Wednesday, 30 May 2012

Bad imagination while stress...

Dari KDN Jalan Duta, aku tahan sebuah teksi yang betul-betul berhenti depan tangga KDN. Pemandunya berbangsa India. Apabila masuk dan duduk di tempat duduk belakang, baru aku sedar ada sebuah beg pakaian yang agak besar. Sambil belek-belek passpot yang baru direnew, aku berbual dengan pemandu teksi itu. Bila aku tanya pemandu, dia kata itu beg pakaian kawannya yang punya dan ditinggalkan sementara tuan empunya menyelesaikan urusan di kaunter Immigration.
“Encik ini beg siapa?” Aku tanya, dalam hati ada sedikit risau.
“Jangan risau, itu kawan saya punya. Dia tinggal sekejap, petang nanti dia angkat. Dia jawab.
“Kenapa petang? Kenapa dia tinggal dalam u punya kereta?” Aku tanya lagi
“Dia mahu selesai urusan di kaunter la...” Dia jawab.
Aku nampak dia rimas manakala dalam hati aku kerisauan terus bercambah.

Buatnya dalam beg itu ada dadah narkotik, mampus aku kena charge bawak bahan terlarang itu. Sambil kontrol cool, hati aku makin rancak dihujani kerisauan. Tiba-tiba ada siren polis berbunyi dan seolah-olah berada di belakang teksi yang aku naik. Bingit telinga dan ya, bunyi itu di belakang polis mengejar teksi yang aku naik. Pemandu panik dan aku juga bertambah panik. Teksi berhenti kerana dihimpit kereta peronda polis. Pemandu keluar dan aku terkulat-kulat dalam teksi berkenaan.

Kalau kena tahan dan dalam beg berkenaan ada barang, aku tak akan mengaku bersalah kerana ia bukan beg aku. Aku akan buat apa saja supaya aku tak kena charge kerana aku bukan pembawa.
“Cik ikut kami ke balai. Ada sedikit soal siasat,” kata polis.
“Kenapa Tuan?” Kata aku lagi , otak makin sendat.
“Ikut saja kami ke balai,” katanya bengis.
Di balai aku disoalsiasat dan disumbat ke penjara. Menunggu hari perbicaraan yang sah bahawasanya aku membawa barang terlarang. Dalam sel, aku cuma minta sebuah komputer dan bahan bacaan serta akhbar selain sejadah dan kemudahan solat.

Aku akan menulis atau berblog dari dalam sel penjara. Semua benda aku akan tulis supaya dapat berkongsi dengan blogger yang yang masuk membaca blog LadyWindsor yang masuk sel kerana mengedar barang salah. Aku menunggu saat dijatuhkan hukuman dan sempat juga aku menyiapkan beberapa novel yang sebelum ini terbengkalai. Di samping itu aku minta dengan penguasa penjara untuk beri talk kesihatan dan kecantikan kepada banduan lain selain mengajar kraftangan. 

Permintaan aku ditunaikan dan di luar penjara, rakan-rakan sekerja berpiket untuk membebaskan aku kerana aku tidak ada ketokohan sebagai pengedar bahan terlarang itu. Hidup sememangnya sengsara di dalam sel sempit itu, tapi aku pasrah. Mungkin hayatku berakhir di situ. Aku tiada siapa yang perlu dirisaukan dan mereka juga tidak perlu risau lagi pasal aku.
“Cik! Cik!...” Suara itu kedengaran nyaring.
Cisss penguasa penjara ini, tidak bolehkah dia bercakap elok-elok dengan aku yang adalah pesalah akhir ini..
“Cik, sudah sampai u punya office...” Kata pemandu itu..

Ceittttt! Aku bermimpi di siang hari tapi memang aku ngeri dan resah gila lihat beg pakaian itu. Korang kalau nak naik teksi yang ada sebarang benda di tempat duduk belakang atau depan, berhati-hati. Just a pre-cautious kerana jerat tidak pernah melupakan pelanduk, tapi pelanduk sentiasa terlupa akan jerat berkenaan.

Nota: Demi Tuhan, sepanjang 20 minit berada dalam teksi dari KDN Jalan Duta menuju ke office, aku berasa cemas gila sambil menjarakkan kedudukan aku dengan beg pakaian berwarna hitam itu. Konon aku tidak mahu meninggalkan sebarang DNA pada beg berkenaan. Dalam kepala juga aku teringat kes Nurin Jazlin..sangat hairan kerana sampai kini polis tidak dapat mengesan sebarang DNA pada beg berisi mayat arwah. Kalau tengok CSI, sure dah lama boleh kesan. Tapi ye lah kan...itu siri TV, segala bagai boleh buat...heh!


36 comments:

  1. oh.. okey...

    dah 2 komen aku dari tadi tak lepas-lepas.. smpai aku dah ilang idea nak komen ekekekeke..


    well sebenarnya aku sgt suka imaginasi yg melampau itu ahahaha.. best di baca tapi tentunya tak best kalau di rasa..

    *ya.. kita patut berjaga-jaga

    ReplyDelete
  2. cis!kene tipuuuu!!!aaarrghhhh punyaalaaa ingat lady betul betul masuk lokap...=_="

    haihhhh

    ReplyDelete
  3. Nong Andy
    Itu imaginasi aku masa duduk dalam teksi nak sampai ke office, aku cemas gila...lepas tu driver teksi tu pulak tersenyum2 sensorang, aku kat belakang ni merangka-rangka apa akan jadi lepas ini, apa patut aku buat kalau betul ia berlaku..ngeri sehhh! hahaha..whatever kita atau sesiapa saja patut berhati-hati!

    ReplyDelete
  4. Mr Clive,
    Hahaha..minta simpang weii perkara itu berlaku, memang tak mahu ia berlaku cuma masa dalam teksi tu i terimaginasi yang sangat merewang-rewang...

    ReplyDelete
  5. menulis dari dalam sel penjara. teringat filem The Hurican (Denzel Washington). mungkin boleh jadi best selling.

    ReplyDelete
  6. salam LW,
    bkn main lagi imaginasi siap sampai dalam penjara..minta apa tadi..talk about kecantikan..hahahah.. klu i..i imagine ada mayat yang dikerat 18 dlm beg tu :p

    ReplyDelete
  7. SM,
    Tu la pasal, aku teringat banyak citer orang putih yang banduannya boleh buat macam2 dalam penjara...so aku konon nak berkarya sebab tak mahu dok saja2..kehkehkeh tapi ko, memang aku ngeri selama 20 minit tu, rasa cam tak leh nak berfikir lain dah...aku cuma terbayang kalau dalam beg tu ada dadah, mati aku..

    ReplyDelete
  8. Blu4sky,
    Hahaha..i tak terfikir pulak pasal mayat sebab tak de darah dan tak de bau. Yang i dok terimagine ialah dalam tu ada syabu atau dadah, so konon polis tahan teksi tu dan driver kata itu beg saya sebab ianya dok ada kat sit belakang...ngeee...punyalah imejin, peh tu kalau kena penjara nak buat baik le sangat nak bagi tazkirah kepada penghuni lain...sangat tak boleh blah imejinasi macam ni kan...ahak!

    ReplyDelete
  9. imaginasi tinggi sangat ni sampai leh imagine bende2 camtu.. sampai bawak ke mimpi lagi.. tapi part ati2 tu memang setuju.. betul sangat2

    ReplyDelete
  10. phewww.. beribawa sungguh tolong-menolong dlm sel tu kan..mimpi yg menyeramkan..

    betul2 kena berhati-hati.. kita tak tahu perangkap ke.. nanti kita yg susah..

    ReplyDelete
  11. kay_are,
    hahaha kan...imaginasi memang tak boleh elak, asal dok sesaje je kapla otak menerawang dan imaginasi yang semalam tu adalah sangat tidak enak kerana menimbulkan kengerian...

    ReplyDelete
  12. haniAsyira,
    itu je kebolehan akak...konon nak berbakti sesama insan dalam penjara..adehh bila ingat balik, macam poyo je rasa...kikiki
    Tapi kan..memang kena berhati-hati kan sebab kita tak tahu apa akan berlaku...assume that we must be in a position 'standby'

    ReplyDelete
  13. mungkin kalau kau ada lebih rasa ingin tahu, kau akan mula mendekati kemudian menyentuh sisinya dan akhir sekali cuba membuka zip beg tu. akhirnya, misteri akan terbongkar...

    ReplyDelete
  14. SM,
    owhh tidak, aku sudah membuat keputusan ketika itu supaya tidak membuka atau menyentuh mana-mana bahagaian kanvas beg itu kerana aku tidak mahu meninggalkan walau sedikitpun DNA aku pada beg itu. Mungkin negara kita belum sepenuh implement mengenai pemeriksaan DNA pada bahan bukti seperti kes Nurin Jazlin itu, walhal beg yang ada mayat arwah sudah dipegang pelaku, tapi sampai sekarang pelaku masih bebas...aku bukan bermaksud mengecilkan kebolehan forensik kita tapi mungkin pelau memakai alas tangan, jadi dia tidak dapat dikesan...

    ReplyDelete
  15. ceeeeehhhhhhhhh........at last!
    tipah tertipu....

    aktif sungguh gaya pemikiranmu..

    ReplyDelete
  16. Queenie
    Muehehe...aktif tapi ketakutan tu sist..it was scary for me...rasa macam malapetaka sungguh naik teksi tu..

    ReplyDelete
  17. Hi Lady Windsor, ha ha, for a moment I thought....
    ok, just your lively imagination.
    But its true, many people getting into taxis have found things left behind by previous occupant.
    Once a bag containing diamonds!!!

    Another time, large envelope containing more than US $10,000!!!
    How people can leave these behind, God know!
    Not to mention h/phones, laptops, umbrellas....the most common.

    Was really nice of you to come by my pondok. I got no link to you, and so thrilled see you drop by.
    Thank you.
    You have a nice day, stay beautiful, and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
  18. hahhaha.. aku dah agak dah ini imaginasi sahaja... Dasyat juga kauimaginasi sedemikian.. negatif pulak. Samalah, aku pun negative thinker bila melibatkan lelaki sahaja.. ngeh ngeh.

    ReplyDelete
  19. tinggi betul imaginasi u
    tapi betullah..jangan sekali2 sentuh bag tu..nanti kalau ada cap jari susah ooo..
    kadang2 citer boleh dimanipulasikan

    ReplyDelete
  20. Aduh..sakit jantung saya..ingat kan you kena..lain kali jenguk dulu dari luar tgk kot ada apa2 benda yang was2 lam teksi tu..

    Lega..hanya imaginasi..

    ReplyDelete
  21. Akak pun sama dik, bila ada stressful situation, sampai ke laut ke gunung ke langit imaginasi kuuu! :D

    ReplyDelete
  22. firasat saya kan...ada mayat kerat 18 dalam tu kak....

    ReplyDelete
  23. Nenet Penne,
    I dah naik teksi tu baru i terfikir ntahnya kalau dalam beg tu ada apa-apa yang menyalahi undang-undang, habess laa i, tabung ke mana, handbag ke mana...kehkehkeh sempat lagi tu fikir pasal nikmat dunia terutama canne nak blogging..boleh?

    ReplyDelete
  24. Uncle Lee
    O yeah, that's what i can do in a taxi..imagine and dreaming and talking with the driver...i avoid sleep because more dangerous aite..buatnya when i wake up, ntah mana-mana dia parking...haishh! Lagi tak boleh imagine...:)

    ReplyDelete
  25. Reenapple,
    Masa tu juga aku try muhasabah diri supaya jangan terlalu negative dan stress sebab kalau stress darah aku naik...tapi otak aku tak berhenti berfikir lepas ni apa akan jadi, kalau jadi sesuatu apa aku nak buat...hahaha...poyos kan..mentakutkan diri sendiri!

    ReplyDelete
  26. All Along The Way,
    Lepas sampai office tu, i terfikir nak buat entry ini nak share dengan u all supaya berhati-hati ketika ingin menaiki perkhidmatan awam sebab kita tak tahu peribadi driver tu macam mana. My SIL punya experience kena kidnapped selama beberapa jam lima tahun lalu memang ngeri. Dia turun kat Jelatek LRT, naik teksi nak balik Keramat, sekali kena samun dan driver pusing berpuluh kali di tempat yang sama dalam usaha nak turunkan dia kat mana sambil pisau ada kat leher sebab driver tu buat kerja dua orang...finally dia turunkan my SIL kat bukit antarabangsa jam 10 malam dengan duit RM10 dan cincin kahwin yang tak jadi diambil setelah my SIL merayu...

    ReplyDelete
  27. Kak Dinas,
    Kadangkala imaginasi tu boleh releaved stress kan...sama ada imaginasi yang baik atau buruk, itu belakang juga kira yang penting kita eskpress..lama akak bertapa ya? Hihi...

    ReplyDelete
  28. Halym,
    Ahhh banyaklah firasat ko yek..dalam tu ada murtabak kerat 18 lah...haha

    ReplyDelete
  29. hahah imaginasi lebih tu sebab banyak sgt menonton citer citer hollywood ni...ekekekeke

    ReplyDelete
  30. Mr Clive,
    nope..i tak tengok tv dah lama...tapi 24 jam dengan radio dan baca paper...so segala source masuk dalam kepala, blend..jadi imaginasi gitu...hahaha

    ReplyDelete
  31. dalam sel penjara ada talian internet eh???

    special kes gini

    ReplyDelete
  32. Telor Power
    A ahh special kes dalam imaginasi aku tapi kalau in real rasanya tak de makna imejin begitu begini kecuali dalam citer omputeh...memang boleh terjadi.

    ReplyDelete
  33. lady W : bahahaha...betul tu hanya dlm cerita omputih jer ada dan boleh berlaku

    ReplyDelete
  34. w,pun hanya mimpi tapi baik ambik pengajaran..dulu2 kan saya mesti takut kalau org suh pegang anak dia..takut nanti dia tak dtg balik,sian baby tu.hehe

    ReplyDelete
  35. Telor Power,
    harap2 ia x akan berlaku di malaysia..



    Irfa,
    ya betul, baik kita berhati-hati walau dalam apa jua keadaan sekalipun..

    ReplyDelete