Monday, 9 July 2012

Belansungkawa: Azah Aziz

Beliau kelihatan begitu gembira ketika menyarungkan jubah berkenaan...pic ini diambil pada 20 Ogos 2008 di kediaman beliau di Astana, Petaling Jaya.
BELIAU yang dikenali adalah seorang wanita yang sangat sangat lemah lembut apabila bercakap. Penampilannya sentiasa manis, sentiasa dalam persalinan baju kurung dan sanggul siput. Senyumnya manis, manis kerana tulus dan sebutir tahi lalat di tepi bibir menambahkan lagi kemanisan wajahnya yang tidak pernah jemu dipandang. Beberapa kali bersua dengan beliau, tutur katanya tetap sama.

Aku berasa beruntung kerana setiap kali aku menelefon beliau untuk janji temu, beliau tidak pernah menolak, malah sangat mengalu-alukan kedatangan aku. Kali terakhir aku bertemu beliau ialah pada 27 Ogos 2008 di kediaman beliau di Astana, PJ.  Ketika itu pun beliau sudah uzur dan tidak banyak bergerak, namun semangat juang tokoh budayawan ini begitu kental. Dan aku perlu berterima kasih kepadanya kerana menyuntik kehendak untuk aku menjadi pengumpul songket walaupun aku tahu hobi itu adalah hobi mahal. Sangat mahal!

“Sebagai orang Melayu, kita mesti ada rasa kasih sayang pada pakaian persalinan kita..”
“Saya tak mampu nak mengumpulnya Mak Ungku.” Aku kata sambil senyum padanya.
“Kalau awak ada sehelai pun dah dikira mengumpul,” katanya lagi.
“Oh sehelai tu saya ada..kini ada lima helai dalam simpanan.” (At the moment i had conversation with her, yes i had 5 pieces which is belongs to KA but now all gone with the wind walaupun dua daripadanya aku yang beli, semua aku bagi KA..tak pe ada rezeki boleh beli lagi, untuk ‘orang’ lain pula hehe..:)
“Jangan lipat, nanti benang emasnya patah. Gulung saja dan alas dengan kain nipis antara setiap helaian. Tak pun sangkut saja. Kalau saya, saya lapis sehelai demi sehelai...”
“Ok saya prefer gulung..”

Kembalinya ke rahmatullah seorang budayawan: Sharifah Azah Md Alsagoff @ Azah Aziz
Itu antara serba sedikit perbualan aku dengan dia...ada lagi perbualan lain yang sampai kini tidak tertunaikan. Beliau minta aku menyimpan fotonya dalam persalinan warna biji kundang ini. Ketika aku hadir di kediamannya, beliau baru pulang dari Tanjung Malim kerana menerima penghormatan ijazah Kehormat di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

“Saya tak ada foto dengan baju ini. Tolong ambil gambar untuk saya...”katanya.
Dan aku menolong beliau menyarungkan jubah berwarna pekat itu sambil membetulkan butang baju itu. Akibat kesuntukan masa, gambar berkenaan tidak diserahkan kepada beliau dan masih aku simpan hingga kini.

Masa bergerak, daripada bayi menjadi kanak-kanak, selangkah menapak, remaja sudah usia ini dan kemudian menjelma peribadi wanita penuh sifat lembut manakala beberapa dekad kemudian kita menjadi ibu yang semakin menghampiri usia penghujung sehinggalah Allah menjemput kita ke liang lahad.

Al-Fatihah untuk Azah Aziz, yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 11 pagi di kediamannya di Petaling Jaya, hari ini.

9 comments:

  1. alfatihah untuk beliau

    i ada buku hasil tulisan dia..ianya berkaitan dengan baju kurung.. gambar2 beliau sangat cantik..dan beliau sememangnya cantik... i ada simpan buku tu tapi tak tahu kat mana i simpan.. masa i dapat buku tu i pun nak jadi mcm dia, berbaju kurung sepanjang masa.. dalam masa seminggu i pegi office pakai baju kurung, lepas tu.. hmmmmmm

    ooo songket kena gantung atau gulung yer?? ok thanks for the info...

    ReplyDelete
  2. takziah. hobi tu biar kena dengan kemampuan

    ReplyDelete
  3. alfatihah..
    mesti lw lebih terasa sbb penah jumpa arwah face to face.

    saya tak tahu sgt psl arwah tapi sy tahu arwah suka songket dan suka berbaju kurung

    ReplyDelete
  4. Nenet Penne,
    Ya, i pun ada buku tu..siap ada signature dia...songket tu elok kalau gulung atau just letak hampar macam tu je u..


    Abang Zam,
    Ya betul...nampak gaya aku tak berapa mampu sebab songket makin mahal sekarang, paling koman kalau grade A bunga tabur RM1000++



    Irfa,
    Saya baru bercadang nak jumpa dia lagi tapi tetiba dapat berita dia dah tak ada, was shock!

    ReplyDelete
  5. SM & Faraherda Razalan,
    Thanks...

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman.

    ReplyDelete
  7. seorang yang sangat matang dalam pemikiran dan very the very awesome...

    ReplyDelete