Friday, 21 December 2012

Jom kita try nak...

Perkara pertama kalau sampai office ialah cek email. Macam-macam email ada, nak jual viagra ada, nak jual sex toys ada, nak ajak jadi business partner ada, info menang loteri kat UK ada, info aku jadi waris duit bermillion di Swiss Bank pun ada dan nak berkenalan pun ada. Jadinya mana yang tak berkenaan aku delete. Ehhhh cop..ini ada satu yang berkenaan..mesti ada ramai photografer handal di sini kan...meh la kita try...
 
 
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL PHOTOAWARDS 2013

TAGLINE: 
'TANGKAPLAH SAYA, TOLONG LAH'

PENGUMUMAN PERTANDINGAN BERMULA: 
DISEMBER 2012

TARIKH PENYERAHAN FOTO:
1 MARCH 2013

TARIKH TUTUP PENYERAHAN FOTO:
31 MARCH 2013

MAJLIS PENGUMUMAN PEMENANG:
JUNE 2013

SEBARAN UMUM

Buat kali yang ke-5, KL International Photoaward (KLPA) sekali lagi memanggil semua peminat fotografi untuk menyertai pertandingan fotografi tahunan KLPA. Pengumuman pertandingan berserta maklumat menarik tentang pertandingan ini telah dipaparkan di laman web KLPA bermula dari Disember 2012. Tahun ini, tagline KLPA adalah: TANGKAP LAH SAYA, TOLONGLAH (TAKE ME, SERIOUSLY)

‘Tangkaplah saya, Tolonglah’ merujuk kepada beribu gambar yang telah ditangkap dengan segara menggunakan telefon pintar atau Smartphone, yang kemudiannya dimuat turunkan ke laman media sosial setiap hari. Perkara ini telah menjadi satu fenomena yang penting dalam dunia penyebaran maklumat yang berkaitan dengan pembuahan idea, fesyen, gaya hidup, dan penyebaran sebaran akhbar di alaf dunia online sekarang.

Para peminat fotografi dan juru gambar dari seluruh dunia boleh menghantar gambar mereka melalui dua kategori pertandingan:

1. GAMBAR PORTRET TUNGGAL - 1 hingga 8 imej, yang berbentuk portret. Definisi atau gambaran sebuah portret itu adalah terpulang kepada setiap jurugambar. Sebuah portret itu boleh dihasilkan dengan memaparkan ciri-ciri identiti seseorang atau menggabungkan unsur-unsur sekeliling orang yang akan dipotretkan.

2. GAMBAR BERSIRI SMARTPHONE APPS - 5 hingga 12 imej, bertema. Konsep kategori ini adalah berunsur experimental dan para peminat fotografi harus menggunakan smartphone mereka untuk menangkap gambar bersiri sebanyak 5 hingga 12 keping imej. Imej yang ditangkap harus merupakan siri gambar berangkai dan mewujudkan kaitan yang jelas diantara gambar-gambar tersebut. Tema kategori ini adalah ‘1,000 Ela’ bererti, gambar portret yang ditangkap harus di ambil 1,000 ela dari perkarangan rumah. Gambar-gambar yang boleh dijadikan subjek adalah seperti penduduk setempat, kanak-kanak sekolah, peruncit, pengusaha kedai kopi dan lain-lain. Para peserta boleh menggunakan app telefon mereka seperti Instagram, Hipstamatic atau sebagainya.

3. KATEGORI JURUGAMBAR MALAYSIA DI BAWAH 25 TAHUN – Adalah kategori khas untuk jurugambar terbaik di bawah 25 tahun. Hanya dibuka untuk rakyat Malaysia.

PARTNERS
Tahun ini KLPA akan meneruskan kerjasama kami bersama Time Out Kuala Lumpur dan dua tahun berturut bersama Pacsafe, , Invisible Photographer Asia. Pengumuman dan penyampaian piala kepada pemenang akan diadakan Kuala Lumpur Convention Centre pada bulan June 2013.

HADIAH
Hadiah pertama adalah merupakan wang tunai sebanyak USD$3,500, berserta sebuah piala telah dikomisenkan khas untuk KLPA dari London dan bag camera anti-ragut oleh Pacsafe.

PARA PENGADIL
Berikut adalah para pengadil bagi KLPA 2013
Para pengadil kategori Gambar Portret Tunggal:
ADELINE OOI - Kurator dan art consultant
EIFFEL CHONG – Pensyarah Fotografi
RACHEL JENA – Penyunting Seni TimeOut KL
SYAHRIN ABDUL AZIZ - Freelance photojournalist
ZHUANG WUBIN - Curator dan freelance photographer

Pengasas SOJOURNPOSSE.COM Zarina Holmes dan Salina Christmas akan mengadili kategori Smartphone Apps.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Project Manager - Erna Dyanty erna@klphotoawards.com / 012 231 09 61
Project Director - Steven V-L Lee info@klphotoawards.com
KL International Photoawards
www.klphotoawards.com
info@klphotoawards.com

KL International Photoawards merupakan pertandingan fotografi portret kontemporari tahunan. Pertandingan ini terkenal di kalangan jurugambar di seluruh dunia dan menjadi pertandingan yang perlu diperhatikan di dalam senarai Top50 photography competitions in the world.

26 comments:

  1. MMG BANYAK EMEL 'SAMPAH' SAMPAI X LARAT NAK DELETE
    TQ UTK PERKONGSIAN CUMA SAYA NI TAK BERAPA RAJIN NAK MASUK CONTEST..SBB X YAKIN BOLEH MENANG.HEHE
    BELUM CUBA DAH MENGALAH..ADOI LA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      Haha akak punya email setiap hari Ada dapat
      Surat wasiat duit milion2 kat US.
      Minta ic segala bagai
      Dia ingat kita budak2 agaknya...
      Akak pun tak rajin nak masuk contest ni
      Tapi akak tau Ada kawan2 kita ni terer bab fotografi...

      Delete
  2. kak, join la..sy mmg xdpt la nk join sbb xreti nk snap pict cecantik.. hehehe..gud luck!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tina,
      Akak pun x pandai..saja share dgn u all sini...:)

      Delete
  3. Kenapa akak tak pernah dapat email sex toy tu eh..kahkahkah! Jangan delete komen ni, lawak saja naa!
    Akak kalau pasai menembak merapu dana suka hati, no prob tapi rasa tak layak nak masuk pertandingan, buat malu ja nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak dinas,
      Saya dapat setiap minggu email poyo tu
      Kehkehkeh tak larat nak delete
      Kalau Ada saya forward naaa..hahah

      Try la masuk kak..

      Delete
  4. Ini utk org yg minat amik gamba ni kak. Heee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fara
      A ahh...akak ambik gambar food boleh le
      Kalau gambar lain memang fail..:)

      Delete
  5. Hahaha Lw siot je, nak jual sex toys tu yang tak boleh blaaah......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak sha
      Kan...macam tahu2 je email ke saya
      Hazab betul sapa yg jual tu..kehkehkeh!

      Delete
  6. LW,

    email aku baru-baru ni kena hack. nasib baik sempat tukar email blog n FB :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA
      Ya ke?
      Aku pun saspen 2 3 hari ni
      Sebab layout blog aku tetiba bertukar sendiri
      Aku ingat kena hack..
      Ntah tetiba jadi lain...

      Delete
  7. Hmmmmm..menarik event ni...rasa nak join la...hadiah pun best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy ziyyad
      Try la..mana tahu Ada rezeki kan..:)

      Delete
  8. Ohhh..tak boleh masuk..sebab salah seorang pengadil adalah rakan saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      Hah? Sapa tu? Yang mana satu? Hmm.....hehe!

      Delete
    2. Syahrin Aziz adalah rakan sebilik saya di itm dulu.

      Delete
    3. Syahrin Aziz adalah rakan sebilik saya di itm dulu.

      Delete
    4. Ooo member kamceng lah kiranya kan..
      Saya tak pasti pertandingan ini untuk mereka yg Ada di dalam negara atau diluar negara pun boleh juga...

      Delete
    5. Kalau yg kat luar negara macamana nak masuk kan? takkan nak suruh orang tolong ambik gambar lak. So..secara automatiknya tak layak ler :)

      Delete
  9. Replies
    1. HaniAsyira
      Hadiahnya menarik kan ...tak mo try ke dik?

      Delete
  10. Hi Lady Windsor, very interesting post, apa pun ada....Kasip Fatima pun ada juga, ha ha ha.
    Yes, today the world and knowledge is at your finger tips.
    Have a fun weekend.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi uncle lee
      Thanks for coming..
      Kacip Fatimah?? Omg!! Hihi...


      yes..my weekend was fun because im back to my hometown..

      Delete
  11. alaaa... aku tak minat nak ambil gmbar. ehehe

    #aku selalu dapat emeel2 sebegitu..kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. reenapple
      aku suka ambil gambar food je..
      kalau gambar untuk pertandingan memang aku fail.

      Delete