Wednesday, 29 August 2012

Kek kampung dalam hati kami...

Hari raya lalu, aku dan adik memilih menziarahi 'rumah' mak di Taman Universiti berhampiran komuter Bangi sebagai destinasi pertama kami pada pagi Aidilfitri. Kawasan perkuburan berkenaan sangat bersih dan rapi. Pakcik Shamsudin yang bertanggungjawab menjaga kawasan perkuburan itu sangat rajin dan berhemah orangnya. Aku agak dia mungkin bekas askar atau hanya melakukan kerja kampung, namun raut wajahnya jelas dia bukan sebarangan dan bukan calang-calang kerana setiap hari dia tega keseorangan menghabiskan masa di tanah perkuburan, membersih, menggali, menyiram dan merapikan petak-petak kubur. Walaupun di siang hari, angin berdesir dan bayu yang lalu mengeluarkan bunyi mersik pada pohon-pohon sekitar selain bunyi monyet dari kawasan hutan berhampiran, sedikit sebanyak menimbulkan rasa insaf sebenarnya.
Ini kek paling mewah dalam hati kami..
Bukan pasal perkuburan yang hendak dikatakan, tapi ingatan terhadap emak terbayang-bayang dalam fikiran kami. Semasa balik, adik kata dia nak makan kek kampung yang mak selalu buat ketika kami masih kecil. Lepas kakak dah pandai buat kerja dapur, mak ajar kakak buat kek kampung itu dan kami akan tekun memerhati kakak mengacau adunan kek supaya sebati. Sukatannya, yang aku ingat adalah lima biji telur ayam dan lima sudip majerin. Gandum dan gula pula main agak-agak saja sebab mak memang tak suka melihat buku untuk memasak. Tambahan pula, resipi mak semuanya ada dalam minda beliau saja. Bagaimanapu, kek kampung itu tetap menjadi.
Nak buat corak marble dan sepatutnya berwana coklat, tapi sebab aku sentiasa taksub dengan warna hijau...(ehh sayer bukan penyokong Pas yer..) maka kek ini tetiba menjadi warna incredible hulk..hijau!
Kata adik lagi, dia dah puas makan kek midvalley (layer cake), dia dah bosan makan kek pavillion (red velvet) dan dia dah jemu makan kek klcc (rainbor cake), jadi dia hanya nak makan kek kampung (kek majerin biasa tanpa sukatan tepat). Katanya lagi dia nak makan ketika masih panas, ketika baru dikeluarkan dari oven. Aku tak tahu siapa yang untung, sama ada adik yang bernasib baik kerana dia boleh roger aku bila-bila masa saja untuk 'order' apa saja menu atau Allah merahmati aku kerana setiap kali aku bakar kek atau bakar biskut atau masak agar-agar, seringkali ia akan habis dengan selamatnya. Selain adik yang menjadi penerima pertama, security yang bertugas di entrance Windsor juga adalah penerima tetap.
Satu bekas untuk pakcik security...
Dan kek kampung adik sudah siap..rasanya macam kek majerin sempoi jer tapi kek ini juga adalah yang paling sedap bagi kami. Sedap kerana ia menyimpan nosltalgia, ia mengandungi ingatan kami yang jitu kepada emak yang sudah tiada, ia menjadi kek paling mahal buat kami kerana kata abah, telur ayam untuk buat kek ini adalah telur dari ayam yang abah pelihara. Ahhhhh..kek kampung yang sangat bermakna dalam hati kami...

29 comments:

  1. kalau ia penuh dgn nostalgia mmg kalah la kek cekelat kegemaran aku....

    mesti kek ni dibuat dgn penuh memori indah dan manis.






    *1st time kek cekelat aku kalah dgn kek kampung ni

    ReplyDelete
  2. eh kenapa tetiba je jadi sayu bila baca pasal kek ni yer...terus teringat kat mak kat kampung.

    ReplyDelete
  3. Telur Power,
    Segenap ingatan dan kerinduan kepada arwah mak tercurah sepenuhnya ke dalam kek ini, justeru ia jadi kek yang sangat sedap serta enak pada kami berdua...:)


    Kek cekelat tu kategori lain la weii...

    ReplyDelete
  4. Khairul Abdullah
    Sesuatu masakan yang dihasilkan dengan naluri dan kasih sayang terhadap orang yang kita sayang, pastinya akan amat dihargai..mak kita kan, tentunya tiada galang ganti. Untung masih ada emak kan!

    ReplyDelete
  5. lain ketegori eh....
    tutup muka ngan sebelah tangan jap heheheeehee...

    ReplyDelete
  6. Telor Power
    Kek cekelat tu kategori manja-manja dengan geng blogger..bhahaha! Adehhhh...:)

    ReplyDelete
  7. SM
    Ada..naper.? Ada orang mimpi nak samprit tu eh? Hihi suka betul dia dengan samprit tu kan...

    ReplyDelete
  8. salam

    alhamdulillah

    lama saya tak merasa air tangan emak semenjak dia dah terbaring , terkenang tahun lepas nak hampir raya , dia duduk di kerusi roda hanya mengarahkan apa bahan yang perlu diletakkan semasa nak buat serunding daging .

    Walaupun dia tak boleh nak lakukan sendiri, tapi arwah beria2 nak siapkan jugak serunding daging tu yang pada saya tiada bandingannya kesedapannya.

    ReplyDelete
  9. Salam bapak,
    Alhamdulillah..ingatan kepada emak masih kuat dalam fikiran saya walaupun emak saya sudah setahun tiga bulan kembali ke rahmatullah. Tahun lepas beberapa minggu sebelum pemergiannya, dia juga sempat mengajar adik saya masak gulai kawah walaupun dengan hanya duduk di atas kerusi...ingatannya masih kuat mengenai apa bahan yang perlu dimasukkan. Itu resipinya yang terakhir yang saya dan adik rasa. Air tangan mak sentiasa memberi keenakan yang tiada tolok banding!

    ReplyDelete
  10. kek kampung juga pilihan kami adik beradik.dulu mmg siksa nak buat kek ni sbb kena kacau smpi naik dgn sudip kayu.huhu..mm nak tercabut bahu.skrg dah senang,,kacau pakai mesin je

    balik raya ari tu saya diam-diam sorang diri kat dapur buat 2biji kek kampung.alhamdulillah naik kek nya

    en suami suka kalau balik kg dapat makan kek kg dgn air kopi waktu hujan lebat..best sgt katanya.hehe

    ReplyDelete
  11. Irfa,
    Kan...walaupun bahannya tidak mewah dan hanya dikacau dengan sudip kayu sampai kebas tangan..rasanya makaihh...lebih-lebih masa potong suam-suam tu...makan dua tiga keping pun rasa nak juga lagi kan...tambah pula ada kalau ada kopi atau teh dan makan sambil rebut-rebut...huhu nostalgia...kakak saya suka buat waktu malam sebab kami boleh makan terus bila masak...:)

    ReplyDelete
  12. Taqobbalallahu minna waminkum... Salam Syawal penuh berkat..

    ohh yes.. sangat setuju.. kek ini paling the very sedap one..!! cannot chelen kek2 moden lain..

    ReplyDelete
  13. aku suka kek pelangi celop air oren dalam gelas...

    ReplyDelete
  14. i love my mum even dia suka nagging... biasalah mak kan...

    i tak suka kek tapi kalau kek panas2 dari oven i makan...

    kalau suruh i pilih baking or cooking, i prefer cooking even cooking once in a blue moon..

    kek nostalgia tu...

    ReplyDelete
  15. whuaaa....kek kampung! nostalgia sungguh! kek kampung arwah mak ada dua jenis, satu kaler kuning ngan coklat, satu lagi berwarna warno, merah, kuning, hijau...mmg sedap makan masa panas2...bakar ngan oven chop kupu-kupu...

    alahai...memori yg takkan berulang lagi...

    ReplyDelete
  16. kalau bagi free kompom sedap...hehe

    ReplyDelete
  17. sesuatu yg penuh dgn nostalgia , walau ringkas tetap bernilai.. =)

    ReplyDelete
  18. macam ni kek kangpung kak?? fuyoooo..

    setiap yg ada memori memang sedap.. =)

    ReplyDelete
  19. kak..jap lagi saya nak buat bingka roti bakar. sebab terliur tengok kek akk semalam, jgn lupa bagi resepi nnt ye :D

    ReplyDelete
  20. m.u.l.a.n
    Yes dear, very the sedap one kan..letaklah kek moden dan kontemp, kek klasik ini juga yang akan dituju dulu...


    Nizam.Ariff
    Kalau celup air oren, baulu pun ngam kan...kan!

    ReplyDelete
  21. Nenet Penne,
    Dulu-dulu kita orang suka lah duduk dekat2 nak tengok mak i buat macam mana kek tu, kalau boleh nak masuk dalam mangkuk kuih..hehe..



    Queenie,
    Sist, yes indeed..memori yang tak akan berulang walaupun dinanti seribu tahun...

    ReplyDelete
  22. Lelaki Semalam
    Barang free semua sedap kan..kikiki!



    Reenapple
    Nostalgia sentiasa membangkitkan ingatan silam yang aku suka kenang dan kenang...

    ReplyDelete
  23. HaniAsyira
    Ya kek yang kaya dengan memori, menghasilkan kesedapan yang luar biasa...



    Niza Romli
    Ok Sabtu ni akak akan buat lagi sekali kek cheese tu, nanti akak letak..

    ReplyDelete
  24. Salam dik LW.

    Kek macam ni selalu dibuat oleh arwah maknjang akak. Memang sedap dimakan panas2..

    Al-Fatihah buat mereka yg telah pergi..

    ReplyDelete
  25. aku masih simpan resepi cake kampung dari tawau tapi masih belum berkesempatan nak try. lenkali kalau berjaya aku nak tayang gak kat blog hehehe..

    *17th sept free? jumpa nak?

    ReplyDelete
  26. rasanya ini macam kek pelangi kakak-kakak ku, cuma ku sahaja yg tak mewarisi respi itu. huhu!

    ReplyDelete
  27. Dinas Aldi
    Kita cenderung mengaitkan dan mengingati seseorang yang kita sayangi dengan perkara sekeliling kita seperti makanan dan pakaian. Kek ni arwah mak saya suka buat..maknjang kak dinas tu pun mungkin se-era dengan mak saya...kan!:)

    ReplyDelete
  28. Nong Andy
    Resipi lama tu selalunya bagus dan menjadi kan...17 September ya? Insyaallah..nanti bitau ya menginap di mana...



    Blog-tips
    Orang senior suka buat kek mentega biasa ini atau ada juga yang panggil kek paun.

    ReplyDelete