Wednesday, 23 May 2012

Entry tertangguh: Cikgu

Walaupun hari cikgu dah lama lepas, aku baru nak up kisah ini kerana tak mahu ketat-ketat dengan blog lain sebab aku up entry ikut suka suki hati aku seperti mana aku nak pergi sekolah dulu dengan gaya macam mana.
“Cikgu, saya nak minta tolong cek karangan saya ..” kataku kepada Cikgu Hussin, walaupun beliau bukan cikgu kelas aku ketika aku di tingkatan 4A.

Cikgu Hussin guru kelas Perdagangan, tapi oleh sebab dia suka akan karangan yang aku buat, dia boleh cross line  Cikgu Azizah, guru BM kelas aku, kelas sastera. Hal ini menyebabkan seluruh budak-budak kelas perdagangan tak suka aku sebab kata mereka, aku curi guru mereka. Hahaha...aku lagi otai sebab guru mereka boleh baik pulak dengan aku..kiranya aku otai sikit...tapi otai bertempat ya..kemudian nanti citer kenapa aku otai...

Di sekolah yang sama, ada Cikgu Fauzi, mengajar Geografi. Aku bermusuh sakan dengan Cikgu Fauzi sebab dia pernah tegur aku masa kelas dia.
“Hah..termenung aje, ingat pakwe ya,” katanya pada satu tengah hari. Kelas beliau last, masa tu jam 1 pm..lagi 15 minit nak balik. Aku mengantuk gila vavi!

Oleh sebab malu yang tak terhingga (aku sekolah border school, no guys at all jadi rasa macam gedik sangat la konon kalau berkhayal ingat pakwe walaupun aku tak de pakwe langsung..caya tak?) aku sentap dengan teguran Cikgu Fauzi dan rasa nak jelir lidah saja pada dia. Lepas tu oleh sebab terlalu marah, aku conteng buku Geografi, conteng dengan pen sampai carik buku tu. Penyudahnya aku dapat 7 saja SPM sebab derhaka pada guru. Cikgu Fauzi langsung tak tahu aku marah pada dia dan moral of the story, jangan buat musuh dengan guru, nanti tak berkat belajar.

Ada satu kisah lagi, mengenai Cikgu Azizah yang jadi Pengetua di border school ini. Dia masuk kelas aku (dan kami suka dia sebab dia sangat feminin) sebagai guru ganti. Kebetulannya dia bagi buku latihan dan panggil nama kami satu-satu. Ada sorang murid terlupa nak cakap terima kasih kepada beliau dan beliau boleh bercakap kepada kami mengenai sikap mengucapkan terima kasih itu sehingga habis waktu. Aku terkesan sehingga sekarang pun dan aku rasa bersalah kalau tak cakap terima kasih kepada makcik cleaner yang tolong clearkan bakul sampah aku kat opis...

Masa sekolah rendah, aku suka Teacher Nadhira dan Sir Ayoub. Mereka berdua ni guru BI. Teacher Nadhira ni BI dia memang power tahap twinkle-twinkle little star manakala Sir Ayoub pula memang level Humpty Dumpty. Pada aku, depa ni macam terer sesangat dan aku kagum. Cuma yang aku heran, walaupun dah tua bangka, aku tak juga terer macam Teacher Nadhira dan Sir Ayoub ni. Entah depa ni ada lagi ke tidak...sebab dah berpuluh dekad berlalu. Aku tak ada banyak kenangan di Sek Ren Keb Sultan Ibrahim (1) Pasir Mas kerana aku student pasif.

Ada dua orang ‘cikgu’ ni, Mak Su Jah dan Kak Cik Nah...mereka ini adalah antara guru yang membentuk aku mengenali dan menjaga keutuhan susur galur sebagai seorang muslim. Dua beranak ini adalah guru Al-Quran yang aku sanjung. Mereka mengajar aku baca Quran tanpa melihat butir dan huruf Quran pun. Mak Su Jah ini sentiasa pejam mata bila mengajar, tapi bacaannya betul dan anaknya, Kak Cik Nah, ada juga sekali sekala pejam mata tapi masih merujuk pada halaman Al-Quran. Inilah dua guru yang jadi ikon penting dalam hidup aku. Mak Su Jah dah lama kembali ke rahmatullah manakala Kak Cik Nah pun dah tua dan uzur.

Apabila sambung belajar di KL, orang yang mengajar aku dah tak dipanggil cikgu lagi. Semua disebut Encik dan Puan dan malangnya kita tiada hari pensyarah.

Oh ya, aku ada dua orang guru sepanjang hayat yang aku sanjung sampai bila-bila. Arwah Mak dan Abah, kedua-duanya adalah guru yang tidak pernah lelah atau penat mengajar aku ilmu kehidupan. Sejurus aku keluar ke dunia, abah sudah mengajar aku supaya menjadi anak yang baik (walaupun aku bukan baik sangat pun...) dengan melaungkan azan di telingaku. Meskipun aku tidak mengetahui apa-apa pada masa itu, sekurang-kurangnya pelajaran pertama yang aku terima daripada Abah membentuk aku mempunyai jati diri seperti hari ini.

Begitu juga dengan Mak yang mendidik aku supaya jangan buat perangai buruk laku ketika minum ( Mak kata aku kuat minum susu, dah tentu susu cap gantung kan...hehe) dan aku pun tak mengerti apa-apa ketika itu. Yang aku tahu, melalak bila lapar dan basah. Jadi Mak pujuk aku supaya jadi budak baik, tidak menangis dan behave...mekaseh Mak!

Demikian guru-guru yang membentuk acuan seorang aku hari ini...jasa mereka yang bernama guru tidak akan pernah aku lupa. Dan guru itu tidak semestinya boleh ditemui atau ada di sekolah semata-mata, sebaliknya pengalaman juga adalah ‘guru’, persahabatan juga adalah ‘guru’ dan anda semua yang masuk ke blog ini juga adalah ‘guru’ yang aku anggap mematangkan aku dalam banyak perkara..

8 comments:

  1. 1. subjek geografi ada masuk SPM.???

    Zaman aku mmg tiada.hanya sampai PMR saja sis

    ReplyDelete
  2. Telor Power,
    Zaman aku ada, berpuluh tahun lalu..haha ko mesti meneka-neka bila la agaknya zaman aku punya kisah ni ya...

    ReplyDelete
  3. sampai buku terkoyak tuh cikgu tak pasan lah ei.. camne sikgu perdagangan check karangan ei..

    ni bila tahun lah agaknya.. hmmm..

    ReplyDelete
  4. HaniAsyira
    Cikgu Hussin tu memang jadi guru kelas perdagangan tapi dia mengajar BM juga...kebetulan artikel akak tersiar di dalam majalah Dewan Siswa dan dia ada baca, jadi katanya dia nak baca dulu sebelum akak hantar ke penerbitan lain...:)

    ReplyDelete
  5. hahahaha

    kalau time SPM ada subjek geo ni dah lama aku skor.

    ReplyDelete
  6. betul la ckp org...tanggungjawab dan jasa seorang cikgu dan juga cikgu cikgu,besar sangat sangat...merekalah pendidik anak bangsa... :)
    kalau tidak,tidak mungkin sekarang lady menulis tentang mereka... :)

    ReplyDelete
  7. Telor Power,
    Hahaha aku sampai la ni allergic dengan Geo..memang rasa berdosa sebab bermusuh dengan Cikgu Fauzi tapi aku x boleh accept la joke dia yang buat aku sentap tu...kehkehkeh



    Mr Clive,
    O yeah..maybe im not who i am today it not because of them...

    ReplyDelete
  8. I used to hate teachers...but my mom is one of them! XDD Without them..we couldn't be this awesome mwehehehe.
    Lady W mesti terer BM ni! :D <3

    ReplyDelete