Monday, 10 December 2012

Warna terakhir 2012

Beberapa hari saja lagi tahun 2012 akan beransur pergi membawa diri. Apabila direnung kembali, banyak dakwat berwarna merah dan hitam yang pekat serta likat pada lembaran kanvas hidup. Bahkan ada contengan kasar dan garang pada helaian kanvas yang juga tidak halus permukaannya serta menggerutu. Hidup yang keras, seperti aspal. Panas dan berasap apakala disimbah cahaya matahari mahupun titis hujan, namun tiada pilihan dan kanvas tidak pernah menipu akan setiap warna yang tecalit pada halamannya. Sama ada disedari atau tidak, warna berkenaan akan bersatu membentuk satu lapisan warna yang pelbagai, larut meresap pada gentian dan lama kelamaan pudar ditelan masa, namun kekal erat pada siratan hidup.

Sedar tak sedar, apabila bertambah setahun lagi usiadi maya ini, bererti makin singkat kehidupan sebenarnya dan semakin pantas pergerakan menuju ke alam barzakh. Pengisiannya bagaimana? Sukakah, atau penuh dengan muka surat berwajah polos suram? Atau kosong? Mungkin kah ada halaman cerah berwarna terang dan mudah dibaca? Mungkinkah? Atau mustahil. Hanya kita yang tahu warna apakah yang sudah kita renjis pada halaman berkenaan. Yang pastinya halaman lembar hidup aku banyak berwarna merah pekat dan gelap..dan mega mendung, hmmm ada juga hijau segar dan selebihnya warna yang berbaur dari adunan ketiga-tiganya. Sungguh, warna itu tidak cantik tapi aku harus menatapnya...

Warna terakhir yang sempat direnjis pada lembar kehidupan ialah warna sejuk, nyaman dan ada renjisan biru serta sedikit terang. Warna itu adalah warna yang tercipta pada tanah jajahan British dua minggu lalu. Akibat pertanyaan adik tour guide yang ajak aku pi HK hujung bulan lalu. Sebenarnya aku jawab sambil lewa sebab tak pasti pasal urusan visa. Rupa-rupanya adik manis yang baik hati ini dah buat semua..katanya bayar saja duit dan dia akan settlekan..ya betul. Kudos untuk adik! Aku pecahkan tabung (arghhh baru nak penuh, dah kena pecah..) dan bagi dia sejumlah not untuk bayaran ke tanah jajahan British itu. Dan sungguh aku tak menyesal..sebab jumpa artis K Pop paling berpengaruh di HK..Dia adalah Conan Au! Kenal tak?
Err...cop, dia ni sebenarnya tour guide yg bawa group kami, bukan retis KPop aaa...hehe. Kalau u all ingat, HK terkenal dengan polisi satu anak untuk satu keluarga. Conan ni kata dia sangat beruntung kerana ada seorang adik dan sejurus selepas adik dia lahir, kerajaan HK memperkenalkan polisi berkenaan menyebabkan seluruh pasangan ibu bapa di HK hanya dibenarkan memiliki seorang anak saja. Bagi yang dapat anak sulung perempuan, mereka boleh memohon dengan pentadbir untuk mendapatkan anak kedua dengan harapan anak yang dilahirkan adalah lelaki. Jika dapat anak perempuan juga, peranakan mereka akan diikat dan mereka tak boleh mengandung lagi. Kesian kan, manakala tempat kita pula berlebih-lebihan sampai ada yang buang anak depa macam anak kucing..sungguh tidak patut!
Bila aku dengar Conan cakap gitu..hmm Malaysia ku bertuah...sangat bebas dan terbuka walaupun blog dan FB kita ada yang memantau. Tiba-tiba sambil beriringan dengan retis KPop Conan ni aku ternampak seorang pakcik jual makanan jeruk yang sangat cantik. Dah rasa nak makan pulak tapi kami tak berani nak try sebab walaupun buah, takut ia dicampur arak sebagai bahan awet..jadi pandang dan telan ayor liur je la..
Bila dok ada tempat orang..buah ni pun nampak macam sedap sangat..ntah hapa-hapa perasaan nak makan buah ini. Aku nyaris beli tapi retis KPop kami yang sangat concern pasal halal food kata baik jangan beli. Dan seperti kebiasaan, makanan adalah budaya, budaya adalah cara hidup dan kami hampir setiap hari makan telur dadar. NP, betullah u cakap depa ni suka makan telur..pagi petang siang malam dengan telur..agaknya memang budaya depa tu letak telur sebagai menu wajib setiap kali makan. Tetiba aku rasa ngeri sebab dulu heboh sekejap telur sintetik..isk!
Tapi kalau cakap pasal fast cook..memang menu depa ni excell..sangat fresh dan rangup serta asli rasanya. Hijaunya sangat jelas dan sangat mengujakan. Patutlah si Conan tu slim je badannya. Hari-hari mau makan sayur..huh..mak jeles!
Dan di celah-celah kehidupan serba pantas rakyat tanah jajahan British itu, lelaki ini malu-malu sambil tunduk membersihkan tiram yang sangat segar nampaknya. Isinya putih bersih dan tiada bau hanyir langsung..try imagine kalau perah lemon,..Mr Bean pun tak terkata apa-apa!
Besar kan tiram tu..mesti enak dan segar..arghh yummy! Manakala dimsum di bawah adalah dimsum seafood yang dijual di restoran halal khusus untuk pelancong yang datang dengan group saja. Kalau saja-saja datang nak makan, depa tak layan.
Nota: Sepinggan hidangan alas perut, lantas menjauh minda yang serabut. Sambil makan tertinggal nota jatuh hati pada sekilas yang memerhati. Apakah ini, di tanah tinggi yang sejuk, ada selingkar budi, aku bawa mati! Warna peribadi hari ini, pada siapa yang memahami, hati adalah sebuku darah pekat yang menyimpan seribu rahsia diri.

28 comments:

  1. gambo dim sum tu cukup buat i terliur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. blu4sky
      yerp..dimsum tu memang marvellous.
      i makan tanpa segan silu sampai 3 ketul..hik!

      Delete
  2. 3 foto terakhir tu sangat menyakitkat mata (sebab tak dapat..!!!)

    kejap je nak masuk 2013 dah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      hihi sakit mata ke sakit hati..
      ala apa der..darling u lagi adventures bab makan ni sebab lagi banyak travel dari i kan...
      ehh meh bila nak mai KL ni, kita makan-makan...

      ya kejap lagi kena say byebye to 2012 kan..sob!

      Delete
  3. salam LW

    kami dah lama tak jumpa nasi ni hahaha
    everyday makan roti , nasib baik bawak tuna sardin, chicken kari dll dalam tin yg boleh panaskan dalam microwave , tapi lawannya roti putih je hahaha

    nak kata tak makan nasi, tapi rasanya babat kat perut ni dah bertambah krn asyik nak makan je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bapak,
      mesti rasa addict sakan dengan nasi tu kan.
      saya cadangkan bapak buat-buat lupa pada nasi dan pakat dengan mak itam supaya prepare roti sedap-sedap.
      masa saya outstation kat UK dulu (lapan hari je pun) kami pakat2 beli baguette, slice nipis dan letak cheese and tabur herbs kat atas, masuk oven...sedap juga dan boleh buat lupa kejap pada nasi..ok tak?
      O ya saya start boleh absorb roti tanpa nasi setiap hari ketika outstation ke Amsterdam selama lima hari. Lima hari tu makan roti pagi petang siang malam..balik KL lupa pada nasi tapi lepas tu cover sampai berhari-hari dengan nasi dan ikan goreng..hambekkk!

      Delete
  4. kawan saya pun citer,dia g beijing..org sana suka sgt kat anak dia.siap bagitau betapa dia bertuah sbb anak ramai (pdhal 3 je pun) sbb diorang satu family 1 anak je..

    makan telur hari2 mesti kentut bau telur ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,
      kesiankan depa ni..nak dapat zuriat pun kena minta permission dengan kerajaan.. walhal benda tu adalah kurniaan semulajadi antara kerjasama dua manusia...
      so kita beruntung jadi orang malaysia...")

      Delete
  5. ntah napa...masa baca bait bait di atas....sedih plak rasa....tpi bila dh masuk bab jln jln tu...dah hepi...neway...utk tuan blog....moga happy alwiz....

    ReplyDelete
    Replies
    1. RieTTa,
      mula-mula tu saya ingat nak proceed dengan ayat yang lagi lebih menyedihkan tapi bila fikir balik...ada banyak masa lagi untuk saya up entry sedih (ntah le...maybe sedih pada saya dan rietta tapi orang lain baca tak sedih pun kan..)
      ok hope u happy too...life is too short sayang..jom celebrate!

      Delete
  6. dim sum..sedappp....sukaaaa

    laa tak kan buah pun tak boleh? ooo takut pisang tu penah digunakan untuk potong menda lain eh? entah la kan..

    -net-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Net
      sedap kan..i sampai la ni tak reti-reti nak buat dimsum. depa kata ada jual kulit yang dah siap untuk dimsum tu tapi i tatau kat mana nak beli..kalu tak weekend ni boleh kita berdimsum kat windsor kan...

      Delete
  7. december ...nanti saya buat entry ala ala hujung tahun ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang bro
      ok saya tunggu
      december banyak mencakar ingatan saya selama ini...huhu!

      Delete
  8. mr Bean pun terharu... hehehe

    suka rangkap last. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa,
      hehe..ingat tak episod mr bean makan tiram tu...

      thanks suka rangkap last! aku pun suka...masa tulis tu akak taip jer...

      Delete
  9. Mr. Bean akan tetap menyesal makan tiram busuk.... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      Ya, aku rasa dia memang menyesal..tapi kalau dah namanya Mr Bean..makan bean la sampai bila bila kan..haha

      Delete
  10. seronoknya akk..melencong je kerja. muehehe. dan gambar makanan kat blog pun sentiasa mengiurkan saya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niza Romli
      Alhamdulillah, kalau ada duit lebih..akak rasa nak melencong jer kerjanya...hihi...
      mai la turun windsor, kita makan-makan...:)

      Delete
  11. dimsum yang wow.. enaknya :D


    LW.. hampir tertipu dgn muka K-pop tu ingatkan betul-betul hehehehe....

    tak sangka pula HK tak kasi penduduknya beranak ramai.. rasa sungguh tak berpengatahuan pula aku rasanya.. nasib baik ada blog LW hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong Andy
      Darling, tq baca blog aku ni..kalau ada manfaat untuk ko, lagi aku suka..]
      err Conan tu nasib baik muda banyak dari aku, kalau dia baya aku...dah sah aku tackle dia habis-habisan...hahaha...gedik kan!

      Delete
  12. Saya tk terliur kt dimsum, tapi sayur hijau tu!! Sedapnya!!!

    Mungkin sebab saya org kg, tak reti berdimsum2 ni.. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Su
      memang sayur hijau tu sedap sebab rangup dan segar. Su pun boleh masak sebab senang jer nak preparenya. Saya dulu pun tak kenal dimsum tapi ada sekali tu tersilap masuk kelas memasak, terus berkenal-kenalan dengan dimsum dan sudah jatuh hati sama ini makanan...hehe

      Delete
  13. "hati adalah sebuku darah pekat yang menyimpan seribu rahsia diri"

    Saya jeles sebab saya tak pandai menulis macam di para terakhir itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      Thanks..its a compliment for me! Pls dont be jealous, ur writing style is awesome on your own way too and trust me, someone told me that she likes your blog because of its...the narration and explanation is detail and yet easy to understand..:)

      "Hati adalah cermin, tempat pahala dan dosa bertamu..."
      (Ok itu adalah lirik lagu Tuhan oleh Bimbo...:)

      Hehe...

      Delete
  14. Lw
    Bait bait yag ditulis itu amat sebak untuk di baca....awak sangat pandai menulis....pandai menggunakan ayat ayat yang sangat indah bahasa nya...rasa ter'jeles' dengan bakat yang kamu ada...memang sangat sesuai dengan

    Teruja akak tengok tiram tu...sedap bila diperah lemon dan sedikit wasabe.....ngap terus masuk mulut...dap nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha,
      Saya pun diberi pinjam saja akan kebolehan menulis ini. Sementara DIA bagi pinjam, saya manfaatkan di sini...terapi untuk saya menghilangkan segala rasa yang bersarang dalam minda...

      Kak Sha suka tiram eh? Saya pun...yummy kan...:)

      Delete