Monday, 22 October 2012

Wan Chu...

Kali pertama aku kenal Wan Chu ialah pada 6 Dis 1989. Dia anak yang bongsu, sebab tu depa panggil dia Wan Chu. Kakak kepada Wan Chu ialah Chik dan lepas tu ada Mak Dah, Pak Ngah. Bapak KA  adalah adik beradik Wan Chu, abang kepada Chik dan adik kepada Pak Ngah. Pening sket kan, ahh tak pe, ringkasnya Wan Chu ini adalah makcik KA.
Setiap kali balik BS, aku mesti pi tidur rumah Wan Chu. Dia dok tiga beradik, sama Chik dan Mak Dah. Ketiga-tiganya tidak berkahwin, namun berdikari. Jadi kalau aku balik sana, depa suka sebab aku pun suka layan depa, cakap pasal resipi itu ini sebab Chik ada satu buku resipi lama yg semua resipinya menjadi.
Rumah depa ni tepi rail KTM. Jadi kalau lepak belakang rumah depa, ada pemandangan paya tinggal yang dipenuhi pokok teratai berbunya meriah, ada bangau dan ada rel keretapi yang bersambung terus dengan Bukit Merah. Aku suka duduk dan melihat sambil tunggu keretapi lalu, rasa macam satu kesukaan pulak.
Dan istimewanya ketiga-tiga beradik ini, pandai masak! Cakap apa saja, depa bergegas adakan menu tu. Aku lagi le suka nak mengada-ngada nak makan kuih lama-lama orang Perak macam wajik dan putu kacang. Bertungkus lumuslah depa tiga beradik buat..diva sangat perangai mak masa tu..kejiss!
Kepakaran Wan Chu ini ialah buat agar-agar kering. Setiap tahun berpuluh kilogram dia buat sebab ada tempahan specially masa nak raya. Aku pun apa lagi, rambang mata juga le tengok agar-agar kering yang sangat cantik tu..
Walaupun dah tidak tidak sebumbung dengan KA, aku masih mengikuti perkembangan mereka tiga beradik melalui ex SIL yang rajin buat report duty. Nak pergi lawat mereka di BS, rasa segan pula dan mereka juga sebenarnya mengikuti perkembangan aku menerusi sumber-sumber lain.
Semalam, jam 12.45 malam, ada call masuk..Wan Chu dah tak ada, dah kembali ke negeri abadi, di ambil Allah ke tanah asalnya..akibat stroke dan masalah backpain. Al Fatihah untuk Wan Chu..semoga Allah mencucuri rohnya!

35 comments:

  1. alfatihah utk wan chu
    mesti sedih kan?akak tak gi melawat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih dan terkesan Irfa..mereka tu tetap baik pada akak walaupun akak dah tak ada apa-apa dengan anak saudara mereka. Ingat nak pergi, tapi bila fikir2 takut akak rasa lost sebab dah bertahun tak jumpa saudara ipar duai, cuma berhubung melalui telefon saja. Tak apalah kita sedekahkan dari sini pun sampai juga pada dia kan..insyaAllah..

      Delete
  2. Assalam LW..Alfatihah buat yang telah pergi.

    ReplyDelete
  3. Takziah bt akak. Al-Fatihah bt gemulah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Farah..mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat Allah Taala.

      Delete
  4. 1989? makcik KA umur 23 tahun? muda lagi kan...
    mmm ajal datang tak kira usia
    alfatihah to her...

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne,
      Tak lah, tahun 1989 tu i mula-mula kenal dia. Masa tu pun dia dah umur 40..depa tiga beradik perempuan (60, 65 dan 70) dan dua adik beradik lelaki. So Wan Chu ni yang kembali kepada Ilahi terlebih dulu, yang umur 75 tu dah ingat-ingat lupa, cuma yang 65 tu masih sihat.

      Delete
    2. ok i silap baca statement u...

      kalau exam ni, sure i fail dengan jayanya sebab tak baca soalan dgn betul...

      Delete
    3. i pun kalau membabitkan nombor atau tahun, a bit confuse la dear..:)

      Delete
  5. Takziah buat lady windsor, Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.Amin.bertabah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Ina,
      Terima kasih..kita pun akan pergi ke sana juga suatu masa nanti bila tiba masa...tq..

      Delete
  6. inalillahi wainailaihi rajiun..takziah LW.
    semoga roh arwah dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  7. Al - Fatihah. Moga dia ditempatkan kalangan orang yang mukmin dan soleh di sisiNYA.

    #aku dapat bayangkan rumah yg berdekatan dengan rel keretapai suatu perkara yg menyeronokkan. Huuu. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. reenapple,
      terima kasih..itulah doa yang terbaik untuk arwah dan saudara mara kita yang lebih dulu menemui Ilahi..

      #ya, rel KTM itu pun sangat nostalgia pada aku..

      Delete
  8. Al-Fatihah untuk Wan Chu.

    Err...agar2 kering tu sungguh nostalgia - jarang jumpa sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah,
      terima kasih.

      Ya..saya pun suka agar kering-kering yg arwah buat sebab tahan lama sehingga 3 bulan tidak rosak kalau simpan dalam bekas kedap udara. Dia orang tiga beradik ni memang mahir buat kueh lama macam putu dan baulu. Kat KL la ni banyak agar2 fake, beli seminggu dan rosak..haish!

      Delete
  9. alfatithah...

    kat dunia ni kita sementara aja kan LW.. tapi kita selalu lupa (aku lah tu..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong Andy,
      Ya..Allah pinjamkan sekejap saja untuk kita melihat kekuasaannya dan menikmati sebaik mungkin. kaya macam mana pun, esok-esok sehelai sepinggang saja kan..

      Delete
  10. innalillahi wainna ilaihi rooji'un... moga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      terima kasih..mudah-mudahan..amin!

      Delete
  11. takziah akak ..

    Speechless ..

    sayu sungguh kalau baca cerita gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. J-N,
      suatu masa nanti, kita juga akan melaluinya...tapi hidup wan chu ni agak pathetic sebab depa tiga beradik, sangat berdikari dan indie..ada suatu ketika dia nak kahwin tapi ada something happen, terus tak jadi kahwin...

      Delete
  12. LW,

    Salam takziah...Kita yg hidup ni pun tgh menunggu2 angka giliran utk dipanggil ke sana. Semoga segalanya dipermudahkan...

    Maaf bertanya, arwah and her siblings pernah masuk segmen tv, Majalah 3 tak, LW? (Just a thought that came across my mind). Agar-agar kering tu mmg nostalgia betullah.. Ramai yg suka especially cik semut (pantang terbiar, cepat jer depa hurung. haish..!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza,
      Ya betul tu..angka giliran kita akan tiba jua suatu masa kelak...
      Kalau i tak silap depa tak pernah masuk tv tapi orang kampung suka beli depa punya agar2 kering sebab buatannya kemas dan cermat..

      Saya kalau beli agar2 kering depa, simpan dalam botol, sayang nak makan sebab cantik sangat..:)

      Delete
  13. Salam takziah.
    memori lama memang manis utk dikenang.

    Terbayang2 pamandangan semasa keretapi lalu tu...syahdu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nieda,
      terima kasih. memori jadi sejarah, kekal dalam ingatan.
      suka sangat tengok ketapi, saya lambai je walaupun tak kenal sapa-sapa..hehe

      Delete
  14. Al-fatihah...

    Pagi tadi aku dapat berita kawan aku kena heart attack. Tiba2 collapse. Masih muda dan sihat, aktif bersukan pulak tu. Mujur tuhan masih izinkan dia menyambung hayat lagi.

    Kadang2 berita pemergian orang yang kita kenal secara tiba2 tu memang memedihkan. Lebih2 lagi orang yang kita kenal cukup rapat walau pun terpisah jarak.

    Apa yang diharap, pemergian aku satu hari nanti tidak la meninggalkan kepedihan teramat buat orang2 yang aku sayang. Dan lagi, semoga aku telah membekalkan mereka keperluan dan kenangan yang secukupnya. Supaya aku dapat dikenang dengan cara yang baik, macam arwah wan chu ni.

    Sekali lagi, al-fatihah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. smbotak,
      wanchu ni memang sentiasa baik pada aku...dia punya entertain aku memang tak berubah walaupun dah lama aku tajk jenguk dia. ada sentimental value bila sebut nama wanchu ni..
      begitulah sebaik-baiknya, manusia mati meninggalkan nama dan orang akan kita dengan segala kebaikan yang dlakukan semasa hayat..insyaAllah.

      Delete
  15. Al-fatihah utk Wanchu..

    Saya juga pernah mengalami keadaan yg hampir sama, rapat ngan mak-mak saudara sebelah bekas suami, dan paling rapat ngan tok. tapi saya pergi juga berziarah bila tok dan su meninggal. yer, sebb saya ada cucu diaorg.

    ReplyDelete