Saturday, 30 June 2012

Giraffe printed...

I create a special blog for a recycle/craft things...

Friday, 29 June 2012

Telur mata paling stylo!

Kenapa aku suka guna lada benggala atau capsicum setiap kali masak? Sebab banyak zat dan garam galian ada dalam bahan ini...ia bukan berwarna merah, kuning dan hijau suka suka hati saja, tapi setiap warna melambangkan zat yang terkandung. Kuning adalah zinc, hijau adalah pottasium dan merah adalah...alaaa mak lupa!
Konon nak ada red flower...ini capcicum merah...

Perunding Pemakanan, Indra Balaratnam, berkata:  kunci pemakanan yang betul adalah mengamalkan pengambilan makanan seimbang, sederhana dan pelbagai selain penting mengikut piramid yang disarankan kementerian kesihatan walaupun untuk kanak-kanak. Cara terbaik memperkasakan anak adalah melalui pemakanan kerana makanan adalah nutrisi penting yang membekalkan tenaga untuk anak sepanjang hari. Ibu bapa perlu tahu anak mereka juga mengambil jumlah makanan yang hampir menyamai mereka kerana kanak-kanak memerlukan tenaga untuk membesar dengan sempurna. Makanan yang mereka ambil memberi kalori, protein, kalsium dan semua vitamin yang diperlukan. (Petikan daripada Berita Harian
29 Mac, 2011)
Haaa cantik kan? Kalau bawak pi picnic sure laku punya...
Ketua Pakar Pemakanan dan Pusat Modifikasi Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Datin Farah Diba Khan berkata:  badan manusia, sama ada dewasa mahupun kanak-kanak memerlukan makanan untuk menjadikan proses tumbesaran berjalan dengan lancar. Tabiat pengambilan makanan oleh kanak-kanak penting bagi memastikan mutu kesihatan mereka pada kemudian hari kerana apa yang diambil pada hari ini boleh mencorak kesihatan mereka pada masa hadapan. Jika ibu bapa mengamalkan diet yang baik untuk anak mereka sejak kecil, amalan berkenaan boleh mengurangkan risiko masalah kesihatan berkaitan pemakanan, dan perlu diketahui setiap warna pada buah-buahan dan sayuran mengandungi zat dan mineral berbeza. (Petikan daripada Berita Harian 13 Oktober, 2009)

A good storage can make it more longer..aku tak makan, aku goreng je..jap lagi budak Nor tu balik, dia akan settlekan....












Thursday, 28 June 2012

I want to be a pilot...

Mana lebih handsome, pilot yang kecik cenonet tu ke atau yang besar sket tu..ahahaha kedua-duanya handsome kan...hari tu KidZania ada buat career day..ntah macam mana aku tersesat ke magic kingdom tu, tetiba dok ada antara pilot tu semua...memang magic kan!
Kapten Mohd Rafik sambil post kontrol handsome memantau si comel tu memandu simulation aircraft..macam real! Kapt ni sekali pandang muka dia macam Dt Fazley...cer tengok betul-betul..
Masa sekolah rendah, tak de siapa nasihatkan aku nak jadi apa atau apa bila besar. Yang aku ingat, nak jadi orang gaji, tak pun tukang masak..sebab kedua-dua tugas berkenaan adalah tugas rutin arwah emak di rumah. Bila aku bangun pagi, mak dah ada kat dapur. Bulan puasa terutama, bila dah siap masak untuk sahur, barulah emak akan kejutkan kami. Kami semua bangun bila mak dah siap hidang..masa tu kecik-kecik, mak suapkan sebab kami sibuk dok mengantuk tepi meja.
Anak sapa la ni kecik-kecik dah handsome..tinggi saham adik ni kan..hehe. nasib baiklah auntie tak dak anak perempuan, kalau tak auntie dah cop buat menantu...kuikuikui!
Bila besar sikit, aku tolong emak berniaga nasi pagi di bangsal kecil berdekatan rumah kami. Masa tu nasi lemak tidak sefamous kini. Yang famous adalah nasi kerabu/ulam atau nasi berlauk. Dulu zaman aku kecil, satu bungkus nasi berlauk dengan seketul ayam kari berharga 50 sen. Murah gila..sekarang, jangan harap...buka zip nak pancuq pun dah RM2 kalau kat KLCC...

Cakap pasal kerja, aku tiada cita-cita. Bila naik ke peringkat menengah, aku masih tidak mempunyai cita-cita. yang aku ingat ialah mahu bekerja saja tapi tidak tahu kerja apa. Sehinggalah tamat tingkatan 6, aku masih teragak-agak untuk bercita-cita. Arwah Othman Puteh (penulis) pernah nasihatkan aku supaya jadi penulis. Ya, terima kasih kepada arwah Pakcik Othman Puteh kerana mendorong aku menulis..tulis cerpen dan artikel untuk cari duit. 
Saja aku paksa Kapten Rafik ni act macam ni..
Percaya atau tidak, kalau korang ada anak, boleh set dah nak suruh anak jadi apa bila besar sebab pendedahan masa kecil akan membuatkan anak mempunyai kemahuan dan terbuka minda berusaha ke arah cita-cita mereka...whatever..ilmu mesti ada, didikan mak bapa juga mesti betul. Kanak-kanak hari ini adalah generasi pemimpin esok hari.

Aku ada 9 anak buah. Nur Khaleeda (14 tahun), kata dia nak jadi ustazah, nak kena pandai cakap Arab..ok sekarang dia dah boleh cakap sikit2. Intan Khadeejah, 12, kata dia nak jadi programmer, ok sekarang dia memang suka bertenet di pc, aku harap mak dia pantau aktiviti dia. Nur Aisyah, 7, kata dia nak jadi macam mummy (aku le ni) sebab mummy selalu beli coklat dan dia suka coklat. Ahmad Ashraff, 5, kata nak jadi askar sebab dia suka main tembak-tembak.

Najla Amani, 6, kata dia nak jadi doktor sebab Uminya nak dia jadi doktor, Lala ni selalu ter'pee' sebab kalau dah main, rela tahan pee..lastnya terkeluar tanpa disedari..memang bahaya dan uminya dah bawa jumpa Doc. Shaker Adli, 4, nak jadi tukang masak, sebab dia suka skodeng kalau mummy masak, Zahin Khalis, 1, masih tiada hala tuju sebab dia masih menetek dengan uminya.

Azzfar Ishraff, 5, nak jadi engineer sebab budak ni kalau boleh main lori, kereta, helikopter mainan, dia sanggup tahan lapar tak mau makan dan Azra Nurdinie, 3, nak jadi ballerina sebab hari-hari dia tengok cerita Angelina Ballerina kat Disney Channel..betapa apa yang didedahkan dan dilihat kanak-kanak begitu mempengaruhi minda mereka..

Tuesday, 26 June 2012

Kosong...???

Satu ketul untuk satu suapan...tapi bila dah buat menu ni..aku makan dua ketul je dan selebihnya adalah untuk housemate yang menyewa di bilik bawah...she's pretty lucky because every time when she came back from work...ada menu menunggu dalam peti ais..dah rezeki dia...
Ehhh...tajuk entry ada kaitan ke dengan pic ni? Tak de kan...memang tak ada..sebab kereta yang minyak hitamnya kering kontang memang tak boleh nak disamakan dengan open sandwich yang ditempek picnya di sini..tapi sebenarnya ada koherensi antara tank minyak kosong dengan perut kosong. Kedua-duanya kosong, bila perut kosong otak pun tak dapat nak berfikir dengan waras. Sebelum apa-apa berlaku, baik aku waraskan otak, adjust tekak dan settlekan perut tuan punya kereta dulu, lepas tu baru settlekan kereta pulak.
Bagel yang direcycle....blackpepper sosage, colourful capsicum and tomato cherry...and not forget the cheeeseeeee!
Aku tak marah kalau ada orang kata, inilah perempuan, bawa kereta tahu tekan saja..apa-apa hal yang lain semua tak tahu. Sedar tak sedar bila kereta berasar. Ok aku boleh kata 'Thank God', sangat tergeliat lidah menyebutnya kerana kereta aku masih ok, yakni tidak berasap. Kalau ikut kilometer, pada bacaan 155,997 km tu aku dah kena service tapi sebab leka berfoya-foya pergi dan balik kerja, aku terlupa! Aku kan worcoholic walaupun tak pernah disedari kewujudan aku..keluar rumah gelap dan balik rumah pun gelap juga..
Ingredients...
Kalau nak cantik, u all boleh potong roti biar sama saiz, baru nampak ghairah pada mata, selera pada tekak...tapi aku bantai saja sebab cantik macam mana sekalipun, kalau rasa fail...bye bye le kan...lagipun ia akan berkubur juga dalam satu ruang gelap bernama perut...selai sosej, smoke chicken or whatever filling boleh guna..aku suka kaviar atau black kaviar tapi benda tu mahal la pulak...jadi replace saja degan sosej..
Tergerak hati nak cek minyak hitam...masyaAllah...sekuku pun tak dak, kering habis..sorry my dear.i neglect you...seb baik tak merajuk dan sempat dipujuk. Wira inilah satu-satunya jentera yang menggerakkan aku ke mana-mana dan korang imagine kereta ini dimiliki pada 2000 dan hari ini kilometer ia bergerak ialah 155, 996..dalam tempoh 12 tahun baru sebanyak itu ia digunakan...dan enjinnya masih baik walaupun hayatnya sudah 12 tahun. Kalau manusia, dah masuk darjah 6. I admit that i hv to thank KA because he's very particular interms of taking care of the machine...now and then i hv to alert and check everything by myself coz he's gone with the wind!
Sila toast sekejap selepas letak kepingan cheese, ia akan jadi sedikit garing dan crispy bila dimakan..kalau u all suka lemau, tak payah toast...
Pagi tadi kena pergi Putrajaya, aku pergi belajar buat coklat dengan Lembaga Koko Malaysia. Bukan senang nak masuk kursus yang LKM buat ni sebab ramai yang nak jadi usahawan. Jadi depa terpaksa tunggu que dan aku antara yang terhegeh-hegeh berangan nak jadi usahawan coklat. Event start jam 10 pagi dan jam  pagi, teringat pula open sandwich yang sudah lama terbayang di dalam kepala otak...bila cek gobok buruk aku yang sedikit magic itu, ada lebihan bagel, black pepper sosage, capsicum dan cheddar cheese. Sempat sekejap zass ziss zuss before i left to Putrajaya..aku belajar buat open sandwich ini dengan Chef Datuk Ismail Ahmad, tauke Restoran Rebung tu dan beliau juga ada sebuah restoran di London..keleszz kannn!
Potongan bahannya tak sememstinya macam ini...suka hati u all..gaya bebas!
Cukup dua ketul...burp! Hati manyak susah ooo bila keleta gua demam...kena settlekan keleta dulu, baru moleh makan aa len chaii...
Bagi depa, open sandwich ini macam finger food untuk hi tea ke apa tapi bagi aku open sendwich ini ialah menu sempoi gila...tindan je segala bahan dan dah siap.

Monday, 25 June 2012

This is not a good sign..

I started Monday with something bad..
Stress came along..
Stress and depress often turn people on to crazy.
Under pressure, we couldn't think apropriately.
When someone pressure us, we tend to be rebel.
Rebel without a cause..
A poison ivy blue jelly to reduce stress!
I did this last nite..the blue poison ivy jelly with peach and prune, jelly-ing and eating...reduce stressssssssssssss...sigh!

Bp: 150/95 ( Dr told me its considered hight)
The thing that i really hate to do..
she gave it too..
take xanax .5mg for few nights...
God, pls help me!


Sunday, 24 June 2012

Blueberry weekend...


Jangan tertipu dengan rupa paras, ia mungkin sedap dipandang tapi tidak sedap pada lidah korang..tapi sebab aku yang buat makanya aku rasa ia sedap dipandang dan sedap juga pada lidah dan enak juga pada tekak aku!
Its been so long since my last muffin was on 2010. At that time, i baked nutmeg muffin and the recipes got from Chik and Wan Chu, KA's aunt. Now no more nutmeg muffin because the book was lost and i couldn't found it eventho dah bercupak garam aku tabur sekeliling rumah. Petua pun dah tak valid and i declared the book totally lost!:( Really dissapointed because a lot of recipes inside and all were great recipe!
Sebahagian daripada bahan-bahan. Kalau nak tahu bahan seterusnya, klik sini..
Macam biasa, berasa buntu apabila masuk dapur setiap hujung minggu. Nak makan nasi teringat pada Kilos For Cash, tak makan nasi, adehhh..dah kebulur! Nasi? Ohh tidak..kalau masak nasi, kena ada at least tiga jenis lauk.Pasta? Tak boleh sebab baru dua hari lepas membelasah pasta di Marmalade Bangsar dengan colleague dan parata roll dengan filling chicken floss? Ok yang itu kita buat petang nanti ya gegurl...Oleh sebab semalam menemankan my sister beli groceries di Tesco, aku rambang mata melihat blueberry yang sangat comel pada pengamatanku. Ingat nak rembat dua kotak tapi spesies berry ni mahalnya mengalahkan telur itik masin..lagipun aku tak pasti EE dan Dinie makan atau tidak kek blueberry atau muffin blueberry yang aku nak buat ini.
Teruja sungguh melihat buah berry ini...tapi mahalnya wehhh...
Teringat blog Bisous A Toi yang sokmo buat entry menggiurkan mengenai kek dan biskut. Aku masuk situ jap nak tengok resipi Rima. Tapi resipi dia memang mewah dengan bahan. Aku modified sket, tak letak buttermilk, tapi bantai Anlene milk..haha..janji milk juga kan..kurangkan gula dan honey..o yeah..ready to bake.
Tak boleh bubuh penuh, nanti melimpah bila bakar...
Baunya boleh tahan tapi aku yakin kalau ikut resipi asal Pn Rima, mesti lagi meletopsss...sebab Cik Puan Rima ini memang pakar membuat kek/muffin. Sebelum ini pun ada beberapa resipi dia yang aku dah cuba dan memang menjadi..
Ready to deliver...
Ok hari ni makan muffin la sampai seminggu..muka pun dah macam muffin! Kalau Cristal ada, mesti aku boleh bagi dia sikit tapi budak ni dah ikut bapaknya yang bekerja di UK dan maknya bawa dia bersekolah di sana..rindu juga pada celotehnya yang pasti akan tanya aku setiap hari Ahad pagi, nak pergi mana dan beli apa...she's really a cute gal!
Nampak gayanya seminggu ini, tidur muffin, mandi muffin dan segala-galanya muffin..

Saturday, 23 June 2012

Late night supper with rainbow avalanche!

Harajuku Girl juga tidak mahu ketinggalan..mahu makan kek juga..nasib baik tiada Ben 10, kalau tidak pasti bergaduh kerana berebut kek cantik...aku boleh bakar kek, tahu bakar kek tapi sebab masa sangat cemburu dengan aku, maka kek ini adalah dari dapur maryambytes...tauke maryambytes ini tinggal tak jauh dari rumah aku..
Penat menggila tapi mata masih keras. Keluar rumah ketika bulan masih bersisa di hujung dinihari dan balik ke rumah matahari sudah merajuk menyembunyikan diri. Sampai bila aku akan begini. Berasa sudah lama tidak menyepahkan dapur yang mungkin juga sudah merajuk dengan aku. Melihat Rainbow Cake di blog En Khairul...arghhh dengkinya aku kerana tidak berpeluang membakar kek..kerja yang suatu ketika dulu setiap hari aku lakukan...tanpa jemu.Ok i promise, one fine day, aku akan bakar kek sampai lebam...!!! Rainbow? Red Velvet? Layer Prune or Marble? Ok i will...
Tak dapat bakar tapi sangat ingin menikmatinya. Apa lagi yang boleh dilakukan dalam ruang terhad ini, sambil menikmati sepiring kek yg sangat mengujakan ini, sambil menghabiskan beberapa bab bahan bacaan, kek penuh warna warni ini rupa-rupanya menyuntik warna kenangan juga ke dalam minda aku...
Ini tak tahu bila akan habis, mungkin seminggu, dua minggu atau tiga minggu. cukup sebulan kalau tak habis...tahulah aku nak buat apa degan kek ini...
Arwah nenek sentiada cakap pada kami, cari pangkal leher ular besar warna warni itu, ada tertanam harta karun di situ. Dan aku yang masih tak tahu akan cerita real dan cerita jenaka ketika itu berazam untuk menjadi kaya raya dengan mencari pangkal leher ular besar bernama pelangi itu.
Di suatu ketika yang lain pula, kami langsung tidak berani menunjuk ke arah pelangi kerana konon katanya tangan akan kudung. Jadi aku dan yang lain percaya habis dengan pesanan berkenaan. Dan kini apabila dewasa, semuanya bercampur baur menjadi kenangan. Yang aku tahu kini adalah rainbow cake yang sangat happening kerana himpunan tujuh warna pada setiap lapisan kek.

Rainbow sudah hampir habis, minuman coklat juga sudah sejuk...tapi mata masih degil...

Kalau nak gugur, gugurlah nangka
jangan terkena si ranting pauh
kalau nak tidur, tidurlah mata
jangan terkenang orang yang jauh...

Friday, 22 June 2012

Entry kontot...

1. Lalat

Aku tak de masalah dengan lalat. Lalat pun tak dak masalah dengan aku. Tapi bila haiwan kecil ini terbang dan sentiasa ada di sekitar aku pada masa tertentu, aku jadi pelik dan notice kehadirannya pada masa yang sangat tidak sesuai. Apa fikiran korang apabila sambil baca buku jam 12 malam tetiba ada lalat muncul. Sambil buat keje kat pc kat opis, tetiba ada lalat muncul. Masuk dalam keta nak drive tetiba ada lalat masuk sama dan masa masuk ke rumah my sista waktu malam tu, ada sekor lalat membontoti aku. Aku tahu lalat sering dikaitkan dengan benda kotor dan tidak elok. Bukan aku percaya pada benda2 mistik atau tak baik ni tapi bila kehadirannya pada masa yang tidak sepatutnya dan aku berada dalam persekitaran bersih, ia jadi pelik. Sangat pelik dan aku jadi gusar menunggu minit seterusnya...ramai orang kata lalat membawa alamat tidak baik...hmmm...aku masih berfikiran positif, mungkin kedatangan lalat itu adalah untuk mengkhabarkan sesuatu..lalat..ia pun haiwan makhluk Allah...

2. Kucing
Aku pernah langgar kucing, ampunkan dosa aku Tuhan. Aku suka kucing, tapi tak akan bela kucing sebab asthma. Kalau ada kucing depan rumah dan kat dapur ada nasi dan ikan lebih, aku akan bagi kucing makan. Semalam, balik kerja dan tiba di rumah jam 10++ malam. Masa aku buka pagar nak masuk kereta, nampak selonggok objek tepi pagar atas rumput. Bila diamati, ada seekor kucing mati yang sudah berulat dengan banyak..walaupun jam 10 malam, aku masih boleh lihat dengan nyata betapa banyak ulat mengerumuni bangkai kucing itu.  Dari bangkai itu nyata kucing yang mati itu adalah kucing peliharaan kerana ada tali cantik dan loceng di lehernya tapi sebahagian badan sudah buruk dimakan ulat. MasyaAllah...sedih! Adakah kedahadiran lalat itu untuk memberitahu aku bahawa ada seekor kucing mati di tepi rumah?

3.Baru aku sedar...
Dalam masa terdekat ini, banyak tempat aku kena pergi. Bermula 1 Julai, jadual appointment adalah penuh. Dan semalam ada dua appointment yang buat aku rasa macam kartun, kartun tak pernah letih, sentiasa bertenaga dan tak tahu penat lelah juga. Bila balik rumah, duduk dan minum seteguk air..baru aku sedar bahawa aku ini hanyalah manusia kerdil, bernyawa dan bukannya robot yang boleh digunakan 24 jam. Supaya aku sedar bahawa aku ini manusia, perlukan rehat dan tidur yang cukup.Bahkan robot pun ada hayatnya...mak. Sesuatu harus dilakukan, supaya aku boleh hidup sebagai manusia seribu tahun lagi..bukannya hidup dalam kenangan korang sebagai arwah LW..dengan izin Allah...

4. Meraikan hidup yang semakin singkat..
Aku tahu, hidup ini singkat. Jadi untuk membuatkan hidup berasa panjang...aku perlu memanfaatkan 'masa' yang singkat ini..sejak kebelakangan ini, aku banyak hidup di alam maya, bercakap dan berbual di alam maya, berdiskus di alam maya bahkan berkerja juga melalui alam maya. Memang terasa dekat walaupun hakikatnya jarak antara aku dan mereka adalah sangat jauh, dipisahkan oleh skrin nipis...terasa terisi dan hidup tidak singkat apabila 'berbual' tapi ia tidak nyata. Need to do something to make it real..i can't do it all but once a while..ill make it real..Ahad ini adalah masa paling baik untuk melakukan sesuatu..aku nak pergi Publika Solaris untuk menikmati persekitaran kreative kerana ada bazar Fuyoh Art di Publika Solaris Mont Kiara Ahad ini.. Syam and Eita dear, kita jumpa kat sana..nanti aku bawa kek pelangi untuk korang..kita makan sambil minum kopi lepak...heaven!

5. Kupu-kupu itu muncul lagi...
Seekor kupu-kupu hitam, terbang melintas di hadapanku..
ada perasaan yang mercup di jiwa
pada susur hari yang semakin gelap
aku lihat kupu-kupu hitam itu
terbang dalam rentak yang amat mulus
Aku: G, penasarannya aku melihat kupu-kupu hitam terbang melepasi aku...kalaulah aku boleh berkata sesuatu melalui mata hati..alangkah hidup ini akan jadi lebih mengujakan...
G: Yang sangat manis ialah jarak...jika kau dekat dengan dia kau akan melihat kelemahan-kelemahan yang kelat. Jadi biarlah kemanisan saja merajai hatimu kala ini..juga menjadi saudagar mimpi yang membolehkan kau belayar jauh dan melabuhkan  sauh bila dan di mana saja kau mahu...tiada sempadan..
Aku: Betapa ini yang aku lakukan selama ini...entah bila mahu berlabih..pelabuhan mana yang mahu aku tuju..
G: Maka biarlah kemanisan mimpi menjadi cerita hati yang mengujakan...
Aku: Aku mohon, sampai bila-bila ia akan terus begitu...
G: Mungkin di tanah yang pernah dipijak Rasulullah SAW yang sangat mulia kau akan menerima jawapannya..
Aku: Aku tidak mahu mentafsir perasaan aku kala ini..
G: Satu hari nanti kau akan bertemu sesuatu yang kau cari...tetapi aku tak memiliki petanya untuk kukhabarkan kepadamu kala ini..
Aku: Lebih baik kita tidak mengetahuinya...
G: Tafsiran itu biarlah menjadi misteri hati yang dibalut dengan kain paling cantik sehingga kau merasa sayang untuk membukanya...
Aku: Aku sudah sediakan sutera asli paling halus dan berseni untuk membalutnya...
G: Doakan saja..

6. Hadiah untuk Mak..
Assalamualaikum mak, saya sudah mengirimkan 'hadiah' untuk mak, nenek dan abah pagi tadi. Harap mak sudah terima..saya rindu mak..

Tuesday, 19 June 2012

Haunted...

Bilik  ini nice tapi....ada tapinya....
Sebelum masuk ke bilik ini, aku dah ding dong bell kat tepi pintu sebagai menyatakan aku nak duduk dalam bilik ini buat satu malam, nak rehatkan badan setelah kami menempuh perjalanan enam jam dengan berhenti 30 minit kat RnR Bukit Gantang untuk kenduri durian. Tak pernahnya aku buat makan durian jam 12 malam, tapi sebab ada yang menaja, maka aku tutup mata dan buat-buat tatau je lah dengan segala bagai kolesterol dalam durian..masa dah masuk ke bilik ini, aku dah lempar kasut jauh-jauh supaya ia tidak berada sama kedudukan..ini petua orang Cina...katanya kalau kasut duduk dekat dan sama kedudukan, haruslah ada makhluk jahat akan datang...setakat petua je pun so aku buat...

Nasib baik ada tv, jadi kami buka tv kuat-kuat soundnya sampai cerah...lebih baik bunyi tv daripada dengar bunyi benda melompat keluar dari bilik air...huhu!
Sampai je kami terus buka tv, tak mau senyap sangat dalam bilik yang pertama kali dimasuki. Sebelum tu aku dah nampak sesuatu dalam bilik air. Sampai takut nak ambil foto dalam bilik air sebab takut 'wajah' itu muncul dalam foto. Aku sebenarnya ternampak satu makhluk seperti pocong di cermin dalam bilik air tapi aku tak nak menakutkan member yang pakai baju merah ni walaupun aku dah takut tahap gila babas. masa tu jam satu pagi...member ni pula asyik cakap nak tidur dalam cerah sebab dia takut. Cara dia cakap macam main-main tapi aku tahu dia memang maksudkan sebab dia on semua lampu kecuali light head kat katil aku...pehhh aku pun rasa lain macam juga tapi buat-buat berani sebab masa tu lagi tiga jam je nak subuh...hilang keterujaan nak berfoya 
Hitam-hitam si buah manggis tapi jasa kau banyak manggis, at least aku reduce ketakutan bila makan kau manggis....
Masih tak boleh tidur walaupun penat. Jam dah hampir 1.30 pagi. Jadi aku cakap kat member tu kami makan manggis malam2 buta...sebenarnya nak menghilangkan rasa takut. Entah rasa takuit tu meluap-luap walaupun tiada apa dalam bilik. Aku tak pasti sama ada member tu nampak ke tidak apa yang aku nampak kat cermin dalam bilik air masa mula2 masuk.

Cheittt minum air sebotol ni buat aku rasa nak ke bilik air...minta simpanglah, sanggup aku tahan tiga jam...
Akhirnya aku teguk sebotol air dan paksa mata pejam...adehhhhh lepas tu rasa nak sheshe pulak...huhu! Dah le bilik air tu haunted...chehhhh! Korang tahu tak aku nampak apa? Dari celah pintu bilik air semasa aku lalu nak menghala ke wardrobe dalam bilik tu, aku nampak satu makhluk berbalut dengan kain putih seperti pocong tapi terbuka pada bahagian muka dan mukanya hitam dan mengerikan....aku tak paksa korang percaya tapi itulah yang aku nampak dan buat-buat tahu sebab aku berdua dengan member...kalau aku sorang mampus aku minta tukar bilik atau tidur kat lobby. 

Bila balik KL, tanya adik aku yang pernah menetap di bandar itu selama beberapa tahun, katanya hotel yang aku menginap tu memang jaunted hotel dan ia jadi pilihan terakhir guest yang singgah di SP...hotel tu dekat dengan tol..tepi hiway jer...ampun la wehhh sampai balik KL pun aku tak leh lupa wajah kat cermin tu...pheee!

Monday, 18 June 2012

Resipi recycle...

Ini adalah resipi recycle...aku suka makan menu ini, sebab tu aku buat lagi, buat setiap weekend..u all boleh moderate resipi ini. kalau nak letak vege sebaai filling pun boleh, ikut suka citarasa sendiri. Yang penting, kita suka nak makan, jadi kita buat ikut taste kita..gua bagi lu basic..eh ada aku, kita dan gua..:)
Macam biasa, kalau suka sesuatu menu tu..aku akan buat dan buat dan makan dan makan lagi. Dan Ahad yang perfect itu adalah hari Ahad yang dipenuhi dengan moderate menu, try and error menu. Masih dalam mood makan roti dan inti, aku modified sikit resipi vege pie supaya bahan2nya menjadi lebih ringkas.


Bahan di atas ini adalah yang sudah potong dadu. Aku guna empat bahan ini saja. Yang bulat itu adalah daging burger (ayam) tiru style En Khairul. Senang tak payah tunggu mince meat lembut, terus guna daging burger yang sudah siap masak, jadi masak tumis nanti tak payah masak lama sebab bahan seperti bawang, capsicum tu cepat layu. Aku tak letak garam atay gula pun sebab daging ayam burger tu dah ada rasa masin. Tumis guna olive oil.

Guna roti wholemeal..lagi sedap dari white bread. Kemek-kemekkan roti, tekan dengan tangan je, tak payah rolled on. Gris dengan sedikit olive oil sebab lepas ni korang kena masukkan dalam acuan foil atas tu. Aku recycle foil cup tu, selagi ok dan tak kemek, aku guna. Sesetengah orang tu lepas masak depa buang terus sebab katanya dah tak dak guna, tapi aku basuh dan simpan sebab nak recycle. Selagi hayatnya ok, aku akan guna. Sebab tu ada yang nampak kemek sket kan...taram je lah.

Ini adalah telur untuk garnishing. Guna sebiji atau dua biji pun boleh, tapi aku suka guna lebih supaya rasanya lemak merdu. Oh ya letak dua sudu fresh milk atau low fat milk ya, then masukkan tomato cherry yang dibelah dua. Gunanya untuk letak atas pie tu nanti. Boleh guna cheddar cheese atau single kraft cheese.

Dah kemekkan roti tadi, buang bahagian tepi supaya roti cantik, sedap sket nak makan. Kalau dah bakar nanti, tak de lah keras sangat. Aku suka bakar sampai garing...rasanya crispy sket...dah ready acuan tul isi bahan yang ditumis dan di atasnya letak tomato dengan telur dan last letak cheese dan bakar. Berapa lama bakar? Agak-agak je lah, kalau nak garing, bakar lama, kalau nak lemau-lemau jerm bakar sekejap. Janji cheese tu cair. Aku bakar 10 minit dengan api top and above pada subu 180 degree.

Yang di kiri adalah stok dua tiga hari. Aku suka buat menu ini sebab ia boleh disimpan sejuk dan bila nak makan, reheat. Inilah resipi recycle yang aku suka ulang dan ulang buat, modified sana sini depends on taste, kalau nak guna isi tuna pun boleh. Kena mix and match, barulah ada warna rasa berbeza bila makan. Esok-esok aku nak guna sotong kari pula untuk intinya..