Posts

Showing posts from January, 2012

Kadangkala...

Kadangkala aku tidak pernah menduga di tengah padang ilalang ada serpih kaca menunggu kaki untuk dihiris kerana aku sering alpa akan kembang comel putih kuning di belantara ilalang itu. Kadangkala aku tidak pernah menduga di dalam panas terik sinar mentari menyimbah cahaya akan ada derai salju yang tajam menikam sejuknya ke dasar paling dalam pada sumsum tulang lantas beku dan kaku. Kadangkala aku sentiasa lupa akan tenangnya air kala bahtera menyusur ada arus ganas menunggu ketika untuk memecahkan debur ombak perkasa meranapkan layar yang tertebar sekian lama dan kadangkala aku sentiasa tidak mengambil endah akan kicau mergastua bahawa hutan rimba jangan direntas andai mantera tidak lengkap untuk menghadapi medan margasatwa...

Buat kesekian kalinya aku berpesan-pesan kepada diri bahawa segala yang buruk itu adalah kekurangan aku dan segalanya yang indah dan sempurna itu adalah kepunyaan Dia yang total...

Di halamanmu, akan aku kunjungi, masuk dan duduk namun biar aku menghela pilu se…

Dalam hati...

Dalam hati ada kalbu
dalam kalbu ada jiwa
dalam jiwa ada rasa
dalam rasa ada jelaga
dalam jelaga ada bara
dalam bara ada api
dalam api ada...

Dalam berkata-kata
lidah sering lupa
hati sering alpa
garis sempadan
ucap bicara
tutur jenaka
pun ada hadnya..

Justeru aku perlu tahu
melihat budi menilai hati
mentafsir diri milik sendiri
supaya tiada belati menghiris mati...

Tuhan, aku mohon
datangkan hujan di laman
agar aku bisa aman
walau semalaman...

Berasa...

Untung nasib kita berbeda-beda
meskipun aku sering berasakan
aku sudah berusaha sehabis daya
untuk melakukan yang terbaik dalam hidup
ada juga yang aku terlupa ketika mengira detik
ada juga yang aku alpa kala merintis hari
dan pada suatu perjalanan yang panjang
aku terpaksa duduk melepas lelah
dan membelek semula peta hari
yang sudah semakin lusuh
ada carik-carik di tepinya
ada kumal kelabu di sudutnya
aku melangkah mengikut kudrat
yang kadangkala tersadung akar dugaan
lantas apa lagi yang aku boleh lakukan
meneruskan langkah dengan pasrah
walau sejuta payah...
lalu kusimpan semula
peta hari yang lusuh
ke dalam hati rusuh...

Nota: Aku nak pergi feeling2 snow kat German sekejap, sapa nak ikut..jom!

Dua anekdot Jumaat...

Bunyi yang aneh di pagi hari hari Jumaat semalam
seawal subuh ada bunyi asing dalam rumah
bunyi yang tak dapat aku kesan dari mana
ia buat aku rimas dan bengang
kerana tidak dapat mengesan bunyi asing itu
dan ia masih berbunyi ketika aku melangkah keluar
untuk mencari sedikit rezeki...

Aku membunuhnya Dan antara berhati-hati dan kesebuan minda
seekor kucing tompok melintas pemanduanku
yang aku dengar adalah sesuatu berlaga dengan bahagian bawah kereta
mungkin ada tulang patah riuk
mungkin juga ada nyawa melayang
mungkin juga ada bulu lembut melayang ke udara
yang aku nampak adalah pekat malam
jam 9 terasa seperti sudah larut malam
aku buang syiling 20 sen
untuk pembebasan sebuah roh
yang berlaku tanpa disengajakan
maafkan aku kucing!

Neeson mahu peluk Islam, Brat bila lagi...

Image
LAS VEGAS: Bintang Hollywood, Liam Neeson (gambar), bercadang meninggalkan kepercayaan Katoliknya untuk memeluk Islam. Laporan media semalam menyatakan, Neeson, 59, mengaku dia "diresapi semangat" itu selepas mendengar laungan azan ketika menjalani penggambaran filem di Istanbul, Turki. Kata Neeson, azan dilaungkan lima kali sehari dan untuk minggu pertama, dia "gila" mendengarnya.
"Tiba-tiba seruan itu meresapi jiwa dan ia menjadi sesuatu yang paling indah," katanya.
Neeson berkata, ada kira-kira 4,000 masjid di Istanbul dan sesetengahnya begitu indah.
"Ia menyebabkan saya benar-benar berfikir untuk menganut Islam," katanya.
Neeson dibesarkan di Ireland Utara sebagai penganut Katolik yang taat.
Bagaimanapun, dia beberapa kali mempertikaikan keyakinannya.
"Saya diajar mengenai Katolik, tetapi saya tertanya-tanya setiap hari secara tidak sedar - apa yang kita lakukan di dunia ini sebenarnya?
"Saya sentiasa membaca buku mengenai Tuhan da…

Nota kepada sahabat anehku...

Aku ada banyak sahabat
sahabat sejak kecil, sahabat kala remaja, sahabat alam dewasa
dan sahabat yang selamanya ada dalam diri aku
aku kadang kala tidak dapat menangani dengan baik
akan sahabat dalam diri yang dikenali sejak azali
kerana sahabat yang satu ini
keadaannya sering berubah-ubah seperti angin songsang
memang aku tak boleh membaca gerak geri langkahnya
apatah lagi nak menebak akan fe'el perangainya
kalau aku kata bukan, dia kata ya
kala aku mahu lakukan, dia kata jangan
sulit untuk dikendalikan...
aku yakin kamu semua pun ada sahabat degil dalam diri
mahu ditiadakan pastinya tidak boleh sama sekali kan
sebab ia hadir dalam diri
habis tu bagaimana aku mahu memujuknya
supaya sentiasa seiring sehaluan dengan aku!

Cempaka Kota Leiden

Kispen Episod Dua (Akhir)
Ahhh...bulan tidak pernah mungkir memancarkan sinarnya kepada gelap malam dan cempaka juga tidak hilang wanginya walau digetus dari tangkai dan diselit ke rambut ikal mayang. Namun kehidupan tetap terasa sendu kerana pelengkapnya sudah tiada, dia yang sudah hilang. Pram!
Pulasan masak berwarna merah Makan berdua di anjung bistari Darah di tangan tampak berdarah Darah di hati kubalut sendiri! ****************************** Tiba-tiba salji berguguran dari langit mencium cermin kaca. Bunyi ribut yang mula kedengaran merembeskan titis air mengocak sunyi yang semakin bermaharajalela...sunyi...hanya yang kedengaran adalah degup jantung dan desus nafas tanda ada kehidupan yang kembali ke alam nyata. Nona rupawan berkerudung cantik Kerudung cantik dari Bengawan Malam sunyi membilang detik Tanda bulan jatuh ke riba…
Cerita penuhnya di sini

Masuknya waktu Zuhur...

Pada hayat yang sedetik cuma ini
mungkin tidak cukup pun
untuk aku menunggu
masuknya waktu Asar
apatah lagi merebut tenangnya Maghrib
begitu pun aku sudah menikmati
Subuh yang sangat aku syukuri
dalam sela kira-kira waktu
ada dugaan bertelingkah
ada seru yang menongkah
ada juga insaf sedekah
dan kini aku sudah hampir amat
menunggu Zuhur yang sesaat tepat
berteleku di sejadah hidup
sesekali membias warna sinar
tak pun berselisih cahaya sebenar
aku menunggu azan Zuhur
dan baldu sejadah tetap luhur
kerana ia hanyalah sehelai sejadah
aku yang perlu akur
bahawa hidup ini adalah jalur
pada satu perjalanan jujur
menujuNya!

Nota: Mak, abah dan nenek..saya sudah email 'hadiah' untuk kalian di sana...harap sudah terima!

Yang duka itu...

Keberadaan ini bersifat sementara
kelak kau akan tahu kesementaraan itu
mungkin ada benarnya
menjadi sumbu jelaga yang bernyala dalam hati
ahh..dia yang baru usai dari sebuah kematian
dan dia yang dari tanah rencong itu
kedua-duanya adalah yang berduka..
hanya kau yang tahu..

Nota: G, aku tahu kau akan masuk menyelinap seperti angin, meneliti setiap butir kata yg aku taip di sini...

Baca..

Iqraq...bacalah...
mengingati rutin membaca, aku salute arwah abah
dia boleh baca akhbar Berita Harian
dari muka depan sampai last tanpa fail
masa tu tahun 1978, harga BH 35 sen
aku tukang beli setiap hari
masa abah jadi buruh di Spore, dia baca BH Spore..
katanya dia  beli BH untuk kami baiki penguasaan BM
bila di sekolah menengah
cikgu guna rencana pengarang dalam BH untuk latihan Pengajian Am
harga sokkabar makin naik
tapi abah tetap beli
sebab katanya dia x mampu nak beli buku untuk kami
jadi dia beli sokkabar
katanya sokkabar halaman besar, puas baca...
bila makin dewasa, aku pun macam abah
belek sokkabar detail
memang aku baca sokkabar je
sebab nak beli buku, mahal sangat
apalah sangat dengan pendapatan buruh kasar
dan penjual kueh di pasar pagi...
tapi kami merasa juga pergi sekolah
sebab abah celik ilmu
walopun dia setakat lulus darjah 9
mak pula lulus darjah 6
bila aku dah bekerja
buku agak mewah senang nak dapat
sekitar 2005 hingga 2007
aku baca 4 buku pelbagai genre setiap …

Kompas hidup...

Image
Hilang pedoman dalam suatu perjalanan panjang
peta hidup juga seolah kabur untuk dilakar
antara utara dan selatan
ada pula timur dan barat mencelah
arah matahari condong atau jatuh
bagaimana pula tatkala sillhoute memercik suram
arah tetap tidak dapat ditentukan
ufuk horizon yang sayup di hujung pandang
hanya ada garis langit, panjang tak bertepi
dunia halusinasi dunia bunian
dunia nyata dunia kemanusiaan
walau hidup pada persada mana sekalipun
harus ada kompas kehidupan
kalau sesat, kembali ke pangkal jalan
kalau terlebih langkah
jenguk-jenguklah mencari jalan pulang
aku noktahkan di sini
tanah airku di sini
tanah kuburku di sini
kemboja itu di sini
mentafsir wanginya bunga kuburan itu
hanya aku yang tahu...
dan kiblatku hanya satu
ESA!

Nota: Kompas hidup aku sudah lama tidak aku selia, betulkah ia berfungsi? Benarkah ia bergerak, atau ia juga merajuk kerana aku berpandukan bayang matahari serta simbahan bulan buat kebelakangan ini..kompas hidup, kini kembali aku rujuk...

Kisah pendek...

Kispen: Cempaka Kota Leiden
Jong berlabuh di kota Temasik
Singgah di kuala membeli berangan
Usik mu bukan sebarang usik
Hatiku sendu menahan angan.

“AKU nak cium kau, boleh?  Nak peluk kau kemas-kemas, biar kau tak boleh lari. Biar kau ada dalam pelukan aku saja…sampai lemas…bukan lemas air, tapi lemas oleh sebab aku yang peluk kau. Hahaha….”
“Eh, kau dah hilang akal eh…bluekkk. Buruk perangai..aku benci kau…benci!!! Tunggu lagi seribu tahun! Atau lebih senang saja aku kata, jangan harap!!!”
“Sejuta tahun pun aku sanggup, kerana kau…hahahaha!”
“Kau ni kan, apa yang tak kena semalam? Kau kena maki dengan mak kau ke? Atau terlebih minum vodka semalam? Kenapa kau cakap ikut sedap mulut saja?”
“Eh mana ada. Mak aku sayang aku, dia tak pernah maki aku…tapi terlebih minum ada. Alah bolehkan…sekali sekala?”
“Suka hati kau..aku bukan siapa-siapa pun. Aku tak ada kena mengenapun dengan kau tau?”
“Eh kau kan buah hati aku. Sejak kecil kau sudah aku intai, aku sudah beritahu kawan-kawan aku jang…

Menganyam mimpi...

Antara sela dinihari dan sepertiga malam
Kantuk jadi aneh apakala mimpi menyusul
Meskipun tidak pernah dipinta mimpi sebegitu
Ia tetap datang dan menganyam rasa
Seperti nyata, tetapi mimpi
Seperti mimpi, tetapi nyata
Rasa basah oleh pilu
Rasa luka oleh rindu
Ahh bantal tidurku yang ini
Kau banyak menyimpan misteri
Teruskan mimpi
Aku ingin lagi mimpi begini
Kerana ia melepaskan beban hati
Yang sarat membalut diri
Aku mahu bermimpi
Lagi dan lagi
...

Seekor babi di dalam pick up buruk dari neraka jahanam...

Maaf, entry ini dipenuhi perkataan berbaur negatif, sila jangan baca jika tidak mahu menodai minda anda yang suci bersih itu.
Jam 7petang, hujan renyai-renyai. Aku decide nak balik awal sebab dok kat opis pun buntu, otak sudah rindu sama bantal dan tilam...jadi aku mahu dapat istirehat yang cukup sebab esok aku keje. Dari Jalan Pantai Baru aku terus ke Kerinci dan sebelum sampai Kerinci, membelok ke kiri untuk memasuki Federal Hiway. Hujan masih rintik-rintik manja dan mata aku tetap kabur. Memandu dalam hujan adalah perbuatan yang paling aku tidak suka, sebab aku sangat rabun kala hujan dan hari hampir gelap.

Dari susur kiri nak masuk FH, kereta bertenat-tenat bontot membontoti termasuk aku. Aku cuba untuk tidak menjadi pemandu kurang ajar, dan tidak juga berhemah...orang kata kontrol sopan tahap sederhana. Sekurang-kurangnya aku tidak berdosa pada lidah memaki hamun dan mencarut pemandu yg cuba memotong aku. Dalam terhegeh-hegeh nak cari ruang memasuki lane kanan sebab di kiri sudah…

Multitasking

Image
Aku sentiasa kagum dengan sapa2 yg multitasking ini
sebab tidak mudah untuk mempelbagaikan
kebolehan pada setiap diri
lebih2 lagi kalu lelaki
yang cuma tahu mengarah je itu ini
dan lebih mengagumkan
seperti kes yang aku jumpa atas kapal ini
sebab atas kapal kan
jadi terpaksa hadap segala bagai show
yang disediakan penganjur
kalu tak, tengok laut biru je lah
selain tourist dari india yang berlagak kaya gila
tapi agak kurang manners kalu bab makan
rambut depa yg hapak tu bersepah dalam food orang pun
depa boleh senyum buat menonong
memang cik doh bangang gila babas
(hari Jumaat so aku kena marah cara berhemah)
ada floating kasino
ada desire show yg stok geli2..haha tsk!
ada show dari LA yang vogue etc..
ok berbalik kepada multitasking ni
cabing crew atas Libra Star Cruise ini adalah multitasking
siang hari depa jadi cabin crew, manager
dan segala bagai duty lagi
tapi bila malam depa jadi artist
yang aku kagum ni, ada 4 guys
Jay, Goldie, Marc dan Sreeka
mereka adalah lelaki perkasa d…

Owh no!

I still remember, long time ago
before I took a decision to start my life as a single lady
Someone did ask me..am I sure?
What will happen if something happen to me, who's gonna taking care of me?
Thousand question came accros my mind.
Nahh..I still stand..and now I understood, why he keep asking me the question.
I am desperate! Really desperate..not desperate to look for who's gonna donate his sperm to me...
But I'm desperate becoz my car is breakdown, a battery is week, a lamp is on and i didnt know how to manage it!
Even I have know nothing about that! :(
And I just came back from outstation, tired, shock, stress and all those suck things happen suddenly while I confirm that my blood turn on and on...gosh!
And at this moment I wish that resakse ultraman dyna will come in front of me to solve my problem???
Is this what we call cubaan? Dugaan? Cabaran? Whatever it is..I can...

Roger..roger..

Will be out of radar till thursday.
row row row row your cruise
gently down the stream
merely merely merely
life is bout a dream...

Roger...out!

Ngilu...

Image
Aku rasa macam ada resaksa besar
sedang mengorek, menampal, menggigit dan membina bangunan
dalam mulut aku...
aku pejam mata rapat2
ciss!! rasa itu masih ada, malah makin kuat
sabar hati...sabar..nak perfect..so aku kena sabar
walopun resaksa itu menggila dalam mulut aku..
Realitinya, aku rasa macam nak pelempang je dentist tu
sebab dia korek, tampal, kikis, scaling etc
walhal bukan aku tak pernah rasa
setiap enam bulan dia akan lanyak habis-habisan gigi
sama ada ngilu atau nyeri...aku dah imune
cuma aku tak buat brashes je
sebab gigi masih teratur
ramai yg ngeri nak jumpa dentist kan??
Kamon...dia dentist je lah, bukan resaksa pencabut gigi...

Dedikasi bulan...

Image

Our guard

Image
Dah dua hari di tahun baru
aku dah lama tak tengok dia
sejak 16 Dis 2011 lagi
mummy dia kata mereka nak pergi UK
nak visit daddy dia yg kerja kat sana
mummy dia jiran aku
dan dia pun samalah..
setiap minggu aku lihat dia bantu mummy dia basuh lantai
ada sekali aku nak bagi coklat, dia punya la nak
tapi sebab mummy dia kata no thanks, dia undur setapak ke belakang
di sebalik pagar kami, pada hari lain pula
aku bagi setengah dozen moon cake
yang sangat sedap dan cantik
yes dia ambil, itupun selepas mummy dia kata yes..
dia comel, dan keletah
sentiasa murah dengan teguran dan senyuman
memang aku teringat juga pada dia
tapi tak apalah, aku pernah dengar dia cakap pada mummy dia..
"Mummy since we are not around..
this monkey will be our guard house
he will keep watching our house and auntie LW too.."

Dan monyet yang menggunakan kuasa solar itu
yang terletak di atas dinding yang membahagikan rumah kami
tidak pernah berhenti bergerak
dan begitu taat mengawasi rumah kami
monyet itu …

Selamat tinggal...

Setiap hari membilang detik
ada hati yang sakit
ada perasaan yang carik
ada jiwa yang pilu
ada juga air mata sendu
masa jadi cemburu
jarak buat aku jadi bisu
apabila kata-kata menjadi dosa
segala penat lelah sia-sia
apabila janji tidak ditepati
semua yang diucap bagai belati
menyiat-nyiat tangkai hati
pun begitu janji Tuhan adalah pasti
mak pun kembali
dan aku menjadi lali
dengan hidup sendiri
membilang detik lagi
tahun beralih pergi
tidak mahu lagi aku lari
biar ia datang ke dalam pelukan
selamat berangkat tahun sudah
aku sudah melangkah
ke sebuah tahun
bernama
tahun baru!

Note: Every each year, we grow and older but age is just a matter of figure..how u handle it..that's lead you to the next phase..if u lost..back to the basic...the best guidance book in our life is Al-Quran..Allah please bless me..