Thursday, 15 November 2012

Menu evergreen...

Masa sekolah rendah, kami suka makan sandwich tapi mak tak pandai sangat nak buat sandwich pelik-pelik macam sekarang. Ada tuna, ada sardin, ada telur, ada bacon, ada ham even seafood sandwich kan. Jadi aku minta mak buat sandwich yang paling mudah..sandwich telur. Jadi kalau time kami gian nak makan sandwich tu, ada le juga abah terkejar ke kedai runcit beli ikan sardin tin paling kecil untuk mak buat sandwich sardin. Kiranya sandwich paling mewah dah tu untuk kami berlima beradik.
Bajetnya murah jer, sekali beli bahan, boleh prepare tiga empat kali kalau makan sensorang..
Lepas kami dah berkeluarga, mak dah tak buat sandwich, kami pula yang buat untuk mak. Sejak mak sakit, aku buat sandwich smugger untuk dia. Smugger tu jam untuk pesakit diabetes macam mak. Kadang-kadang letak peanut butter dan kadang-kadang letak nuttela. Dua tiga minggu lepas, sandwich nutella je aku buat sebab rasa gian semacam dengan coklat likat tu..
Roti tu memang kaler purple..ngeri jap aku nak makan sebab kaler purple..produk Uncle Slocum, len kali tak mau beli dah..agak kasar teksturnya berbanding perisa yang lain yang juga di bawah label sama..Gardenia. Paling best yang plastik hijau. Kalau korang pilih Massimo, agak manis sedikit dan Mighty White pulak cepat kering rotinya. Aku guna salad spesies Romaine, rangup dan manis. Yang bulat-bulat tu adalah olive jeruk. Ahaaa ada telur, dan sosej juga.
Lepas habis gian sandwich nutella, konon nak makan makanan sihat, kecohlah pulak nak makan chicken sandwich sebab masa aku gi event kat One World, menunya adalah sandwich ayam yang diletakkan pickle. Aku tak tau pickle mende yang dia letak tapi rasanya marvellous dan mak pun ambil setengah dozen..ehh sandwich tu cenonet je la..so wajarlah dengan saiz aku ni makan setengah dozen kan? Kalau dah saiznya sebesar dua jari, aku rasa korang pun akan ambil lima nam keping kan? Jangan nak bohong ekkk!!:)
Saja aku fokus dekat-dekat supaya korang terasa nak makan juga..jangan tenung skrin komputer di depan anda..muehehe!
Dulu masa arwah mak ada, dia selalu cakap pada kami, kalau nak makan banyak dan sedap, biar dia buat kat rumah. Dan tabiat itu kini muncul dalam diri aku pula, kalau nak makan sampai puas dan lebam dan finally minta ampun lah sebab dah jemu,aku buat sendiri, makan sampai jeling pun tak mau dah. Tapi sandwich ni jenis menu yang evergreen, apa majlis sekalipun boleh masuk..itu gahnya menu bernama sandwich ini. Kalau pencipta sandwich masih hidup, tentu dia bangga tahap galaxy!
Tiada kawan atau orang lain untuk dijadikan lawan bercakap, justeru skrin yang memisahkan antara dunia virtual dan realiti adalah bahantara terbaik untuk aku lihat setiap ketika di kala ada kelapangan, tapi aku tidak pernah berasa sunyi kerana aku tahu kalian semua sentiasa ada di sini. Pada setiap hirupan kopi, ada aroma rindu yang menyerbak dan dalam setiap gigitan sandwich itu, seberkas kenangan mengetuk minda, berapungan dalam udara sejuk malam...dan pada setiap gigitan yang ditelan, usia beranjak pergi meninggalkan sejarah peribadi. Aku sudah lama tak ziarah 'rumah' mak sebenarnya. Mak, salam maal hijrah untuk mak. Dan sahabat yang terbaca ini, salam maal hijrah untuk anda juga.

45 comments:

  1. first!
    aku pakai cordless mouse, tak serabut. (tiada kaitan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. smbotak,
      aku nak beli cordless mouse mahal gila hari tu, sampai RM120 cap epal...gilos. Terus aku pakai tikus percuma jer..

      Delete
  2. second,
    i tak pakai mouse.. (sama macam sm xde kaitan..hahahha)
    LW,
    salam maal hijrah..
    my mom dulu selalu buatkan cornbeef sandwich.. tumis ngan bawang besar dan campur sket kicap...marvellous..
    and betul cakap your mom (al-fatihah) kalau nak makan baik buat sendiri..boleh makan sampai lembam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. blu4sky
      kan..apa-apa menu kalau i rasa nak makan banyak, i cari resipi dan buat, dan makan sampai lebam..lepas tu dua tiga bulan pulak baru makan menu tu..

      Delete
  3. salam maal hijrah...!!! kalo dekat i pon nak sangat teman bercakap tatkala encik sorang ni busy keje...

    i dari kecik mmg suka n makan sandwich.. segala benda sumbat je celah dua roti tu... serunding pon jalan.. rendang pon ok... dasat kan mulut ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      kami dulu sandwich adalah makanan penyelamat..betul la u semua boleh sumbat celah dua keping roti tu..kadang-kadang paling malas letak susu pekat, tabur milo...sedap juga tu...:)

      Delete
  4. LW

    Salam maal hijrah....kalau rumah kita berdekatan boleh lah akak teman kan berborak....malang nya kita seorang di ulu dan seorang di kuala.

    Keluarga akak memang suka memasak...kalau dah berkumpul adik beradik tu macam2 mak masak....malang nya sekarang semua hanya tinggal kenangan..ramai adik beradik yang dah meninggal yang tinggal cuma kami berempat...no 1 dan 2 di jb dan kami yang ke 6 dan ke 7 je yang tinggal di Selangor....itu pun seorang di tropicana golf resort dan akak di Telok Panglima Garang.. Mak pun sekarang dah tak kuat dah 84 tahun....aaah kenangan kalau di ingat2 boleh meruntun jiwa

    Alah akak ni emo pulak...ok sambung pasal lain....anak akak yang bongsu peminat makanan western...so kalau dia balik...akak penuh kan fridge dengan bahan2 sandwich....bila dia nak makan dia buat sendiri sebab dia memang suka buat sandwich...lagi satu yang dia suka buat macaroni and cheese tapi kalau dia nak makan lasagna hah itu akak kena buat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maal hijrah kak sha,
      kami pun masa mak bapak ada, makan adalah masa untuk berkumpul..kalau mende sikit tu, sikit sorang merasa..la ni semua dah berkeluarga..terpecah belah sorang ke hulu sorang ke hilir..kalau nak masak apa-apa yang tak tahu, telefon je kakak sulung sebab dia macam mak, serba tahu..
      Saya masak spaghetti kat rumah sebab semua campak dalam tu je kak, kalau masak nasi kurang2 tiga jenis lauk..haishh malas betul saya..makan 3 in 1 senang semua lauk dah ada sekali kan..



      Nenetpenne,
      kak sha dah bagi resipi, nanti i tempek kat sini..:)

      Delete
    2. my sista dok tanya, mana resipi soto tu..tak menyabar pulak makcik tu..ha ha ha..

      -net-

      Delete
  5. Adik, samich tu nampak gojes hingga membuatkan akak nak samich jam ni jugak. Dahla roti takdak, apa benda pun takdak nak buat samich nih, haisy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ciku, samich ni memang setap la ciku. ciku kena try buat..ekekeke
      kak dinas, ini le dia nya resipi alas perut saya kalau lapar memalam buta..

      Delete
  6. Akak, respi acar pisang benggala saya dah dpt dah ni.

    Bhnnya: pisang galo-kelar halus2 tp jgn kasi putus, celur dgn air panas+garam sikit. Bwg merah, bwg putih, halia dimayang halus. Tumiskan sampai naik minyak. Masukkan cili giling ngan kunyit serbuk. Tumis lg. Pah, masukkan cuka. Letak garam gula secukup rasa. Kalo cam kering sgt masukkan air sikit. Dah sebati sume br masukkan pisang yg dah siap celur td. Bg mereneh sikit supaya sume bahan menyerap dlm pisang. Kemudian blh ttp api.

    Akak try la. Hrp2 menjd. Tp pisang galo ni payah nak jumpa la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh i suka acar pisang benggala nih... sedappppp... my mum used to cook this acar...

      Delete
    2. Kak NP, ramai pulak yg kata acar pisang benggala ni sedap.

      Delete
    3. Siti,
      terima kasih..lama nau akak cari resipi ni...ada sekali dua akak try buat tapi tak menjadi. ni dah ada boleh buat cuma nak cari pisang galer jer payoh. tapi kalu tok bubuh pong tak per dok?


      Nenet Penne
      Ini makanan klasik mak- mak kita kan. arwah mak i buat sokmo menu ni...memang sedap kan..

      Delete
    4. Kak LW, kalo payoh nok dpt pisang galo tu blh ganti dgn jantung pisang. Anak beranak dia jugok tu.

      Delete
  7. salam maal hijrah juga... aku pun dah lama tak jenggah rumah mak... cuti nanti hujung tahun rasanya nak datang jengguk jugalah...

    * olive jeruk tu tak masin ke? aku ada try makan kat buffet dinner di promonade.. tapi tak boleh nak telan la LW

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maal hijrah Nong
      Aku memang dan lebih sebulan tak pi jenguk 'rumah' mak aku.. aku yakin dia memahami

      *Olive jeruk tu lemak-lemak masin. aku suka kunyah gitu-gitu jer..ada rasa kelat dan pahit juga..sedap apa..:)

      Delete
  8. lama tak menjenguk ada sandwich rupanya..hehehe..jemput makan...abang bro sekarang tengah study Tex Mex punya steak..apakah..layan aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. el mariachi
      itu sandwich instant..roti pun kaler pepel..tex mex tu apa eh?

      Delete
  9. assalam LW..acik dah lama tak makan sanwich..sebab nya kalau sanwich je sardin..lama2 acik jemu dah makan sardin..dan tak de la sandwich lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Achik,
      try le tukar sandwich peanut butter ke..tak semestinya guna sardin. saya kadang-kadang letak susu pekat, tabur milo atau serbuk nescaffe..sedap juga achik..kita improvis itu resepi sandwich.

      Delete
  10. dengar radio tadi.. anne hathaway menguruskan badan untuk satu watak movie dengan hanya memakan oatmeal... ok i nak makan oat tu jer tapi at the same time i terliur jugak dgn sandwich... bahan yang i suka for my sandwich is beef pepperoni and salami... tengok sisipan dalam akhbar, sedap pulak domino's pizza 7-meat wonder dengan 7 fantastic toppings tu...

    selamat maal hijrah to u lalink...semoga hidup u dan hidup i menjadi lebih baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam maal hijrah...

      bila cakap pasal arwah mak cik ina jadi sedih : ( kalau kita berjiran boleh cik ina jadi teman berbual.

      Delete
    2. NenetPenne,
      i dah try buat makan oat setiap hari. tahan seminggu jer lepas tu tak boleh telan dan aat tu tapi hasilmya memang bagus dan menakjubkan lah u. Honestly i suka tuna sandwich..letak mayonasi sket dan letak salad sket..huhu pejam mata la cakap u...



      Cik Inda Do Do Cheng
      mekaseh...insyaAllah one day nanti kita jumpa makan-makan ya. Cik Ina kena datang windsor bawak firdaus dan yuyi nanti saya masak spaghetti..:)

      Delete
  11. mesti byk makanan yg mengingatkan akak pada arwah mak
    alfatihah buat mak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,
      memang semuanya adalah mengingatkan akak pada arwah mak walaupun sira pisang...:)

      Delete
  12. Saya hanya penggemar sandwich sardin. Jadi sandwich selain sardin..saya tak terliur :)

    Salam Maal Hijrah buat LW. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      Salam maal hijrah juga buat Khairul di kejauhan. Dengan ucapan sama, semoga tahun ini adalah lebih baik dari sebelumnya.

      Saya suka sandwich tuna..paling suka tu!

      Delete
  13. NP...

    Boleh senang je lasagna...nanti akak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak Sha...

      Kalo LW publishkan resepi soto nnt, saya rasa sayalah org yg first sekali muka tak malu nak copy. :)

      Sebabnya kak, saya pernah makan soto org Johor buat, mmg superb! Tapi tak terfikir pulak nak amik resepinya. Minta izin nak cuba akak punya nnt yer? Baiknya hati kak Sha sudi berkongsi secret recipe ngan kami kat sini. Tima kasih...

      Delete
    2. Kak sha @SR
      nanti saya tepek resipi yg akak email tu untuk kita share di sini. tq kak..



      Eliza
      kena cuba resipi ni..memang bertambah-tambah..pendek kata kalau hujan ribut pun tak sedar...:)

      Delete
  14. sandwich memang evergreen. saya, kalau tak tau nak makan apa, maka sandwich la yg saya carik.

    :)

    *sandwich yg di-zoom-in tuh, rasa nak kunyah skrin eh. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh lupa. salam Maal Hijrah, kak.!

      Delete
    2. Sepa
      sandwich ni memang sesuai semua keadaan kan..haaa nak kunyah skrin?? mueheheh...melampau tau ko neh..

      Okeh salam maal hijrah ya.

      Delete
  15. Waalaikum salam Cik Eliza.....

    Akak dah email dah resepi soto tu...tunggu nanti LW tepek kat sini ya....akak berbesar hati sebab ada orang sudi nak cuba resepi akak yang tak seberapa...terima kaseh ya...kalau kita ada resepi yang sedap2 mak akak berpesan kongsi kongsi lah pahala kata nya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sha
      nanti saya letak kedua-dua resipi kak sha kat sini..tq kak.

      Delete
    2. hii..bestnyer.. Anak2 saya gerenti suka makan. Hanya Allah jer dpt membalas keikhlasan akak.

      * Terima kasih daun keladi, kalo ada resepi best2, bagilah kat kami lagi. hikhik.. :)

      Delete
    3. Eliza,
      Malam ni saya up entry resipi yer...esok boleh masak...

      Delete
  16. LW

    Ok lalink...nanti kita masak lasagna pulak yer.

    ReplyDelete
  17. salam maal hijrah kakak.

    bak sikit sandwich tu...

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TasekM,
      Ko datang rumah akak ek kale nak sandwich...hihi

      Delete
  18. wahhh tergudanya dengan sandwich itu <3


    Hehehe =)


    Visit me here -------> http://kelipkelipbintangkecil.blogspot.com/

    ReplyDelete