Wednesday, 29 February 2012

Seekor kupu-kupu hitam...

Apabila seekor kupu-kupu
sudah lenyap dari pandangan
aku jadi muram
meskipun ia seekor kupu-kupu hitam
namun kepaknya memancar warna cerah
aku tahu aku tidak akan sama sekali
melihatnya lagi
kerna ia sudah terbang tinggi
di balik jalur pelangi pada bawah dinding langit
sambil angin menolaknya ke hamparan padang hijau
sang kupu-kupu hitam
lepas bebas dari telapak tangan
debu kepakmu yang kau tinggalkan
tiba-tiba menjadi racun membunuh perasaanku!

Nota: Feeling2 jadi sang penyair pulak...ahh biarkan saja, meluah di sini tiada bahaya...berbanding meluah di fuckbook...tersangat bahaya!

Monday, 27 February 2012

Sapa nak kahwin..

Sabtu lalu aku berfoya-foya di SACC...ada ekspo perkahwinan yang sangat va va voom...apa taknya...semua wedding gown yang dipamerkan sangat cantik dan memukau...itu pasal aku malas nak pergi event macam ni  tapi sebab wajib pergi...terbuntang mata menengoknya...(wedding exhibition ini berlangsung sehingga 30 Feb)
Nice kan gown coklat cair daripada chiffon lembut dengan perincian jemeki dan manik swarosvki itu. Bila model melangkah, fullamak kalau aku pun dah terbeliak, apa lagi kalau jantan2 yang tengok...model cantik dan gown pun cantik...macam purrfect gilos! Ok mak berangan jap, kalau mak yang design baju tu..mak nak buat kaler lilac dengan kombinasi pastel...hehe boleh taruk harga kaw kaw punya..kaya beb jadi designer la ni..dulu kalau baju pengantin paling menggigit pun RM150 je upah walhal sikit punya payah nak jahit sebab songket asli kan..kena lining segala bagai...zaman berubah, sikalang lagi payah lagi lumayan ooo...so siapa yang ada anak dara tu...siap la esok2 nak kahwin, kalau tak dak RM100K...sila menitis air mata..hikhikhik!
Tengok parade macam ni lagilah rasa teringin nak jadi fashion designer...copp bukan teringin nak kahwin eh, teringin nak jadi fashion designer dan menyesal sebab dulu-dulu masa kecik tak mahu belajar menjahit dengan arwah mak..uhhh menyesal la sangat...bila mak minta tolong jahit butang pun aku dah bagi sejuta alasan. Balik2 mak cakap duduk diam2 nanti mak jahit mulut dengan jarum, dah tak boleh makan..
Haaa ini dia, aku nampak senget lah bahu brader2 foto ni dok shoot objek lawa-lawa kat depan...memang marvellous habis...ntah harga kamera depa ni nak sama rege dengan baju pengantin yang dipamerkan...
Ini pun aku suka..macam fairy tale gitu..warna biru nila cair dan fabrik digunakan adalah chiffon dan renda..kemain lagi cik kak ni bergaya, tapi dah dia lawa...memang sakan dia jalan kucing kat stage tu...

Model Erina Salim dengan gaun kembang berbunga periwinkle putih, sweet sangat dan memang berupaya buat sapa-sapa yang feeling nak jadi pengantin tu, terbayang2 gown ini...

Percaya atau tidak, pakej perkahwinan sekarang paling cikai pun RM50k...itu kira pakej paling murah..cer kalu nak buat gerbang bagai, dengan fresh flower ala-ala anak tauke kedai bunga...maunya sampai 150k. tak campur rsvp sana sini, bunga telur, lauk dan etc..isk..kesian la kalau kahwin zaman kini. Tak kahwin, tak bleh juga, nak kahwin, aci menangis air mata darah pun, tak juga murah..tsk!

Saturday, 25 February 2012

Stuck in Kidzania World..

Nowadays kids are very lucky because they have so many choices to go during school holidays. Water park, theme park and segala park park lagi and coming soon is KidZania (will be launch on 28 Feb by TPM if im not mistaken). Zaman aku dulu satu-satunya tempat hiburan yang ada ialah funfair dan balik2 naik buaian pusing...itu saja yang ada..time flies away and technology update every minutes..

Terkini adalah KidZania...an indoor family edutainment centre, offers an interactive learnng and entertainment experience for kids in a KID SIZE CITY..hahahaha can u imagine an adult like me was trap in a kids city...there must be a lot of funny and feel like time is stop..static..rasa macam ada satu kanak-kanak terperangkap di dalam adult body...weird but happy..and it is true there is a child in us...jadi sila bayangkan kita berada di sebuah bandar yang kesemua bangunan adalah size kanak-kanak...macam giant pulak rasa...pic di kanan itu adalah stock exchange and it was operated by kids..hihi comelkan kanak-kanak main saham!

One thing about KidZania yang menjadi taman tema terbaru di KL ini adalah kesemua penghuni di sini adalah kanak-kanak but the superviser is an adult. And the unique about KidZania, ia adalah sebuah bandar yang complete dengan balai bomba, bank, hospital, nursery, kilang computer, nite club, bistro, kelas memandu, kedai optical, supreme court, theatre, cinema, police station and what else, u name it u got it...macam real city in KL...aku dah terkagum sangat dan tak sedar bahawa aku adalah giant di pekan KidZania itu...pic di sebelah adalah escalator ke bandar KidZania. Sebelum naik ke situ kena beli tiket penerbangan manage by Air Asia...kelasss!

Pic kanan ini adalah kejadian panggung wayang terbakar dan ahli bombanya adalah kanak-kanak juga..its was lovely sebab mereka ini seperti miniature orang dewasa...buat kerja yang lazimnya kita tengok orang dewasa yang buat tapi tiba-tiba kanak-kanak pula yang jadi bomba, jangan terkejut sebab ada kereta bomba size mini dan ia berfungsi seperti kereta bomba yang real. Bayangkan ada supreme court dan judges yang bertugas adalah kanak-kanak, siap ada audiens mendengar perbicaraan. Tapi sesiapa yang nak pergi kena make sure bawa kids, kalau tak ada kids x boleh masuk...dan kanak-kanak ini perlu bekerja untuk sara hidup di pekan ini.
Mata wang di KidZania ini dinamakan Kidzos. Mereka juga ada bahasa sendiri...Zai untuk Hai, Zhank You untuk Than you  dan Zee you untuk see you..semua kena ada ZzZZ...funny rite!
Pic sebelah kiri ini adalah keseluruhan pekan KidZania..nampak tak penghuninya semua kecik-kecik manakala yang di kanan tiga orang itu adalah orang dewasa yang memantau kegiatan penghuni pekan kecil ini. Memang marvellous kalau sapa-sapa yang ada anak tu bawa anak ke sini..mereka boleh belajar banyak perkara..dalam dunia buatan tapi macam real...

Nota: O ya tiket masuk adalah berharga RM55 for child (My Kad), RM35 fot toddler (My Kad), adult (RM35/My Kad). Kalau bukan pemegang MyKad harga lain citer! Ehh...?

Thursday, 23 February 2012

Out of control..

"Kenapa sampai jadi macam ni? U tak makan ubat ke? Ke nak tunggu simpan dulu, baru nak makan ubat. Kalau gitu baik tak payah jumpa I," katanya sambil buat muka poyo.
Nasib baik muka dia hensem, kalau tak aku bangun paling belakang blah je..
"Ok Doc, lepas ni I tak akan lupa..."
"Ni janji u yang ke berapa kali ni?"
"Err..."
"Lain kali I x nak dengar lagi segala bagai alasan...," katanya sekali lagi buat muka poyo!
Dalam hati aku...chehhhh!

BP: 190 / 140

Woohooo....! Dangerous....

Terbunuhnya seekor kucing...meoww...

Love is messy...dont mess with me..
Dulu-dulu aku selalu paw KA supaya beli jagung letop-letop pasar malam bawah rumah kami. Sampai  satu tahap, dia bosan sebab aku addict dengan jagung pop corn itu lalu dia mengeluarkan kenyataan ‘macam budak-budak makan pop corn.’ Kecik hati punya pasal, aku memberhentikan kegemaran itu dan pop corn berharga RM2 sebungkus itu pun sudah bertahun aku boikot.

Minggu lalu, ada satu kakak di office bercerita pasal pop corn Garret berharga RM39 untuk setengah kilo dan mencecah RM72 sekilo bergantung kepada perisa yang dipilih. Aku pun jadi tak tentu hala memikirkan ‘dadah pop corn’ itu. Katanya ada perisa caramel, cheese, syrup dan ntah apa flavour lagi sekali gus buat aku teruja. Pehhh memang tak boleh tipu ketagih aku pada pop corn masih ada walaupun aku sudah berjaya reject maggie dari senarai hidup...

Cer perhati betul2...macam apa ya? Pop corn and macadamian
Dan ini adalah olio tajaan. Bila aku kira balik, costnya lebih kurang sama je.
Dan ketika merayau -rayau di One Utama di satu tengah hari selepas memenuhi tajaan makan2 di Garden Cafe, aku terpandang sebuah kedai yang penuh dengan lolipop, termasuklah pop corn berharga maut itu.

Benarlah kata pujangga, curiosity kills the cat..dan aku pun sudah menjadi seekor kucing yang akhirnya tewas akibat rasa ingin tahu itu...

Harga gila maut...untuk satu pek pop corn berperisa macadamia bersaiz ‘small’ dan beratnya tak sampai 200 gram..aku membayar sejumlah RM19++ dan selain pembungkus berbelang biru itu, ada dua helai tisue berwarna karat bertulis love is messy yang diberikan oleh penjual separa hensem...kalau boleh dengan tisue2 itu pun aku nak cecah kopi panas...apakan daya. Manakala olio dengan seafood serta green tea di dalam teko seksi itu adalah menu tajaan...kira sama lah macam aku keluarkan RM19++ untuk makan2 ini tapi dihalakan ke pop corn mahal itu...

Wednesday, 22 February 2012

solitary...

notes that make a symphony
pastels that make a masterpiece
words that string a sonnet
colors that reflect you
imagine a rainbow with seven shades of grey
meadows as black and white as friesians lolling away
picture cowboys riding into monochrome sunsets
or divers plunging into deep charcoal seas
and i look into you
with a variety colors of life...

Monday, 20 February 2012

Belasungkawa: Mohd Nurul Husni...

Berasa seperti masih baru amat akan kehilangan rakan, arwah Azli Ayob pada penghujung tahun lalu. Perbualan singkat namun bernas bersamanya dan rakan lain masih diingat jelas dalam minda. Antara kata-kata yang sering diajukan adalah, bila nak kahwin dan jawapan eksekutif penyiaran itu adalah segaris *senyum*.

Dua hari lepas, menerima satu lagi berita apabila rakan serumah Azli, Husni pula menurut jejak langkah Azli. Bekas juruterbang MAS, Husni dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir di Pulau Perhentian Kecil akibat lemas ketika menyelam bersendirian di pulau berkenaan. Meskipun hanya sekali menjejak Husni di Kebun Mimpi, iaitu galeri lukisan milik arwah di Bangsar, mesranya berkekalan.

Beberapa bulan sebelum itu, coursemate@officemate yang juga akrab, Ramzi berpulang akibat masalah paru-paru. Ramzi juga seperti Azli, jawapan kepada pertanyaan kahwin adalah senyum diikuti, “LW...tolong carikan seorang bidadari untuk aku.” Ternyata mungkin sudah ada bidadari menunggunya di sana...

Menerima berita kematian demi kematian dalam tempoh jarak yang amat rapat, buat aku berasa penat. Semakin aku berusaha membilang hari, semakin aku berasa seperti kematian semakin dekat mendatangi hari. Cuma aku tidak tahu akan saat ketika dan waktunya yang pasti ia tidak akan tercepat atau terlambat meskipun sedetik...

Sebaris ayat Gie: Berbahagialah mereka yang mati muda....Al-Fatihah...

Sunday, 19 February 2012

Sesekali apabila ketakutan mendatang..

Banyak perkara yang boleh buat kita (aku) takut. Takut pada ketinggian, takut pada cabaran. Ada seribu satu macam ketakutan dalam hidup. Aku takut gelap, jadi tidur bukak lampu. Cukup dua bulan...yeahh takut ke mana lampu ke mana sebab bil elektrik mencanak naik dan aku berjaya lawan takut (tutup lampu).

Aku takut pada maggot. Kalau terlupa nak buang sampah tetiba ada maggot hidup, walaupun maggot tu punya saiz sama macam sebutir nasi, aku takut gila. Sadis pelik sbb boleh ngeri dgn makhluk cenonet itu. Then ada satu hamba Allah berkata pada aku, apa nak takut, esok apakala roh sudah meninggalkan jasad
dan jasad bersemadi balik ke asal dari tanah kita datang kepada tanah kita kembali, daging kita akan berkecai dimamah makhluk kecil tu.Ok macam magic aku terus jadi berani dgn maggot..ceitt!

Patsy kat depan, dan aku di belakang. Masa paras ketinggian ini belum ada rasa ngeri tapi bila naik tinggi lagi, aku rasa bagai nak gugur jantung dan Patsy ketawa bila aku hug dia kemas hazab...takut dan ngeri pada ketinggian padahal ciri keselamatan adalah mengikut SOP. Lepas settle buat aktiviti ini aku rasa macam x percaya...aku dah lepas pada fobia bersifat ketinggian..

Begitu juga ketika buat parasailing, aku dan Patsy. Kami buat tandem parasailing sebab aku yg penakut pada ketinggian. Aku tak boleh duduk depan sebab rasa macam nak terhumban ke dalam air laut. Penyudahnya Patsy dok depan dan bila takut aku hug dia kuat2. Macam biasa air laut membuak2 di bawah...tapi bila naik tinggi dan melihat keluasan laut yang tak bertepi..ada rasa seperti kerdilnya aku dan tak perlu takut kerana aku boleh saja dicabut nyawa hatta sedang landing di rumah sendiri...

Sejurus sebelum naik ke Sydney Bridge...aku naik juga walaupun rasa nak vomit sebab pening tengok air yang berbusa di bawah tapak kaki...yay! Takut yang berjaya diusir akhirnya....(Dari kanan, Yin Fong, Joey dan San San, mereka x naik sebab kena standby kat bawah)
Dan aku takut pada ketinggian...rasa semacam kalau berada di bangunan tinggi. Sekali tu aku terpaksa buat keje panjat jambatan, panjat Sydney Harbour Bridge yang dibawahnya adalah Sydney Harbour dengan air biru seolah-olah nak telan aku. Itu jam juga rasa pening dan rasa nak menerjunkan diri sebab panik hazab tapi finally berjaya juga dihabiskan dan tak adanya kena telan air laut tu.

Ketakutan yang tidak berasas, sering mengasak diri
dan apabila sesekali tewas dengan ketakutan
ia buat aku jadi lebih tegar..
ia buat aku jadi sedar
ketakutan yang bersifat sementara
dan aku tidak seharusnya berasa begitu
kepada ketakutan yang membawa rebah
semoga rebah dan tersungkur yang sesekali itu
adalah rebah dan tersungkur yang membawa kekuatan
kepada aku untuk bangkit
Ya Tuhan...aku mohon..

Wednesday, 15 February 2012

K-Pop Wagashi...

Hajimemashite, yuoroshiky oneigashimase, o genki desuka? Hai, desuka. O genki? Watashi desuke, arigato gozaimas...Hai gembira berjumpa anda...apa khabar? Saya baik-baik saja, terima kasih...rasanya inilah maksunya lebih kurang, ada sapa-sapa tau bahasa Jepun kah? Sila buat correction ya...


Wagashi comel dan manja...manja kerana bila nak makan, kena jadi fake sikit ala-ala sopan santun kerana kuih ini sangat fragile, petite and olalala...tapi untuk aku, sekali ngap saja...bayangkan kalau ia dihidangkan di rumah, nak makan pun kena gigit sikit-sikit...oh tidak..kalau aku dapat kuih ini, baik saja dibingkaikan dijadikan perhiasan...
Sumpah aku tak minat K-Pop. Letaklah muka kpop paling meletup pun, aku tak heran dan satu artis kpop pun aku tak kenal walopon ada makcik-makcik dan makngah-makngah kat office aku very the open minded discuss about kpop..sangat! Aku tak akan ambil tahu dan babai ke, tapi kalu bos cakap LW u pi jumpa kpop artis ni, aku akan cakap baiklah...saya yang menurut perintah. Karang tak ikut cakap bos KPI merudum..bahaya bagi bot bilis macam aku ni..
Manisan yang sangat manis, tahap bunuh diri kalau dimakan oleh penghidap diabetes seperti aku...
Tapi bila bos tanya nak belajar buat wagashi tak? Yay. aku tak ingat dunia melompat..aku x akan tolak sebab wagashi adalah manisan Jepun yang sangat terkenal di negara berkenaan dan ia adalah manisan tradisi. Aku rasa wagashi ni kira makanan berdarjat tahap tinggi sebab ia termasuk dalam menu wajib kalau ada tea ceremony kat Jepun. Ala senang citer kalau kampung aku di Peranchis femes dengan macaroon, wagashi ni femes gila di Tokyo, Nagoya, Kanazawa dan pendek kata kebabom seluruh Jepun, cuma Malaysia jer tak de kuih identiti. Agak2 kuih apa ya mewakili Malaysia?
Yang paling kiri itu dibuat daripada serbuk tebu...rupa gayanya seperti kuih putu kacang dan cara buatnya juga adalah sebiji macam putu wijaya...eh bukanlah, putu kacang. Yang lagi dua tu pun maut gila sebab manis...harikiri lah pendek kata kalau penghidap diabetes makan...
Dan yang lebih buat aku terujanya part belajar buat wagashi ini adalah tukang2 pembuatnya sangat muda sebaya seperti artis kpop...bukan setakat sorang, tiga orang...waaaaa mak tak boleh lupa saat bertemu chef kpop di Kampachi ini. Mereka sangat pemalu, hanya tahu bercakap bahasa Jepun dan kami berkomunikasi menggunakan translator..
Yang paling atas berbentuk half moon itu adalah dorayaki, makanan kegemaran doraemon, berinti kacang dan kat KL pun banyak ada jual..yang kanan empat persegi panjang adalah angko, dibuat dari kacang merah..rasanya seperti agar2 kacang merah dan yang tiga ketul cenonet itu adalah the real wagashi..semut makan pun mati la weii..
Belajar buat wagashi tiga jam tapi rasa macam tiga minit jer debab chef kpop ni sangatlah sopan santun. Dan sumpah aku makan wagashi sekali ni je lah sebab manis yang amat. Diperbuat daripada serbuk tebu, tepung dan kacang merah sebagai inti, wagashi memang hadiah berbaloi kalau nak buat buah tangan. Letak pula dalam bento box yang cantik...kalau hati marah pun jadi sejuk bila tengok rupa wagashi yang comel ini. Betapa orang Jepun mempertahankan budaya mereka terutama apabila membabitkan tradisi. Makanan ini sudah diwarisi lama dulu di negara Jepun sebagai makanan yang wajar dipertahankan...
Chef kpop yang sangat pemalu..aku tau depa malu tapi hati aku tetap jahat nak mensnap gambar depa...
Noriyuki Myojin, Keisuke Yoshihashi dan Naoya Koizumi dan kuih yang dipegang itu adalah hasil kerastangan Koizumi...tiba-tiba aku berasa seperti manager kepada chef kpop ini...kehkeheh..korang tak ada kan...sila jeles!

Noriyuki Myojin, Keisuke Yoshihashi dan Naoya Koizumi adalah chef kpop yang ada magic jahat gila sebab aku tetiba menjadi suka kepada kpop...dan mereka memang jambu, semuanya berusia 29 tahun dan masing-masing lulus sekolah masakan terkenal di Jepun. Kini mewarisi kedai menjual dan membuat wagashi daripada keluarga mereka. Aku tak percaya kuih comel di atas dan yang dalam pinggan itu adalah dihasilkan oleh mereka bertiga ini tapi bila depa buat demo, mak terpaksa ...owh tidak...

Nota: Moral of the story, orang Jepun akan pertahankan apa saja hal yang berkaitan dengan tradisi dan budaya mereka...dan wagashi ini adalah kuih warisan tradisi yang sangat dikagumi kerana selain pembuatannya yang cermat, ia dihidangkan juga untuk upacara berprestij..nanti ya...lepas ni kita cakap pasal feroshiki pulak...tunggu...

Tuesday, 14 February 2012

Nota pagi ini....

Nota 1:
Mata kita sering tertarik
untuk melihat taburan bintang di langit
dan malaikat juga tertarik
untuk memerhati taburan cahaya di bumi
yang mana taburan cahaya yang dimaksudkan itu
adalah rumah yang didalamnya
dihidupkan kegiatan agama
walaupun hanya membaca
sepotong hadis untuk didengar
oleh anak kecil yang belum mengerti apa-apa..

Nota 2:
Aku masih teringat bulan penuh
bulat dan besar di perabung dunia dua hari lepas...
tergantung seperti kalimantang
yang tak akan padam sampai bila-bila
dan cahayanya menyuluh ke setiap pelusuk
sehinggakan seekor anjing pun tahu menghargai sinar itu
dan memuja dengan caranya sendiri...
dan sejurus sebelum aku masuk ke dalam rumah
lolongan itu berterusan...

Monday, 13 February 2012

Therapy kedai kopi foc...

Kedai kopi masa kini dan dikunjungi orang setiap hari adalah kedai kopi kumbang bintang, kacang kopi, kubah, batu keras, kopi putih pekan tua, bapak kaya, kedai kopi bangi and what else which is remind us to kedai kopi tempat lepak sambil sembang sumbang, mengumpat, mengata, mengutuk, skodeng, bergaduh, bincang nak cerai, bincang nak kahwin, tumpang rest room, bincang perniagaan, bercinta, dating, diskusi, imaginasi, buang masa, tunggu kekasih, bawa mak bersantai, bawa anak bergebang, bawa bini makan, tazkirah dan segala bagai kegiatan sosial lagi berlaku di kedai kopi kan.

Manakala kedai kopi kegemaran aku adalah kedai kopi Windsor Height, iaitu sebuah kawasan berkeluasan 25 x 70  yang mana sudut kegemaran di kedai kopi itu adalah kawasan yang ada wi-fi iaitu access kepada blog. Lepak di blog buat aku rasa sama seperti lepak di kedai kopi real kerana sambil berblog aku boleh order kek keju, kek pelangi, kek lapis mahupun pesan kopi pekat, teh bermadu atau sky juice foc dari dapur sendiri.

Konklusinya, lepaking dan blogging di blog adalah good therapeutic selain baking cake iaitu satu lagi sesi therapy yang sangat seksi dan berkesan.

Atau dalam bahasa lainnya, aku tak masuk starbuck, coffee bean, dome, hard rock cafe, old town white coffee, papa rich, bangi kopitiam dan segala kedai kopi lain sebab aku berasa fake sangat kalau setakat nak lepak dan minum kopi secawan semata-mata, masuk kedai itu..
Resipi apam pelangi ini diambil dari my small kitchen. Sedap apam ini, lembut, gebus dan seksi...mekaseh tuan punya blog..resipi apam ini buat aku rasa berbaloi-baloi!

Nota: Ini adalah personal view blogger kaput macam aku, tiada kena mengena dengan fan club kedai kopi berjenama itu!

Saturday, 11 February 2012

Saham balik negeri...

Beberapa hari lalu...

Kak Hana: LW..ada nak jual ke?
Aku: Nak jual apa kak...?
Kak Hana: Haii..saham awak le..
Aku: Owhh ya kak...naik ke?
Kak Hana: Macam hari tu le..
Aku: Hmm...tak pe la Kak..tapi nape akak tanya?
Kak Hana: Akak nak cuti, takut awak call suruh jual akak x boleh..
Aku: Owhh tak pe Kak, akak bercuti lah dengan senang hati saya x akan kacau akak kalau ia naik sekali pun..

Ok, Kak Hana adalah remiser di TA. Dulu aku deal dengan Encik Taib Ahmad di Rashid Hussin, tapi nanti jap...saham aku bukan banyak pun. Tu pun ihsan company bagi, ala macam token le kan..dan aku sebenarnya tak heran dengan saham ini. Kerana apa yang aku fikir sejak pagi tadi adalah saham untuk 'balik negeri' sama ada aku punya dah cukup atau memang tak cukup langsung..kalau saham di negeri sini bertimbun2 tapi saham nak balik negeri sana tak cukup pun x baik juga..bukan setakat tak baik tapi mengerikan..

So..kebetulan aku call sorang 'remiser' yang aku panggil Kak Is.
Bla bla bla..aku ada tercerita sedikit keluhan kepadanya mengenai itu dan ini..
Kak Is: LW, awak patut bersyukur sebab awak dah ada saham yang banyak..
Aku: Banyak kah Kak..
Kak Is: Ya banyak tu..
Aku: Bagaimana akak tahu saya dah ada banyak saham..?
Kak Is: Dah awak melabur banyak, banyak lah dapat..

Katanya mengakhiri tazkirah dalam talian:

......LW, hidup kita kat dunia ni sekejap saja, apabila kita dahulukan akhirat, maka dunia akan merangkak di bawah tapak kaki kita, tetapi jika kita dahulukan dunia, Allah akan jauhkan akhirat dari kita.Sesungguh sifat para sahabat elok diamalkan...doa banyak2 mohon Allah bagi awak kefahaman lebih dalam beragama..Amin.

Nota: Terima kasih buat 'remisier' aku yang ini..tazkirahnya selama setengah jam itu buat aku berasa seperti sudah mendengar tazkirah di masjid yang lapang sepanjang hari...

Friday, 10 February 2012

Friday anecdote...

Sometimes when I say I'm ok
I want someone to look me
in the eyes
hug me tight and say
"I know you are not..."

This is not me but I like this quotation...found it in FB...that's all!

Wednesday, 8 February 2012

Sapa nak jual, mak incik nak beli...

"...pulak, tadi kau yang beria macam gaban. lepas tu tak kuasa. try la weh. mesti ramai yang nak buat tendangan caru. aku pun tumpang dua kaki.." - SM


# NP i tau u x minat pantun memantun ni tapi kerana menyahut cabaran budak kat atas tu, I buka gelanggang ni sekejap...ada sesape nak menjual pantun? Mai sini...mak incik nak beli..muehehehe! Sapa paling banyak menjual nanti mak incik bagi hadiah,  err jangan lupa tinggalkan alamat nanti mak incik pos hadiah misteri...serious!

# Ok hari ni gua feeling2 jadi mak incik, so jangan gelak.

Ada tiga hadiah mak incik sediakan:
Hadiah pertama : Misteri
Hadiah kedua    : Pun misteri
Hadiah ketiga    : Tersangatlah misterinya...

Dengggg! Mulakan...

Amoi cantik cina peranakan
abang hensem banyak auta
kekanda adinda yang mak incik muliakan
mari kita bernakal kata-kata

Nota: Entry ini adalah mungkin entry paling poyo...tapi aku peduli apa kan...janji stress hilang!

Tuesday, 7 February 2012

Nikon...hehehe

Hari ni aku kerja walopon cuti Thaipusam
sampai di kantor, terus tuju ke kitchen
ada satu brader tengah basuh lense Nikon
ceittt gila ke haper basuh lense pakai sabun dan air
nak terloncat aku bila didapati
lensenya itu adalah sebuah mug, comei kan
tetiba teringat pasal kamera aku
dah lama berhabuk atas rak!
Abaikan tangan itu, sila tumpu pada mug lensa tu...unik!

 Haa kan...sebiji macam lensa Nikon...pehh tipah tertipu...o ya brader Chupin ni adalah hard core group out door fotografi..dah jauh dia pergi sebab nak ambik pic semata-mata...dia punya fanatik dengan fotografi, mug pun macam lense..addict kan?
Haa aku tak puas hati sebab macam mana dia boleh ada mug unik ini...tak adil ini!
Kali pertama ada kamera Fuji saiz kompak
adalah pada 1980, kuno gila rekabentuknya
tapi kamera itulah yang banyak berjasa
bila dah bekerja, beli kamera kodak
bertahan dua tahun je lepas tu jahanam
bila dah lama bekerja, aku beli Canon digi
pun bagus juga servisnya
tapi lama2 jadi macam lemau
asyik hang saja
bila rasa kerja dah bagus dan mantap
aku beli Canon gedabak
lengkap dengan battery pack dan micro lense
bagi pinjam pada adik lelaki aku
dan kamera itu hayatnya berakhir
di atas jalan raya di Bangsar
aku rasa nak kamerakan saja adik aku tu serius!
bila kerja dah terlalu lama, aku rembat Nikon latest
beli sambil menyelam
ori punya tapi rega sekerat sekerat
untung gila lah sebab murah der..
jangan jeles, ada kabel baik punya tu yg dapat murah
dua tiga hari ni tersuka pula tengok pic bokeh kat sini
ok nampak gayanya aku kena lepak mana2 jap nak test skill yang dah semakin poyos..

Monday, 6 February 2012

Pasai pa ya?

Orang blogging, aku pun nak blogging
tapi bila blog kucar kacir
aku pun fenin
dah lama juga aku notis
blog sempoi aku ni lain macam
ada reply u all dok atas
ada yg dok bawah
bila aku buka email
ada few posting
di entry 'yang nombor dua'
tapi bila buka entry
posting itu tiada?
Pasai pa ya?
Virus ke atau aku yg
illiterate IT sebab silap setup
walaupun blog ni poyo
Aku sayang harta maya ini
Anyone pls help me??

Sunday, 5 February 2012

Yang nombor dua..

G: Aku jawab secara terbuka akan misteri menjadi anak kedua dalam keluarga...

Dua tiga hari ini, G mesej aku..apa perlu dibuat dan kenapa jadi begitu, bolehkah jadi begini..segala bagai pertanyaan itu membuatkan aku berasa bersyukur jadi anak nombor dua. Walaupun ada banyak negatif thought about born as second child, but i admit that im lucky being a second child for my parents.

Few of statements about 2nd child: rebel, isolated, independent, sincere dan segala bagai lagi yang baik dan tidak baik..sama ada mahu percaya atau tidak, aku melaluinya, merasainya dan akan berterusan mendukung fakta bahawa aku adalah anak yang kedua dari lima saudara.

Kadangkala berasa ada keistimewaannya menjadi anak nombor dua kerana ada peribadi aneh pada mereka yang dilahirkan sebagai fetus kedua melalui rahim si ibu selepas bertarung dalam kantung kecil, gelap namun selesa yang amat selama sembilan bulan sepuluh hari dan kantung itu pula cukup dengan bekal zat, makanan dan keperluan lahir batin kerana kasih sayang ibu mengalir terus dari minda ibu tanpa perlu melalui sekatan lain.

Ya...kalau boleh diibaratkan, berasa tidak mahu lahir ke dunia kerana dunia kecil itu walaupun sempit dan terpaksa bersilang kaki memeluk tubuh, ia adalah taman syurga paling firdausi bagi si kecil ketika itu...dan kini si kecil bernombor dua itu sudah jauh perjalanannya...

Masih mengenai dilahikan sebagai nombor dua, ya tidak perlu bercakap banyak untuk memenangi dan meraih kepercayaan orang kerana yang bernombor dua adalah pendengar yang baik. Walau sulit mana sekalipun untuk didengar, ia akan tetap didengar dan bersedia meminjamkan kuping bagi menerima luahan di hujung talian, membaca dan menatap sekilas mesej.

Ini belum dikira mengenai perasaan kasih sayang yang sentiada ada pada mereka yang dilahirkan sebagai anak kedua. Mungkin boleh dianggap sebagai lilin membakar diri atau penyelamat segala kesulitan. Maaf, bukan bermaksud berbangga akan sedikit kekuatan yang dipinjamkan Ilahi, tapi mungkin juga itulah secebis tanda kekal bahawa yang anak nombor dua adalah teguh antara yang pertama dan ketiga.

Pun begitu tidak bermaksud mengenepikan yang sulung mahupun yang bongsu...hmm dalam apa situasi sekalipun, nombor dua akan jadi sangat berlainan kerana dia boleh berdiri sendiri, dia merencana hidup sendiri sambil pada masa sama memerhati yang di kiri dan kanannya, juga yang di depan dan yang di belakang...

Berbalik kepada kisah G, aku ingin berpesan, berhati-hati kala berurusan dengan yang nombor dua itu, ada gusar dalam ceria, ada amarah dalam senyum dan ada manja dalam bengis...dan juga sulit untuk ditebak kerana kecenderungan menutup segala kekurangan, kekesalan, kemarahan atau kesukaan kerana bagi mereka yang bernombor dua, segala-galanya tidak perlu dikongsi dengan orang lain tapi orang lain boleh berkongsi dengan dia. Baginya, biar segala luka dalam perjalanan hidup akan dibalut sendiri, tidak perlu dibuka balutan itu walau pedih menikam sukma...

Maka beruntunglah menjadi anak yang dilahirkan sebagai nombor dua, akan tetapi..awas kalau anda adalah isteri nombor dua kerana anda adalah sejahat-jahat makhluk dan akan dilaknat sepanjang usia perkahwinan...

Friday, 3 February 2012

Prevent is better than cure...

Batuk aku kronik
dah hampir dua minggu
siap ada bunyi spring bagai kalau bernafas
Sabtu ni pun belum tentu
aku boleh attend meeting di office
sebab kami ada sambutan
ulang tahun syarikat dan aku sebagai SU
(pehh...bukan ada gaji tapi
suka nak participate sebab KPI kan)
pun belum tentu boleh attend
sebab batuk yang bersifat lain macam ini.
Aku pernah tonton cerita di tv
beberapa tahun lalu
watak diserang asthma hebat
lack of oxygen
brain damage etc..
cehh mulalah aku berimaginasi
dulu sepupu rapat aku, namanya Kak Ita
meninggal disebabkan asthma
Kak Ita alah habuk
suatu petang tu dia rajin sangat mengemas rumah
segala habuk licin disapu
petangnya meninggal sebab asthma menyerang
G pun ada asthma kronik
sampaikan dia pernah terfikir kalau kahwin
dapat anak tak sebab ada mulut jahat kata
inhaler akan mematikan sperm dalam ovum
cehh macam Tuhan pulak mulut tu..
dan aku baru balik klinik
nampak gayanya handbag aku
akan penuh dan bertambah berat lagilah
kena bawa ubat
sebab aku baru saja dipaksa doktor R
kena puff ventolin inhaler
selebihnya dua kali puff setiap dua jam
cehh ini yang aku tak suka ni..
dan juga kena telan dadah kawalan
airlukast sebiji sehari
selama sepuluh hari.

Nota: entry ini bukan minta simpati, tapi korang hargailah kesihatan yang dkurniakan Allah...kalau ada sakit sikit, cecepat jumpa dr, jangan nak takut2...bukan soal manja ke apa...but prevent is better than cure!

Forgiveness...

Yesterday, i received a phone called from chatters friend, names TZ. We talked for 1 1/2 hrs...variety topics with variety tones of argumentation. Then before he ended our conversation, he remind me again, forgot the pass. Don't carry it everywhere you go, that was nothing, do a quick decision and ur life will be better!

Forgiveness means letting go of the past. - Gerald Jampolsky

And suddenly Jampolsky quote came accross into my mind. The bad thing about the past. Yerp..so many things. Among that was my battle toward TM Unified..heh! Tak settle2 lagi kes bergaduh dengan TM ni and fellow bloggers, aku bukan sapa-sapa pun tapi mana tahu dalam hati kalian ada kesumat sebab aku kalau menulis macam tak sedar diri juga, dan kadang kala dalam bertindak pun mungkin aku dipengaruhi dos V yang menjadikan pulse ke otak tidak sama dengan tindakan yang berlaku, jadi pada hari-hari terakhir penulis ciput macam aku ni, maaf kalau ada terjahat bahasa dan tergangster tindakan.

Nota: Mesti korang kata sebab hari ni hari Jumaat so aku buat entry insaf kan...hahaha..suka hatilah!

Thursday, 2 February 2012

Aroma teh secawan kasih berlabel sayang...

Lokasi: Fortnum and Mason, 181 Piccadilly London, W1A 1ER
Mood: Sejuk dan memenatkan..
Waktu: 5pm waktu tempatan
Seteguk teh yang dihirup, meranapkan ego setahun...
“Mahu honey atau brown sugar?”
“Apa-apa pun boleh...”
”Nah, skon di sini adalah yang terbaik di London. Kau tidak akan dapat melupakannya gigitan pertama. Ia sangat enak...” Ian menukar bicara, hatinya diterpa kelegaan.

Mau baca cerpen selanjutnya sila klik di sini

Appraisal...

Kali terakhir aku buat appraisal
adalah pada Disember 2010
dan aku dapat satu 'angka'
yang buat aku menangis dalam hati

menangis dalam hati orang x nampak
lagipun ini adalah urusan dunia
dan bersifat sementara
sejak itu aku berasa aneh
berasa aneh untuk menjadi rajin
aku tak tahu sistem apa yang digunapakai
yang aku tahu, ia menyumbang kepada
peratusan kenaikan darah aku
petang tadi, ketika memandu balik
dari tempat kerja ke kediaman sunyi aku
aku buat KPI dan appraisal lagi
appraisal ke atas diri sendiri
apa aku dah buat sejak hidup selama ini
apa aku dah buat setahun lalu
apa aku dah buat sebulan lalu
apa aku dah buat seminggu lalu
dan apa aku dah buat hari ini
oh ya, aku dah buat something yang +ve aku kira
aku dah perbaiki retak-retak kecil sebuah astana
eh bukan, aku buat kemasan
pada tepi buku yang sudah tercabut halamannya
atau bukankah aku dah mengemaskan pelepah merak
yang sangat cemerlang warnanya
ahh tak kisahlah...yang penting
aku sudah menyempurnakan sebuah hari untuk hari ini
dan KPI serta appraisal aku berada pada tahap sepatutnya
pun begitu...tiba-tiba aku dapati ada tangis dalam hati...

titik!