Sunday, 13 May 2012

Made..love you!

I'm extremely worried because i lost my cook book..try to search for it since last week but can't found it. I wonder where did i put the book..i don't think it was taken by a vampire ..no..no vampire because i'm the one and only vamp in the castle..sigh!!

***
Aku dah tabur garam seluruh rumah..masih tak jumpa juga. Hairan bin ajaib, mana pergi buku resipi bertulis tangan yg dah lusuh itu. Ada banyak khazanah resipi yg aku suka dalam buku itu. Kalau KA dulu, asal hilang barang je cepat2 ditaburnya garam..memang jumpa! Lagi aku heran, macam magic pulak seolah-olah ada hijab lain yg tutup pandangan mata kasar. Esok-esok kalau buku biru tu muncul kat atas peti ais kat kitchen (tempat simpanan biasa) harus bergegar satu rumah sebab aku akan terperanjat! Maunya tak tegezut, dah jenuh keliling satu rumah dok cari haram tak jumpa. Ok harapnya ia terselit di mana-mana dan aku akan jumpa dengan cara sopan..maksud aku bukan cara magic.

Madelein..esok kena bagi security kat Windsor sket. Aku makan sorang tak akan habisnya..jadi sebelum berkulat, baik bagi depa. Made..love it! Yummehh...
Lebih menyakitkan jiwa, ada text dari Cik E, "LW, kita nak madeleine satu bekas, nak makan, nak cepat ya!" Hah!! Aku dah le kehilangan buku masak klasik tu..kalau mak ada, mesti mak akan tolong cari. Dulu-dulu kat kampung, mak ada satu buku masakan dia sendiri, Kak Jah pun gitu juga, Mak Nah ada buku gulai dia sendiri, Chek Yah ada kitab masak dia sendiri dan Kak Chek pun gitu juga. Bila berkumpul atau bila aku tanya resipi, masing-masing akan buka buku dan lebih kekwat tu, mereka tak akan bagi aku belek buku tu dan siap pegang kemas-kemas supaya aku tak akan minta tengok.Ceitt korang eksyen dengan aku...anyway lepas mak meninggal aku tak tahu mana buku tu hilang..

Masa shooting, kami macam duduk berkhemah tepi pantai walhal cuaca kat luar sejuk gila..kereta penuh tengah jalan dan tak ada apa yang menarik perhatian aku kecuali kasut-kasut mahal dalam kedai ini...ampun la aku mampu tengok jer beli of coz NO! Bayangkan sepasang RM4,500 yang paling murah. Bukan taraf gua..gua pakai kasut cap ayam saja! Jejaka paling kanan itu ialah Faizal Hamid, lecturer and fashion consultant UiTM Shah Alam.
Betapa sayangnya mereka kepada buku masakan mereka dan bila aku dah ada buku masakan sendiri, aku faham kenapa mereka setia dengan buku itu. Kerana apa yang ditulis atau semua resipi dalam buku itu adalah resipi asli yang memang akan jadi...Arghhh suffernya bila hilang buku biru ini..dahlah ada banyak order kek, satu pun aku tak leh buat dan weekend hari ni aku cuma sempat buat madeonat saja (madeleine + donat) je. Ini pun sebab aku suka gila pada kuih ini...jadi aku ingat resipinya yang aku dah moderate jadi mudah ikut kesesuaian.
Sarah..kesian dia..dalam cuaca sejuk..kita orang buat shooting. Dia cuma pakai singlet nipis dan short saja kat dalam...gua nampak dia menggigil halus tapi sebab pro punya model, dia tak cakap pun dia sejuk...baik punya Sarah!
Feeling2 student...bluerkkkk!
Lagi madeleine yang dibuat menggunakan resipi ingat2 lupa.
Kalau ikut madeleine resipi asal, memang gebus. Medeleine ini pun ada kisah juga. Ia jadi makanan penyelamat kami yang kedua selepas baguette yang aku dah buat entry terdahulu. Selain makan baguette, aku, Kak S, Encik F, Rizman Ruzaini, Jasmi Rejab, Hazwani Osman, Latiff, Jack, Sarah dan Adilla Pierce semua makan madeleine ketika kami menyiapkan kerja di kedai kasut Datuk Jimmy Choo di Mayfair Street.
Jadi, sepanjang shooting aku beli madeleine di kedai Pakistan yang terletak di belakang kedai Jimmy Choo. Sekali beli lima pack yang mana setiap pack ada 12 ketul madeileine. Ceittt sedap sungguh pulak madeilene tu bila makan dalam cuaca sejuk cecah kopi panas. Sebetulnya aku tak tahu sama ada kuih itu adalah madeileine atau muffin blueberry biasa saja tapi sumpah rasanya sangat marvellous. Puas aku cek apa bahan, yang aku dapat kesan adalah kismis, bluberry dan basenya rasa macam muffin budus jer tapi jadi sedap sebab kami makan ramai-ramai, sambil berebut-rebut dan share kopi juga. Gila babas mahal harga kopinya...kami beli kopi kat kedai selang dua pintu dari kedai Jimmy Choo. Kata Dodi, harga RM12 / serving tu dah kira ok..ampunlah kalau kat KL aku tak akan pijak kedai tu..macam Starbuck atau Dome..selisih macam mana pun gua gua feeling2 rock pulak..bluerkkk tak akan masuk kecuali Gloria Jean's Coffee...haa yang ini memang tak boleh tolak k!

Nampak macam ok..agak2 rasa macam mana???
Cik E, ini madelin awak. Jadi model jap..
Agaknya sebab bosan dan sejuk dan kami tak dapat explore banyak tempat, madeleine itu jadi sedap dan menyelerakan. Nak dekat 8 pack juga aku beli kat kedai pakistan sampai mamak tu heran sebab bila aku masuk je, mesti benda yang aku beli adalah madeileine tu. Sampai dia tanya dari mana dan kenapa tak beli biskut atau coklat bar, mamak nasib baik ko handsome kalau tidak nak jer aku pelangkong sebab tanya...suka hati aku lah..aku cakap kami suka madeileine dan nak beli lagi...tambah dia heran. Ahh lantaklah..yang penting kerja kami siap..puaslah merayau dalam kedai tu..sampai ke bahagian basement tempat depa buat kasut, semua kami masuk, Datuk Jimmy tak ada, yang ada cuma Datin Emily..his wife yang sangat shy shy lady tapi friendly sebab selamba je dia kata kat kami, please do hospitality and make yourself comfortable...so kami pun apa lagi..seperti orang mengantuk diberi tilam, bantal dan bantal peluk lah kan padahal memang aku penat gila dan alangkah heavennya kalau pada masa itu boleh rebah belakang sekejap...ada orang kisah? Tak aderrr..
Hazwani Osman bersama Jack menggayakan sut yang direka Hazwani...
Kami berkampung di kedai kasut mahal itu sebab ada shooting fesyen di tengah-tengah jalan utama di Mayfair Street itu. Ia adalah idea En Latiff, profesional photographer yang sudah bermastautin di London. Seorang daripada model yang bekerja dengan kami hari itu adalah anak Latiff, iaitu Jack. Jack adalah anak campuran darah Peranchis dari sebelah ibu dan bapanya adalah Melayu Indonesia, jadi itulah wajah Jack yang boleh tahan lumayan..haha..macam apa pulak ya..boleh kira lumayan. Lumayan la sangat!! Perghhh...eh tapi memang lumayan kan..cer korang tengok betul-betul..Sarah tu pun cun..seswai dah..seksi pulak tu..
Designer meletops di KL, Rizaman Ruzaini..bersama Sarah dan Jack. Sarah menggayakan baju label Rizman Ruzaini. Rizman ni beli beg LV macam beli daging sekilo jer..
Kami start shooting jam 9 pagi waktu tempatan. Cuaca sejuk gila sebab winter. Ketika ini hari kedua di London dan suhu -8 di bawah paras beku tapi salji belum turun. Jadi kami boleh shooting di mana saja lokasi tanpa perlu risau akan bahana sejuknya. Dodi kata kami boleh guna kedai kasut Datuk Jimmy Choo dan semua setuju termasuk designer dan penasihat. Jadi selepas pekena nasi lemak Pakcik Awie di Malaysia Hall, kami naik train ke Mayfair dan jalan kaki sket..ntah aku pening nak ingat stesen train yang beratus-ratus itu. Seb baik bebudak ni ramai, sorang ingat satu stesen dan sambil jalan kaki berangan, kami ulang alik dari tempat penginapan di Sussex Garden ke Mayfair. Masa balik kami jalan kaki je dan aku terbayang kalau tetiba muncul vampire woohoo ntah apa jadi...sebab sehari sebelum itu Dodi bawa kami jalan-jalan kat tengah bandar, dia tunjuk satu building yang jadi lokasi sebenar kisah Jack The Ripper...seram tak?
Sarah dengan gaya tersendiri mengenakan baju Jasmi Rejab...
Bayangkan sepanjang hari shooting, ada 12 helai persalinan, ambil masa lebih lapan jam dan kami cuma makan madeileine dan kopi. Depan kedai kasut ini ada sebuah restoran yang juga dipunyai oleh Jimmy Choo tapi kami semua ambil keputusan untuk tidak makan di situ kerana restoran berkenaan menghidangkan makanan barat dan kerana was-was, kami setia dengan medeileine kedai Pakistan. Kiranya hari itu adalah hari madeilene sedunia..sampai nak balik pun ada yang beli dua pack seorang sebab nak buat bekal makan dalam bilik...aku dah tentu beli juga sambil makan tepi tingkap sambil skodeng brader hotel depan..Central Park yang didiami oleh.....(>.<) hehe! Ok gua namakan saja dia Invisible Man...jeng!

Hmm...nampak sangat Jack tu lebih tinggi sikit je dari aku yang sebenarnya sangat rendah..
Sebelum meninggalkan kedai Datuk Jimmy Choo...semua nak ambil gambar depan kedai ini..No 18 Mayfair Street, Centre London...
Masing-masing bajet tourist walhal kami datang bekerja...seronok bekerjasama dengan designer yang most promising ini walaupun mungkin ada yang tak berkenan dengan design mereka. Taste berbeza, yang pasti aku tak mampu nak beli baju yang mereka jahit ok! Baju yang Jasmi Rejab (extra left) design awal-awal dah ada model London base booking sebab sangat futuristik manakala baju label Rizman Ruzaini pun masuk majalah di sana. Hebatlah depa ni..gua tukang bawak je..:)
Wanita yang pakai baju belang2 itu adalah pembuat kasut di kedai Jimmy. Katanya, kasut ini berharga RM18,000 di beli oleh seorang Sultanah di Malaysia...
Akhirnya malam itu kami balik, singgah makan dan kepenatan. Lepas tengah malam, makan lagi. Walaupun demam, Dodi ajak beli nasi kedai Arab kat belakang hotel dan aku nampak Umi Aida sedang makan dengan husband dia. Kaya betul artis Malaysia ni, asyik cuti ke London jer..dia tak perasan kami dok belakang dia...so dia cakap Melayu manja-manja dengan husband dia...sekali lepas beli nasi aku dan Dodi bantai cakap BM kuat-kuat supaya dia dengar.tak de motif pun aku dan Dodi cakap kuat, saja nak usik Umi Aida...hahah..dan memang dia malu-malu kuchen selepas tahu kami pun sama kapal..over kan semangat kenegaraan! Jadinya, u all tolong doa ya supaya buku masakan gua ditemui semula...tolonglah 'siapa' yang sembunyikan buku itu, kembalikan semula kepada sayer...sayer nak masak kek!

32 comments:

  1. apa kata kau pulak yang hilangkan diri, mesti buku yang eksyen tu gelabah dan terus cari kau pulak. hm, nak main nyorok-nyorok konon!

    sekian komen menyibuk tak diundang...

    ReplyDelete
  2. best pula baca story panjang ni.. dengan sesekali iklan vampire hehehe...

    pelik juga buku tu pun 'org bunia' nak tapuk! yeke.. tabur garam.. baik len kali aku try. dulu ayah mertua suruh tabur garam kat tepi pagar tempat shinta tgk smbil gelak ketawa astu mlmnya demam.. 'bisa' juga rupanya garam ni :)

    oh.. LW keja berurusan dgn artis... wah! itu sgt best. Mahal gila kasut Jimmy Choo tu!!

    kuih madeleine memang nampak sangat menyelerakan. tentu Shinta suka.. lebih-lebih lagi snowynya itu.. Shinta paling suka kuih gelang/donut. maknya ini x pandai buat.. pandai membeli saja hehehe.. ckp pasal kuih donat ni terus teringat.. ah! pinjam gambar madeleine tu boleh? er.. madeleine tu.. agak-agak mcm mana nak sebut ah? hehehe.. aku baru pernah jumpa kuih tu :)

    *Harap buku pusaka itu di temui secara magic atau tidak!! yg penting jumpa hehehe...

    ReplyDelete
  3. SM,
    Amboii ko nak suruh aku hilangkan diri? Sat naa aku nak suntik ubat jadi invisible lady..karang langsung tak muncul..ko tau tak ada ayat yg jika diamalkan boleh buat ko jadi ghaib..apa ke namanya mat yang kena tembak dulu tu..ala yg ghaib tu dan tak boleh pijak tanah..ha macam tu la baru betul2 ghaib kan..

    ReplyDelete
  4. Nong Andy,
    Amik jer ko nak gambar Madeleine tu..kiranya macam donat bandar walhal kuih sempoi jer..ooo Shinta suka eh? Ok jom turun KL retis aku yg sorang ni..muehehe..

    Ya aku biasa tabur garam..harapnya ada lah jumpa kat mana2..

    ReplyDelete
  5. setahu aku, vampire tak perlukan apa-apa ayat untuk ghaib atau bergerak tanpa pijak tanah. hahaaahaaa!!!

    ok, aku tau kat mana benda tu sembunyikan diri...

    ReplyDelete
  6. Ok cer bitau aku kat mana? Aku saspen betul ni, semalam dah satu dapur aku tabur garam...karang kalau ada harus aku tegezut la ko....

    ReplyDelete
  7. LW..nak kata salah letak dah pus mencri ye.
    jangan jadi macam acik dah la..acik punya buku masakan biskut raya dan beraneka jenis nasi..lesap jugak masa pindah rumah..dah masukkan dah .bila bulan puasa puas mencari..tak jumpa sampai sekarang...

    ReplyDelete
  8. Adik Erna,
    Saya biasa letak kat kitchen atas microwave. Memang tak pernah beralih sebab asal nak masak atau buat kek je saya Akan buka dan belek2. Dua minggu ini saya noticed ia tiada di situ dan yg herannya tak de sapa pun nak conteng buku tu sebab anak2 buah saya pun kecik lagi, memang tak sampai tangan nak capai. Musykil sungguh bila mikior kan buku tu...

    ReplyDelete
  9. salam LW,

    ada lah kat mana2 tu..biasalah benda2 ni..time kita nak guna melilau satu rumah cari tak jumpa..bila tak nak pakai..tup2 kat depan mata.. mcm cermin mata i.. hahhaha...every morning pusing2 cari cermin mata x jumpa :p

    my mom pun ada buku recipe kesayangan dia..everytime bln puasa mesti keluar buku log tebal tu buka resepi.. unfortunately buku tu pun tah hilang kat mana sbb my mom dah jarang buat kuih..as for anak dia..iaitu me.. all my recipes simpan dlm external hard disk..hahahah..

    last..hahahah nak gelak part umie ida tu.. hehehe...sangat lah dengki korang errkk.. :p

    ReplyDelete
  10. Blu4sky,
    Yerp i often forgot about so many things nowadays...tua sudehh...haha tapi kan ada juga few times mengalami magic. Pernah sekali hilang kunci rumah..sehari suntuk cari, bawah bantal pun i belek. Kiranya dua tiga kali jugalah lastly jumpa bawah bantal kat tempat yang sama dok belek sebelum ni..memang magic bangat ..haishh ada la yg nak mengusik tu.
    Part buku log resipi turun temurun ni memang dah 10 tahun i simpan, bila hilang rasa rebeh bahu sebelah ye lah sebab buku tu banyak jasa, kek org order semua resipi dalam buku tu..
    Ya kita orang saja jaki dengan Umi Aida...ekekeke

    ReplyDelete
  11. pertama : kau tabur satu rumah. luar dalam, tingkat atas dan bawah. tunggu 48 jam.

    kedua : kalau tak jumpa jugak, kau tabur satu taman. tabur setiap pelusuk jalan, segala ceruk perdu pokok besar dan celah pokok renek sepenjang jalan. tak lupa jugak sebalik pagar jiran-jiran. mungkin ada makhluk ciptaan tuhan yang dah bawak keluar tanpa kau sedar.

    ketiga : ah, kasi setel dua step ni dulu.

    ReplyDelete
  12. my sista kalau dengar nama hazwani jer terus geram...ha ha ha.. apa nak buat bukan taste my sista.. tak semua tukang jahit kita suka hasil jahitannya...

    madeline... orang peranchis suka ni..mcm ala2 baulu kot.. tahu pasal ni masa tengok citer jason staton (citer yang dia jadi driver terror gila babas tu) yang dia selamatkan shu qui...


    jom kita pi london... i nak pi londonnnnnn... lagi... sekali pegi tak cukup...

    ReplyDelete
  13. walaupun ianya dalam satu tugasan kerja, tapi macam sedang megembara. Aku suka....aku suka kerja berjalan2 begini.

    kirim salam kat sarah ye, Lady W tanya kat dia, nak tak jadi model 'menembak gambar' aku secara percuma? hihihihi

    ReplyDelete
  14. SM,
    Ko ni kan..pupus la aku nak kena beli garam satu guni...tauke garam pun geleng kepala macam ni, cukup satu bulan reput berkarat barat rumah aku sebab penuh garam..bhahaha..aku redha je lah bhai kalau buku tu tak muncl muncul dah ada sorang suka, nak buat macam mana kan..

    mak redha nyah..hahahah

    ReplyDelete
  15. Nenet Penne,
    Ya..i memang kena suka semua dengan ada job dengan derang. Kadang-kadang bukan semua task dia orang ni disukai sebab definisi cantik tu berbeza pada setiap orang..

    Whatever, madeleine adalah kesukaan kita orang..sebab no choice..adehh!

    ReplyDelete
  16. Telor Power,
    Sarah tu kata no pay no job..muehehe..tapi minah ni sporting habis. Selamba je dia salin baju depan kitorang..terpinga-pinga aku dibuatnya dan dia sangat profesional.
    Memang best le weii jalan2 ala kembara giteww kan tapi balik HQ, nak buat report itu ini nak pecah kapla mak dik non..elakkan kerja macam aku ni..:)

    ReplyDelete
  17. NP,
    Kita setup tabung JJCM ya...hikhikhk! im coming..

    ReplyDelete
  18. Uncle Gedek,
    Dapat! Lepas tu taubat sebab sejuk macam nak beku otak!

    ReplyDelete
  19. wahhh Lady!best la entry ni!loveee! hehehe
    at first,xdpt sgt nak connect the dots,tapi dah baca baca baru la boleh dpt gambar kasar dier..hehe :)

    ReplyDelete
  20. Mr Clive,
    Pening ek baca entry ini? Hahaha...that's me..caca marba kalau menulis bcoz i hv a lot of things to share about..hws ur weekend?

    ReplyDelete
  21. nyum2.. cedapnya.. n hensem2 nyer.. aishhh.. =)

    ReplyDelete
  22. HaniAsyira..
    heheh...dua-dua lumayan..kuih dan yg hensem iteww..

    ReplyDelete
  23. hahaha aku kesian tgk sarah berfoto shoot dlm sejuk, malaysia kan panas cuacanya.

    ReplyDelete
  24. Telor Power,
    Dia dah biasa dengan cuaca sejuk macam dalam bilik simpan daging beku...aku pun rasa nak hancur tulang aku tapi dia selamba buat muka stone..

    ReplyDelete
  25. siap ade buku resipi.. mesti rajin masak ni.. tak kemane hilang nye tu.. cube ingat letak katne mesti jumpe nye nanti..

    ReplyDelete
  26. kay_are,
    harapnya gitu lah...masih belum jumpa..adehhh seksa rasanya bila buku tu hilang, buku lubuk rezeki phew!

    ReplyDelete
  27. kasut rm18000 ?
    letak kat kaki je..emm hebat hebat

    ReplyDelete
  28. Irfa,
    yerp..bagi pembeli kasut itu, mungkin RM18,000 itu adalah sangat berbaloi..berbanding dengan kita kan..kalau saya, jumlah banyak tu dah boleh settle loan banyak tu..

    ReplyDelete
  29. ada souvenir dari sana tak? hihi

    ReplyDelete
  30. Cik Cempaka,
    Ada...jap kita adjust..hihi.

    ReplyDelete