Monday, 29 October 2012

BnB@Windsor

Rumah arwah mak kat kampung adalah rumah papan daripada kayu cengal yang dicelup minyak dan makin lama kayu itu makin gelap warnanya. Arwah abah kata, anak-anai tidak akan berani menggigit kayu cengal kerana keramatnya yang tersendiri walau batu pun tewas oleh serangga perosak itu. Betapa kuatnya gigi anai-anai yang kecil itu. Bersebelahan rumah mak ada dua lagi rumah kayu, yang juga milik mak bertujuan disewakan kepada sekolah berdekatan untuk didiami pelajarnya.

Ternyata rumah papan kayu cengal itu memang utuh kerana dua rumah bersebelahan sudah lama dimakan serangga perosak tapi rumah mak masih kekal. Kiranya mak ada dua rumah sewa dan kini aku ada dua bilik sewa! Dua bilik untuk disewakan kepada sesiapa yang mencari tempat istirehat sehari dua. BnB@Windsor sudah beroperasi sepenuhnya dan pada Aidiladha lalu, ada tetamu menginap di situ.

Apa yang disediakan adalah bilik dan breakfast saja, tapi tetamu ini gemar memasak dan dia kata nak masak salad, jadi sepanjang dua hari beliau menginap di BnB@Windsor, kami masak bersama-sama dan pastinya healthy food adalah pilihan tetamu berkenaan. Jadi dia buat salad feta cheese, aku sediakan sup cendawan dan foccacia tanpa sukatan yang betul sebab resipinya tertinggal di office. Tapi rasanya tetap boleh diterima tekak.
 
Sambil minum teh dan makan foccacia, hujan turun mencurah-curah dan kami membilang sunyi dalam hujan dengan masing-masing ada seribu kisah dalam minda dan jiwa. Terima kasih kepada tetamu berkenaan kerana memilih Windsor.
Sambil makan sambil bertukar-tukar idea dan perancangan masa depan. Masa menjadi sangat singkat kerana kami berbual mengenai masa depan, hidup yang singkat dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya, cita-cita dan impian yang belum digapai, keinginan di balik awan yang entah tidak entah kan tercapai serta sesuatu yang perlu ditempuhi kerana kami ini perempuan yang tabah dan bersemangat teguh (ehh tetiba macam motivasi pulak..hehe...)
 
Justeru kalau ada yang nak tukar angin, tak mo tidur rumah sendiri, nak rasa suasana tidur rumah orang lain..sila mendaftar untuk menginap di BnB@ Windsor ya..email terus ke ladywindsor24@yahoo.com.

64 comments:

  1. hamboihh kak...menu tu mcm taraf hotel dah..
    chef ke apa akk dgn tetamu akk ni?


    *terliuq. tak penah mkn makanan tu. gulp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niza Romli,
      Hehe...tetamu tu bukan chef tapi dia dah biasa dengan western menu sebab dia pernah menetap di New Zealand suatu ketika dulu..hehe meh la try menginap di Windsor..

      Delete
  2. Berapa RM semalam termasuk breakfast? Err..mushroom soup kah itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah,
      Berapa RM? Owhh murah jer..nanti saya pm. Yer itu adalah mushroom soup yang tak berapa menjadi rasanya, tapi nak juga enterframe tu..:)

      Delete
  3. I'm so happy to read this. Maybe one day, my dear. When work is not taking my precious time and someone acknowledges that I need a rest. But...foccacia????

    Tapiiiiii...we can always go for coffee kan? I'll drop u an e-mail for my number. Then we'll go to Gloria Jeans as you wish:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cHeRyNa piReS,
      OO my dear Sha..yes we can..even coffee at Windsor also nice..ill bake foccacia for you when you come over...mushroom foccacia nak?

      Ok pls, drop ur email then lets date for coffee..MidValley should be ok..

      Delete
    2. snurshahida@gmail.com :)

      I can reach Midvalley...insyaAllah...

      Delete
  4. 1. ada pendingin hawa (atau penghawa dingin, entah mana satu)?

    2. berapa kali makan dalam sehari?

    3. asstro berapa saluran?

    4. ada heater?

    5. ada gym?

    6. ada swimming pool?

    7. ada karaoke?

    8. ada snooker?

    ...eh, ingat ni genting highland ke apa? yang penting selamat daripada dibasahi hujan dan terlindungan daripada panas matahari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. smbotak,
      1. ada pendingin hawa (atau penghawa dingin, entah mana satu)? # Ada, kat main hall..kwang3x!

      2. berapa kali makan dalam sehari? # Berapa kali nak makan pun boleh, sila masak sendiri...ala-ala home stay, buat cam rumah sendiri eh!

      3. asstro berapa saluran? # haku tak ingat berapa saluran, yg confirm adalah saluran 613-ceria!

      4. ada heater? # Tunggu salji turun, nanti aku pasang heater. heater untuk masak maggie masa zaman skolah dulu ada la...:)

      5. ada gym? # Gym tak de, tapi ko boleh turun naik anak tangga, dok ada 21 anak tangga tu...fuhh!

      6. ada swimming pool? # swimming pool plastik saiz kanak-kanak memang ada..

      7. ada karaoke? # Karaoke bulan mengambang memang ada,..bunyi hilaian...ada beran?

      8. ada snooker? # Snooker tadak, congkak ada!

      Wahhh aku kena upgrade service la nehh kalu ada kastemer cenggini..mwahahah!

      Delete
  5. bfast disediakan?
    mcm sedap je bfast tu...wuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. CaDLyNN,
      Yerp breakfast ada..lenlain menu upon request..hehe ala breakfast biasa jer...itu adalah menu lunch..breakfast kami buat sea food spaghetti.

      Delete
  6. salam LW,
    kek mano tu B&B windsor tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu hari nanti boleh pegi ke sana? cam menarik je.kat mana ye?

      Delete
    2. Blu4sky,
      blu kat sg long, dekat mahkota cheras...



      Cik Ina Do Do Cheng,
      Cik Ina, tak payah tunggu satu hari nanti, weekend pun boleh..tapi kena check dulu sebab takut saya kena kuar kawasan...maklum le kuli jer. bos anta ceruk hutan pun sy kena pi..hihi. kat sg long tau..

      Delete
  7. okey..satu hari nanti saya pun nak dtg tido sana jugak
    hehe..boleh main masak2 sama2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      boleh boleh! memang kena datang..kita buat pyjama party sama net. kenit mesti suka tewww! hihi

      Delete
  8. Klu cm gtu gaya bnb....dah tarap hotel start star dh....

    Psss....baw dia ok juga...cuma xseperti green tea yg kt wnagian yg lain lew....x terbaw green tea dia....tpi wangi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HenRieTTa JoSe
      ala bukan tarap hotel, tahap rumah teres je Rietta..hehe

      pstt bau ok eh..akak suka green tea..nak try la..tw dear!

      Delete
  9. Whoa!!!!! I wish I could be one of your customer!!! This is so great:D!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liselle macherry,
      you are most welcome..please let me know when u wanna come over..xoxo!

      Delete
  10. ada hantu-hantu tak?
    kalau ada, boleh masukkan sekali aktiviti mendekut hantu kul 12-2 pagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff,
      hantu-hantu ta dek eh,..sebab aku sendiri yg jadi hantu..muehehehe...asal kol 12 malam jer aku lapor, turun berjengket2 ke dapur supaya penyewa bilik bawah tak dengar aku turun...buwok perangai kan...kekekek!

      Delete
  11. Informasi yg menarik nih. Nak kena simpan email address tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Dinas,
      kalau nak turun KL roger jer..nanti boleh g menembak sesama. Akak ajar saya...:)

      Delete
  12. Huuu... kat mana eh?? Aku rasa macam nk je p cuti kat situ skejap. huhu. Tapi bukan sekarang.. tunggu aku hbs bljar.. ehehe. =)

    #as usual makanan kat sini buat aku lapar kembali.. huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. reenapple,
      kat mahkota cheras. ko kalau nak datang ajak bidadari syurga sama. bleh kita chat S7W...hihihi

      kalu ko datang juga, kita masak-masak..

      Delete
  13. LW,

    Saya pun dah lama tertanya2, katner agaknya gerangan BnB@Windsor nih?

    ps: Sudut lemari buku2 tu area lepak paling saya suka sekali, add on pulak line intenet. Mau tak kuar rumah gamaknya. Terasa tenang jer homestay nih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza,
      BnB Windsor ni kat Sg Long. Jemput datang kalau lalu Kajang atau Mahkota Cheras.
      Internet ada, saya guna broadband. Nanti nak rukar wi-fi supaya ramai sket boleh online pada saty-satu masa..

      Nanti datang ya..saya sedang nak upgrade fountain kat porch luar..ingat nak bela koi..:)

      Delete
  14. dear, i nak book. FOC bole? n nak request special menu.

    kuang! kuang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. blogptips-kurus
      darling nak book eh? boleh jer..meh cakap nak menu cemane? nanti i bagi resipi salad tu yer..

      Delete
  15. baik.. nanti nak datang bermalam di sana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong Andy,
      Please..datang ya..dialu-alukan..jangan lupa bawak retis kesayangan aku tu yer..kkekeke!

      Delete
  16. drooling here...!!! nak jugaaakkk...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      drooling eh..mai tengok yg real..lagi meleleh tau..hehe i kalau bab seduce orang dengan makanan..no 1!

      Delete
  17. kak, saya nak resipi sup cendawan, bulih?! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa,
      ko neh buat akak rasa tua tau...ekekeke sorry aku tak sedar diri dua tiga hari ni..
      alaaa nak resipi ker? meh sini nak cakap, akak guna cream mushroom instant tapi sebelum tu akak tumis cendawan shitake dengan bawang besar kuning tu then masuk dalam creamy mushroom yang instant tu, tambah air kasi mendidih sket...yummy!

      Delete
  18. salam


    tidur rumah org lain hehehehehe
    lain pesen bunyinya hehehe

    masa kat Joburg SA, hotel semua penuh , bapak menginap kat B&B dua hari jugak , tapi reganya mengalah hotel 5 bintang krn masa tu WC , permintaan terlalu tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam bapak,
      hehe saja tukar gaya bahasa supaya bunyi lebih brutal, tidur rumah orang lain, maksudnya datang tidur dan tak perlu buat apa-apa, kimbuh ke apa, buat tutut mata je la kan sbab biasanya tuan rumah yg akan manage.
      Jemputlah ke Windsor, roger saya. Jangan lupa bawak mak itam yer..kikik!

      Delete
  19. ada kisah misteri yg berhampiran utk diterjah tak kat area2 situ?


    kalau ada boleh la dtg nanti hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telor Power,
      Banyak aihh, kalau lu nak bro akak bleh carik. Belakang opis akak ada satu rumah puaka di Jalan Iblis...nama jalannya pun dan confuse kan..

      Eh hello..sebelum terjah rumah puaka, meh terjah windsor dulu..kek cekelat dah jadi purba la bro..

      Delete
  20. i nak makan feta cheese salad tu..
    looks yummy..konon nak diet tapi apsal arnab makan tumbuh2an tapi still jugak demok... tipu!!! ha ha ha... arrrr..*silly jokes*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa???? Nak feta cheese salad? Ehh bolehh...dengan syarat meh sini, overnite sama i then kita buat parti makan2..woohoo best! Hehe suka sangat makan2 kita ni kan..sat g kena hold la makan2 sebab nak penuhkan tabung..

      A ahh life is unfair apsal webbit tu tetap shomel dan kiut kan..grrrr!

      Eh siyes next time u datang i buat salad yang macam guest tu buat..yummy sangat sebab ada pecan! Terliur tak? kikiki...

      Delete
  21. eh anonymous kat atas tu i lah...NENET..
    malas nak logg in laaa....

    ReplyDelete
  22. Salam perkenalan LW...blog u pun dah lama akak baca eh akak ke ...yer lah tu akak dah 48 tahun.... Kat area mana ni...adakah area kajang....akak duduk Telok Panglima Garang....mana tau kalau akak merajuk dengan hubby ke boleh lah akak tidur situ....sekali sekala merajuk nak bawak diri kan...biar dia panik2 cari akak satu dua hari ke kan.

    Selalu seronok baca blog u ni tapi belum pernah tinggalkan komen....nampak nya sekarang ni dah mula lah nak komen kat sini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Kak Sherry,
      Okeh i follow Khairul panggil Kak Sherry, sounds glamour sket kan kak. Age doesn't matter but the most important thing is how we manage our life kan.
      Terima kasih datang jenguk blog saya yang syok sendiri ni..muehehe..ini adalah elektronik diary yang paling efektif bagi saya, alat perhubungan paling simple, nak tahu khabar dan nak tanya khabar...errr nak skodeng pun yer kot..hehe.
      Ok Kak Sherry you are most welcome kalau nak cuti-cuti simple atau terbergaduh dengan Mr Hb akak tu ya..anytime, roger me. Tak pun akak pakat2 la dengan NP terjah Windsor ni..mana tau tetiba ada crepe durian macam yg KA punya tu kan..hik!

      Delete
  23. Tersedak orang panggil akak dengan nama omputeh tau....nenet panggil akak kak sha...ok apa.

    Macamana nak ajak dia terjah lady...terjah rumah akak pun dia segan...pasai durian ni akak tak berapa lah sangat tapi kalau tempoyak kesukaan akak tuuu.. Sekarang kat rumah akak durian dah berbuah tinggal tunggu nak jatuh je mungkin dalam masa 2 minggu lagi....jom ajak nenet terjah rumah akak dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh kak sha pun glamor juga, yang penting kita mesti vogue tau kak ekekeke...
      whoaa kak sha suka tempoyak ehhh? Uhhh sedapnyanya, saya makan juga tempoyak..masak tempoyak senangin atau patin..perghhh!
      Alaa akak usha dlu net tu terjah windsor, kalau tak berjaya, saya pulak try dia untuk ke Teluk Panglima Garang yang versatile tu.saya suka nama TPG sebab klasik..sama macam pasir penambang, bukit melawati etc...

      Kak sha best tak ada pokok durian depan rumah? heheh..soalan ntah hapa-hapa ni, tadi balik keje saya singgah jusco, terliur sakan tengok durian D24 tapi rega melambung tinggi, sentap saya, tak jadi beli..sekarang dah teringat-ingat malam2 buta neh...haish!

      Delete
  24. u, hp i tak ada kredit laa...
    tak boleh nak reply balik...
    nak tidor dah..
    nite nite...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okeh nite nite! hv a sweet dream yeahh..bonne nuite!

      Delete
    2. tak ada sweet dream malam tadi..letak kepala jer tetiba alarm berbunyi..wei apa ni dah pukul 5.30 pagi?? rasa mcm kejap je tidooo.....

      -nenet -

      Delete
    3. Sama la..i letak kepala kol 11.50. baru sekejap zzz tetiba ada suara loceng memekak...tengok2 dah kol 5am...iskk sekejap nau rasa...kol 8 dah ada kat opis...tak adil pada katil! Mwahaha..

      Delete
  25. assalamualaikummm!!!!!!! *nada mcm geng budak2 datang beraya nak mintak duit*

    alamakkkk tak ada orang laaaaaa...
    balik dululah...
    byeeeeeeeee.... :)

    eeeeeee 10 kali datang, makcik ni asyik tak ada kt rumah jer... hik hik hiks....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      ada nehh cume tak sempat nak melepak kat sini...da petang baru masuk sini...i terpaksa kerja keras..sebab nak cover balik banyak hal tertinggal..will story to u soon...

      tak sempat nak hapdet la lalink..

      Delete
    2. tak per, nanti kita datang lagi...
      not to worry yer
      bye lalink...

      - net -

      Delete
    3. ehh nak titun da ker adik manis...ekekek..nunite!

      Delete
  26. Wahhhh........ bestnya buat homestay... ada la cara nak tambah income yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MystoryPic,
      Muehehe main-main jer tu...mai la menginap...hehe

      Delete
  27. LW biasa jer tak rasa apa2 pun, pokok durian tu dah lama kat situ, masa buat rumah dulu arwah bapa mertua cakap jangan lah buang pokok durian semua, nanti anak2 boleh lah merasa so kami simpan 3 pokok je yang lain tebang.

    Tapi bila anak2 dah besar semuanya tak kaki makan durian, kalau makan pun ada lah seulas dua je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha,
      selalunya macam tu lah kan...kalau ada memang tak jadi makannya tapi kalau yang kena beli tu nak jer makan..dulu saya memang hantu dgn durian, dah ada diabetes border line ni kena alert sket la..
      Kak buat le serawa atau kek durian ke...ehh buat crepe macam KA buat tu..nanti saya usha Net melawat TPG..hehe

      Delete
  28. Eleh cakap nak usha2 datang...entah bila lah tu....kita kalau orang nak datang gerenti sambut dengan sedikit jamuan...akak ada bagi no hp akak pada Net...call lah kalau tak busy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha
      ehh siyess memang nak datang tapi saya tunggu Net free..sebab dia adalah adik manis yang p sekolah..manakala saya adalah kakak garang yang suka meronda-ronda makan-makan leisure sana leisure sini sambil kerja..hehe. Ok saya akan discuss dgn dia..:)

      Delete
  29. Ok kalau siyes sehari sebelum nak datang..... Let me know sehari awal....boleh lah prepare makan2 sikit kan baru lah best nak berborak.....pintu terbuka pada bila2 masa je cuma kalau ada perkara yang tak dapat di elak kan je lah yang buat akak angkat tangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha
      ok ok..wahh ini bukan siyes tapi seriau..akak jangan la prepare apa-apa..segan we alls..hihi

      Delete