Saturday, 1 September 2012

German pula..

Pada suatu ketika, semua orang nak makan kek baldu merah (red velvet cake). Selepas itu, muncul pula kek pelangi, cantik keknya sebab berselang warna warni. Oh ya sebelum itu ada macaroon. Semua nak belajar dan makan dan beli macaroon. Sebelum macaroon tu demam kek cawan melanda. Mungkin pembuat dan blogger masakan yang selama ini berlumba-lumba nak up entry masakan dari dapur mereka belum dengar mengenai Kek Coklat German...
Kek Coklat German ini aku rasa unik sebab ia menggunakan kelapa parut sebagai bahan utama.
Seperti biasa, aku masak ikut kapasiti sendiri. Buat kek pun ikut kapasiti sendiri. Kalau aku suka, aku akan buat dan buat. Kalau tak pandai, aku akan buat sampai jadi pandai dan perfect. Dan dua tiga hari ini adalah hari menikmati Kek Coklat German. Selalunya kita dengar American Black Forest. Aku tak berapa teruja dengan American Black Forest sebab dah selalu dengar. Kini tiba masa untuk membuat Kek Coklat German. Kek ini sangat unik kerana ia ada mengandungi bahan yang aku suka, iaitu kelapa parut dan kacang pecan.
Sesuai dimakan sambil berangan tepi tingkap..:)
Kek coklat German ini adalah kombinasi timur dan barat yang sangat mengujakan. Aku kata kombinasi sebab inti pada bahagian atasnya itu adalah kelapa parut yang dimasak dengan kacang pecan dan gula perang. Sangat sedap dan unik rasanya manakala bahagian bawah pula adalah kek coklat yang sangat lembut teksturnya. Apabila inti kelapa diletakkan pada bahagian atas, airnya akan sejat ke dalam kek dan menjadikan kek lembap serta enak untuk dimakan. Letak sedikit ganache paste coklat di bahagian paling atas dan paduan ketiga-tiganya pasti buat siapa yang menggemari kek kombinasi timur dan barat ini teringat-ingat kesedapannya. Cuba bayangkan kek ini dimakan sambil menung-menung tepi  tingkap dan ada secawan teh hijau untuk diminum juga. Nikmatnya hidup...

Nota: Resipi Kek Coklat German ini boleh digoogle, tapi latih tubi penting untuk menjadikannya tampak sempurna dan sedap. Kena buat dan buat beberapa kali baru ia akan jadi serasi ...

21 comments:

  1. nanti lepas makan ni boleh cakap jerman la...huhu...

    ReplyDelete
  2. El Mariachi@ Abg Bro
    Makan kek German saya tau, cakap German saya tatau...kehkehkeh!

    ReplyDelete
  3. Lw,

    Cakap jerman saya sikit2 tau...makan kek jerman...tak tau..tak pernah try :-) .

    *notice that your food photos is getting better n better. Good job.

    ReplyDelete
  4. Khairul Abdullah,
    Cakap jerman tau sikit2 eh..mesti tau juga buat kek jerman itu...haha!
    *do you want to know who is my food photos sifu? Thanks anyway:)

    ReplyDelete
  5. macaroon dah makan
    kek red velvet dah makan sampai muak
    cup cakes lagilah...
    kek pelangi pun sudah...
    tapi yang kek german ni belum lagi..
    agak2 esok ada tak? heeee

    ReplyDelete
  6. Nenet Penne,
    Ada...memang I dah simpan untuk you...special punya..I tengah fikir apa lagi menu surprise yg I boleh buat esok...hehe...

    ReplyDelete
  7. Wahhh...sape sifu you tu? Wah..selamat bermakan-makan ler esok yer...

    ReplyDelete
  8. kek ini dimakan sambil menung-menung tepi tingkap mengadap laut dan ada secangkir kopi Davidoff, bulih jugak, kan.!

    nampak sedap eh. :)

    ReplyDelete
  9. sedapnya kalau org tu buatkan utk kita... hoho!

    tepek jela respinya. tak mo gugel. :-)

    ReplyDelete
  10. Khairul Abdullah,
    Sapa sifu I? Rahsia! Nak tau, kena balik KL datang makan kat Windsor dulu...a haha..
    Ok nanti I tayang menu makan2 esok..biaq terliur naaa...:)

    ReplyDelete
  11. Sepa,
    Tu la dianya, rumah kau ngadap laut kan? Fuhh best tu sambil mengkopi, sambil makan, sambil berangan..heaven ooo...pastu kalau boleh lempar joran ke laut pulak...adehhh 2kali heaven..

    ReplyDelete
  12. Blog tips,
    Darling meh la datang rumah I..tak pun roger I malam ni, Isnin ni kita jumpa kat LRT Bangsar...:)

    ReplyDelete
  13. nak buat latih tubi tu yang letih tu hehehehe...

    ReplyDelete
  14. Nong Andy..
    eheh kalau nak kek jadi sempurna..kena le buat and buat selalu..

    ReplyDelete
  15. Esok? Hm, something is going on there...

    ReplyDelete
  16. SM
    Yeahh...just to celebrate weekend...

    ReplyDelete
  17. Pompuan jer...semua kaum jenis aku, kalu ko gang, boleh join...hahaha

    ReplyDelete
  18. balik umah teringat Kek Coklat German ni.nyesal sbb makan sebijik je ;)

    yang best..kenit boleh ngamuk sbb nak makan coklat atas tu je..mana boleh.bistu kek sapa pulak nak makan.
    banyak lawa muka ye

    ReplyDelete
  19. boleh makan hari hari kalau badan tak macam saya yang sekarang ni. :D

    ReplyDelete
  20. gadisBunga,
    makan je..sementara selera masih ada..hehe..saya pun, sepatutnya tak boleh makan, tapi nak juga makan...:)

    ReplyDelete