Friday, 27 July 2012

Sukarnya membuat keputusan...

When i first sat infront of him...he stared at me and asked me about the medicine that ive taken before. That was 6 types of it and he finally talked to me..
"Im sure...u know that we can't cure but we slowly control it..and the choice is in your hand. This is not about love me or love me not, to do or not to do, but u must...u pilihlah mana u nak....and i didn't see any problem if u follow my rules." - Doktor.
"....danggggg! Baiklah doktor...."  Aku.
Pergaduhan bukan lawak ini adalah perbualan singkat doktor ketika aku masuk nak buat BP dan sugar level test setelah tiga hari kehabisan ubat. Mungkin juga ada sedikit kesengajaan, aku terlupa nak minta bekalan ubat dengan klinik panel sebelum cuti, cuma apa yang terlekat dalam minda ialah ventolin inhaler dan pil untuk selsema...chehhh! Lain yang patut diingat, lain pula yang dibawa...huhhh suffer! Doktor, kau tahu tak betapa sukarnya aku nak buat keputusan untuk menelan enam biji dadah setiap hari...tak termasuk dadah untuk tahan sakit.
-Klinik K*^%$# Sungai Long, jam 10 malam...
Bulan sebelah...bulat tidak, leper pun tidak, sabit pun bukan....kenapa ya...
Kita sering lihat bulan sabit, bulan penuh dan anak bulan. Ada orang mengelak untuk merenung bulan, memotret ke arah bulan dan apatah lagi melihat bulan..dan malam ini bulan kelihatan aneh kerana ia adalah bulan yang separuh, bukannya bulan sabit tapi bulan separuh...setiap bulan wajah bulan berbeza. Dan ia unik...agaknya malam ini bulan juga sukar membuat keputusan, sama ada ingin muncul dengan wajah 'sabit' atau full shot...

Sejak menjadi penghuni di bumi ini selama hampir empat dekad sudah, ada beberapa kali aku terpaksa membuat keputusan sukar. Pada 2007, terpaksa menunggu sehingga 18 bulan untuk mengambil suatu keputusan yang mana ia akan mencorak langkah perjalananku pada kemudian hari. Ibarat menarik rambut di dalam tepung, keputusan terpaksa diambil dan satu insiden selama 10 minit akhirnya membawa aku kepada satu keputusan besar. Selesai sudah kesukaran berkenaan...

Sekali lagi pada 2010, keputusan yang amat sukar perlu ditentukan meskipun aku tidak menerima sebarang clue atau bayangan mengenai keputusan berkenaan, namun ia mendesak hati supaya mengambil suatu keputusan bagi meneruskan hidup dan hampir enam tahun aku memikirkan untuk membuat keputusan berkenaan walapun sukarnya merintis jalan itu. Ia berbaloi walaupun luka dari sebuah keputusan itu sudah lama aku tutup dengan 'plaster koyok'...

Dan pada ketika ini, aku perlu membuat satu lagi keputusan, sama ada maju atau mundur, keputusan itu perlu ada pada ketika yang sepatutnya. Sukarnya untuk membuat keputusan ini menjadikan aku berasa seperti berada di suatu persimpangan yang ada sebuah jambatan emas tapi penuh pencuri dan perampok manakala sebuah lagi adalah titian usang, tapi pendek dan dekat saja...namun di hujung kedua-duanya ada cabaran yang menanti...sukarnya membuat keputusan....kalaulah emak masih ada...

Nota: Warga di kejauhan, terima kasih kerana mengorbankan sedikit masa emas mu untuk memberi ilham kepada aku. Aku tahu masa itu tidak boleh dibeli lantaran nilainya yang tiada tara..semoga Tuhan merahmatimu sentiasa!

19 comments:

  1. Salam singgah,
    Saya suka bulan, segala-galanya mengenai bulan saya suka. Tanya hati untuk buat keputusan..pasti Tuhan akan tolong...

    ReplyDelete
  2. sis,
    take care.. think wisely ok! (>.<)

    ReplyDelete
  3. sukar buat keputusan bila ia melibatkan hidup kita.. =(

    ReplyDelete
  4. Lebih dari sekali dalam kehidupan ini di mana kita akan sampai di persimpangan & perlu membuat keputusan jalan mana yg harus diikuti. Sometimes the answer is clear, sometimes it's vague. Sometimes it's so easy to decide & sometimes it's so da** hard. But decide you must so that life will go on.

    Semoga segala urusan dik LW dipermudahkan olehNya.

    ReplyDelete
  5. salam LW
    sebelm membuat apa2 keputusan sekali pun, pertimbangkanlah sebaik2nya. ya..memang sangat buntu bila kita berada di persimpangan jalan...kalau pilih kiri, ada kesannya namun tetapi disisi lain ada positifnya. kalau pilih kanan, mgkn ia memberi kita sedikit kemudahan tetapi dipenghujung jalannya itu kita bertembung pula dengan kekesalan atas pilihan itu. Apa sekali pun, i believe in watever u decided. wish evrthyng is ok...hope u in God Blessing dear (^___^)

    HAPPY RAMADHAN....

    ReplyDelete
  6. mungkin setiap kali bulan ramadhan, arnab penghuni ribuan tahun kat bulan akan berkumpul di satu kutub sambil ramai-ramai merenung dimensi yang jauh. sebab tu bentuknya macam tu.

    ReplyDelete
  7. Kak, jaga diri baik-baik. Kadang-kadang, tak rugi lepaskan rasa 'tak nak' atau 'malas' atau 'ahhhh'...

    =D

    ReplyDelete
  8. Setiap keputusan yang dibuat bukanlah penjamin kepada kebahagian, kejayaan mahupun kesenangan..setiap keputusan yang telah dibuat bukan bermakna pengakhirannya disitu, kita tidak tahu apa yang menanti kita dihadapan.

    Yang pasti, apa saja keputusan yang diambil, ia tetap memerlukan kita untuk terus berusaha kearah mencapai apa yang dihajati.

    Usahlah takut untuk membuat keputusan kerana ianya adalah sebahagian dari perjalanan hidup kita. Semoga diberikan petunjuk dan hidayah olehNYA. Amin

    ReplyDelete
  9. solat minta petunjuk,moga ada jalannya..insyaAllah ;)

    ReplyDelete
  10. Mgasenja,
    Nampaknya kita sama-sama suka pada bulan...
    Nanti boleh renung bulan yang sama ya...

    ReplyDelete
  11. Blog-tips kurus,
    Thanks sist..u too!


    ReenApple,
    Memang amat sukar, segala risiko perlu ditanggung sendiri kerana akulah bahu itu, akulah juga tangan itu...

    ReplyDelete
  12. Dinas Aldi,
    Yerp..saya tahu ianya sukar. Dan kali ini adalah kesukaran yang sangat mencabar bagi saya dan mungkin juga 'di hujung jari' pada individu lain. Pengalaman dan pendekatan pasti berbeza untuk menanganinya, like you said, life goes on and I will...thanks kak Dinas.

    ReplyDelete
  13. apa pun keputusan itu.. semoga ia tidak akan menjadi beban.. walaupun adakalanya ia umpama beban :)

    *tahun 2011 aku buat keputusan yang sukar...

    ReplyDelete
  14. Sa Fa Az,
    Terima kasih nasihat, betul tu..pertimbangan yang jitu wajar diambil kira kerana apabila keputusan sudah dibuat, ia tidak boleh berpatah balik semula. Sama ada laluan merintang atau lurus terbentang, semuanya perlu dihadapi dengan segenap kekuatan spiritual..dan saya setuju, mana-mana pilihan pun akan ada pro dan kon nya...thanks dear.

    ReplyDelete
  15. SM,
    aku tak pasti sama ada arnab atau ayam jantan yang berkumpul di situ, tapi malam yang aku lihat itu, bulan berbentuk separuh dan aku jarang lihat bulan berwajah begitu...yang lzim kita lihat ialah bulan sabit kan..hmm


    Faraherda Razalan,
    Ya Fara, macam-macam boleh disebut tapi sebutan mudah berbanding perlaksanaan...insyaallah akak slowly catch up with what i want to do..hmm..ahh..ehhh...hehe. Ok insyaallah ill be strong and the most important is life goes on...kan!

    ReplyDelete
  16. Khairul Abdullah,
    Samada sesuatu yang diputuskan itu membawa kepada kebahagian, kejayaan mahupun kesenangan, ia tetap sebuah keputusan dan tetap akan dilakukan. Apa yang berlaku di kemudian hari adalah feedback dan saya perlu bersedia..

    Dan apabila sudah berlaku keputusan itu, like a river flow, no turn back except follow the flow. Jatuh bangun pun ia akan tetap diredah...@ berusaha untuk terus ke hadapan.

    Keadaan terdesak juga kadangkala menjadikan individu teguh untuk kekal dengan keputusan yang dilakukan, segala rintangan bukan halangan bahkan batu loncatan untuk ke arah yang lebih baik.. untuk mendapat langkah yang ke seribu, saya perlu bermula dengan langkah pertama..thanks!

    ReplyDelete
  17. Irfa,
    InsyaAllah saya sudah semakin jelas dengan apa yang ingin dilakukan...sebaik-baiknya kita memohon kepadaNya..dan akan ada resolusinya kemudian hari..


    Nong Andy,
    Sukar atau tidak, ia perlu dilakukan. Kau pun pernah melaluinya kan. Dan kesukaran itu menjadi guru terbaik untuk kita membuat keputusan pada masa depan..

    ReplyDelete
  18. siapa agaknya warga di kejauhan itu ya? :D

    ReplyDelete