Posts

Showing posts from September, 2012

Untung jadi wanita pregnant...

Kalau nak cakap pasal baju, kita mesti ada satu atau dua baju yang kita suka pakai. Maybe suka pakai sebab warnanya ke yang cantik, sebab brandnya ke yang mahal atau sebab baju itu pemberian orang yang kita sayang. Aku ada satu blouse daripada shantung silk yang aku jarang pakai walaupun suka dengan fabrik dan warnanya, iaitu kuning lemak ketam. Blouse ni berpotongan bawah dada dan ada pleat..so sekali pandang macam baju pregnant. Dan ia memang bawa rahmat sebab fabriknya yang keras dan gaya potongan blouse itu. Kenapa aku kata bawa rahmat???
Semalam tunggu teksi dari Bangsar nak pergi Kota Damansara. Cuaca panas dan darah pun naik juga. Tiba-tiba ada satu teksi berhenti dan seorang perempuan keluar lantas membukakan pintu untuk aku masuk. Wahhh kagum mak rasa sebab dibukakan pintu oleh penumpang wanita yang duduk dihadapan. Bila masuk dan duduk di belakang, driver cakap..
"Puan, kesian tunggu teksi. Penumpang tadi kebetulan mahu turun ke depan sikit tapi bila dia tengok Puan me…

Bibik...

Kalau ikut hati..rasa nak cincang-cincang je sapa-sapa yang terbabit, tak kiralah pangkat ustaz ke atau bapak pada ustaz pun..kalau ikut hati lah kan memang mati!!! Tapi tak gunalah buat kerja bodoh tu...biar Allah saja yang balas...

Kali pertama terbabit dengan  maid indon atau bibik ni kira-kira lima tahun lalu. Bibik pertama yang berkhidmat untuk adik namanya kak ida, tapi kanak-kanak yang dijaganya panggil dia Cida je (Chik Ida le gamak). Servicenya sangat bagus, bangun pagi je mop lantai. Sangat penyayang pada kanak-kanak. Sampai nak masak pun dia dukung kanak-kanak berkenaan. Pagi petang siang malam dia akan pastikan keperluan kanak-kanak yang dijaga mencukupi. Lepas tiga tahun, Cida balik Bogor.

Selepas Cida, muncul pula Bibik Yati yang dipanggil Kakati oleh kanak-kanak 1 dan kanak-kanak 2. Kakati ini masih muda remaja, dari Madura. Kakati juga disenangi kanak-kanak 1 dan kanak-kanak 2 sebab dia suka memanjakan kanak-kanak2 berdua itu. Alim juga Kakakti ini tapi selepas setah…

Olympyc culinary in Erfurt..

Image
Haruslah kalau mak ada, mesti mak suruh aku berhenti kerja 'typist,' jadi tukang masak saja sebab minggu lepas, dua tiga hari tu asyik dok jumpa chef saja..bukan setakat tastegasm..eyegasm juga sebab aku suka tengok depa ni dalam uniform putih bersih, nampak smart sungguh dengan topi tinggi melangit tu dan sangat berhati-hati kala menghidangkan makanan untuk tetamu, termasuklah aku yang turut diundang untuk memenuhkan kerusi di meja makan di Restoran Laman Grill milik Chef Zubir Zain di Shah Alam. Chef, tq jemput i, walaupun tak sempat nak makan sebab aku nak balik ke KL, tu pun sesat barat dari Shah Alam ke Kerinchi, sampai masuk ke Denai Alam langsung terus ke Bukit Jelutong dan ntah mana-mana lagi...tu belum dok di German lagi. German???? Haaa kenapa dengan German?? Actually they were a group of chef in variety skill, will fly to Erfurt, German, for Culinary Olympic during this coming October. Kalau tak silap aku pada 4 Oktober ini dan akan berentap dengan beratus chef han…

Eksotik, erotik?

Image
Makan tak makanan eksotik? Eksotik? Ya eksotik? Wahhh bunyi macam makanan pelik gitu kan..sebab eksotik tu sering diistilahkan sebagai sesuatu yang asing dan istimewa sama ada dalam lingkungan fesyen atau makanan (tak caya sila rujuk kamus dewan edisi keempat). Korang tau tak mana-mana restoran yang ada hidang makanan eksotik? Eksotik macam mana? Alaaa dia hidang telur itik masin dan ketam goreng telur masin juga. Eksotik la sangat! Eh tapi kan sedap tau ketam dengan telur masin ni, aku pernah makan kat satu restoran di Kuantan...perghhh...penangannya memang tak boleh lupa.
Oklah sebagai warganegeri Kelantan dan warganegara Malaysia stok eksotik juga, bagi aku makanan eksotik adalah makanan yang meninggalkan nostalgia, membangkitkan rasa sayang dan kecintaan kepada sesuatu yang kita hargai, maka makanan itu akan masuk dalam kategori eksotik walaupun ada orang mungkin anggap makanan eksotik adalah cengkerik goreng, ulat sagu goreng atau belalang goreng. Food also is like a beauty, dep…

Linguine..

Image
Kalau perut lapar, otak pun tak boleh nak berfikir dengan tenang, kalau hati sakit, otak lagi cemas berfikir dan kalau sudah gian dengan makanan seperti ini, makanya ia akan dimasak, dimakan, dimakan dan dimakan sentiasa. Dan apabila kelaparan menguasai, ketakutan terusir pergi dengan sendirinya walaupun kitchen di Windsor ini sedikit malap lampunya...linguine ini dimasak waktu siang..tapi aku macam biasalah...sekali masak buleh lima nam kali makan...reheat and reheat..rasa lagi mengancam. Bon apetite!

Orgasm...ehh eyegasm!

Image
Cokelat, cekelat, ceklat, coklat...ahhh semua sama...semua perkataan itu bawa maksud pada coklat, cair di tangan, cair di dalam mulut dan cair di dalam hati juga...aku tahu coklat itu akan cair dalam hati kalau pakwe atau buah hati yang bagi kan. Zaman berkenaan sudah lama ditinggalkan nak, mak dah tak de masa nak bercoklat-coklat dengan pakwe mak...kehkehkeh...merapu pagi-pagi buta..sebab aku teringat pada dia ni..sebab dia kata orang yang memakan coklat pada masa yang betul adalah sangat sexy. Aaa apa kaitan coklat dan sexy? Hard to explain but you know it once you indulge yourself with a cocoa... And i definitely love and like to eat chocholate, chocholate cake, hot chocholate. Anything related to chocholate...will be yessss! Coklat tak menggemukkan okeh kalau tahu cara makan. Jean Marie Auboine kata, orang Peranchis makan coklat sekeping kecil saja setiap hari untuk stimulate hari yang mereka jalani itu dan ia dinikmati bersama teh panas. Katanya makan sedikit coklat (maybe maksu…

US Master Chef

Image
US MasterChef ke, Malaysia MasterChef ke..aku tak ingat siapa peserta dan siapa pemenang sebab jarang tengok tv. Apa yang dikenalpasti ialah kalau keluar kat paper story depa ni, aku baca dan kalau tidak, pye pye..banyak lagi mende lain mak nak buat nak..dan pada suatu hari yang tak berapa indah sebenarnya..(sebab kena kerja walaupun cuti..) bos kata aku kena jumpa someone...namanya ialah Sharone Hakeman..dangggg!!! Tiba-tiba rasa tahun depan nak masuk MasterChef..nak berangan la kejap...sapa nak join berangan meh sini...hik!

Mamak, hari ini dalam sejarah

Image
Kali pertama aku dating dalam sejarah hidup adalah pada 1994..kami sama-sama menipu konon kami ini adalah berlawanan sama sekali dengan sifat asal. Dia kata dia macam niger dan rambut kerinting sarang tebuan. Aku kata aku macam Cikgu Markonah dengan spek mata hitam bingkai tebal. Dan kami sama-sama memilih makan di kedai mamak. Aku order roti tempayan dan dia order mee basah mamak. Ceittt sedap sangatlah konon mee tu..sampai tak terkata-kata walhal dia terkejut tengok aku, yang bukan seperti Cikgu Markonah, tapi seperti Cikgu Bedah dalam cerita Adik Manja. (Dia yang kata..buka aku suka-suka nak mengaku) Selepas itu tiap kali jumpa, mesti lepak kedai mamak. Balik tengok teater pun singgah kedai mamak. Punyalah ketagih dengan mamak. Aku dah boleh tahu dah cara order dan gaya mamak, cepat sangat depa antar order tapi bab kedekut nak bagi tisu tu, adalah jatuh kepada kedai mamak juga. Antara kedai mamak yang aku suka ialah kedai mamak lorong katak. Ada sotong goreng besar dan aku akan pi…

Cengkerik???

Semalam, jika diberi pilihan, aku pilih buka tingkap dan dengar bunyi salakan anjing daripada bunyi cengkerik yang tak henti-henti itu. Dari awal buka pintu bilik, ia dah start berbunyi...kepala yang sudah sedia sakit tambah sakit. Bunyi itu adalah bunyi yang membunuh. Jam 11 malam masih berbunyi, jam 3 pagi masih berbunyi...arghhh. It ruin my night! Kenapa aku tak suka bunyi cengkerik dalam rumah? Dan aku tak tahu dari mana ia datang..dah dua tiga malam berbunyi..
Back to 2005... ...kami pindah rumah. Sebuah rumah teres lama di AU3. Walaupun lama, ia besar dan memanjang ke dapur. Di depan rumah itu ada sebuah kedai runcit dan kiri kanan adalah jiran. Namun yang buat aku pelik ialah melangkah masuk saja ke dalam rumah itu, ada bunyi cengkerik saja dan tiada bunyi lain. Rumah itu seakan kebal dan kalis bunyi walaupun di luar sana bunyi brader mesin kelapa begitu kuat sebab kedai runcit dengan rumah itu kira-kira dua tiga langkah saja.
Dan beberapa malam dalam seminggu, aku akan berada…

Nostalgia sagu

Image
Arwah mak dulu, semasa hayatnya cukup suka menyediakan menu seperti nasi kalau ada tetamu datang ke rumah. Sama ada tetamu jauh atau dekat, beliau akan bergegas menyediakan hidangan walaupun sayur lemak kobis dan ikan masin, manakala ulam pula adalah kacang kelisa atau kacang botol yang akan dipetik dari kebun kecil ditepi laman rumah. Katanya, kalau hidang nasi, tetamu akan datang lagi dan hidangan berkenaan juga adalah sebagai mengalu-alukan tetamu. Ketika itu lazimnya aku dan kakak akan cebik-cebik marahkan mak di belakang pintu kerana kami kena tolong mak masak..walhalnya kami ini sebok nak main teng teng dan nak menonton tv hitam putih. Lazimnya mak akan cakap, jangan nak malas-malas kerana tetamu yang datang akan bawa sekali buah tangan yang tak nampak, iaitu rezeki. Ketika itu aku dan kakak belum faham dengan apa yang mak cuba sampaikan. Selain hidangan nasi, mak suka menyimpan sagu mata ikan di dapurnya kerana katanya pemanis mulut ini paling senang dan cepat disediakan. Dala…

Pisang emas dibawa belayar, pisang nangka...?

Image
Spesies: Muffin
Kategori: Roti+kek
Bahan utama: 
Pisang - ditaja oleh Irfa.(terima kasih sangat!!!)
Butter dan gula ditaja oleh kedai Cina Tong Fan, Mahkota Cheras.
Resipi dicedok dari buku Cita Rasa Malaysia 1000 Resipi Unggul oleh Zaidah Mohd Noor.
Tukang bakar muffin: LW
Pic ditaja oleh Nikon.
Aksesori lampu: Ditaja oleh IKEA, alas ditaja oleh Pullman Putraja.
Taster: Dicuba oleh tester bernama Norfazilah.

Barang baik tak perlu kata-kata bombastik. Macam nasi lemak, kata kunci keenakannya adalah dirujuk pada sambal yang dimasukkan bawang merah yang banyak, jadi kalau muffin pisang ini? Apakah kata kunci untuk kesedapannya? Tak lain dan tak bukan ialah pisang yang digunakan. Kalau guna pisang grade A, maka muffin pun akan jadi grade A kan. Maksud grade A di sini ialah kalau guna pisang abu, muffin tak jadi cantik sebab pisang abu tak sesuai buat muffin. Kalau guna pisang emas atau pisang nangka yang mahal tu..haa confirm muffin jadi cantik dan sedap sebab pisang nangka memang sudah asal seda…

From Windsor to Paris...

Image
Tajuk entry macam tak ingat langsung dok ada kat Sungai Long nun di hujung kampung..sebenarnya aku dah terfikir nak up entry ini sejak tiga hari lalu selepas menerima email dari an old friend, tapi nak bakar muffin ini dulu. Old di sini adalah benar-benar tua dan bukannya merujuk kepada kawan lama. He is almost 60 but then strongly active cooked and prepared food for a guest at his restaurant. Moving around in his kitchen and sometime walk around the isle at  a Fine Dining space somewhere in Damansara. Aku pernah buat entry berkaitan dia di sini dan sini. Katanya, when would be the best time for him to invite me at his new restaurant where i can have a glimpse of what he do and on the same time catch up with the last past months. I email him last night to confirm with him, ill see him after work tonight and will be there with friend...pergi sorang...nak mampuih aku..nampak dek kawan office, habis kena skodeng. Gigihlah aku bakar muffin dengan resipi daripada Datuk Chef Wan. Aku perna…

German lagi..dan Perancis pula...

Image
Kita sentiasa fikir hanya fesyen saja mengikut trend global dan berubah dari semasa ke semasa. Bagi pereka fesyen, mesti mereka kalut memikirkan apakah jenis fabrik dan warna untuk 2013 yang akan muncul beberapa bulan saja lagi.Lagi nak dekat hujung tahun lagi sibuk depa dok meramalkan potongan baju macam mana pulak yang famous...
Penggemar resipi juga sebenarnya meramalkan beberapa jenis biskut dan kek baru akan muncul dalam industri pembuatan makanan di dapur sendiri ini. Dr Rose yang memperkenalkan Kek Coklat German kepada aku semalam kata sedikit masa lagi, ada sejenis resipi baru akan muncul dan akan digilai ramai blogger masakan..ok aku bukan blogger masakan tegar, tapi nak juga cuba buat...at least 'jack of all trade but master of none...'. Resipi yang disebut Dr Ros mengikut ramalan di internet ialah Caneles, berasal dari Bordeaux, Perancis. Betul atau tidak ramalan di internet, kita tunggu saja. Walau apa pun, biskut yang pecah atau cair di dalam mulut ini adalah ant…

Magis nasi beringin...

Image
Dalam entry terdahulu, aku ada sebut pasal nasi beringin abang handsome yang dijual setiap hari di depan office. Nasi beringin ini adalah nasi yang dimasak dengan cara yang cukup rahsia sebab aku pernah buat muka selamba usha abang handsome tu tanya macam mana dia masak nasi tu sebab setiap hari makan, tak pernah rasa jemu. Sampai sudah dia tak cerita apa bahan dan bagaimana cara masak, yang dia beritahu ialah RM3.80 sebungkus kalau menu biasa dan kalau ada tambahan telur, sotong atau tauhu, ada additional charges sama ada RM1 atau RM2 bergantung pada lauk mana yang dipilih. Aku pernah beli sebungkus dan belek sebiji-sebiji nasinya, yang aku jumpa ialah ketumbar dan daun sup. Bawang tak de nampak, apatah lagi rempah-rempah lain. Hairan juga sebab nasi tu kalau dimakan setiap hari pun tak akan puas.  Lauk biasanya ialah ayam goreng dengan kulit yang rangup, timun batang dan sambal serta sedikit kuah kari. Aku start makan nasi beringin ini pada 1996 dan sehinggalah hari ini, nasinya ta…