errr aku tengok dari jauh..ahkak tak kuasa nak berasak-asak..walaupun ahkak sebenarnya nak jerit Ustaz Don im your fan!!!haha! Hmm gilang gemilang sungguh majlis ini..tetiba ada suara tanya aku..awak bila nak kahwin??? Apa??? Adehhh soalan besi berani sungguh nak je aku rasa nak celik biji mata...nak tau apa jawapan ahkak nak tunggu James McAvoy datang pinang bhahaha??? Tak ada jawapan la mak encik, pak encik...ahkak banyak keje lain nak buat..."kahwin pun satu kerja juga tau.." iskk...dia tanya lagi...habess apa aku nak k…