Saturday, 31 March 2012

Breast...

I know (purposely), the title of the entry is obviously well enough to capture your eyes. Want to share this story with you all, it was happen in Pahang but I'm not sure which area and when. Someone told me before, it was about breast cancer. For your information, 1 in 19 women will be diagnosed with breast cancer by the age of 85.

Case 1
Ada satu keluarga berbangsa Cina di Pahang, si isteri didapati menghidap breast cancer stage 4 which is very ill or critical condition but her husband and the whole family refused to bring her to a hospital. What her family done was gave her a traditional medicine like akar kayu and those few herbs but it never cure her breast cancer. Her condition became worst. Her kids too were not allowed to be close to her because they believe  the cancer will spread a poison toward her family. She was neglected and finally died wihout her family by her side..it was very sad.

Case 2
A doctor adviced a patient to do a mastectomy operation on her breast because it was effected by cancer but she refused. The doctor finally met both, wife and husband. He personally asked the guy what will happen if these women die because of breast cancer while she's actually had a chance to cure the other breast..the husband finally said "..Sayang, no matter u hv one or two breasts, i will always love you till the end.."

Haaa kan...how power is the support from husband (guy) and how different is the case 1 and 2...refer to the case 1, pity her but the other is lucky...

And that is not a taboo when men do talk about breast cancer. Those 5 guys (Henry Golding, Shahrizan Borhan, Kid Chan, Hensen Lee and Chan Fong) who willing to share their thoughts about breast cancer at MenCare: Don't Let Her Stand Alone campaign..kudos to you!

And you guys, please ask / tell your wife, girl friend, sister, sister in law, mother, grandmother, boss or any relative (women) to do a breast cancer checking because an early detection can save their life, can save your loves one, can save your sister etc.

Dear fellow women, please do a regularly checking by yourself every month.. or else you can visit any clinic to check it..

Don't think that breast cancer is a women problem because 1 % of the breast cancer patient is men. It maybe a really small percentage but it is breast cancer. Don't let her stand alone...please!

Wednesday, 28 March 2012

Sepasang selipar...seribu rahmat

Yayy!! Selipar baru, warna dan ciri menepati kehendak, selipar getah cap gajah gemok...selipar ini comel! Awesome...aku tahu si penghantarnya mesti berasa comel dan berhati comel juga...hahaha
Betapa buruknya selipar lama yang berwarna hijau itu, namun jasanya cukup banyak. Setiap hari ia berbakti kepada aku..selepas ini ia boleh direhatkan di bawah meja, duduk diam2 kerana tugasnya menanggung beban akan diambil alih oleh selipar hitam pula...
Selipar yang aku guna untuk ke surau dah haus tapaknya.
ia jadi cepat haus sebab menanggung beban yang berat...aku lah tu!
jadi aku kerap sauk selipar angah yg berwarna biru
si angah ni kadang2 melilau cari selipar dia
tapi aku tahu, dia sabar je bila dapat tahu selipar dia aku yang sauk
mekaseh angah.. semoga Tuhan merahmatimu..

Aku memang nak beli selipar getah untuk dipakai ke surau
tapi kena survey dulu sebab kaki aku extra size
silap beli karang aku tak suka dan tak akan pakai

Tiba-tiba tengah hari tadi ada satu bungkusan pos tiba
officemate tanya apa barang
kotaknya lonjong dan kemek
ada tertulis pakaian
aku tak ingat sama ada aku beli baju online ke apa
bila buka saja, Ya Allah.. aku berasa dirahmati
ia adalah sepasang selipar hitam bertali merah
berasa seperti Tuhan mendengar apa yang aku bisik sebelum itu
..nak beli selipar baru kerana selipar yang lama sudah teruk...
..nak beli selipar baru yang selamat sebab yg lama dah licin..
..nak beli yang warna hitam dan merah sebab warna itu elegan..
..banyak songeh kan walaupun nak beli selipar...

Hmm..kepada si penghantar selipar
aku yakin amat Tuhan akan merahmati hidupmu
rezekimu akan berlipat kali ganda
kerana menghadiahkan aku sepasang selipar
yang akan aku gunakan untuk ke surau
selipar itu aku sayang
sebab ia adalah selipar yang menepati ciri yang aku nak
sekali lagi, semoga Tuhan merahmati
setiap langkah, detik, ketika
dan saat selagi kau bernafas di muka bumi ini...

Terima kasih penghantar selipar getah...

Tuesday, 27 March 2012

Fasilitatorlah sangat...

Dulu masa form six aku jadi fasilitator di sekolah. Bila fasilitate budak-budak form five tu sampai nanges-nanges la derang macam insaf kan. Dan kami geng fasilitator ni rasa hwarghhh tarbiah kami berjaya nak sedarkan budak-budak yg lebih junior. Walhal kami pun masih perlu diberi motivasi oleh cikgu kaunseling.

Rasanya semua orang perlu motivasi untuk memajukan diri. Jangan nak bohong atau berlagak kata diri tak perlu motivasi, tu yang dok berdoa tadah tangan pada Dia tu, motivasi juga namanya...motivasi diri sendiri, meminta pada yang sudah pasti sudi memberi tanpa mengira waktu dan saat. Untung kan jadi hambaNya, sebarang masa boleh mengadu, meminta dan bertanya. Kalau mengadu dengan manusia, belum tentu ada yang nak tadah telinga dengar..kehkehkeh..tapi kalau korang nak mengadu pada aku...silakan...anytime..kalau aku tidur, copycat aku ada dok standby...hehehe...copycat tu..vampire!
Dan kadang-kadang aku berasa down..bukan kadang-kadang...senang citer sentiasa berasa downlah sejak kebelakangan ini sebenarnya. Bagaimana aku mengatasainya..

Bercakap dengan orang hebat, kita akan berasa hebat juga kerana aura kehebatan mereka itu begitu kuat = patut diteruskan.

Bercakap dengan orang yang sentiasa berfikiran negatif, kita pun akan rasa seperti tiada masa depan, takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana sentiasa dibayangi kerja yang tidak menjadi = hindarkan!

Dan bercakap dengan orang yang mengetahui apa yang dia boleh lakukan dan nak lakukan = kita akan berasa teruja. (Opportunities don't often come along. So, when they do, you have to grab them.-- Audrey Hepburn)

Dan pagi tadi sambil bercakap dengan seorang 'uncle' yang aku hormati kerana pengalaman, seniority, budi bahasa, teladan dan segala bagai yang membuatkan aku berasa positif, ternyata amat mengujakan. Dan aku tahu pengalaman mahalnya yang dikutip sepanjang dia berkhidmat di luar dan dalam negara dalam bidangnya tidak ada di mana-mana sekolah sekalipun, sebaliknya aku perlu belajar dan menuntut daripada dia sendiri. 

Sebelum ini aku berasa buntu dengan apa yang nak dan sedang aku usahakan, tapi masa yang dihabiskan dengan 'uncle' mentor aku ni selama sejam lebih membuatkan aku berasa seperti berada dalam kelas yang mengajar subjek ‘hospitality’ selama sepenggal. Dan lecture yang diberikan adalah percuma...percuma! Justeru, aku tidak boleh melepaskan peluang yang ada.

Sebelum ‘kelas’ itu berakhir, itu uncle hulur pada aku satu beg kertas kuning..ahhahh..nak tahu apa ada di dalamnya? Dia baru balik dari London...jeng!!!
 
Mouse pad dan mug coaster berhias big ben..London...hehe..uncle ini memang tahu aku suka berangan...! mekaseh uncle, hadiah uncle aku hargai, dan lecture uncle juga aku dah sealed ketat2 dalam kepala.

Monday, 26 March 2012

Waldorf salad...good for diet

Waldorf salad yang boleh tahan sedap...asal nama waldorf ini ialah kerana salad campuran ini dihidangkan buat pertama kali di waldorf astoria hotel, new york city pada 1896...lamanya...
39 kcal, sangat berbaloi untuk aku yang perlu concern pasal apa yang boleh dimakan, apa yang tidak boleh dimakan...

I didn’t know there is a few types of salad. All i know is fruit salad, taco salad and vege salad. Kalau makan salad tu kononnya  menu diet . Yes it is but do you know & count the kilo calory (kcal), fat etc which contribute to the energy u need for a daily routine?

I never calculate of kcal before this. And today  ive decided to start a calculation every it in food if i want to eat. Sounds like weird but i need to do that..because my BMI is really scary... dah masuk kategori obes...hmm ingat nak hidup lagi 9,999 tahun...mampukah?

Ok for those who want to join me in my battle of reduce weight..please you are most welcome and much appreciate it. I need your support. Seperti perokok tegar yang ingin berhenti merokok, begitulah juga individu bersaiz besar yang ingin mengurangkan berat badan. We really need determination of it in a daily routine, We have to stay at a stage that ‘say no to fatty food, only say yes to good food like salad, fruits and fiber…:)

Hmm..percubaan yang sudah beratus kali dibuat, diet setengah hari dan bila petang ada saja yang ajak pergi minum, makan etc. Habis tu macam mana mau stop makan?? Balik rumah makan lagi, larut malam makan lagi. Aku tak mahu mati kerana makan.

My first attempt, makan salad waldorf. Salad ini sangat sedap walaupun hanya kombinasi, tomato, epal, lettuce dan cucumber. Dicampur dengan mayonais dan sos thousand island. Kalorinya adalah 39kcal saja dan ini dikira jumlah yang sedikit namun mengenyangkan. Sekali sekala makan macam kambing (sebab semua yang dimakan ialah daun-daun saja) agak mengujakan dan esok harap aku ada semangat yang tinggi untuk meneruskan disiplin ini.

Nota: Korang mesti ada pengalaman deal dengan food kan? Jika ada tips bagus untuk kurangkan berat badan, dengan cara sihat, nak share?

Thursday, 22 March 2012

Whoopie pie..yummy

Haaa yang gelap tu cocoa nescafee whoopie pie dan yang merah tu red roses whoopie pie...rasanya marvellous tahap lentuk....makan sekali nak lagi...siyes...aku tak akan promote kalau tak sedap...
Syiling sebelah tu sengaja diletak untuk membolehkan anda mengagak size whoopie pie yang sebenar. Ianya kecil saja tapi rasanya sangat mengaum..hehe..
Sejak mula kerja 16 tahun lalu, aku tak pasti dah berapa ratus jenis kek yang aku dah cuba, dah berapa banyak pie yang aku makan dan dah berapa spesies cookies yang aku telan. Ada local dan ada juga imported, yang penting ia halal. Ada rasa kacang tanah, kacang hijau, ikan bilis dan segala bagai. Antara makanan pelik yang pernah dioffer ialah escargot @ sejenis siput, ntah aku tengok rupanya sama macam siput vavi! Seb baik masa tu aku tahu halal haram..

Tapi ini adalah antara pie yang sangat sedap yang aku pernah jumpa...namanya whoopie pie. Memang sedap dan gebu sangat. Kalau tak sedap memang aku tak akan promote..tapi harganya agak boleh tahan, namun berbaloilah sebab rasanya excellent...alah membeli menang makan kan..fizikalnya macam red velvet cake tapi teksturnya beza dan sedapnya adalah luar biasa..u all boleh google kalau nak tahu pasal whoopie pie ini dan aku rasa sangat dirahmati kerana ada orang buatkan whoopie pie ini untuk aku..

Wednesday, 21 March 2012

Fusion food at Gen Japanese Restaurant

Soft shell crab and vege filling in rice paper ..kalau buat kat rumah harus tak sedap tapi sebab makan secara f.o.c dan ada orang serve, fusion food ini secara otometik otromen menjadi sangat sedap...
Arwah abah aku dulu ada kata, makanlah apa saja asalkan halal, kalau ada terjumpa makanan pelik, cuba sedikit pun jadilah supaya perut tidak asing dengan makanan berkenaan. Masa tu aku tak tahu apa falsafah di sebalik pesanan dia. Bila dah bekerja segala bagai, aku teringat kalau dia ada mesti dia akan selia apa aku makan hari ni. Meskipun dia lulus darjah 6 saja, tapi aku rasa pengetahuan dia pasal makan, kalau ikut buku masakan lama, pasti ada bertimbun ilmu yang dia ada.

Jadinya, minggu lepas ada food review style fusion food di resoran Gen Jepun di Legend Hotel @ Putra Place KL. Aku diheret sama ke kancah makan-makan secara percuma bersama beberapa yang lain yang juga berstatus kaki makan. Sambil bersembang, bergossip, mengata, mengorat, menackle, dan segala ber lagi, tetiba burp! Kenyang sudehh....
Kuih bingka labu yang diletakkan chocholate toping di atasnya dan sebiji pistachio. Aku tak makan sebab alah dengan labu, walaupun ia menggoda mata dan tekak, aku berjaya menewaskan godaan labu keemasan ini...selamat! Kalau tidak ahkak suffer.
Salmon roast and roe with creamy sos and asparagus...yuck rasanya aneh terutama telur ikan salmon yan bulat-bulat iteww..tapi dalam dok yuck yuck tu pun..licin..:)
Tadaa ini sedap. scallop masak kicap dengan rumpai laut dan miso. Alaaa Jepun kan suka makan mende-mende aneh ini...nampak macam lumut dalam kolam air tinggal jer tapi kalu korang refer harga, mesti tak sanggup nak membazir kan...
Ini macam biasalah..udang besar dengan segala sampah sarap yang boleh dimakan....

Owhh ini wajib makan, ais krim bijan hitam dengan pistachio hancur. Aku tak tahu nak sebut nama Jepunnya sebab berbelit lidak mak nak menyebutnya...
Kalau seni culinary moden, fusion adalah satu perkataan yang sedap disebut tapi apabila merujuk  kepada makanan, adakah tekak anda lalu untuk makan fusion food yang kita tak pernah cuba. Aku tak tahu sama ada adventure atau tidak, aku dah pernah makan daging arnab. Ianya sangat tender and juicy, isi ikan kelah yg juga adalah rare spesies. Isinya sangat lembt serta menyelerakan, isi ikan jebung yang makan karang di dasar laut juga sangat enak, isi ikan sebelah rasa macam keropok saja sebab ikan ini adalah nipis sekeping macam daun saja dan posisi berenangnya pun aneh, isi ikan laga yang dimasak pais pun unik, ikan yu, belut dan a few lagi yang kalau aku sebut mesti korang whoaaaaaa....hehe..

Petua makan: Arwah abah juga suka makan dengan cara menaikkan satu daripada lututnya dan dirapatka ke dada walaupun makan di atas kerusi. jadi cuba bayangkan bagaimana kedudukan itu, yang confirmnya perut dia tetap maintain walaupun dah tua. Kalau dia masih hidup, sekarang umurnya 70. Aku tengok macam pelik sangat tapi rupa-rupanya itu adalah kedudukan ketika makan mengikut amalan zaman nabi. Moralnya adalah, apabila lutut dinaikkan, perut cepat kenyang kita akan makan dalam jumlah yang sedikit saja. Makanan juga boleh masuk ke dalam perut dengan lancar selain perut masih mempunyai ruang kosong...lega!!!

Sunday, 18 March 2012

Gedung ilmu...

Let books be your dining table,
And you shall be full of delights
Let them be your mattress
And you shall sleep restful nights.
~Author Unknown

A book is like a garden carried in the pocket.  ~Chinese Proverb


Dua tahun lepas, aku berpeluang berbual dengan seorang ibu kepada Tokoh Nilam Negara. Tokoh Nilam diberi kepada murid sekolah rendah yang berjaya membaca banyak buku dalam setahun. Aku tak pasti berapa puluh buku dibaca murid itu, tapi yang pasti beliau adalah murid yang paling rajin dan cerdik kerana rajin membaca. Kalau tidak, macam mana beliau dianugerahkan dengan gelaran Tokoh Nilam kan? Untung budak-budak sekarang, siap ada anugerah bagai. Zaman aku dulu, baca 50 buku setahun pun belum tentu nak dapat anugerah...

Kata ibunya, di rumah mereka dipenuhi buku. Atas bawah kiri kanan ada buku. Bangun tidur je si anak capai buku. Nak tidur pun nampak buku. Hulur tangan atas kepala je ada buku...buku merata-rata di rumah mereka. Dan ibunya juga beritahu aku, beliau tidak ada almari pinggan mangkuk perhiasan di rumah, yang ada cuma rak buku memenuhi dinding. Perghhh...tidak hairanlah anak perempuannya adalah Tokoh Nilam negara selama beberapa tahun.

Dan aku juga membayangkan bagaimana kalau hidup dalam dunia buku, dunia gedung ilmu dengan pelbagai info. TgZ kata antara hartanya yang paling disayangi selepas bininya yang cantik, ialah buku-bukunya yang berkotak-kotak yang belum ditempatkan di rak. Hello bro, bini mesti sayang la weii...hahaha. 

Tun M juga kata membaca membuatkan manusia lambat nyanyuk...maybe beliau refer kepada membaca alQuran dan Prof Diraja Ungku Aziz juga masih mengkaji/membaca mengenai keindahan pantun...misi aku nak membaca empat buku sebulan tidak terlaksana sebaliknya hanya dua saja yang boleh dilangsai setiap bulan, tapi baca paper adalah wajib setiap hari..aku x menonton tv, so nak update info, kena paksa diri baca paper in advance..dah dapat baca dua buku sebulan pun dah cukup bagus. Moga-moga aku ada seribu tahun lagi untuk baca beratus buku yg belum dibaca dalam simpanan...

Masih ada banyak ruang yang kosong sebab ada banyak lagi buku yang aku simpan dalam kotak, tak sempat nak buka..magazine memang diupdate setiap bulan, the latest edition of Hello, Womensweekly, Harper Bazaar, Jelita, Wanita, Nona, Saji, Perempuan, Glam, Playboy....ehhh bukan...tersasul...bhahahaha! Harommmm itu magazine wehhh..
 Dan setelah hampir dua tahun duduk di castle yang menyeramkan ini, aku baru siap membuka beberapa kotak buku...sebahagian lagi masih dalam stor kerana ketidakcukupan masa nak membongkar. Alhamdulillah kerana Allah bagi ruang dan masa untuk aku kemaskan sebahagian harta yang aku cukup sayang ini.

Interior designer aku kata, kena ada ruang kosong antaranya, untuk memberi kelegaan kepada mata dan ruang itu boleh dihias dengan frame atau apa-apa perhiasan supaya tidak terlalu serabut dengan buku. Ok aku akan letak frame dan perhiasan lain...ini adalah pic sebelum dikemas dan pic atas adalah separa siap. Banyak buku belum sampai untuk diletak di rak..
Mushroom beef pie..yummy...sedapkan...sambil baca buku sambil layan tekak..
Kalau ada sesiapa nak baca buku fiksyen, motivasi, ekonomi, history, magazine atau funny books, sila buat appointment hujung minggu di Windsor ya..jangan risau, ianya adalah f.o.c dan sambil membaca anda akan dihidangkan dengan beef mushroom pie plus tea or coffee! Apa syarat nak datang membaca di Windsor? Tak de syarat, cuma lapangkan hati, bermohon kepada Allah supaya aku murah rezeki..boleh beli buku lagi dan anda boleh datang baca sambil hi tea!

Dalam secawan teh ada kata, dalam kata ada rasa, dalam rasa ada rahsia, dalam rahsia ada apa? cuba teka...menghirup teh, sambil berangan...dan berangan...
Hmm sama macam mushroom beef pie di atas, vanilla butter cupcake with meringue....yummy..ini adalah daripada dapur Maryam. aku memang suka segala kek dan kuih muih daripada blogger ini...ada pie, ada cup cake, ada teh, ada buku...HEAVEN!

Tuesday, 13 March 2012

Selamat ulang tahun abang..

Abang, selamat ulang tahun mommy ucapkan untuk abang. Hari ini abang sudah berusia lima tahun..jaga diri abang baik-baik sebab abang kena jaga ibu, adik dan mommy juga...(birthday boy Azzfar Isyraff and his little sister, Azzra Nurdinie Abdul Aziz)
Apalah yang difahami oleh seorang kanak-kanak berusia lima tahun, dia nak perahu untuk berlayar katanya, setiap hari dia bermain kenderaan mainan, dia takut bunyi..walaupun bunyi mercun dia akan tutup telinga rapat-rapat, jadi apakah pekerjaan paling sesuai untuknya di masa depan kelak apabila dia membesar?
Abang, you are 5 today
you are such a big boy now
mommy bought you a cake
ibu bought you a cookies
adik wish you a very happy day for you
i know you grow up now
as time flew away
you are matured enough to
be a good brother for your sister
protect her from anything that can hurt her
i know you only 5
but you are a big guy
because you have to take care
of your ibu, adik dan mommy too
when i asked you to make a wish
you said you want to have a sail boat
there is a sail boat for you
with an ice cream
may your life sweet always
happy birthday abang
i know you understand what im writing about
we love you so much
Azzfar Isyraff Abdul Aziz, you turn 5 today
may Allah bless your life always
be good to all!

Nota: Al-fatihah juga untuk arwah Nurul Nadhirah Abdullah, berusia 5 tahun...

Monday, 12 March 2012

Healthy life style...with a good food

Tomato infused with mascarpone:
Alahai back light pulak, yer aku ambil pic chef ni guna phone cam, kualiti pic is out..sorry chef..janji tomato infused mascarphone chef tu yummy kan..
Last saturday, i attended a health talk by Musyidah Zakiah Mohd Akram @ Prince Court Medical Center. It was good, very informatif for the person like me, a diabetes and hypertention victim. Eh victim or survivor? Either one le kan..but then yes, it was great bcoz i learn a lot from musyidah and team, Chef Mohd Azizi Abd Aziz and Shahrim Ibrahim.

Musyidah is a dietitian from Swiss Concept and she talked about metabolisme. From what i understood, when we became older, our metabolisme rates became more slower and if we didn’t do any activity, it will lead us to a bad life. So, avoid sedentary life style (attention to myself too...hehe). Do some exercise and make sure you sweat around. When you sweat, it means you are healthy.

And back to the chef, he demonstrated a simple food for audiens..savory crepes with mum’s relish or else lempeng gulung dengan inti tomato and the other is tomato infused with mascarphone...sedap! Aku tengok macam simple tapi bila taste..woohoo meletops and the most important things, it’s yummeh!
Let share the yummylicious of this two recipes..thanks Chef Azizi and Musyidah.


Tomato infused with mascarpone:

Filling 1: (Campur kesemua dan masak)
150 gm fresh ripe tomato-blanch and remove skin
250 gm strawberry puree
50 gm sugar (boleh modified, kalu tamau manis, nyahkan gula)

Filling 2 (Mix it and mixer till thick)
250 gm mascarpone cheese
350 gm light cooking cream

Crumble (Buat macam nak kacau doh and bake)
100 gm butter
100 gm sugar
200 gm flour
6 gm salt.

* Susun ketiga2 bahan seperti benda dalam gelas tu...sedap gua cakap lu!

Sunday, 11 March 2012

Sekeping surat rindu sudah dipangkuanku...

Thanks Mieza atas sedikit ingatan buat saya di kejauhan ini...akan saya kenang..InsyaAllah..
Kali pertama aku membaca surat yang membuatkan adrenalin mengembang dengan laju pada setiap saraf adalah kira-kira 25 tahun lalu. Ia adalah surat mereka yang ingin berkenalan sebab ada satu karya bersama alamat aku tersiar di majalah Dewan Siswa...rasa famous la sekejap kononnya! Jadi sengih adalah 24 jam terjadi dengan sendiri..selama dua tahun, setiap minggu aku terima paling kurang pun lima pucuk surat...dan ada juga aku yang menulis surat kepada mereka. Surat berkenaan disimpan selama bertahun-tahun.

Ada surat dari Nik, Azri Effendi, Mohd Fauzi Zakaria, Mohd Rosli, Shafawi (cehh semuanya adalah lelaki yang menghantar surat untuk berkenalan kan...ye lah perempuan sama perempuan tak dak chemical gamaknya) jadi aku juga membalas semua surat itu dengan konsisten. Dan surat yang paling aku sayang antaranya daripada MFZ, KA dan arwah Sudirman Hj Arsyad, penyanyi nombor wahid Malaysia...dia idola aku...sekeping surat dan dua keping poster...aku simpan sampai kini walaupun sudah hampir hancur di mamah usia...

Ada juga surat dari pen pal di South Carolina, Shahnnon Paige Mewborn yang aku dapat alamatnya di rancangan Big Blue Marble..dan Megumi Watanabe pula adalah kenalan ABM (Antara Budaya Malaysia) yang jadi pelajar asing di sekolah aku selama dua bulan...

Dan surat KA adalah khazanah yang akan aku simpan sampai bila-bila walaupun kami sudah merintis laluan sendiri...

Terkini, dua tiga hari lalu, aku menerima surat dari sahabat maya, Mieza di New Zealand...

Mieza,
saya sudah menerima
sekeping surat berwarna biji kundang
sarat melimpah kasih sayang
dan kuntum mawar suci
mahupun putih warna daisi
merenjis selaut rindu
buat saya kelu
sekeping surat ungu
menjemput tulus bertamu
selama-lamanya saya abadikan
sekeping surat dari kejauhan
terima kasih sahabat...

Saturday, 10 March 2012

Haa...dah ada feedback..

Haa dah ada pun feedback anak makcik ni terhadap kes ibunya yang disiarkan di halaman depan akhbar 4 juta pembaca semalam....baguslah sebab dia ada alasan dia sendiri kenapa dia tak datang jenguk maknya dan kenapa dia tinggalkan maknya di bilik hotel bersendirian...

Kan bila dah keluar akhbar, saudara mara akan kecoh dan akan tahu apa yang berlaku tapi sekali hati wanita bergelar ibu tercalar, adakah akan pulih seperti sedia kala. Statement aku ini berbau sedikit tidak adil kepada anak makcik ni tapi ini adalah lontaran pandangan peribadi aku...sebab kita boleh buat apa saja rumusan terhadap kes ini...meskipun alasan Amir boleh diterima akal tapi ada banyak perkara musykil dalam kepala otak aku...

Tak apalah, yang penting nasib makcik ni terpelihara dan secara peribadi (lagi...pendapat peribadi) kalau makcik ni tinggal di rumah orang tua, lagi ramai oleh boleh melawat dia sebab sekarang pun ramai yang ingin membantu. Dan anaknya sendiri pun kata dia akan ikut permintaan maknya....hmm..

Aku harap Amir ni boleh membersihkan semula namanya yang sudah jadi gelap sebab pasti ramai yang melabelkan dia sebagai anak derhaka termasuklah aku yang rasa sangat tidak patut dia buat mak dia begitu...dan bagus juga anda yang tidak menyalahkan Amir kerana kita hanya mengetahui cerita dari sebelah pihak semalam...tapi hari ni dah ada full story...credit untuk reporter Metro yang berusaha mendapatkan ulasan dari Amir...

Apa-apa pun aku akan follow kes makcik ini...

Friday, 9 March 2012

Apakah bahasa paling layak untuk anak begini?

Aku tak tahu nak cakap apa dengan anak macam ni, mesti dia ada alasan tersendiri kenapa buat begitu pada insan yang melahirkannya. sangat tidak wajar dan tidak ada perkataan sesuai nak bahasakan anak yang begini...sampai hati dia...

Wednesday, 7 March 2012

Selamat hari wanita...

Kalau mak ada, aku nak bawa mak ke rumah saudara mara sebelah abah kerana ini adalah kesukaan mak semasa hayatnya, tapi mak dah tak ada jadi tak ada apa yg boleh aku lakukan untuk meraikan mak sempena Hari Wanita pada 8 Mac.

Buddy blogger aku, selamat hari wanita..u know who u are! Jaga diri ya, tidak ada siapa lagi kecuali diri kita sahaja dan kita sendiri...sentiasa!

Kepada yg bukan wanita, hargailah ibu anda kerana syurga di bawah tapak kaki ibu, hargailah isteri kerana dia pelengkap rusuk kiri anda, kasihilah kakak dan adik perempuan anda kerana mereka saudara sehidup semati anda, hormatilah hak rakan sekerja wanita anda di pejabat kerana anda tentu tidak suka jika kesayangan anda dicerobohi minda dan keselesaan bekerja mereka, pekalah akan hak dan keperibadian teman wanita anda kerana dia bakal menjadi wanita hebat untuk mendidik zuriat anda dan didiklah anak perempuan anda sebaik mungkin kerana cabaran menjadi wanita pada dasawarsa kini sangat hebat.


Nota: untuk kekandaku Faezah dan dua adinda, Zakiah dan Eliana, anda adalah tiga wanita yang sangat perkasa dalam hidup saya. Patah sayap bertongkat paruh...hanya kita yang tahu!

Monday, 5 March 2012

MC...

Zaman hari ini memang canggih
nak tengok movie tekan youtube
nak dating boleh lepak kat skype, ym mahupun yb
nak order pizza pun boleh tru online
nak register itu ini go online
banking apatah lagi, online bangking...senang!
nak  jemput kenduri kahwin, see online
nak potong leher, eh bukan nak bersunat anak
pun boleh announce kat online
nak bergaduh di online, ooo sangat senang
ya nak berporno di online, memang tersangat boleh
nak jatuh cinta di online..hikhikhik boleh juga
nak bagitahu ada kat mana2, fourthsquare ada, apa susah..
nak sembang dengan mak bapak, tadak hal punya, go online
sebab tu aku suka online, dan segala bagai kemudahan aplikasi internet
nak timba ilmu..google ada laaa...
nak translate...pun google ada..
kalaulah ada klinik online..
"Doc, nak minta mc.."
"Sakit apa..?"
"Sakit...sakit...adalah..."
"Kalau saya tak tahu awak sakit apa, macam mana saya nak bagi mc?"
"Alaa...doc, saya tak tipu..memang saya sakit, tak sihat, tertekan dan menekan..."
"Ok..saya bagi berapa lama awak nak..nanti tulis sendiri ya..."
"Ahaa sayang lah kat doc.."
"Sayanglah sangat...tu...dah dapat mc tu..jangan nak pandai2 kensel pula surat mc tu..."
"Ok Doc, gua tak akan sia-sia kan surat mc blogging ini...mekaseh, gua belanja doc sekarang  juga..."
Aku baca surat mc dari doktor online ini..."mc from blogging until further notice.."

Saturday, 3 March 2012

Penang mari..

Ada pepatah kata kalau bagi ikan
bila ikan habis, setakat tu jelah..
kalau bagi kail dan diajar memancing
esok boleh memancing lagi dan lagi
dalam kes aku ni
ada kue tiau mamak Penang
ada oyster omellete Penang
ada cekodok pisang Penang
ada nasi kandar Penang
ada mee goreng mamak Penang
tak mau! aku tak mau makanan ini semua
tapi aku nak orang yang menyediakan makanan ini
supaya bila aku rasa nak masak
aku roger saja ketiga-tiganya
tamak kan, tiga sekali aku kaut
Executive Sous Chef Badrol
Chef Wafi
dan Chef Desmond
nak masak esok kalau blur
"Hallo chef, i nak masak nasi kandaq, minta resipi..."
"Hallo chef, i nak tanya rempah kurma ama Penang mai...buleh dak?"
"Hello chef, osyter tu nak kena masak full kah?"

Exec Sous Chef Badrol, Chef Desmond & Chef Wafi...perkasa sungguh bila tengok depa masak, makan masakan depa, lagilah perkasanya diet aku...hehe!
Kalau dah jumpa chef ni, tak makan masakan depa tak sah...maka aku pun menikmati satu persatu menu yummy originally from Penang..dok ada empat menu semuanya..ahh usai sudah hidangan Penang, minggu depan hidangan Jepun pula! O ya, kalau nak merasa hidangan menu Penang, sila berkunjung ke Suria Cafe di Hotel Saujana Subang. Promosi berlangsung sehingga  14 Mac. Sesuai bawa family pi makan sana..thanks to Azimy, Izzrin, Alice and Marcia. BURP!!!

Friday, 2 March 2012

Kalau ku bayang...

Hari ni Jumaat, hari penuh berkat
hari lain pun baik, bagus dan berkat juga
cuma kalau berlaku apa-apa tu
bukan salah hari
tapi salah aku sendiri
macam biasa, kalau drive
aku dengar SinarFM
"..ada tol dimansuhkan..." kata Raja Azura
"..dimansuh atau dikurangkan harga.." tanya Salleh Yaakob
"Memang dimansuhkan...." jawan Khairill.
Ok dalam hati aku, tol mana pulak tu..
...
...

Dan aku baru saja melepasi tol tanpa membayar wang RM1
ehhh???aku tak bayar tol???
Ya Tuhan...tol laluan aku setiap hari rupanya yang dimansuhkan...
semalam rupa-rupanya last aku 'main mata'
dengan mamat penjaga tol Plaza Phoenix..
..dan SinarFM makin kuat berkumandang di udara....
dengan lagu yang aku suka...

'kalau kubayangkan oleh J Mizan...'