Saturday, 8 September 2012

Pisang emas dibawa belayar, pisang nangka...?

Spesies: Muffin
Kategori: Roti+kek
Bahan utama: 
Pisang - ditaja oleh Irfa.(terima kasih sangat!!!)
Butter dan gula ditaja oleh kedai Cina Tong Fan, Mahkota Cheras.
Resipi dicedok dari buku Cita Rasa Malaysia 1000 Resipi Unggul oleh Zaidah Mohd Noor.
Tukang bakar muffin: LW
Pic ditaja oleh Nikon.
Aksesori lampu: Ditaja oleh IKEA, alas ditaja oleh Pullman Putraja.
Taster: Dicuba oleh tester bernama Norfazilah.

Barang baik tak perlu kata-kata bombastik. Macam nasi lemak, kata kunci keenakannya adalah dirujuk pada sambal yang dimasukkan bawang merah yang banyak, jadi kalau muffin pisang ini? Apakah kata kunci untuk kesedapannya? Tak lain dan tak bukan ialah pisang yang digunakan. Kalau guna pisang grade A, maka muffin pun akan jadi grade A kan. Maksud grade A di sini ialah kalau guna pisang abu, muffin tak jadi cantik sebab pisang abu tak sesuai buat muffin. Kalau guna pisang emas atau pisang nangka yang mahal tu..haa confirm muffin jadi cantik dan sedap sebab pisang nangka memang sudah asal sedap dan manis..(Pengkelasan ini adalah berdasarkan citarasa sendiri jer...anda jangan terpengaruh yer..ini adalah pengkelasan daripada orang yang berangan nak jadi chef..konon! Heeee...)
Jadinya, terima kasih kepada blogger IRFA kerana menghadiahkan tiga sikat pisang nangka. Sepatutnya diberikan  kepada Nenet Penne juga tapi sebab asyik dok sembang, lupa lak nak bagi nenet vogue tu pisang nangka yang sedap sangat. Jadi aku dah modified pisang tu jadi muffin pisang yang sangat superb rasanya, cukup dengan manis, moist dan gebus gebus gitew..pendek kata kalau cubit tu tak kenyal lah muffin ini..ya kesedapannya adalah kombinasi pisang dan resipi yang digunakan.
Siapa saja boleh masak muffin dan aku tak begitu mahir menyediakan muffin sebab kali terakhir bakar muffin ialah dua tahun lepas. Masa tu KA minta tolong buatkan sebab katanya dia nak makan. So aku bakar muffin tu ikut satu resipi blogger tapi hancus sebab tekstur muffin tu pelik nau..Kesian KA makan muffin tak jadi. Kali ini memang cantik muffinnya..bukan sebab aku yang pandai bakar, tapi kombinasi pisang dan resipi menyebabkan muffin ini begitu sempurna...Irfa..apakah ini sayer membodek awak??? Kehkehkeh....kalau dekat boleh bagi Irfa dan sapa-sapa lagi sebab aku guna 8 biji pisang dan menghasilkan 40 biji muffin...
Bangun pagi minum susu
eh laaa kata suka kopi
muffin enak, vogue dan gebu
sekali makan, nak lagi dan lagi.

Naik tokan ke pulau payar
singgah makan sup sharkfin
pisang emas dibawa belayar
pisang nangka dibuat muffin.

Nota: Nenet Penne, semalam kita adalah sangat vogue kan...hikhikhik!

18 comments:

  1. ayam denak mencari pasangan
    pasangan diterkam burung gelam
    nyam-nyam enak nampak dimakan
    ingat-ingatlah orang di S.Alam

    ReplyDelete
  2. alaaa... muffin pisang ni.. Feveret aku ni.. huuu. =)

    ReplyDelete
  3. saya kenal pisang emas je kak, pisang lain tahu sebut nama je tp tak kenal rupa...

    boleh 40bijik kak? banyak tu..leh jual

    ReplyDelete
  4. Sedapnye tengok muffin ni LW..kalau dekat rumah dah tentu saya serbu buat muke segan silu! Hahaha..

    ReplyDelete
  5. jangan bagi pisang mentah (pisang???...bhahaaha) kat i becos i dont know what to do with it.. kalau bagi pisang yang dah diciptakan menjadi menda lain, bolehhh saja..

    malam tadi? kelasssssss gituh kan...

    ReplyDelete
  6. Walaupun tak rasa tapi tengok rupanya yg basah2 itu akak yakin seyakin2nya yg muffin itu adalah sodap!

    Pantun tu kelassss okeh! :D

    ReplyDelete
  7. Pisang emas di bawak belayar,
    Singgah sebentar di Windsor,
    Muffin nampak sedap nar,
    Ada lebih silala hulor...

    :)



    ReplyDelete
  8. Nizam.Ariff
    turun ke laut candat sotong
    termasuk jala ikan selangat
    orang di shah alam, klang, jelutong
    hatta kota bharu pun aku ingat



    Reenapple,
    aku suka buattak kira muffin apa, makan sebiji dah cukup, the rest tu bagi hadiah kat kengkawan....



    Niza Romli,
    akak pun..semua yang bentuk macam pisang akak panggil pisang..tu pun tahu ia pisang nangka sebab ada orang datang rumah, dia tegur kata pisang tu adalah pisang nangka...heee:)

    ReplyDelete
  9. Mummyn Akmar
    Muffin itewww dimasak dengan penuh konsentrasi..meh la minum kopi rumah akak...siyes!:)



    Nenet Penne
    Pisang mentah??? Owh tidak...i tahu dah kalau bagi pisang mentah..alamatnya ia akan teruslah di dalam peti ais sampai lebam kan..hehe that's why i bagi yang dah dimodified..:)

    ReplyDelete
  10. Dinas Aldi,
    Ya betul kan..muffin tu lembap-lembap sket..saya ikut resipi Chef Zaidah...memang sedap kak...nanti kita tepek resipi nya ya..

    Pantun kelass ehh...hikhikhik!



    Sepa,
    minuh teh makan tempeyek
    sambil makan masak kari
    hulor tu idok le yek
    kalau nak mai ambik sendiri..
    kikiki...

    ReplyDelete
  11. Saya paling suka pisang...kek pisang, muffin pisang, gulai pisang n ikan kering, gulai rias (umbut) batang pisang, banana split, kerepek pisang serta pisang emas dibawa belayar...semuanya best.

    Dan muffin pisang diatas...sungguh menggiurkan.

    ReplyDelete
  12. Khairul Abdullah,
    Saya juga suka pisang, tapi tak boleh ambil kerap sebab too much sugar dan kek pisang yang dibeli pula kadang kala rasa pahit sebab terlalu banyak soda bicarbonate digunakan. Kalau muffin pisang yang dibeli pun kebanyakannya guna paste pisang atau sirap pisang. Jadi, saya simpan beberapa resipi muffin pisang dan try and error. Entry ini adalah resipi muffin pisang yang paling latest yang saya cuba buat dan ianya boleh dikatakan sempurna!

    ReplyDelete
  13. lw..
    lagi 3 tandan tunggu masak.petang semalam nampak setandan dah kuning.balik nanti mgkin dah boleh tebang

    kalau dekat..dtg je ambik kat umah
    siyes..saya nak tahu cara buat muffin tu..

    ayah saya kata itu pisang kapas.mak mentua kata pisang buruk bakul//saya cuma tahu ia ialah pisang

    ReplyDelete
  14. aku percaya muffin ini enak sebab gambarnya nampak sungguh enak. malah 40 biji muffin sudah habis di bedal itu menandakan ia sangat enak.. ala..ala..ala.. aku teringin makan muffin yg panas-panas baru keluar dari oven

    ReplyDelete
  15. Irfa,
    Ok pisang abu ya..cousin saya pulak kata pisang nangka. saya pula hanya tahu pisang saja...ahaha...adehhh!

    Ok nanti saya email irfa resepinya ya...irfa boleh cuba..ringkas dan cepat...

    kalau tak silap saya:
    220 butter
    200 gm gula kastor
    5 biji telur
    250gm tepun naik sendiri
    1 sudu teh soda bikarbonat
    8 biji pisang mas.
    (kalau pisang yg irfa punya tu, empat dah cukup sebab ia besar kan).
    I sudu teh esen vanilla.

    - Pukul butter dan gula sampai kembang.
    - Masukkan telur, kemudian masukkan pisang.

    - Akhir masukkah esen vanilla dan tepung. kacau hingga sebati. bakar pada suhu 170 c selama 45-50 minit.

    Selamat mencuba ya Irfa.

    ReplyDelete
  16. Nong Andy,
    Ya..muffin ini sangat enak dan aku rasa keenakannya adalah disebabkan resipi yang betul. Ia adalah muffin lembap dan sangat lembut. Kalau makan dengan teh panas sambil harihujan...fullamak...aku tak tahu nak cakap apa..hikhkhik.

    ReplyDelete
  17. tq fr resepi..hehe,bila nak buat tak tahu lah

    semalam dah tebang sepokok lagi
    igt nak cuba buat sabtu ahad ni,kalau rajin

    ReplyDelete
  18. Slm perkenalan...diterjah dr blog irfa....

    Yummy...sedap jew nmpak muffin pisang tu....

    ReplyDelete