Thursday, 27 December 2012

Monolog penghujung...

Malam ini..bulan penuh di perabung langit. Aku selama-lamanya suka melihat bulan, kerana ia tidak pernah menipu dengan cahaya warna perak, kerana ia tidak pernah mungkir memuntahkan cahayanya ke segenap pelusuk alam dan paling mengujakan ia menjadi pusat renungan berjuta-juta manusia di benua lain. Berkongsi cahaya yang satu dengan sejuta tafsiran..kenyataannya aku tetap suka akan bulan. Bukan memuja, tapi berasa kecil amat kewujudan ini berbanding bulan sebutir tapi perkasa itu...
 
Hari ini sudah 27 Disember, bererti masih bersisa empat hari lagi untuk menjejak tahun baru, lunar baru, perkiraan baru. Mengikut kalendar cina, tahun baru ini adalah tahun ular..aku kira banyak putar belitnya. Dan apabila menoleh kepada jumlah hari yang sudah hampir 360 hari aku jejak, bererti aku menoleh kepada masa lalu yang penuh dengan warna dan rona. Ada hari yang tercalar, ada hari yang kemas dan ada hari yang awannya berarak mendung.
 
Mengemas gobok buruk di penjuru bilik, terjumpa beberapa fail dalam hard disk..ada wajah dan suara emak di situ..suara emak yang aku rasakan seperti masih terngiang-ngiang di telinga bertanya pukul berapa jam setiap kali dia bangun dari tidur.. dan beberapa hari lepas ketika balik ke rumah kakak, terjumpa sehelai kemeja T bergunting di sana sini milik arwah abah. Aku tahu itu adalah persalinan terakhir yang abah pakai sebelum dia menghembuskan nafas terakhir di katil hospital. Ia digunting pengendali jenazah di kawasan kami sebelum dia memandi dan mengkafankan jasad abah. Yang lepas tidak wajar dikenang tapi yang lepas itu juga yang membuatkan aku berasa hidup..dan akan terus hidup selagi diperlukan menjadi hamba Allah di muka bumi ini..terima kasih Tuhan!
 
Melihat ke belakang bererti aku juga menoleh kepada masa lalu..merenung, menimbang, mengambil kira dan membuat penilaian. Tahun ini banyak mencalar goresan halus yang tidak nampak, namun berkesan. Tahun ini menerbitkan sedikit semangat juang dalam kehidupan walaupun patah sayap bertongkat paruh..mungkin inilah yang dinamakan kehidupan. Tidak sahih hidup ini kalau tiada keluh kesah, tidak manis hidup ini kalau tiada hati yang jatuh dan tidak lengkap hidup ini kalau tiada rasa remuk redam. Complete bukan sebuah perjalanan hidup atas nama insan!
 
Biarlah..masa lalu aku akan simpan kemas dalam peti ingatan sambil pada masa sama mengucapkan selamat datang kepada masa depan dan mengekalkan masa kini yang sedang dijalani. Kita tidak pernah tahu usia insan setara mana, kita tidak pernah boleh menduga kudrat insan sekuat mana selagi tidak berhadapan dengan suatu musibah. Hanya yang merasa akan mengetahui bahawa kapasiti hidup kita adalah seteguh karang di lautan, hanya yang melalui mengetahui bahawa semangat mereka sekuat bayu taufan yang bisa meruntuhkan ego kehidupan dan hanya yang memahami tahu bahawa perabung langit itu tinggi sehingga tujuh lapis. Yang aku tahu, kita sentiasa merancang yang elok-elok, namun kita tidak tahu perancangan DIA bagaimana...
 
Dan usia juga semakin beranjak pergi pada satu paradigma hidup yang semakin hampir pada sebuah pengakhiran. Aku mahu ucap yang baik-baik saja untuk mereka yang ada di sekeliling. Aku maafkan semua kata-kata dan dendam kesumat yang wujud di hati mereka supaya tidur aku lena, tiada mimpi buruk dan bangun dengan lapang dada untuk menghadap hari esok..
 
Tuhan, maafkan hambaMu ini..
 
 

26 comments:

  1. Selamat datang tahun baru 2013, semoga tahun mendatang menjanjikan seribu satu kebahagian dan keberkatan dalam hidup LW dan keluarga. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Ina DDC
      saya doakan yang sama untuk cik ina, yuyi, firdaus dan keluarga...

      Delete
  2. LIfe is a lesson, we must learn something from it everyday. =)

    Selamat menyambut tahun 2013. Aku pun seperti kau. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. reenapple
      yeah..life is a lesson..and learning process is on going..all the time..new things..
      selamat tahun baru juga untuk kau..

      Delete
  3. nak buat jugak entry macam ni...penghujung 2012...errr..bila nak pekena teh tarik liyas corner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg bro,
      sila buat...kalau kat opis kita panggil round up 2012 atau year end story kan...

      Delete
  4. Kita takpernah gaduh kan sis. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telor Power
      kita ada gaduh-gaduh manja jer..hakhakhak!

      Delete
  5. kak, kdg² bila teringat ms silam khususnya yg tak indah, mmg sakit hati kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tina,
      ya...tapi sekarang akak dah boleh absorb dan tanam dalam kepala..past is past..tak boleh nak ubah dah..so try the best in future

      Delete
  6. Selamat tahun baru 2013..
    Kenangan yg dah lepas tu, wajar dikenang...
    Itu sahaja yg kita mampu buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ
      yang lepas memang wajar dikenang
      sama ada baik untuk buruk
      untuk kita jadikan teladan dan bekalan
      selamat tahun baru 2013!

      Delete
  7. kita tidak pernah tahu perancangan DIA untuk kita walaupun kadang2 terdetik rasa marah dalam setiap perjalanan yang ditempuh..

    2013 datang tiada apa yang perlu disambut tetapi oh my gucci i ada exam..yeahhhh bohsan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne
      Kita boleh berharap, merancang mahupun berdoa namun DIA yang melaksanakan. Jangan berhenti berdoa dan yakin akan apa yang terjadi ke atas kita kerana DIA sudah menyiapkan laluan kita sebenarnya...memang ada kerikil tajam, tapi akan pasti juga ada laluan lurus dan selesa.

      Buddy i wish u STRONG!

      Good luck in ur exam..then kita berfoya2!

      Delete
    2. royal belum here we come... noted noted!!! ha ha ha...

      Delete
  8. n3 jujur dr hati kamu.
    terkesan aku yg membaca.

    selamat tahun baru kakak.


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tasekM
      Selamat tahun baru dik..
      aku memang suka tulis terus dari hati..

      Delete
  9. melihat ke belakang..terasa sikitnya amal utk dibawa ke alam sana sedangkan umur yang berbaki entah banyak mana lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      ya, KPI yang itu pun kena diambil kira juga kan...

      Delete
  10. Aaargh sebentar lagi umur akan berganjak sesuai dengan pengalam hidup yang dilalui........dan setiap pengalaman telah mengajar akak erti kehidupan....pahit, manis, masam semua dah dilalui dan diharap pada masa akan datang akak nak merasa yang manis2 aje kalau boleh tapi apakan daya kita hanya boleh merancang, yang di atas sana yang menentukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sha
      secara ironinya bila ada orang wish kita selamat panjang umur, sebenarnya umur kita makin singkat. tapi ia akan jadi terasa sangat panjang dan bermakna apabila kita memanfaatkannya sebaik mungkin.

      saya nak hidup lama, jadi saya kena manfaatkan hidup saya sebaik mungkin. langkah pertama saya buat sempena jumaat hari ini, bangun pagi tadi tetiba terasa nak pergi gym...hehe hover kan..kikiki

      Delete
  11. Pahit & manis itu resam kehidupan dik. & kita juga tak dapat lari dari takdirNya. Kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas
      pahit manis itulah penyedap hidup kan kak..

      Delete
  12. Welcome 2013 and A Happy New Year. *fireworks*

    ps: Bulan itu juga satelit semulajadi utk sekalian alam.

    ReplyDelete