Tuesday, 12 June 2012

Best coffee shop in town..

Kalau kat kampung aku dulu, ada satu kedai kopi yang cukup femes, namanya kedai kopi abang Awang..haa namanya pun tradisional habes. Bini abang Awang ni namanya Cik Esah..jadi kami selalu sebut kedai abang awang mokcik esah...bila tang suaminya panggil abang, tang bininya dipanggil makcik..ntah sapa punya angkara, yang aku tahu, kedai ini walaupun nama kedai kopi, tapi ia sebenarnya kedai serbaguna..you name it you got it..macam magic pun ada sebab bila tanya nak beli benda yg aku tak fikir tak ada, depa ada jual.
Masuk-masuk je ada figuran snow man wish u  welcome...nice ahhh!
Balik pada kedai kopi ni, aku tak tahu kopi depa ni sedap ke tak sebab masa tu aku tak minum kopi lagi tapi pelanggan penuh je tiap hari sambil makan nasi berlauk. Bila aku dah duduk KL, aku jarang masuk kedai kopi sebab banyak kedai kopi yang ada kat KL ni adalah kedai kopi Yahudi..dulu-dulu KA selalu ingatkan aku jangan masuk kedai kopi Yahudi katanya...katanya! So kalau nak minum kopi aku prefer beli kopi cap kereta di pekan Bagan Serai dan minum kat rumah. La ni aku dah bebas nak minum kopi kat mana sebab KA dan tak ada untuk warning aku...jadinya aku pilih kedai kopi ini..Whisk Outpost which is the location is opposite of Strabuck @ One Utama.
How crative they are...paper cup jer tapi looks nice!
Hebat kan, kedai kopi mengadap Starbuck dan ia ada pelanggan sendiri. Apa rahsia kedai kopi ini sehinggakan ia tetap berdiri megah di sebelah kedai kopi Yahudi itu? Meh sini nak citer...melangkah masuk je ke kedai kopi yang namanya Whisk Outpost ini, aku rasa macam masuk kedai kopi asli. Kemasan kayu cengal coklat gelap menimbulkan aura kekuatan terhadap kedai comel itu, kecil namun besar pada pandangan aku kerana susun aturnya yang simple. Tuan punya kedai bijak menata rias kerana mungkin beliau berpendapat benda yang hendak dijual adalah kopi dan bukannya perabot, jadi apa ada hal dengan perabot sama ada mahal atau murah, yang penting kopi sedap! Dan tidak boleh dilupakan.
Kopi ini sangat awesome...aku minum dua cawan. Kena paksa dengan Baristanya yang cantik itu..o ya entry ini bukan berbayar, tapi aku buat atas kapasiti sendiri  sebab kedai kopi ini unik, lain dari yang lain...to the coffee lover, shall we date here...ahak!:
Barista kat Whisk ini adalah Sharifah Nor Asyikin dan Syed Azlan..makk ngko kopi yang aku minum tu rasa macam melekat kat tekak..memang meletops! Dan aku tak akan bagi lima bintang kalau ia tidak bagus. Kopi di sini cukup perisa dan aku yakin keenakan kopi ini adalah pengalaman Baristanya, Asyikin yang sudah banyak merantau.
Sharifah Nor Ashikin, cik adik manis ini terer buat kopi tau, jangan memain...bakar kek pun hebat..
Selain rahsia bau dalam biji kopi, kualiti lain juga kena jaga, berapa banyak susu, corak bagaimana yang customer nak, semua kena ambil kira. Aku tak tahu nak cerita lebih sebab barang yang baik tidak perlukan kata-kata bombastik. U all boleh pi try sendiri. Satu lagi cawangan kedai kopi ni ada kat Empire Subang. Aku paling suka kek dan makerun kat kedai kopi ni sebab katanya mereka buat sendiri, home made! Rupa cantik dan rasa meletup!
Ahaaa the pretiest and coolest and yummiest macaroon @ Whisk..warna vibrant gila...aku suka! Tak makan pun tak apa, janji mata terhibur!
Oh ya, sebenarnya kedai kopi ini sangat marvellous kerana sepanjang aku duduk situ sambil minum dua cawan kopi, lagu Carla Bruni berkumandang dan suasana kedai kopi tu betul-betul buat aku rasa seperti berada di sebuah kedai kopi yang sangat happening walaupun kat KL jer..
Ni satu lagi menu yang menggeletek perasaan mak dik non...
Ni semua mencuri tumpuan, gebu, wangi, enak dan menggiurkan..huhu meleh ayaq liur tapi NO, mak kan diet dik non..(>.<). Cobaan sungguh apabila melihat menu sebegini, nasib baiklah nafsu aku terhadap makanan sebegini berjaya dikawal..syaitan yang pegang rekod makan-makan ni tentu kecewa!
Terendak lampu idaman..mana aku nak cari lampu klasik macam ni...
Aku suka juga lampu terendak gaya lama dalam kedai ini, klasik habis. Rasa macam kembali ke era Frank Sinatra...duduk, minum kopi, sambil dengar lagu dan larut dalam terowong masa...ahh berangan lagi...eh kat mana aku nak cari lampu macam ni ya? Ok...i full stop here...lets have some coffee now!


29 comments:

  1. yeah.. memang klasik, aku pun suka juga yg klasik2 ni :)

    sharifah noor tu barista kat situ ke?

    ReplyDelete
  2. jauhnya nak try.. bila cenggini, tergedik2 rasa nak pindah kl sbb macam2 ada situ...

    me, coffee addict..!!

    ReplyDelete
  3. u said Empire Subang???
    okkkkk kena pi acu try test minum nih...

    pagi ni before i datang sini, i citer pasal kopi kat blog i, tetiba i datang sini, u pun citer pasal kopi...

    jadi maknanya we are kopi loverss...

    and some more... kita sehati sejiwa... ha ha ha...

    ReplyDelete
  4. Wow! Kak, barista tu ke tokei kedai? Mmg cool!

    ReplyDelete
  5. Cik Shasha,

    Sampaikan salam saya pada cik barrista tu yer..apa namanya Sharifah Nor Ashikin...sedap..macam kopi plak yer. ;)

    ReplyDelete
  6. Akak peminum teh tegar tapi sekali sekala nak jugak kopi sodap. Jauh bebenor tuh. Kat Penang takdak cawangan ka..

    ReplyDelete
  7. for me dalam memlilh kedai kopi,setting dan environment sekitar...if it feels right and comfy....hmmm...gerenti secawan!heheh :P

    ReplyDelete
  8. hello puan tanah??? puan tanah sibuk leer tu...

    okk lahhh byeeeeee...

    ReplyDelete
  9. owh mcm menarik ni


    warna2 fancy macaron tu boleh digayakan dengan naik beskal fixie

    ReplyDelete
  10. Nong Andy,
    Ya Sharifah Nor Ashikin dan adiknya Syad Azlan, barista kat Whisk. Kedai kopo depa ni klasik dan unik pada pandangan aku...:)

    ReplyDelete
  11. m.u.l.a.n
    mai la pindah KL, nanti boleh mengopi rumah i...hihi

    ReplyDelete
  12. Nenet Penne,
    Ahhaaa baru hari ni i dapat masuk sini...cawangan depa yang 1st kat Empire Subang dan yang kat one utama ni adalah yang kedua...i suka enviroment kedai tu dengan suasana dan lagunya, rasa kalau duduk nak minum kopi tu masuk la dengan feeling kita..

    yesszaaa dah banyak kali entry kita nak sama...memang sama taste kannnnn!

    ReplyDelete
  13. SM,
    biasalah ..de javu tak de javu, aku bleh baca pikiran korang...haaa!

    ReplyDelete
  14. Pok Amai amai,
    a ahh dia tokei kedai merangkap barista..cool kan!

    ReplyDelete
  15. En Khairul,
    ok, boleh je kalau nak sampaikan salam pada Sh. Nora, apa kata bila balik KL nanti u pergi minum kopi situ...gerenti kopinya meletup! hikhikhik..

    ReplyDelete
  16. Mawar Berduri,
    Bukan setakat macaroon, cupcake pun boleh sayang! hehe..

    ReplyDelete
  17. Dinas Aldi,
    Kak Dinas, kalau akak dah minum teh baik jangan start minum kopi nanti ketagih lagi teruk...kehkehkeh. Dia ada cawangan dua kat KL je kal..meh la turun KL..

    ReplyDelete
  18. Mr clive,
    Yeah...the taste of the coffe consist of environment, hospitality, food and communication between customer and owner aite!

    ReplyDelete
  19. Nenet Penne,
    Puan tanah pergi berfoya-foya ke utara...hehehe


    Telor Power,
    Mai turun KL aku belanja ko minum kopi dan kek cekelat la bro..

    ReplyDelete
  20. LW : ok2 dalam perancangan ni sis

    sabtu ahad free kan

    ReplyDelete
  21. LW lagi: kek cekelat mana kena minum ngan kopi....

    ReplyDelete
  22. LW lagi: kek cekelat mana kena minum ngan kopi....

    ReplyDelete
  23. Telor Power,
    Ala Bro Sabtu dan Ahad memang free tapi kebetulan 23 dan 24 ini jadual aku dah full...nanti kita roger2 ek..

    ReplyDelete
  24. Hi there to every one, the contents existing at this site are actually amazing for people knowledge, well,
    keep up the good work fellows.

    Here is my website - vakantievilla frankrijk

    ReplyDelete
  25. I do not even know the way I finished up right here, but I assumed this publish was once good.
    I do not recognise who you might be but certainly you are going to a well-known blogger for those who aren't already. Cheers!

    my blog post - vakantieparken in frankrijk

    ReplyDelete
  26. Write more, thats all I have to say. Literally, it
    seems as though you relied on the video to make your point.
    You clearly know what youre talking about,
    why throw away your intelligence on just posting videos to your blog when you could be giving us something enlightening to read?



    Here is my website: vakantiehuisjes frankrijk

    ReplyDelete
  27. Hello there! Would you mind if I share your blog with my
    facebook group? There's a lot of folks that I think would really enjoy your content. Please let me know. Thanks

    Look into my blog - frances bean cobain boyfriend

    ReplyDelete