Friday, 14 December 2012

Kanak-kanak..yang sentiasa manis!

Dalam diri kanak-kanak tidak pernah ada individu dewasa, tapi dalam diri individu dewasa sentiasa ada sifat kanak-kanak malah yang sudah sangat tua pun akan berbalik kepada perangai kanak-kanak pada ketika tertentu. Sama ada disedari atau tidak, kita semua menyimpan memori zaman kanak-kanak dengan cukup kemas dalam minda.

Dan memasuki taman tema Disneyland adalah satu perkara yang sangat berbaloi walaupun pada mulanya aku terfikir wajar atau tidak mengorbankan RM200++ semata-mata untuk memasuki dunia kanak-kanak yang sentiasa ceria, gembira dan tiada erti penat? Ya wajar, sangat wajar! Kerana apa yang aku dapat ialah lebih daripada nilai berkenaan.
Kadang kala memori itu akan berlegar-legar, muncul tenggelam timbul dalam ingatan, namun percayalah menjadi kanak-kanak adalah satu era paling berharga dalam hidup. Tiada apa yang perlu dirisaukan, kalau lapar, cakap saja pada mak. Nak beli gula-gula, tarik saja baju mak. Kalau mak tak bagi, jerit guling golek-golek depan kedai apek sampai mak beli, baru senyap menjerit. Seperti belon yang sentiasa disukai, ia cantik dan tidak pernah ditolak oleh setiap kanak-kanak.  Sepanjang aku memerhati jejaka penjual belon yang pemalu itu, kebanyakan yang datang membeli belon adalah lelaki dewasa dan remaja. Tidak pasti sama ada belon itu untuk anak/anak buah atau diri mereka sendiri. Yang pasti, aku tak nampak ada kanak-kanak yang menangis mahu belon. Hmm aku sendiri hampir menyambar belon berkenaan tapi ketika itu jam sudah 9.30 malam waktu HK dan dollar juga tinggal last, cukup untuk beli mineral water saja sementara tunggu penerbangan balik subuh pagi esoknya.
Sesetengah peristiwa kita lupa, dan sesetengah lagi jadi ingatan yang berkekalan. Aku termasuk dalam kategori pasif dan senyap. Semua buat sendiri senyap-senyap. Sehinggalah kini, kembali menjalani hidup senyap, namun ada ketikanya perlu buat ‘bising’ sebagai mengingati diri sendiri bahawa masih ada roh dalam jasad ini dan Tuhan masih bagi peluang untuk aku meneroka sebanyak mungkin tanda kekuasaanNya di muka bumi ini.
Kanak-kanak ini sangat pemalu sebenarnya. Ketika dihalakan lensa kepadanya, dia cepat-cepat berlindung di balik ibunya. Namun sempat juga diambil reaksinya yang takut-takut itu.
Yang ini baru lepas menangis kerana dia takut nak naik gajah terbang tapi maknya sibuk nak naik, jadi lepas puas dipujuk, maknya terpaksa meriba dia untuk menaiki gajah gemuk itu..
Yang ini tak peduli apa berlaku, janji dapat main puas-puas secara percuma sebab bapaknya tak mahu belikan dia dan mak dan kakaknya sibuk ronda cari souvenir lain dalam kedai permainan di situ. Dah banyak kali bapanya ambil toys dan simpan dan dia jatuhkan badan dalam usaha merayu si bapa belikan mainan. Aku skodeng saja dari jauh...hehe! Bapaknya adalah Korea dan maknya bangsa kulit putih..
Ini dia, yang dinanti-nanti,  cik kak ini pula dengan penuh ceria buat parade di tengah-tengah laluan. Maka kami-kami yang dewasa ini pun sibuk mencelah antara satu sama lain untuk tengok parade menari-nari kat tengah jalan.
Tiba-tiba komersial break kejap, ada orang sibuk nak bergambar dengan ginger bread gals...hahaha telinga depa tu capang sebenarnya macam pari-pari. Berjalan di lorong ini memang tidak terasa waktu berjalan dengan pantas. Dari jam 8.30 pagi dengan suhu 15 C, masa bergerak sejajar dengan penurunan suhu dan siang sangat pendek. Sekitar jam 6 petang keadaan sudah gelap dan suhu turun lagi kepada 11 C...feeling2 snow hokeh!

Aku rasa macam biar betul eh aku dok mengadap istana cinderella depan mata sambil makan popcorn yang adik Farina beli sambil skodeng orang depan aku yang cuba mengayat awek sebelah..ohh malam menjadi semakin bermakna!

29 comments:

  1. best giler!!!! giler pun xbest cenggini tau.. ehhh...

    btl kak, zaman kanak² adalah zaman kegemilangan.. ms tu xyah fkr psl masalah duit ke... mslh rmhtangga ke.. yg penting, boleh main..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tina,
      kan...yang akak tau main teng teng dan main tembak-tembak..bila gaduh siap jelir lidah..haha..adehh bila ingat balik rasa macam tak percaya boleh buat perangai gitu...

      Delete
  2. eh akak kat disneyland hongkong ke?bestnya..bila masuk disneyland secara otomatik tekan butang ON jadi kanak2 semula ;)

    akak di klia knapa x call saya?saya anytime free tau.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,
      Ya..seronok sangat..tak puas walaupun satu hari suntuk sebab akak dah on button jadi kanak-kanak..hehe..

      okeh len kali akak tepon awak..minggu depan balik KB tapi akak naik kat subang..

      Delete
  3. bestnyeee.....nnti nk pergi jugak....but next stop...kena p yang pling dekat dulu....universal studio singapore....

    ReplyDelete
    Replies
    1. RieTTa,
      better pi USS dulu..kawan akak kata USS pun awesome juga..

      Delete
  4. found u on Uncle Lee's .bestnya dia pi mlncong, sronok kan? masa trip mcm ni kita tend to forget smua msalah dunia.balik rumah balik baru down to earth and jalani hidup mcm biasa..
    keep happy always.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IndaMarya,
      thaks for dropby..yeahh saw u too on Uncle Lee's young at heart blogs...hehe
      Yes..masa ni lah nak lupakan segala kerja di opis dan nikmati kehidupan sepenuhnya...
      u too dear...happy weekend!

      Delete
  5. tak adill... tak aci.... u pegi dulu tinggalkan i...

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne,
      jangan marah dear nanti kena jual...kehkehke...hokeh kita set untuk next year ya..konpem!

      Delete
  6. best nya. mang dah lama idamkan nak pergi disneyland

    ReplyDelete
    Replies
    1. HaniAsyira,
      p laa..bawak mak bercuti ke situ..mesti best punya!:)

      Delete
  7. Tu lah zaman2 kanak2 adalah saat yang paling indah dalam hidup, sementelah lagi menjadi anak bongsu dalam keluarga walaupun sebenar nya mempunyai adik tapi telah di pelihara oleh atok...maka akak pun menjadi anak bongsu yang sangat manja...apa saja kemahuan dituruti...tak pernah sekali memahami apa itu kesusahan...kalau di ingat kembali boleh menangis.

    Akak pernah jalan sakan2 di disneyland, USA....lagi pun Anaheim tak berapa jauh dari rumah akak...memang akak jadi budak2 balik, rambang mata semua nya akak nak naik walaupun kena beratur dalam 40 minit tapi tetap nak juga....pertama kali nak naik roller coaster tu macam berani sangat sekali bila dah naik masyaallah sampai menangis akak takut...sampai sekarang akak tak berani lagi naik roller coaster...aaah kenangan berada di Disneyland akan akak ingat sampai bila2.

    Dah lama tak berjalan jauh, paling jauh pun di sekitar nusantara je lah demi anak2 terpaksa berkorban....anak sambung buat MBA husband yang tanggung dan bulan January 2013 ni dia nak buat CFA pulak nak pakai lagi 21K...komitmen banyak sangat sebab tak sanggup nak berhutang jadi tak dapat lah nak ke Jerman jumpa si KA tunggu jer lah dia bertandang kerumah akak...nak tukar kereta pun tak dapat..pakai je lah kereta proton buruk akak tu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha
      waaaa jelesnya saya dengan akak...agaknya ada sebab kenapa Tuhan jadikan saya menetap di KL je kan...cer kalau saya berpeluang dok negara orang..takut saya lupa diri kak...

      Masa kat Disneyland tu saya naik roller coaster dalam gelap. Ya rabbi nyaris nak termunt dan pitam sebab saya rasa isi perut saya bergelodak nak kuar semua. nasib baik by time mata dah gelap dan tangan pegang kuat pada palang, game tu dah habis dan saya adalah bertaubat tak akan naik lagi permainan yang sewaktu dengannya...minta ampun, bagi seratus hengget pun saya tak akan naik kan sha...rasa macam hazab sangat perut dan kepala saya..huhu

      InsyaAllah tahun depan saya nak berjalan jauh...

      Delete
    2. Ek eh...ada nama saya di situ :) Jemput datang nanti kak..saya tunggu :)

      Delete
  8. Zaman kanak2 dapat diingati semula bila pi tempat2 camni. Naik roller coaster jerit2 boleh hilang tension. Makan cotton candy sampai jilat2 jari. Kemudian sambung naik rides lagi. Jerit lagi. Dan lagi. Dan lagi. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak dinas,
      yayyy! memang suker kan..nak beperangai macam kanak-kanak pun tak de sapa nak tegur sebab hampir kebanyakan yang ada kat situ adalah dewasa yang menyamai kanak-kanak sifatnya kerana nikmat menjadi kanak-kanak itu sangat seronok...hihi

      Delete
  9. Zaman kanak2 memang sangat best sebab tak payah pikir masalah dan takder masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. MystoryPic
      Ya betul, best sangat...kerjanya main saja, cukup makan tidur..langsung tak de batu yg memberat di kepala...

      Delete
  10. LW,
    everyone has kanak-kanak riang inside them.. kalau terlebih minum ribena..terus jadi kanak-kanak hyperactive...hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. blu4sky
      yess..true...tak boleh disangkal lagi...malah kalau boleh mahu keadaan itu berpanjangan...alangkah seronoknya...hihi

      Delete
  11. Wahh...Disneyland yer. Saya pula lebih suka Universal Studio.

    Dan sangat setuju "dalam diri individu dewasa..sentiasa ada sifat kanak-kanak". Saya kalau masuk Toys R Us tu..wahhhh heaven...padahal dah tua bebenor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah,
      Saya belum merasa Universal Studio..kalau panjang umur dan cukup bajet, memang nak menjelajah..InsyaAllah.

      Tak boleh nafi, kerana hidup ini satu putaran, ketika kecil kita akan ternanti-nanti bagaimana rasanya menjadi dewasa tapi apakala sudah menjadi dewasa, alangkah seronoknya kalau dapat kembali menjadi kanak-kanak...:)

      Kalau dah masuk Toys R Us, saya pun tak peduli dah...lantak lah kalau ada orang tengok pun...muehehe!

      Delete
  12. Benci.....slamba rock jer lu pi sana tanpa beri tahu wa, kalau tak dan boleh follow pi HK tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telor Power
      Lu mencik gua eh...eee jangan gitu bro...meh tahun depan ada banyak projek gua nak buat sama itu nenetpenne, kalau mau join, sila register nama...sure gempak punya bro. masa tu lu kena bawak banyak cd card bro, gerenti banyak benda lu boleh tembak...meh aaa!

      Delete
    2. ofkos....apa2 pun nanti info via email @ sms set date for travel tu

      Delete
    3. wokeh...sure...kita g europe yer..

      Delete
  13. cop! cop!
    i nak ikot! nak ikot!
    mr TelorPower nak sponsor me, katanya... (>.<)

    ReplyDelete
    Replies
    1. BTK
      ye ke TP nak sponsor u?? i dengar u nak sponsor dia..ekekeke...

      Delete