Posts

Showing posts from April, 2012

Hari ini, beberapa dekad lalu

Assalamualaikum Mak
terima kasih kerana melahirkan saya selepas kakak
menjadikan saya anak Mak yang kedua
anak Mak yang pelik dan tersendiri
saya tahu ketika saya keluar dari rahim Mak
sejurus itu juga Mak menjadi orang pertama
mengucapkan selamat hari lahir kepada saya
apabila Mak menenangkan saya
ketika saya terkejut melihat dunia
terima kasih tak terhingga juga
kerana memberi hadiah yang amat bernilai
hadiah itu adalah air susu Mak
yang kini menjadi darah daging saya
mengalir juga nyawa Mak dalam badan saya
terima kasih Mak kerana bertarung nyawa
melahirkan saya pada hari ini,30 April jam 8.20 pagi
beberapa dekad lalu
terima kasih Mak!

Saya mohon Mak doakan saya dari kejauhan
supaya saya berpeluang melalui pengalaman seperti Mak
merasai kesakitan melahirkan satu nyawa
supaya saya juga boleh mengucup dahi si kecil itu
untuk mengucapkan selamat hari lahir kepadanya pula...

Terima kasih Mak, kerana melahirkan saya...

Blue Danube...

Image
Song: Blue Danube Compose by: Johan Strauss  Dedikasi untuk Azzra Nurdini dan Azzfar Ishraff Aziz, esok-esok bila Dini dan Ee baca blog ini, mesti faham apa yang ibu dan mami buat..kenapa kami buat semua ini...kenapa ia berlaku...

Toowoomba..juicy and tender...

Image
A couple of weeks ago, I was invited to do a food review on Toowoomba Steak @ Danau Kota, Setapak. The owner of the steak house, Mario aka Nordin really excited when i told him ‘yes’ instead of owhhh habislah diet aku...so we (me, Dr Ros, Prof A & Anne) went there exactly during lunch time. Our stomach was like hungry! Starving! I wanna these and these...sound like tamak la kan...dasatkan aku...
@ Toowoomba (actually Toowoomba is a nick name of Garden City which is located in Southern Queensland, Australia) Chef Latif prepared 8 menu’s for us to taste..guest what..all of us was shocked but big smile. Can u imagine that?? Hehehe...
At the location, I met Adam Armstrong. He is a trader from Australia and manage a company name Lembiru Pty Ltd. Lembiru is about lembu warna biru..ehh bukan lembu dan kambing actually. Adam’s also was invited by Mario to hv a lunch session with us. Seems like i talk to a rite person about steak and pasta because Adam is really into steak. We settled …

Baguette penyelamat...

Image
Malam hujan...langit gelap, tiada bintang. Aku suka, sambil minum kopi depan tingkap, sambil makan baguette kering ini dengan inti capsicum, sosej dan craft cheese, walaupun jam sudah 1 pagi, rasa lapar tidak boleh dinafikan dan nikmatnya minum kopi panas tanpa ada rasa bersalah, tanpa ada gesaan...gesaan yang buat aku berasa sejuta bosan untuk menghadap hari esok.

Kisah baguette ini juga pernah berlaku dua tahun lepas, menyelamatkan kami (arghhh radio Sinar FM pula pasang lagu keroncong Hetty Koes Endang....seandainya mungkin ku mampu terbang ke awan..ini liriknya, ntah apa tajuk aku tak pasti...) aku cuma dengar kerana fikiran aku teringat kepada baguette ini yang pernah menyelamatkan kami pada suatu musim sejuk di pinggir London. Suhu adalah -12 di bawah paras beku...pehhh aku rasa tulang aku pun turut jadi beku. Ampun lah...sejuk gila!
Ketika itu, hujung 2010, aku, Kakak S dan D terpaksa bermusafir selama hampir 12 hari ke London kerana tugas. Kami mencatu belanja kerana masalah …

I forgot to live..

Image

Begedil fusion...

Image
Kalau Chef Wan tengok cara aku buat begedil ini, mesti dia nanges sebab banyak teknik shortcut dalam usaha nak menyiapkan begedil ini. Sepatutnya dimakan dengan soto, tapi stok nasi himpit habis dan ayam segar juga tak ada tapi aku nak juga makan nugget ini, jadinya ia dimakan dengan sos tomato saja..jadilah..bukan AFC chef pun, cuma masak untuk dimakan di dapur Windsor saja, sambil layan kopi pekat..pada suatu hari minggu sambil tunggu hujan turun tapi hujan tak juga turun..(>.<)
Kenapa nak buat juga begedil ini? Sebab aku nak makan dan tak kuasa nak beli kat kedai yang lebih banyak kentang dari isi ayam atau daging, minyak sampai menitik-nitik dan kadang-kadang rasa pahit akibat minyak yang sudah beratus kali digunakan untuk menggoreng begedil ini.
Kebetulan daging ayam dan Idahoan ini adalah barang tajaan, aku cuma moderatekan saja dan tekniknya adalah diambil dari blog Encik Khairul. Tekniknya ringkas, sharp and short tapi yummy. Yummy bukan sebab aku pandai masak, tapi yu…

Ia mahu duduk dengan siapa yang ia mahu..

Sebut nama Ustaz Don, rasanya kita semua kenal siapa ikon ini sekarang, jadi ustaz pada usia yang sangat muda. Aku tak pernah dengar tazkirah atau ceramah dia. Whatever, dia adalah ustaz dan semoga dia akan terus jadi ustaz yang sebenar-benar ustaz. Semalam ada keluar cerita dia di Harian Metro dan aku baca juga sebab nak tahu apa cerita yang ditulis wartawan bernama Norhadiani Baharom itu..dalam berbaris-baris ayat itu, yang ini sangat menarik perhatian aku dan sangat mengesankan...bukan nak kata aku ini warak atau alim, tapi kenyataan Don Danial ini mencuit fikiran..
"Saya mula minat menghafaz al-Quran selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Al-Quran sangat istimewa dan hanya akan 'duduk' dengan siapa yang ia mahu. Ada orang belajar sedari umur empat tahun untuk menghafal al-Quran, tetapi masih tidak mampu melakukannya. Wallahualam... apa yang saya tahu mereka yang mendapat kelebihan adalah orang yang menyayangi al-Quran. Seperkara lagi, sejak dulu saya selalu pa…

Release stress dengan makyung...

Image
Adalah tidak adil untuk membandingkan antara seni warisan makyung dengan pementasan teater broadway West End di London kerana masing-masing mempunyai kelebihan sendiri. Pementasan West End di London memang sudah bertapak lama dan dikenali di serata dunia akan kehebatan pelakon dan panggungnya yang mana kalau seorang pelakon teater tidak mengetahui mengenai broadway West End, mereka mungkin belum boleh digelar pelakon teater sejati. 
Begitu juga panggung Esplanade di Singapura yang merupakan pusat seni pentas kota Singa yang kecil tapi lebih perkasa dalam perkara berbanding kita terutama bab kebersihan.Sekali lagi ditegaskan, adalah tidak adil membanding-bandingkan seni tapi kadangkala kita perlu melakukan perbandingan agar tahap mutu seni kita lebih baik. Kalau Jepun berbangga dengan Kabuki dan Vietnam dengan Puppet Water, kita wajar mengangkat  seni tradisional Makyung ini. Bahkan Makyung adalah jauh lebih gah kedudukannya kerana ia adalah seni warisan dunia dan sudah diperakui Unes…

Pleasure of Va'lor

Image
Most appropriate definition for this chocholate is pleasure, tempting, yummy, marvelous and uhhh! Uhhh because it was very tasty, and more delicious as it was given to me with no charge at all...
Im pretty sure the chocolate addicts must be impressed to name Patchi, Vochelle, Cadburry, Ferero Rocher, Lindlt, Toblerone or Belgium Chocholate as their fav choc, I support this Va'lor item. Eventho the brand name is Va'lor (Spanish word - Worth) but the factory is not in Spain, it's located in Ulu Langat! Jatuh cinta kan nak sebut Va'lor Langat mari! Hehehe...

Plan..

Image
Semalam terima sms dari Farina:
Kak: Jangan lupa bank draf RM****, selewat-lewatnya penghujung Mei.
LW: Ok, nasib baik awak remind..
Farina: Akak jangan risau, saya akan remind akak from time to time.
LW: OK thanks.
Farina: O ya kak, pasport macam mana? Dah renew?

**********
Oopss I forgot to check whether it is still valid or not... kadang kala hal-hal begini aku banyak lupa. Hendak menempuh perjalanan jauh, perlu ada plan. 2012 is a travel year for me. I plan few trips starting middle of Jun and may Allah grant me a good health, rezqi and baraqah to explore The creation...InsyaAllah.

Nota: Mak, walaupun mak sudah tiada bersama saya, saya sentiasa berasa bertuah dan beruntung kerana doa mak itu sentiasa ada bersama saya...mak sentiasa memberitahu saya, kata-kata itu adalah satu doa..dan saya yakin doa itu akan menjadi kenyataan...

How to overcome a fear...

Image
Don't tell me that you are brave enough to see a doctor inject your body for 8 times in less than 3 minutes! It happen to me before..sigh! Other than that, 3 times, 5 times and it never be once but always more than that. This morning, the doctor tried 2 times and it worked. Yay!!
And how i felt when a needle tuck my surface skin..pain and suffer. Eventho it's a tiny injection, it's still about needle, skin and blood. I bet myself to face it as well as think positive towards pain..again..it work...adehhhh!

In 2006, i was drowned in a swimming pool but thank God, im alive. Second chance aite! After that i went to swimming session coached by colleague...:). Now I know how to swim but the fear is still there and i plan to dive in a way to overcome my fear towards water. They told me underwater scenery is superb and once you dive, you will dive forever. Ok i want to experience it...

Before that, i was thinking what will happen to me if i live alone and yet, after mom passed…

Rahsia dalam secawan kopi..

Image
Aku tak minum kopi, tapi di rumah tetap ada serbuk kopi dan kalau ke rumah orang, jika mereka hidang kopi, aku minum untuk menghormati penat lelah mereka berhabis membancuh kopi. Lepas ada KA, pun aku tak minum kopi walaupun dia adalah peminum kopi tahap tegar. Dia hanya minum kopi cap kereta yang hanya ada dijual di kedai Abi di sebuah pekan di Utara tanah air, setianya dia dengan kopi itu.
Dia tetap mahu ajar aku minum kopi walaupun tahu aku tidak akan suka dengan air kopi. Justeru setiap hari aku buat kopi untuk dia dulu.  Begitu juga dengan belacan. Aku tak tahu bagaimana menikmati belacan di dalam masakan dan aku tidak pernah menyediakan kari sotong sejak kecil hinggalah mengenali KA. Dia ajar aku minum kopi, dia ajar aku makan sambal belacan dan dia ajar aku masak kari sotong. Katanya...jack of all trade but master of none...ok noted!
Dia beritahu, aku kena buka minda dan hirup nikmat yang ada dalam secawan kopi. Katanya lagi, minum kopi adalah satu gaya hidup yang sudah lama …

Amarah..

Image
Kita sentiasa cuba menjadi yang baik-baik
tidak mahu mengecilkan hati sesiapa di sisi kita
kalau boleh tidak mahu sedikitpun mengguris hati mereka
bahkan tidak mahu ada secalit amarah pun terhadap mereka
tapi bagaimana dengan hati kita sendiri
yang sudah sekian lama mengepung kesumat
hendak diluahkan tapi peradaban kemanusian kata jangan
hendak mengadu tapi naluri intuisi menghalang
hendak ditelan ia seperti selumbar mengait kerongkong..

Kopi yang aku minum sambil menghadap jeriji besi ini pun sudah berasa tidak enak lagi pada tekak. Apatah lagi sepohon pokok hijau di Windsor ini sudah kelihatan seperti seekor syaitan bertaring pada mata aku..apakah kini sudah tiba masa aku meninggalkan yang kini dan mencari ruang baru yang jauh, yang sejuk, yang tiada siapa pun dapat menghalang aku untuk meluahkan sebuah kemarahan yang sudah disimpan lama...
Nota: Aku tahu, sejak usia 10 tahun, ustazah sudah beritahu, kalau marah..ambil wudhu dan duduk menarik nafas perlahan-lahan. Sudah aku lakukan…

Mengenang dia...

14 April 2006 / Wad Songket @ Special Wing HUKM - 10.30am “You nak balik berehat kat rumah kan? So hari ni boleh keluar. Lepas lunch nurse akan siapkan document, bil etc..” “Thanks Prof. I kena ambil ubat banyak ke?” “Ubat biasa je, cuma jangan buat kerja berat. Dalam masa seminggu sembuhlah. I guna laser, so luka pada kulit luar tak nampak sangat, tapi bahagian dalam tu kena beringat ya...” “Ok Prof..maknanya I free from cancer ..*%$#.... tu lah kan?” “InsyaAllah, tapi you kena juga buat check every 6 months..” “Ok..apa-apa saja. Janji I boleh keluar hospital hari ini.”
13 April 2006 / P Mas, Kelantan - 6.00pm Langit gelap, keadaan di dalam rumah sunyi. Sekejap lagi hari akan malam. Sambil dia berusaha menghabiskan secawan minuman yang sudah sejuk, dia berhadapan dengan isterinya yang sudah hampir 40 tahun dikahwini. Susah senang mereka lalui bersama.
“Yam, saya nak balik dah sekejap lagi...” katanya sambil menggosok dada sendiri. Dia duduk bersila di atas tilam kekabu yang menjadi …

Aku nak semua koleksi Harry Porter...hehe

Image
ENTRY ini adalah entry menyahut cabaran contest di blog Mr Clive!



Sejak membabitkan diri sebagai blogger tenggelam timbul,  aku tak pernah masuk contest dan yang sewaktu dengannya. Eh ada sekali, tahun lepas..itupun sebab ia ada kena mengena dengan memasak, iaitu Master Chef Blogger tapi tak terpilih untuk pergi lebih jauh.

Akan tetapinya, contest di blog Mr Clive yang mengoffer satu set koleksi Harry Porter itu memang buat adrenalin aku mengembang berterusan memenuhi saraf dalam satu anatomi badan kerana teruja dengan tawaran hadiahnya..iaitu buku yang sudah lama aku berkira-kira untuk memilikinya secara pecah gudang, iaitu semua koleksi Harry Porter.

Aku baca buku atas beberapa sebab:
* Sebab buku itu memang bagus.
* Sebab suka dengan ayat di dalam buku.
* Sebab suka/support dengan penulisnya.
* Sebab isi buku berkenaan.
* Sebab layout yang kemas.
* Sebab cover cantik.
* Sebab harga yang mampu milik
* Sebab kualiti kertas yang digunakan.
* Sebab nak manfaatkan kuota RM150 yang a…

Andainya aku tahu...

Ada orang kata mengenang yang lama adalah membuang masa dan seperti kita tidak dapat menerima kenyataan, tapi bagi aku mengenang yang lama adalah sebahagian daripada proses hidup. Mengenang yang lama bererti memperbaik diri, mengambil iktibar dan menyimpan kenangan itu sebagai khazanah hidup yang akan diingat sampai akhir hayat. Setiap ingatan itu ada sebab dan musabab kenapa ia berlaku dan dua tiga hari ini, aku mengenang akan dia...dia yang sentiasa dalam kenangan..
Hari ini, enam tahu lalu. Prof Zainul kata aku kena buat operation untuk membuang tumor itu. Kalau tak ia akan membesar dan jadi seperti parasite, menghisap darah sedikit demi sedikit. Aku tiada pilihan, membiarkan bererti menderma darah kepada parasite dan membuangnya pula bererti aku kena bermalam di wad selama dua hari..masa makin suntuk sebenarnya..
Sambil aku kemas baju dua tiga helai untuk dibawa ke hospital, ada call masuk:
"Jadi masuk wad hari ni?" "Jadi, kejap lagi orang pergi..pukul 2 kena ada s…

Masalah teknikal...

Berlaku kesilapan teknikal.. Blog ini diberi mc seketika. Sekian.

How to be a success people...