Wednesday, 15 August 2012

Tuhan, tolong kawal kemarahan ini..

Kali terakhir aku buat entry tak bertamadun (kerana banyak caci maki dan kata carutan) ialah di sini mengenai 'seekor babi di dalam pick up buruk dari neraka jahanam' pada awal tahun dulu, selepas itu berasa bersalah pada diri sendiri kerana arwah mak tak pernah mengajar aku menyebut perkataan yang buruk maksudnya. Memang ketika itu syaitan berderu-deru mengelilingi aku...

Aku kawal segala kata-kata kerana tidak mahu merosakkan emosi yang diperlukan untuk kepentingan tugas di tempat kerja. Jika emosi terganggu, mood hilang dan kepala otak kosong, makanya aku tidak dapat 'bekerja' dengan baik. Ini yang paling aku cuba elakkan. Sama ada aku yang menyebutnya atau aku mendengar perkataan disebut orang lain, kedua-dua kondisi adalah merosakkan minda! Pada suatu ketika dulu, alangkah sakitnya perasaan apabila aku terpaksa mendengar kata-kata negatif setiap hari dalam satu ruang yang sempit. It was suffered!!! Namun ini sudah berlalu, sudah jadi sejarah..dan ia menyakitkan hingga kini, parutnya tetap ada.

Paling terbaru aku berada pada tahap kemarahan terkawal adalah dua minggu lalu, pasal kes silap appointment di Westin Hotel..ia membabitkan air muka, jadi rasanya wajar kalau aku marah. Air muka aku yang berhadapan dengan situasi itu dan bukannya air muka orang yang membuat appointment itu. She made a  wrong appointment and im the one who had to face it. Aku rasa kalau orang lain berada di tempat aku...mesti marah juga kan.

Hari ini aku kena lagi..orang yang sama hantar aku pergi ke majlis berkenaan dan bila aku pergi, it was nothing..sebab majlis itu bukan hari ini..majlis itu adalah besok, di lokasi yang sama dan jam yang sama, cuma silap hari bulan. Kecuaian kali kedua, dilakukan oleh orang yang sama..&^%$#@*&^ dan dia tidak pernah meminta maaf di atas kecuaiannya itu..Oh Tuhan kenapa ada manusia sombong melangit begini. Dia bukan hidup menongkat langit...

Mahu saja aku jerit depan muka dia bahawa dia adalah %$@)*&^, akan tetapinya...Tuhan masih memelihara air muka aku...aku bukan seperti dia..sekurang-kurangnya aku tidak memalukan dan tidak menyusahkan orang lain. Ya Tuhan...tolong kawal kemarahan aku yang masih belum reda ini..

Nota: Yaaa Tuhan, ada satu lagi permintaan...tolong jauhkan mulut yang suka menyebut perkataan 'mangkuk hayun' itu dari pendengaranku..

31 comments:

  1. terpaksala makan ubat sabar banyak sikit ...

    ReplyDelete
  2. LelakiSemalam,
    Sabar dah tahap nipis kulit bawang dah...

    ReplyDelete
  3. LW,

    Saya tahu awak seorang yang baik dan penyabar. Alhamdulillah awak masih berjaya mengawal kemarahan itu. Sabar itu kan separuh daripada iman. Syabas!

    ReplyDelete
  4. Dik LW, bulan lain pun dah banyak dugaan, tambah la lagi bulan Ramadhan ni lagiii banyak & besar dugaannya. Akak pun dah berapa kali nak sepak orang ni haa tapi cakap kat mulut saja, sepaknya tidak.

    Sayang betoi puasa bila ada situasi di mana perkataan 'sepak' itu terfikir di minda & terkeluar dari mulut, adoi..

    ReplyDelete
  5. LW,
    big hug for you.. sabar naa.. kalau i kat tempat you mau juga lah ada orang makan kasut utk berbuka.. :p
    no..no jgn ikut perangai buruk i..

    ReplyDelete
  6. salam

    insyallah

    untuk memiliki sifat sabar bukan dengan sekelip mata, tapi memerlukan masa yang panjang yg tanpa kita sedari sifat tu tumbuh dalam diri kita sikit demi sikit .

    Sifat marah dalam setiap individu adalah perkara normal , cuma bagaimana kita menanganinya

    insyallah

    ReplyDelete
  7. Khairul Abdullah,
    Thanks..tidak mudah juga nak menangani situasi begitu, berhadapan dengan individu yang tersangat ego walaupun sudah terang lagi bersuluh dia melakukan kesilapan yang sama kepada saya...Dan kesilapan lain, kepada orang lain...pun turut berlaku.
    Apa-apapun saya kira saya 'menang' dalam kes ini:)

    ReplyDelete
  8. Dinas Aldi,
    Kak Dinas, ya...dugaan di penghujung Ramadhan...sangat mencabar keimanan rasanya. Namun 'title' yang dia sandang tu yg buat saya berfikir dua kali. Sabar dan sabar..kalau tak saya nekad nak sumbat telinga dia dgn jampi serampah yg dia mungkin x sanggup dengar...

    ReplyDelete
  9. Blu4sky,
    Big hug for u too for the support..alhamdulillah masih Ada sabar bila berhadapan dengan manusia sebegitu...

    ReplyDelete
  10. Bapak @ Rezeki
    Salam bapak, kan..sabar itu bertahun kita memupuknya dan apabila digunakan pada sayu keadaan sebegitu...memang berbaloi...

    ReplyDelete
  11. kita rawk jer..
    ada harinya dia pulak kena kaw-kaw... time tu kita tumpah sengih dalam tawa je la..kan?

    ReplyDelete
  12. Assalam LW,
    lain kali cuba telefon dulu tempat
    appointment tu untuk double confirm, sebab dah dua kali terkena kan.So next time hati-hati ya.

    Take care.
    jay yg penah terkena jugak!

    ReplyDelete
  13. memang perlu bersabar...abang bro pun tak berbalas cuma bila abang bro buat cara abang bro ...kadang kadang kita boleh buat diorang serba salah...yes I win...

    ReplyDelete
  14. jom layan filem Anger Management (Adam Sandler).

    ReplyDelete
  15. dia buat lagi menda yang sama? teruk tu..

    ReplyDelete
  16. Nizam.Arif
    Rawk tak rawk..semua orang tak suka dia, buka aku sensorang je yang tak berkenan dgn dia...depa tunggu masa je buku bertemu ruas tu...



    Wassalam Jay
    Saya ada minta ni telefon atau fax tapi dia buat tatau je. Saya harap dia tak de motif nak kenakan saya, mungkin dia pun tak sengaja, tapi tu le pasalnya, sudah dua kali dibuatnya perangai gitu. Kali ketiga ni memang no way dah untuk dia!
    Jay, letak le link...:) u too take care!

    ReplyDelete
  17. El Mariachi @ Abg Bro
    Saya tak kuasa membalasnya sebab deal dengan orang bodoh sombong macam tu satu sen pun tak guna kan...jadi biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya...yes we win!



    SM
    Jom layan...memang aku kalau marah mesti teringat citer anger management ni...haha..kepala otak ko pun sama eh..



    Nenet Penne,
    A ah...orang yang sama, buat same mistake...ntah apa dia fikir..i tak kuasa dah nak deal dengan dia...

    ReplyDelete
  18. kata maaf tu boleh jadi penyejuk hati tapi benda tulah selalunya susah nak diluahkan..

    mintak2 dia berubah dan xmenongkat langit lagi..

    akak, jangan bagi sabar tu nipis2 ei.. =)

    ReplyDelete
  19. kak, kalau segan nak sebut mangkuk hayun, ko ucapkan magkuk tandas ker, mangkuk seramik ker... hahaha

    rock bebeh...!!! :D

    ReplyDelete
  20. Gosh,I can feel your anger!
    But Don't worry Karma will strikes back to those people who made you angry. Allah itu Maha Adil Lady Windsor! :D.

    ReplyDelete
  21. HaniAsyira,
    Kan..kalau dia rendahkan sedikit kesombongannya itu dengan menyebut maaf, dia tak rugi apa pun...tapi bila dia berkiblat pada ego dan sombong..rakan lain melihat semua perlakuan dia. Apa yang berlaku pada saya, semua diketahui officemate yg sama unit...

    ReplyDelete
  22. Sepa,
    Lebih daripada mangkuk hayun aku boleh sebut, tapi aku tak mau la jadi macam dia, mulut longkang, apa kelaszz...haha!

    O yeah...let's rock!:)

    ReplyDelete
  23. Liselle moncherry,
    Yes dear..I hope so. I'm not the only yang kena dgn dia, ada beberapa lagi yang bengang dengan dia sebab dah terkena dengan sikap bodoh sombong dia tu...

    ReplyDelete
  24. pemikiran mungkin sama, tapi tang kepala tu yang lain. aku botak licin da... nanti bila aku datang beraya, cepat-cepat pakai sun glass.

    ReplyDelete
  25. susah betul nak marah org awalau kemarahan kita dah setinggi gunung pada orang tu.. aku faham.

    #eh.. tak baik marah-marah. nanti cepat sakit. =)

    ReplyDelete
  26. SMbotak,
    Ko mesti datang raya rumah aku...tapi jangan pakai sunglasses nanti nampak macam bangla haha!

    ReplyDelete
  27. ReenApple,
    Aku pun sebenarnya tak suka nak marah-marah nanti lemas tua, tapi kes aku ni melampau ke Reen, so rasanya wajar aku ajar dia sket kan...:)

    ReplyDelete
  28. komen saya MELAMPAU..kali pertama tak disengajakan.kali ke2..mmg cuai sgt2..mintak maaf susah ke?

    ReplyDelete
  29. Irfa,
    Memang dia melampau dan ego sangat...tak pe..tak ke mananya tu...

    ReplyDelete
  30. maintainkan perangai yang elok...chill...relax...makan banyak kat chilli's pas ni... :)

    ReplyDelete
  31. Mr Clive,
    Belanja laa..jom makan kat Cillis..ehe

    ReplyDelete