Wednesday, 5 December 2012

Confident level...

When east meet west, the result must be unique. When Najua met Ellingham, here Aisha Marie, the cutest petite cherry that ive met yesterday. She is charming, adorable and smart! When she talked to me..she speaks like an adult while her  mom whisper to her ears, can you tell auntie what nenek told about you! Then she said to me, ‘mat saleh bontot hitam’...muehehe and she giggles and smiles. Her younger sister, Alana Jane..i guess, real cute like her too. I met Aisha Marie and her mom, Najua at Poney Kids Fashion Show at KidZania Kuala Lumpur. She is brilliant and her confident level is absolutely high.
Owhh melihat wajah si comel ini buat aku teringat kepada wajah ini pula..errr?? Can you see her dimple?
Nak dibandingkan kalau aku seusia dia dulu, pastinya macam langit dengan bumi. Segala yang pasif ada dalam diri, tak bercakap, pendiam dan brutal. Sehingga masuk ke IPT, aku tetap juga tak banyak bercakap, tapi apabila memasuki dunia pekerjaan, semuanya bertukar secepat kilat dan aku tahu kerja keras aku bertahun untuk mahir bercakap dan berani bercakap di hadapan khalayak berbaloi. Sangat berbaloi walaupun keadaan sekarang agak tidak memberangsangkan.Aku masih ingat pada tahun 2007, kali pertama terpaksa berurusan dengan empat saintis dari Holland, dan berada di makmal mereka di Holland...rasa birulah mata mak dek non..kikiki!
Ashton dengan mummy
Ashton Wong, anak Amber Chia pun pandai buat modelling. Memang like mother like son betul..dia selamba saja buat catwalk sama mak dia yang tinggi lampai dan cantik tu...Bagi mak atau bapa yang ada anak, penting untuk anda mendidik anak mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Budak-budak jadi berani bercakap dan berani beri pendapat. Dalam dunia peradaban moden dengan maklumat di hujung jari ini, semuanya berlumba-lumba untuk maju dan maju. Sambil pos, ayaq lior mengalir laju jer kat mulut si Ashton tu sampaikan maknya kata tak handsome nampak ayaq lior ketika modelling..adehhh budak-budak comel ni..
Amber Chia sedang melatih kanak-kanak untuk Poney Kids Fashion Show...memang cutelah depa ni...buatlah apa saja, notty atau tak, depa maintain cute!
Anak-anak buah yang ada, Ashraff (5 thn) kata dia nak jadi jurutera, tapi dia sangat pemalu. Shakir (4 thn) kata dia nak jadi bomba, dan dia sangat lincah. Najla (6 thn) kata dia nak jadi doktor, dan dia sangat peramah. Aisyah (8 thn) nak jadi cikgu, dia pemalu. Aku tak boleh bayangkan cabaran ibu bapa kini mendidik anak, supaya anak jadi berani untuk bercakap dan menyuarakan pendapat mereka? Salute kepada sesiapa yang bergelar 'emak'. Anak atau anak buah anda bagaimana?

Nota: Kadang kala kita perlu psiko diri sendiri dalam usaha untuk meningkatkan tahap yakin diri...hmmm

34 comments:

  1. rietta mmg xmmpu lew jd cm ank ank tu....maluuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. RieTta,
      saya pun masa usia budak tu..pasif dan takut sangat dengan strangers..budak2 zaman sekarang berbeza..mereka membesar selaras dengan perkembangan zaman dan teknologi which is good for them...

      Delete
  2. ini la yg tak berapa nak ada dalam diri saya ni.... takuttt jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. MystoryPic,
      Dalam diri saya pun...tapi sejak bekerja, saya terpaksa melawan rasa malu dan takut itu demi kelansungan kerja..

      Delete
  3. budak2 sekarang mmg petah & byk tanya kan.. kadang tak larat nak layan.. tapi sebenarnya kita kena layan..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      betul tu..so kalau depa tanya soalan bermanfaat, ibu bapa kena jawab kan..

      Delete
  4. budak yang petah bercakap tapi informative i boleh layan jangan yang petah bercakap tapi kurang adab, poyo, menjawab tak brtempat, yang tu memang out u go kid. i hate u!!!! emo emoooo....

    ada budak tu kita tanya, malu2 nak jawab mcmlah ada emas berlian dalam mulut. i hate those kind of kid. hate it very very much...oh sorry not hate but despise.

    i dulu mcm timid but bila belajar ni, byk sangat presentation kat depan tu, tambah pulak i kena deal dgn 'customer' yang haprak nih, i kena berani bersuara. hari tu i dah tertinggi suara kat my 2nd boss sebab kelembs dia manage event. haaa kau..dah geram sampai ke puncak jalil gituh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne,
      Yerp..kanak-kanak ada yang sangat berani dan ada juga yang malu yang teramat tapi bagi yang poyo tu, basically their orientation adalah berdasarkan surrounding area mereka membesar juga.

      Sebab itu adalah penting bagi ibu bapa untuk bercakap dengan cara yang baik dan berkesan di hadapan anak, no baby talk and of course kena ajar anak menghormati orang dewasa.

      Apa-apa hal, parents is the best example for kids...dan kalau tidak dididik, mereka tidak akan tahu sebab mereka lahir kosong.

      Delete
    2. yang baby talk tu yang i kurang suka...
      ada some parents yang membiarkan je anak dia cakap pelat...eh hello.. anak dia tu dah 6 tahun but still pelat..they think it was cute to cakap pelat2 mcm oku? no! not for me..

      but your nephew and niece are adorable in their own way...

      Delete
    3. NenetPenne
      yerp..jangan sekali-kali praktik baby talk dengan anak sebab bila besar pun budak tu akan cakap macam gitu dan jadi tak matang walhal dah boleh sebut perkataan dengan betul..

      my nephew suka nak cakap bm dengan cousin semua tapi bunyi pelik sangat sebab lidah dia dah tune sebut slang inggeris..bila dia cakap BI makciknya pula yang tak berapa nak faham..adehhh!

      Delete
  5. Replies
    1. Farah,
      rasanya pemalu adalah sifat semulajadi kanak-kanak kan..akak pasf masa kecik dulu..

      Delete
  6. Aiyak.. aku mas akecik je berani skang macam malu pun ad ajuga. Tahap keyakinan aku skang ni berubah3.. sekejap ada sekejap tak de. macam chipsmore lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik ina pemalu sampai la ni, cakap je berdengung dengang dalam blog.

      Delete
    2. Reenapple,
      kadang-kadang normal kalau kita malu in public but then kalau nak buat presentation dan kita berasa malu, haaa yang ni kita kena fight rasa malu itu sebab kita perlu bercakap sebaik mungkinkan dear...

      Delete
    3. Cik Ina,
      berdengung degang dalam blog tak pe sebab blog kita, so kita boleh buat apa saja..saya pun pemalu cik ina kalau jumpa org yg tak pernah kita jumpa tapi cakap dalam blog ni sempoi je kan..cer kalau jumpa..mak malu tau...kikiki

      Delete
  7. Alhamdulillah....rasanya akak dah didik anak2 akak supaya jadi manusia....mereka kalau kita suruh buat apa apa pun confident je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak sha
      bagus..adalah penting mendidik keyakinan diri anak supaya berani bersuara kan..

      Delete
  8. Setuju dengan Net...yang petah bercakap tetapi masih bersopan santun adalah yang terbaik.

    Anak-anak orang Malaysia kat Jerman ni ada yang dah bertukar habis - bukan setakat pandai berkata2 bahkan pandai melawan, pandai bertegang urat dengan parents dan akan question every single things dan voice out anything yang diorang tak puas hati. Kenapa? sebab itulah yang diajar di sekolah. Sekiranya tengok cerita omputih (especially cerita kanak2/remaja/high school) begitulah karakter anak2 kecil dan remaja di sini..apabila tak puas hati dengan parents.

    Jadi..didiklah anak2 dengan value kita orang asia apatah lagi orang islam. Pandai bercakap/berkata2 dan high confident in public adalah perlu...tetapi adab serta tatasusila jangan dilupakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      Ada baik dan buruknya anak dididik berani bercakap kan. Kalau macam tu gayanya, mereka sudah sangat terpengaruh dengan gaya kanak-kanak dan remaja Barat yang mungkin beroaksi atas hak bersuara yang mereka miliki.

      Yang mana hal ini tidak berlaku di dalam budaya kita kerana dibatasi hormat terhadap individu dewasa. Mencabar sungguh jadi ibu di barat ya..

      Delete
    2. tu dah terlampau kebaratan dah tu... kita as anak mesti tau adab dengan orang tua..orang tua is our parents tak boleh nak disamakan as kawan2..no no..

      kalau gaya mcm tu baik tak ada anak dari ada anak..silap2 haribulan tersalah ajar anak, kena kat diri sendiri...cabaran alaf baru membesarkan anak memang payah di zaman teknologi serba canggih nih...

      Delete
    3. Thats it...kadang-kadang kesian nengok mak bapak yang kena jadi hamba anak2 ni. Ikut jer..layan jer si anak. Anak menengking2 menjerit2.."im hungry..I wanna die". Mak nya cakap...sekejap yer sayang..sabar..dan emak dan ayahnya hanya tersenyum. Kata ayahnya kepada saya..begitulah perangai anaknya yang bersekolah di american school.

      Kes kedua : seorang bapak menjeling anaknya dengan muka garang sebab anak gadisnya berusia 6 tahun tadi bising. Kemudian anaknya menjeling kembali dengan muka yg garang juga. Bapaknya berkata = jangan jeling/tengok macam tu kat ayah...anaknya menjawab "If you dont want me to stare at you like that..and please stop staring at me like that understand? i hate it"..well well well..thats how a 6 years old girls talking to his father. Again...she also in american school.

      Delete
    4. NenetPenne,
      i rasa bila anak dah berani pijak kepala macam gitu..parents should realise that anak yang sepatutnya hormati mereka, sudah berani jerit dan tengking mereka..kalau itu pun masih nak berlembut..habis lah budak tu..

      Khairul Abdullah
      I tak faham kalau ada ibu bapa yang didik anak begitu..sebab tu anak jadi hantu..so far 3 of my siblings garang gila babas dengan anak depa..dan memang budak-budak notty tapi tak de pula tengking mak bapak..tapi selalu juga i tengok budak-budak tu kena babap dengan mak mereka. siap warning jangan kecahkan rumah..basically lepas kecah mak depa force suruh kemas..ok juga kan at least budak-budak belajar something..i fikir mak budak perempuan tu mesti stress bila anak cakap gitu..

      Delete
    5. Hmm..entahlah. Pokok pangkal adalah didikan di rumah kan? Ada jer i tgk anak-anak orang lain yang dok oversea dah lama..ok jer, hormat orang tua - beradab sopan dengan orang tua..apatah lagi tetamu. Ada jugak anak kecil yang macam hantu kat rumah..tapi bila pegi rumah orang..diam bersopan. Jadi..semua bergantung kepada cara didikan ibu-bapa.

      Delete
  9. Replies
    1. Kak Dinas,
      Salam kak, baru balik bercuti ya.
      Yeahh Aisha Marie is totally beautiful and cute!

      Delete
  10. entry ni sgt segar, pasif masa kecil itu saya... hahaha, dah besar kena ramah, oh 'mat saleh bontot hitam...'kah kah kah.. ok apa...

    [pisang kaki]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skull Writers
      Ini adalah entry yang buat aku berasa nak jatuh cinta lagi...hahaha boleh tak!

      Delete
    2. Skull Writers
      aahahahahaha..no way!
      ko bila nak jatuh cinta lagi?

      Delete
  11. LW,

    Aishah Marie tu sgt comel. How old is she? Saya suka budak2 so, i can get along dgn kepetahan atau cerita2 merapu mrk except for those yg suka cakap dirty words atau meninggikan suara.

    After all, its about `ATTITUDE' actually. How they brought up, keadaan org2 sekeliling dan didikan ibubapa (u can see by the way they act and talk). Kids originally speak out what they feel and honest thoughts. Thats what i like about them.

    Personally...i think,only education and parents attitude will groom them to be a better person.

    *Frankly, saya rasa awak nih seorg yg sgt penyayang dgn kanak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza,
      Yeah Aishah Marie is 5 yrs old. She's pretty and humble..mature pulak tu..mak dia senyum saja bila i cakap dengan anaknya tu..maknya pun humble. Im sure kat rumah mak dia sembang dengan Aisha seperti berrsembang dengan orang dewasa. Mix Malay and British...so Aisha jadi unique..

      Yes education and attitude...

      Saya penyayang..hihi..anak buah saya semua suka saya tapi kadang-kadang mereka takut juga dengan saya..

      Delete
    2. LW,

      I agree. Penyayang tapi tegas. Ada masa boleh ketawa, ada masa perlu serius. Bak kata Shah Rukh Khan..Kabhie Kushi Kabhie Gham (dah larik tajuk dah nih).ha3

      Delete
    3. Eliza,
      suppose too..
      tapi ada juga parents yg mmengikut kata anak
      dan ada juga yang garang keterlaluan
      kesian anak yang tersepit di tengah2..

      Delete