Wednesday, 25 July 2012

Sedikit catatan di situ..

Bayangkan, ada sebuah kerajaan antara langit dan bumi dan kerajaan itu pula letaknya adalah antara tujuh lapis langit tergantung yang tiada tiang mahupun tali yang menyokong keutuhannya...mampukah kita berfikir sehingga ke situ...ia seperti sebuah padang lapang dipenuhi kapas putih saujana mata memandang..aku tak sempat nak berimajinasi jauh apabila pramugari Oman Air datang dan suruh tutup window...!!!
Kita tidak pernah akan mengetahui dan menyedari bahawa kita sentiasa berada dalam rahmat Allah yang melimpah ruah sebenarnya. Bahkan sama ada disedari atau tidak, kita akan sentiasa juga bermohon dan meminta kepadaNya kerana Dia maha mengetahui, tiada yang lebih mengetahui selain Dia. Justeru, usah bertangguh untuk terus meminta kepadaNya kerana Dia tidak akan sekali-kali mengejek atau mempersendakan bisikan kita kepadaNya dan dia juga tidak akan jemu mendengar dan terus mendengar...

Ketika usia kanak-kanak dulu, aku kerap ikut mak belajar tajwid di rumah Tok Su Nab yang tinggal berdekatan dengan rumah kecil kami di kampung. Guru agama yang mengajar itu dipanggil Mak Cik Hajjah Wan Wook..(arwah) dan beliau sememangnya sangat dihormati kerana ilmu al-Quran yang dimilikinya. Antara perkataan yang pernah aku dengar disebut Mak Cik ini ialah Kerajaan Langit dan Bumi dan ditengah-tengahnya ada taman rahsia tergantung yang tidak mampu dirungkai oleh pemikiran manusia seperti kita.

Diberi peluang oleh Allah menjadi tetamu di halamanNya baru-baru ini, mutawif kami bernama Ustaz Sharif Hasibuan berasal dari Medan ada menyebut mengenai Kerajaan Langit dan Bumi yang menciptakan tujuh lapis langit tergantung tanpa tali dan tiang, namun kukuh tanpa goncang sedikitpun kecuali bila tiba hari dikehendakiNya, maka akan bergegar seluruh arasy...begitu juga dengan lampu-lampu dunia yang sentiasa bersinar terang seperti dipetik suisnya pada malam hari, tanpa kita perlu mengeluh mengira wang untuk membayar bil akan lampu bernama bulan dan bintang yang sentiasa menerangi kehidupan kita bernama manusia ini...lebih mengujakan, lampu-lampu ini akan sentiasa menerangi kita walau di bumi mana sekalipun kita berpijak..baik di barat mahupundi  timur alam...
Kerajaan Arab Saudi antara kerajaan terkaya di dunia. Antara kelaziman mereka ialah membina dan meruntuhkan hotel. Baru dua tiga tahun hotel berfungsi, mereka akan runtuhkan dan bina yang baru. Hotel Taibah Tahani yang menjadi tempat menginap kami di Tanah Haram terletak kira-kira 580 meter dari Masjidil Haram. Jadi setiap hari berulang alik adabila masuk waktu dengan jarak sebegitu di samping menyedut habuk dan debu akibat sisa runtuhan hotel...kami tak sedar banyak debu yang kami sedut. Bila tiba di Kuala Lumpur, semput semakin parah...kifarah kecil!
Dan peluang untuk meneroka dan memahami akan taman rahsia tergantung itu juga mungkin bukan semua boleh memahaminya kerana ia sememanya tidak akan difahami oleh kita yang dangkal ilmu ini.Apa yang kita perlu lakukan ialah meneruskan takwa kita kepada Allah yang mencipta sekelian langit dan bumi dan seluruh isinya. Sepanjang berpeluang mengerjakan satu daripada rukunNya di Tanah Haram, cuaca di kota berkenaan amat panas, sekitar 35 hingga 38 degree setiap hari. Namun bangsa Arab di bumi anbia ini tidak pernah mengeluh akan panas atau sejuk, sebaliknya orang-orang kita saja yang sentiasa suka mengomel kalau cuaca panas, dikata mahu sejuk, kalau cuaca sejuk, dikata mahu sedikit panas. 

Kebetulannya hari itu aku tidak melakukan umrah walaupun masih berada di dalam ihram. Jadi kami yang tidak mengunjungi Masjidil Haram ini dijemput menghadiri tahlil untuk arwah saudara mara jemaah umrah yang ada di kota Makkah yang menjadi tetamu Allah penziarah Rasulullah SAW. Tahlil bermula jam 8 pagi, dimulakan dengan doa pembukaan oleh mutawif Ustaz Iskandar. Aku memilih untuk berada pada barisan kedua supaya tidak terlalu rapat dengan ustaz yang berada di hadapan majlis. Selesai bacaan Yassin dan tahlil, aku berasa pelik...dan akhirnya semua pandangan menjadi gelap, sejuk, berdengung dan pada masa sama nyaman. Berasa seperti berada dalam satu gua yang sangat sejuk dan jauh di hujung dunia.

Kak Wai: Ustaz...tolong. Adik saya pengsan...
Ustaz Iskandar: Mana suaminya...dia ada mahram atau tidak?
Kak Wai: Tiada, dia jemaah sebilik dengan saya.
Ustaz Iskandar: Basuh mukanya dengan air zam zam...bagi dia ruang..
Kak Wai: Sha! Bangun Sha! Shaaa...Sha...sedar tak? Kak Wai ni...Shaaaa.....!!!
(Seperti diceritakan oleh Kak Wai ketika aku pengsan...adehhh..)

MasyaAllah, ketika usai majlis tahlil itu, rupa-rupanya aku sudah melayang ke dunia lain seketika..pitam @ pengsan lantaran suhu badan yang tinggi...kebetulannya kesihatan agak merosot, tidak bersahur dan asthma akibat debu yang memenuhi kota Makkah ketika itu, aku diberi pengalaman 'pengsan' walaupun sekejap dan masih dalam lingkungan bernasib baik, aku pengsan di kawasan yang dipenuhi jemaah yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Dan masih bernasib baik lagi, aku tidak terjatuh dari kerusi yang diduduki, tetapi sedikit miring dan tertahan oleh badan Kak Wai yang berada di sebelah. Terima kasih Tuhan, aku masih bernyawa...
Percaya tak? Nasi yang kelihatan simple ini sangat enak...
Kami transit di Madinah selama empat hari sebelum meneruskan urusan umrah di Makkah dengan menaiki bas selama hampir lima jam. Seperti sudah boleh dibayangkan, perjalanan dari Madinah ke Makkah adalah sangat sempurna walaupun panas dan bas yang sangat uzur, aircon tak berfungsi dengan baik. Bayangkan keadaan dalam bas berkenaan...namun sejurus keluar dari bas untuk berhenti makan malam di Restoran Afraz di sebuah lokasi bernama Wadi Qudait, hawa sejuk membuak-buak memasuki pakaian kami...sejuk seperti ada kipas...ditambah pula dengan bau wangi nasi dulang yang menunggu, semuanya jadi sangat menarik perhatian...:) Sedulang nasi beriani dengan ayam panggang dan ikan goreng ini kami makan bertiga. Nampak macam sedikit tapi ia sebenarnya hidangan untuk lima orang...jadi kami hanya menghabiskan lauknya saja dan nasi bersisa kerana tidak mampu mengabiskan semua...sesungguhnya pengalaman ini akan menjadi berbeza-beza antara setiap individu. 

Dan kalau ada peluang, kelapangan dan kewangan mengizinkan, disarankan, sekiranya berniat melakukan umrah atau haji, tunaikan sekarang ketika masih sihat dan bertenaga...percayalah..kota Makkah adalah sebuah kota yang paling sesuai dianggap sebagai 'The City Never Sleep' kerana setiap jam, lautan manusia sentiasa memenui Masjidil Haram untuk melakukan tawaf, sa'i dan bertahalul bagi menyempurnakan rukun umrah mereka pada musim umrah dan rukun haji pada musim haji...dan paling membahagiakan apabila semua kita adalah sama, dalam persalinan ihram, hanya kain putih menjadi pakaian, langsung tiada beza...Kota Makkah akan ditutup selama dua bulan setiap tahun selepas selesai musim haji kerana kerajaan Arab Saudi akan melakukan kerja pembersihan secara menyeluruh bagi menyambut ketibaan jemaah umrah dan haji yang baru pada tahun  akan datang.

Dan dua gelas jus kurma ini adalah buatan sendiri ketika berbuka puasa di Windsor, Sg Long. Jadilah....haha! Nantilah, kalau ada kekuatan, boleh ber'try' and 'error' untuk puding/kek/lempeng kurma...ok roger! Semput sudaaaa....

Nota: Ya Allah, semoga kunjungan bau-baru ini adalah bukan yang terakhir...

24 comments:

  1. ah... inikah yag kau kata mahu cuti blogging 2 minggu??? ehehe.

    #aku juga pasang impian mahu jejak kaki ke situ satu hari nanti.. isyaallah.. =)

    ReplyDelete
  2. Lama dik LW menghilangkan diri naa. Tertanya2 jugak akak.

    Bila agaknya akak dapat menjadi tetamuNya di sana, syahdu betoi bila difikir2kan..

    ReplyDelete
  3. LW,

    Selamat kembali ke tanahair. Sedap nampak air kurma tu yer :)

    ReplyDelete
  4. Ooooooo.... alhamdulillah!

    ReplyDelete
  5. tolong doakan kita dapat pergi sana ye sis.. seronok dpt pergi time muda & bertenaga kan.. :-)

    ReplyDelete
  6. Akak berumrah ya? Sy msh igt akak pnh kate takkan smbt puasa di sini.

    Alhamdulillah. Sy doakan, rezeki akak utk berhaji tu ada.

    =D

    ReplyDelete
  7. rindu nak ke sana lagi...!!!! sangat2 rindu...

    ReplyDelete
  8. Reenapple,
    ya..inilah tujuan aku cuti blogging selama 13 hari...insyaAllah, berdoalah...kau akan jadi tetamuNya suatu hari kelak, InsyaAllah..



    Dinas Aldi,
    Ya Kak Dinas, saya menghilang ke sana sekejap, bertemu 'buah hati pengarang jantung'..alhamdulillah kini saya sudah kembali berblogging...

    ReplyDelete
  9. SM,
    ya jus jurma, nape ko tegezut?


    Khairul Abdullah,
    Sedap..memang rasa jus kurma yang dibuat sendiri lebih pure berbanding beli jus yang jual kat kedai...tak caya cer buat kat rumah tu...hehe



    Uncle Gedek,
    Ya Alhamdulillah...uncle bila nak p sana? jangan lupa bawa auntie lina ya...:)

    ReplyDelete
  10. Blog tip kurus,
    InsyaAllah sis, bermohonlah kepadaNya, kita semua adalah tetamuNya bila sudah tiba masa..



    Faraherda Razalan,
    Ya Fara, sampai juga akan ke rumahNya...berasa sangat bersyukur dan ingin pergi lagi, dan lagi..

    ReplyDelete
  11. Nenet Penne,
    No prob, i tau u alergik baca entry panjang...hehe...


    M.u.l.a.n
    Kan...rindu yang tak kunjung padam...dan tak akan puas walau berkali-kali dikunjungi..

    ReplyDelete
  12. salam LW,
    welcome home..rindu bila tgk gambar tu..mudah-mudahan ada rezeki untuk kembali ke sana..

    and i miss you rambling as well :D
    selamat berpuasa..moga diberi kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah puasa dan moga amalan dan ibadah kita lebih baik dari sebelumnya...

    take care dear

    ReplyDelete
  13. salam

    nasi ikan memang sedap , kalau takda ikan tu pun, memang sedap nasinya hehehe

    moga LW akan dipanggil lagi menjadi tetamu Allah, insyallah

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah ;)
    rupanya lama hilang kesana perginya yer..rindunya pengalaman disana bila baca en3 lw ni..moga dapat kesana lagi dengan keluarga.

    nasi tu nampak menyelerakan tapi teringat pula emel yg kata x elok di campur makanan laut dan makanan darat.hehe

    lw jaga kesihatan ye..risau sgt baca yg pengsan tiba2 tu

    ReplyDelete
  15. Blu4sky,
    Hi dear..miss u too..lama tak update dapur yang masak sedap-sedap tu...tapi bulan puasa ni pls jangan nak goda-goda i dengan food yang selalu buat i tangkap leleh yer..nanti tak pasal-pasal mengamuk nak makan menu yang macam dalam blog u..hikhikhik.
    InsyaAllah semoga Ramadhan ini penuh keberkatan dan bukan yang terakhir buat kita..

    ReplyDelete
  16. Irfa,
    Ya saya menghilang ke sana..kebetulan rezeki tiba-tiba muncul di muka pintu untuk bawa saya ke situ, ke dalam lautan hampir empat juta jiwa setiap tahun tawaf dan sa'i di situ. InsyaAllah Irfa pun suatu hari nanti akan pergi ke sana juga..percayalah.

    Pengsan hari tu sebab terlalu penat dan panas...cuaca di sana 35-38 degree setiap hari..sekarang dah ok..:)

    ReplyDelete
  17. Salam Bapak (Rezeki)
    InsyaAllah...mudah-mudahan rezeki saya murah, boleh bertemuNya lagi..Makkah adalah satu-satunya kota yang jika dikunjungi, terasa akan berkunjung lagi dan lagi kan...walau sesak dan padat macam mana sekalipun, setakat hidup hingga hari ini saya tak pernah lagi dengar orang kata, tak mau p dah...

    ReplyDelete
  18. Nong Andy,
    Salam ramadhan untuk kau juga sayang. Shinta puasa tak? hihi...

    ReplyDelete
  19. Shinta hahaha.. puasa sampai jam 9 pagi saja :D

    gembira hati bila LW datang jengguk blog dan bersuara kembali di blog ini :D

    mudah-mudahan LW sihat dan dapat jelani ujian dengan tabah.. Di uji kerana di sayangi..

    ReplyDelete
  20. Nong Andy,
    Ramai yang aku rindu amat semasa tidak berada di sini, termasuklah di halamanmu...jadi turun KL September ini?

    ReplyDelete
  21. seriously rindu ketiadaan lady! seriously!

    ReplyDelete