Tuesday, 17 April 2012

Rahsia dalam secawan kopi..

Aku tak minum kopi, tapi di rumah tetap ada serbuk kopi dan kalau ke rumah orang, jika mereka hidang kopi, aku minum untuk menghormati penat lelah mereka berhabis membancuh kopi. Lepas ada KA, pun aku tak minum kopi walaupun dia adalah peminum kopi tahap tegar. Dia hanya minum kopi cap kereta yang hanya ada dijual di kedai Abi di sebuah pekan di Utara tanah air, setianya dia dengan kopi itu.

Dia tetap mahu ajar aku minum kopi walaupun tahu aku tidak akan suka dengan air kopi. Justeru setiap hari aku buat kopi untuk dia dulu.  Begitu juga dengan belacan. Aku tak tahu bagaimana menikmati belacan di dalam masakan dan aku tidak pernah menyediakan kari sotong sejak kecil hinggalah mengenali KA. Dia ajar aku minum kopi, dia ajar aku makan sambal belacan dan dia ajar aku masak kari sotong. Katanya...jack of all trade but master of none...ok noted!

Dia beritahu, aku kena buka minda dan hirup nikmat yang ada dalam secawan kopi. Katanya lagi, minum kopi adalah satu gaya hidup yang sudah lama ada dalam masyarakat. Kalau tidak, masakan ada Starbuck dengan offer pelbagai seperti cappucino, mocca, vanilla dan segala jenis kopi lagi walaupun dia hanya minum kopi buatan kampung.

Mengutip kata-katanya lagi, ada nikmat dalam secawan kopi. Kopi minuman bersifat mahal walaupun diminum di anjung atap rumbia, berselang dengan ubi kayu rebus kala hujan lebat. Kopi adalah minuman elit kerana dalam secawan kopi ada nikmat kehidupan, ada citarasa yang halus dan ada nostalgia kala menghirup lebih-lebih lagi jika ada orang yang menemani di sisi ketika menikmatinya.Aku masih tidak suka kopi.

I don't drink coffee. However, if i went to someone house and they served me a cup of coffee i will sip it nicely for the sake of their effort. First time i was introduced to coffee was in 1994 when I met KA personally in KL. I remember, im quite confuse and really don't understand when I saw he drank coffee with pleasure infront of me...instead of confuse about coffee and the aroma which is stimulate my mind, im still standing, no coffee!
Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, aku jadi gian dengan kopi. Tak pasti kenapa dan bagaimana, ia seperti dadah sintetik yg boleh buat minda berasa tenang apabila menikmati hirupan pertama, mata jadi cerah apabila menikmati hirupan kedua dan seterusnya ia jadi tambah nikmat apabila ada iringan irama Les Plaisirs Demodes by Janet Seidel..

Nota: Sama ada faktor usia, desakan atau tekanan kerja mahupun pengaruh KA yang dulu, hanya kopi yang tahu rahsia terhadap ketagihannya...

34 comments:

  1. kopi che nah.. tulah ayah sy minum..

    wahhh,, nampaknya dah jd golongan elit menghirup kopi kan.. =)

    berfikir sambil minum kopi.. nice..

    ReplyDelete
  2. In a cup of coffee there are lots of surprises,in a cup of coffee there are many unsolved mysteries XDD.
    I love Cappuccino! huhuhu

    ReplyDelete
  3. HaniAsyira,
    Kopi Che nah tu famous gak kan...Dulu saya diperkenalkan dengan kopi cap kereta..kini mana2 brand saya minum asalkan kopi...

    ReplyDelete
  4. Liselle MonCherie.
    It is, there is a magic of coffee...my late father always asked mom to prepare a glass of coffee for him during world cup..now no more..all is history..

    ReplyDelete
  5. hehehehe.. akudulu pun tak suka sangat kopi.. hahaha. Tapi sekarang aku suka sanagt kopi... bau kopi tu buat aku tergoda tapi aku tak la ketagih tetiap hari.. heheh.

    *jom minum kopi.. hehhee

    ReplyDelete
  6. KA??? uuuuuuuuu.... (>.<)

    *dear,
    ubi rebus pon dah commercial..

    ReplyDelete
  7. Reenapple,
    people change..like us too...aku memang antikopi because im a tea lover tapi sekarang beralih kepada kopi, ntah angin apa yang bertiup...hehe.
    But then tea is still on top...specially BOH!

    ReplyDelete
  8. Blog-tips-kurus,
    Yerp darling, tell you what i kalau p Chawan kat Bangsar, mesti order ubi kayu cecah kelapa dan gula merah tu...aiyoo dulu2 org makan ubi kayu musim hujan je sekarang elit na tapioca ni..
    Ya kenapa dengan KA?? Hihi...

    ReplyDelete
  9. Khairul Abdullah,
    I used to be a tea person too..but change to coffee then...might be tea is better for your due to weather aite!

    ReplyDelete
  10. i pun tak minum kopi tapi suka dengan bau kopi tumbuk tapi tetap tak minum :D

    ReplyDelete
  11. blu4sky,
    Sedap kan bau aroma kopi tumbuk tu. I prefer kopi kasar kerana baunya lebih menyengat berbanding kopi serbuk yang halus tapi nak cari kopi kat KL ni yg ada kasar2 sikit payah le dear..

    ReplyDelete
  12. kopi lah sedap sis. hahahaha
    eh KA tu siapa?

    ReplyDelete
  13. kalau minum kopi, jangan cari yg instant. cari yg serbuk & bancuh sendiri. lagi padu!

    ReplyDelete
  14. Telor Power,
    Ya..enak kan minum kopi dengan kek cekelat. Kedua-duanya tinggi fafein...hoho!
    KA? Ada lah....:)rahsia...hahahaha

    ReplyDelete
  15. Abang Zam,
    Yerp, saya tak suka yg 3 in 1, saya akan cari yang manual punyai kopi, padu dan mantap..kan! kan!

    ReplyDelete
  16. kopi umpama 'jump-start' untok uncle....

    Vroommm!

    ReplyDelete
  17. Pagi2 sy wajib kena kopi. Klu takde kopi, teh halia itu wajib!

    Ms sy preggy, sy gile dgn black coffee without sugar. Gile kan?

    ReplyDelete
  18. LW,

    aku lah pengemar kopi. Tapi semestinya local kopi. bukan nescafe... Kopi tenom or yg sewaktu dgnnya :)

    Dan kopiku mesti tanpa susu. Kaw2 gitu :)

    harap2 nanti kita berpeluang minum kopi sama2 :)

    ReplyDelete
  19. saya pun suka kopi tapi jarang sgt minum..kat umah pun xde stok serbuk kopi ni

    ReplyDelete
  20. Uncle Gedek,
    Kan...starter pun ya...pepagi mesti pekena dulu...


    Mommyfara,
    Masa preggie minum kopi? Aiyoo beraninya, kawan2 akak yg preggie avoid kopi, katanya takut baby yg lahir tu gelap..ntah!

    ReplyDelete
  21. Nong Andy,
    Ok insyaallah, kau turun KL September ini kan...aku mau cadangkan kopi baru di KL ni, sedap kerana ia lemak dan manis serta sedikit pahit, namanya Gloria jeans coffee...aku dah addict dgn itu kopi...



    Irfa,
    Kalau gitu kena ada stok la kan...

    ReplyDelete
  22. Akak suka minum teh. Teh o panas, teh ais, teh tarik. Teh, I lap you.

    Tapi kalau orang hidang kopi, sama jugak, akak minum :)

    ReplyDelete
  23. Kak Dinas,
    Saya pun suka teh sebelum ini...agaknya saya tersampuk sesuatu menyebabkan tetiba terjatuh chenta dgn kopi pulak..bagaimanapun teh masih juga diminum...tamak kan, dua dua nak minum...saya suka teh suam..:)

    ReplyDelete
  24. kalau stress,kopi.
    kalau nak relax,kopi.
    sebelum tido,kopi.
    pas bangun,kopi...

    haaaa...kopi....i love u!hehehe....in time,maybe you'll fall in love too!hehehe

    ReplyDelete
  25. Mr Clive,
    O yes...I already fallin love...with GJC..Gloria Jeans Coffee..hehe :)

    ReplyDelete
  26. sekarang aku penggemar kopi tarik. tapi pagi tadi lepas pekena kopi o dan roti canai, tiba-tiba sakit perut pulak. mungkin bukan kombinasi yang baik kot.

    ReplyDelete
  27. aku suka kopi o..pekat tapi kurang manis. berasa feeling vampire habis kala hirup kopi begitu...dan aku dah jumpa kedai kopi yang akan jadi sasaran aku...

    ReplyDelete
  28. akak LW,

    im addicted to caffeine .. but starting from er i dont know when, im addicted to MILO...an old addiction hahahhaha

    welcome to the coffee-addict club

    ReplyDelete
  29. MiszNorul,
    O yea..coffee club ekk...bila kita nak meet up ni? Akak nak ajak awak pekena Gloria Jeans Coffee...sedap tau kopi makcik Gloria ni...hehe

    ReplyDelete
  30. kedai kopi dah jumpa, macamana dengan regunya?

    ReplyDelete
  31. regunya x jumpa...aku minum kat rumah je lah...derang bekalkan kopi mentah sama..

    ReplyDelete
  32. regu dah ada, tapi belum ada kesempatan nak jumpa la tu.

    ReplyDelete
  33. ramai regu nak minum kopi tapi bila aku ada masa, derang plak tak free.. bila mereka free aku pulak tak dak kat KL..

    ReplyDelete