Monday, 18 June 2012

Resipi recycle...

Ini adalah resipi recycle...aku suka makan menu ini, sebab tu aku buat lagi, buat setiap weekend..u all boleh moderate resipi ini. kalau nak letak vege sebaai filling pun boleh, ikut suka citarasa sendiri. Yang penting, kita suka nak makan, jadi kita buat ikut taste kita..gua bagi lu basic..eh ada aku, kita dan gua..:)
Macam biasa, kalau suka sesuatu menu tu..aku akan buat dan buat dan makan dan makan lagi. Dan Ahad yang perfect itu adalah hari Ahad yang dipenuhi dengan moderate menu, try and error menu. Masih dalam mood makan roti dan inti, aku modified sikit resipi vege pie supaya bahan2nya menjadi lebih ringkas.


Bahan di atas ini adalah yang sudah potong dadu. Aku guna empat bahan ini saja. Yang bulat itu adalah daging burger (ayam) tiru style En Khairul. Senang tak payah tunggu mince meat lembut, terus guna daging burger yang sudah siap masak, jadi masak tumis nanti tak payah masak lama sebab bahan seperti bawang, capsicum tu cepat layu. Aku tak letak garam atay gula pun sebab daging ayam burger tu dah ada rasa masin. Tumis guna olive oil.

Guna roti wholemeal..lagi sedap dari white bread. Kemek-kemekkan roti, tekan dengan tangan je, tak payah rolled on. Gris dengan sedikit olive oil sebab lepas ni korang kena masukkan dalam acuan foil atas tu. Aku recycle foil cup tu, selagi ok dan tak kemek, aku guna. Sesetengah orang tu lepas masak depa buang terus sebab katanya dah tak dak guna, tapi aku basuh dan simpan sebab nak recycle. Selagi hayatnya ok, aku akan guna. Sebab tu ada yang nampak kemek sket kan...taram je lah.

Ini adalah telur untuk garnishing. Guna sebiji atau dua biji pun boleh, tapi aku suka guna lebih supaya rasanya lemak merdu. Oh ya letak dua sudu fresh milk atau low fat milk ya, then masukkan tomato cherry yang dibelah dua. Gunanya untuk letak atas pie tu nanti. Boleh guna cheddar cheese atau single kraft cheese.

Dah kemekkan roti tadi, buang bahagian tepi supaya roti cantik, sedap sket nak makan. Kalau dah bakar nanti, tak de lah keras sangat. Aku suka bakar sampai garing...rasanya crispy sket...dah ready acuan tul isi bahan yang ditumis dan di atasnya letak tomato dengan telur dan last letak cheese dan bakar. Berapa lama bakar? Agak-agak je lah, kalau nak garing, bakar lama, kalau nak lemau-lemau jerm bakar sekejap. Janji cheese tu cair. Aku bakar 10 minit dengan api top and above pada subu 180 degree.

Yang di kiri adalah stok dua tiga hari. Aku suka buat menu ini sebab ia boleh disimpan sejuk dan bila nak makan, reheat. Inilah resipi recycle yang aku suka ulang dan ulang buat, modified sana sini depends on taste, kalau nak guna isi tuna pun boleh. Kena mix and match, barulah ada warna rasa berbeza bila makan. Esok-esok aku nak guna sotong kari pula untuk intinya..

19 comments:

  1. mcm senang je membuatnya.
    sgt kreatif la ;)

    ReplyDelete
  2. akak LW,

    sedapnyer tengok vege pie ni..mesti cube ni

    ok tgh puasa, memang semua nampak sedap kan? hahaha

    ReplyDelete
  3. Klu umah sy ade oven, dah lame sy tiru resipi akak ni. Mmg menarik kak!

    ReplyDelete
  4. oven dah ada tapi semangat tak ada..
    semangat dah hilang... pufffff...

    ReplyDelete
  5. hikss. pos 3 4 cup boleh? hehehe

    ReplyDelete
  6. arghh mang stress betul tgk makanan ni.. adoi..

    ReplyDelete
  7. Sedap tu..tp perut ni tak maunya makan roti jer..nak gak mkn nasik

    Abis cam ner nak diet LW?

    ReplyDelete
  8. sis kalau gini lah entri lu.....bukan kek cekelat aje wa nak...semua menu yg ada dalam blog lu ni wa nak cuba rasa.


    ala...rasa gaya mcm cheff rasa sikit2 jer hahahaha

    ReplyDelete
  9. ah... nampak mudah juga. heee... len kali nak try ni :) bahan pun simple :)

    ReplyDelete
  10. ok,now i that i understand the process sikit2...hho...boleh try jugak..ekekeke :P

    ReplyDelete
  11. Irfa,
    Resipi sama, cuma saya kurankan bahannya...kalau just nak wrap dgn roti je pun boleh tapi simple sangat kan..nak juga tengok benda cantik baru selera nak makan..hehe




    MiszNorul,
    owhh puasa ke? Haaa kan kalau puasa memang semua makanan nampak menggoda dan menggiurkan...

    ReplyDelete
  12. Pok Amai Amai,
    Farra beli oven kecik pun ok boleh juga..:)




    Nenet Penne,
    hallo..mana pigi itu semangat...jangan la gitu...guna oven tu nanti karang oven majuk..haaa lagi susah kakak manis...hik!

    ReplyDelete
  13. Abang Zam
    Alaaa datang je lah amik..



    Dinas Aldi,
    Thanks kak, resipi murah dan cepat..burp!




    HaniAsyira,
    stress kah? hehehe...yummy tau!

    ReplyDelete
  14. All Along The Way,
    Bolehnya, cer makan makan nasi weekend je...tapi kalau tengok budak comel tu makan, mesti teruja juga nak makan kan...alahai Aurora.



    Telor Power,
    Habis tu, apa lagi...mai la turun KL...

    ReplyDelete
  15. Nong Andy
    Aku memang modified resipi ni untuk kau...kan sebelum ni bahannya banyak, tapi aku reduce jadi empat bahan je dan kau pun boleh buat NA...ajak Shinta buat sama-sama, gerenti retisku itu suka.



    Mr Clive
    You cook? Great! Bagus, nanti nak try ya..hahah

    ReplyDelete
  16. hehehe.. khas utk aku? ewah.. kembang kecup idung aku. nanti aku try.. aku up kan kat blog :)

    ReplyDelete
  17. boleh bolehhhh...hehehe tapi xla sehebat lady...ekekekekee

    ReplyDelete
  18. Nong Andy
    A ahh..kau nak yang simple kan...so aku dah kontotkan bahan2nya...mesti boleh buat punya..



    M Clive,
    Let me know if u wanna try...opis kita dekat jerrr...roger2 then!

    ReplyDelete