Sunday, 4 November 2012

Entry tertangguh...

Dua tiga hari ini banyak perkara yang di luar jangkaan berlaku sehingga aku dah tak tahu lagi nak jangka apa akan berlaku. Tentu pernah dengar kata-kata seminit ke hadapan, kita tak pernah tahu apa akan berlaku. Jadi lebih baik tidak membuat spekulasi atau telahan, sebaliknya boleh saja untuk membuat pelan atau persedian. Kat mana ya aku ada terbaca 'tidak membuat perancangan adalah sama dengan anda merancang untuk gagal..' Ohoo pastinya dalam hidup kita pernah gagal. Ok kebelakangan ini aku gagal untuk berlaku adil kepada tilam bantal di rumah kerana masa banyak dihabiskan di atas kerusi mengadap komputer. Dan kebelakangan ini juga aku gagal untuk berlaku adil kepada dapur di rumah kerana banyak makan diluar...sebab mereka nak belanja, jadi aku pun dengan senang hati menerima. Semoga rezeki mereka lebih murah.
French pastry dari dapur Jennifer Palencia..cream vanilla itu sangat sedap..tambah pula dengan strawberry segar dan snow sugar..hmm petang hujan yang sejuk itu adalah milik kami..
Dua hari lepas, sambil jalan-jalan jamu mata dan nak layak tekak, aku tersesat ke rumah seseorang. Tak tahu pulak tuan rumah ini, namanya Jennifer Palencia, adalah emak kepada penyanyi Mia Palencia. Dulu aku minat juga pada Mia ini sebab dia adalah public figure yang berjaya merintis laluannya sendiri dengan apa yang dia nak buat. Mak Mia ni, Jen, juga seorang yang sangat peramah dan pemurah dengan ilmu masak memasak.  Aku sampai je kat rumah dia, terus dia suruh aku buat French pastry dengan vanilla cream + strawberry. Wahh aku pun memang macam orang mengantuk disorongkan bantal tilam segala bagai. Siap menghias French pastry, kami minum kopi sambil berbual mengenai minatnya terhadap dunia masakan. Ok dia dah set apa aku kena buat kalau nak masuk MasterChef next year..ini plan ni..haha
Jennifer Palencia yang sangat murah dengan ilmu kulinari. Sesi masakan yang ditawarkan ialah RM1,500 untuk 10 sesi..sapa nak join, jom..
Malamnya, lepas balik jumpa Jen, tersinggah pula ke Community Hall Bukit Bandaraya, Bangsar. Owhh ada kenduri rupanya. Aku pun tersesat sama..selamba je duduk dan makan..lama tak merasa briyani gam kambing..memang melekat habis nasi tu dengan kambing rempahnya. Sambil makan sambil tengok pengantin lalu. Pengantinnya pun tinggi lampai, sama cantik sama padan, bagai keris pulang ke sarung. Untuk Diba dan Azli, semoga berbahagia ke akhir hayat. Tetiba sambil aku makan tu, ada suara ajaib tegur kat tepi telinga, awak bila lagi nak naik pelamin? Err perlu ke aku jawab? Ahh nanti-nanti la pak encik, saya sibuk nak penuhkan tabung..awak ke tepi bagi laluan pada saya..cheittt! Dah pi main jauh-jauh..sentap mak kejap, terus tambah nasi lagi!
Briyani gam kambing. Sedap sungguh rasanya sambil aku terlupa bertambah.tambah..berapa kali tambah? Rahsia!
Pengantin perempuan ni tinggi lampai. Masing-masing membahasakan 'Ayang' dan 'Baby', semoga kekal bahagia ke anak cucu...
Winter coat cap ayam goreng kunyit, banyak jasanya pada aku...lagi dua minggu nak pakai lagi..jadilah untuk elak sejuk yang baru nak start mengaum..
Dua tiga hari lalu menu ayam goreng kunyit juga yang aku tala. Kat tempat kerja pun order menu itu. Mungkin sebab hujan, mengingatkan pada kejadian terkandas di sebuah tempat yang ada salji dan setiap hari makan ayam goreng kunyit dan nasi putih sebab tak sabar nak balik ke rumah sendiri. Benarlah, kalau berada jauh dari rumah, macam-macam teringat nak makan. Cer kalau dok ada kat dapur, rasa nak makan maggie saja. Dan winter coat yang aku pakai tu memang berbau ayam goreng kunyit sebab pernah tertumpah menu itu di atasnya, lagi beberapa hari baju itu akan dipakai lagi...tapi kali ini tak tahu lagi sama ada ayam goreng kunyit atau telur bungkus pula yang jadi tarikan..
Inilah menu ketagihan kami ketika terkandas beberapa hari di negara yang saljinya ketika itu sedang membuak-buak turun. Nak jalan-jalan payah sebab kami tak tahan sejuk, jadi banyak masa di habiskan di kedai kopi Melayu sambil guna internet di situ..waiter pun dah tahu menu apa yang kami nak makan..
Hidup..apabila mereka mengucapkan selamat panjang usia pada hari jadi kita ironiknya itu adalah peringatan 'heyy usia anda sudah semakin pendek sebenarnya!' Dan pada usia yang masih berbaki ini, pengisian paling baik ialah melakukan sesuatu yang bermakna dan menggembirakan dalam hidup. Sepanjang usia kehidupan, separuh darinya aku melakukan sesuatu yang tidak mendatangkan kepuasan walau aku boleh menerimanya..dan kali ini masanya sudah hampir tiba..

36 comments:

  1. Those food look tempting! Hehehe the french pastry looks like a shape of a jar! How I wish I could travel around the world like you did huhu,perhaps 1 day :3. Have a nice Sunday :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. macherry liselle,
      owhh yeah, i purposely seduce them with food pic..my bad..kikiki
      Ok u can travel around the world, but finish your study first..let me suggest to u, u can do ur MA abroad..so that boleh makan angin sama...hehe

      Delete
  2. biryani gam...teringat dulu masa biryani gam tengah hot..me and mr.hubs sesat barat kat muar semata-mata nak cari biryani gam.. main redah masa tu..

    bila nak ajak i gi windsor, mo kita golek-golek kambing :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blu4sky
      bila nak mai windsor? let me know yeahh..kita golek-golejk ayam dalam oven ehh...
      i like briyani gam tu..ada satu port baik punya kat batu pahat dan briyani gam depa tu meletops..

      Delete
  3. semua food bikin saya meleleh...

    nak ikooootttt..!!! nak pi mana tu...????

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      yer saya saja letak gambar food supaya semua tangkap leleh..kehkehkeh..
      nak ikut, boleh...hehehe:)

      Delete
  4. Suka sungguh depa tanya bila kita nak menikah. Kan. Kalau akak, 2 kali lagi ku tambah nasik bila dengaq soklan tu :D

    Nak pi mana tuuu?! Nak ikot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,
      tu la pasal...saya sentap langsung tertambah lagi dua senduk nasi..hahaha..kalau macam ni ada dua orang tanya, kena dua kali tambah le..
      Ehh nak ikut, meh..pasport valid tak? kikiki..

      Delete
  5. Replies
    1. Sepa,
      birthday akak dah lepas lama la dik..hehe

      Delete
  6. Hi Lady Windsor, how you doin'? I enjoyed looking thru the pics here, very nice....
    The food dishes sure looks good.....tiga pinggan nasi lichin da tentu.
    Have a great week, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Lee,
      yeahh me too...i like to see wedding ceremony..cantik sangat..both costume and food is awesome..and of coz i tambah briyani gam tu..
      can i have lagu terang bulan? hehe..

      Delete
  7. Nak sarung balik baju tuuuu.....wah nak ketempat sejuk lagi lah ni.
    Pergi ada kerja ke saje saje nak holiday..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha,
      takut la nak sarung baju macam tu..kalau i..in case ada peluang lagi..i nak sarung songket bunga tabur jer..hehe..

      Baju hitam tu akan disarung lagi..pergi holiday 2saja kak..:)

      Delete
  8. Mary Parker Foley kot quotes statement tu:
    "Failing to plan is planning to fail"

    pegi sana jangan lupa i..

    nanti i datang rumah u tolong masakkan ayam goreng kunyit dan telur dadar... ecewahhh meminta... meminta pada my buddy tak salah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. NP
      o yer i baca kat Blue is Biru kan..yeyehh..owhh boleh saja..memang nak ajak mai lepak Windsor pun sebab dua tiga hari ni hujan, best kalau feeling-feeling depan sliding tu sambil pekena teh etc kan..u know what i mean..hehe
      Okeh i nak ayam goreng kunyit dan telur dadar paling vogue tau..hihi!

      Delete
    2. "Dan pada usia yang masih berbaki ini, pengisian paling baik ialah melakukan sesuatu yang bermakna dan menggembirakan dalam hidup".cik ina setuju sangat ngan statement tu.

      Delete
    3. wahhh sudah ada berani letak wajah kat entry...
      i? belum lagi berani laaaa...

      nantilah one day kita jumpa lagi.... u pun busy... nanti kita planning nak pi umah kakak kita tu...kak SR...heeee dan hal2 lain...

      Delete
    4. Cik Ina Do DO Cheng
      Ya Cik Ina, paling penting ialah jaga hati kita dulu kerana hati kita adalah sebahagian anggota badan kita, kalau hati sakit, merencat anggota lain juga dan minda pun terganggu..jadi jaga hati kita dulu paling utama kan..



      Nenet Penne
      testing! testing! Hahaha nak tengok sama ada muka tu layak ke tak ditampal kat blog..kikiki. One day nanti kita pi umah kakak kita tu yek..dan lain-lain hal..(Thumbs up)

      Delete
  9. JAUH NAK PEGINYA TU ;)
    EMM DAH TUNJUK MUKA YE..SAYA ADA SIMPAN GAMBAR AKAK NANTI LETAK KAT BLOG.BOLEH?GURAU JE...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,
      dekat jer..hehehe..
      tiket dah lama booking..
      masa untuk break away..:)
      oo nak letak gambar?
      okeh cover sket supaya blur2...;)

      Delete
  10. Ye lah kakak tunggu adik adik datang walau seribu tahun lamaaaaa nya, hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikss ni kena usha Net
      betui betui neh..tapi
      kena tunggu dia habis
      kelas dulu kak sha..hehe.

      Delete
  11. kak.
    ko kalau mkn sedap2 ingat sikit kt adek ko ye kak..


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tas,
      memang hakak ingat la..
      ko nya bila nak turun KL eh?
      Nanti kita makan besar kat Windsor
      sama budak yang ko mencik teww hehehe..

      Delete
  12. Setuju - lakukan sesuatu yang bermakna dan menggembirakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..sepatutnya begitulah..tak mo buang masa dah!

      Delete
  13. sibuk tu kak...
    bahagikan masa untuk diri juga eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      A ahh..tapi akak pastikan
      ada masa untuk diri sendiri..
      Ko cemane sakit leher?
      Harap cepat baik yek..

      Delete
  14. cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog bg komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog..chat box pakjoe tidak dikira nie,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok pokjoe..nanti kita roger2..tq singgah sini..

      Delete
    2. No problem...tak payah lah terburu buru....settle kan dulu apa2 yang patut.

      Delete
  15. I missed this entry. And suddenly otak jammed nak fikir apa perlu ditaip. Terpaku dengan overcoat anda rasanya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha,
      terpaku? ala overcoat cap ayam goreng kunyit jer,..hehe!

      Delete