Friday, 13 April 2012

Mengenang dia...

14 April 2006 / Wad Songket @ Special Wing HUKM - 10.30am
“You nak balik berehat kat rumah kan? So hari ni boleh keluar. Lepas lunch nurse akan siapkan document, bil etc..”
“Thanks Prof. I kena ambil ubat banyak ke?”
“Ubat biasa je, cuma jangan buat kerja berat. Dalam masa seminggu sembuhlah. I guna laser, so luka pada kulit luar tak nampak sangat, tapi bahagian dalam tu kena beringat ya...”
“Ok Prof..maknanya I free from cancer ..*%$#.... tu lah kan?”
“InsyaAllah, tapi you kena juga buat check every 6 months..”
“Ok..apa-apa saja. Janji I boleh keluar hospital hari ini.”

13 April 2006 / P Mas, Kelantan - 6.00pm
Langit gelap, keadaan di dalam rumah sunyi. Sekejap lagi hari akan malam. Sambil dia berusaha menghabiskan secawan minuman yang sudah sejuk, dia berhadapan dengan isterinya yang sudah hampir 40 tahun dikahwini. Susah senang mereka lalui bersama.

“Yam, saya nak balik dah sekejap lagi...” katanya sambil menggosok dada sendiri. Dia duduk bersila di atas tilam kekabu yang menjadi alas pembaringannya sejak empat hari lalu. Sejak dia sakit, tilam itu dirasakan begitu enak walaupun hanya berisi kekabu. Bukan tiada tilam tebal, tapi dia memilih tilam itu kerana dirasakan serasi dengan belakang tuanya.
“Nak balik ke mana? Ini rumah kita...rumah ini sudah cukup luas untuk kita berdua. Setiap bulan cucu2 kita balik, pun masih luas lagi...” kata si isteri yang dipanggilnya Yam itu.
“Saya nak balik rumah sendiri. Tu dah ada orang tunggu saya di luar pintu,” katanya sambil membuang pandang ke arah pintu. Mata tuanya merenung jauh..seolah-olah dia sudah tahu hala tujunya ke mana selepas ini.
“Awak duduklah dengan anak dan cucu. Saya dah siapkan rumah untuk hari tua kita. Dah tiba masa untuk saya balik ke rumah saya yang kekal...” katanya sambil memotong kuku kaki.

Sebelum Asar dia sudah menggagahkan diri membersihkan diri, membersihkan janggut dan misai supaya kelihatan rapi. Dia juga sudah memotong kuku kaki dan kini dia sedang memotong kuku tangan, itulah perkara terakhir yang dia lakukan sebelum baring menghadap kiblat untuk menunaikan solat Maghrib sambil isterinya setia menemani di sebelah. Dia juga mengenakan sehelai kemeja kuning air dan pelikat lusuh, tapi bersih kerana katanya dia selesa dengan kelembutan pelikat kain kapas itu. Isterinya mengikut saja kehendak si suami yang kelihatan amat payah untuk menarik nafas.

14 April 12.30 malam @ KL.
Sakit hirisan masih terasa di perut. Duduk salah, berdiri pun salah. Ada call masuk...
“Dia suruh tanya, macam mana operation?”
“Baik saja..orang dah keluar hospital. Ada kat rumah, esok nak pi tanya tiket, orang nak balik.”
“Tunggulah dua tiga hari, luka belum sembuh kan..”
“Tak apa, orang dah janji nak balik. Dia macam mana Mak?”
“Dia macam biasa. Petang tadi dia bangun mandi. Dia gunting janggutnya, dia bersihkan misainya dan potong kuku sekali...”
“Ya ke...Mak tak tolong?”
“Dia kata dia boleh buat sendiri, Mak cuma tolong pimpin dia ke bilik air dan tunggu depan pintu takut dia jatuh..”
“Mak tengok dia macam mana?”
“Biasa saja. Cuma sekejap tadi dia makan ubat yang doktor bagi. Mak tengok kuku kaki dan tangannya sudah kebiru-biruan.”
“Mak, apa-apa hal Mak telefon ya. Adik kata dia tak boleh balik sebab final exam. Mak dah beritahu kakak ke?”
“Dah, kakak balik malam ni. Dalam perjalanan.”
“Ok Mak...”

Aku berasa setiap kali jarum jam beralih detik, ada ketakutan yang amat. Terasa lambatnya untuk hari menjelang siang. Dan sekali lagi pada jam 3.30 pagi, ada call masuk.

“Dia dah tak ada. Baru sekejap tadi...Mak di hospital. Akan dikebumikan esok selepas Zuhur...”
“Mak...tunggu orang sampai....!”

15 April 2006
5 am - ke KL sentral.
5.30 am - menaiki ERL ke KLIA.
6 am - Menunggu di kaunter MAS...katanya penuh dan aku boleh daftar untuk waiting list. Ketika itu aku sudah lupa tiga bekas jahitan yang masih berdarah akibat pembedahan dua hari lepas, namun tiada rasa sakit walaupun plaster itu merah kesan darah kerana kesakitan akibat kehilangan dia yang aku kenang lebih lagi mengatasi kesakitan akibat torehan. Kesakitan yang dihadapi ini adalah kesakitan abadi, kesakitan kehilangan orang yang sentiasa disanjung dalam hidup.  

9.40 am - Cik boleh buat pembayaran sekarang . (terima kasih kepada individu yang gagal muncul pada tarikh dan jam berkenaan kerana membolehkan aku balik ke P Mas sebelum Zuhur.
10.45 am - flight took off.
11.30 am - arrival.

12.15 noon - tiba di rumah pusaka Mak. Sekeliling rumah bersih, ayam dan itik juga kelihatan mundar mandir di hadapan rumah Mak. Ayam dan itik itu adalah haiwan peliharaan dia, haiwan kesayangan katanya selain beberapa ekor kucing. Mempelam dan rambutan melebat di pohon. Kelihatannya seperti satu lukisan alam yang menyejukkan mata, tapi ia tidak enak pada mata aku kerana seorang dia yang sering menyambut kami pulang di kerusi lusuh di tepi balkoni rumah sudah tiada. Dia kini sudah berbaring lena di pembaringan, menunggu anak dan cucu menjenguk jasadnya yang sudah terbujur kaku. Betullah, dia benar-benar bermaksud untuk balik ke rumahnya yang jauh dan abadi.

Sejurus aku duduk di sisinya, dia kelihatan seperti tidur lena saja, bukan seperti mati. Dia tidak mati, dia sentiasa hidup dalam jiwa kami. Dan kalaulah aku tahu, sebenarnya Mak sudah tahu selepas melihat kukunya mula kebiru-biruan dan sedikit demi sedikit tubuhnya juga mula kebiru-biruan serta sejuk seperti ais, tapi tiada apa pun yang boleh dilakukan kerana kematian itu tidak akan terlambat, tercepat atau terhalang walau apa pun dilakukan kerana Allah sudah menetapkan ketika itu malaikat maut mencabut nyawanya.

Orang yang dimaksudkan datang untuk membawa dia balik ke rumah itu adalah malaikat maut yang hanya dia saja melihat bayangan itu. Ketika itu Mak juga sudah boleh mengagak, namun naluri manusia sentiasa cuba menafikan akan saat kematian itu, lebih-lebih lagi ia adalah kematian, juga bererti perpisahan, memisahkan dan terpisah dari orang yang kita sayangi...

2 pm - Dia dibawa ke rumahnya yang sudah siap menunggu kedatangannya. Aku, adik, kakak dan mak memilih untuk tidak menghantar dia ke 'rumahnya' itu. Hanya adik lelaki yang bongsu saja mengiringi dia ke sana. Kenapa kami tidak mahu menghantar dia, kerana menghantar dia ke sana bererti kami mengucapkan selamat tinggal kepada dia. Tidak, kami tidak mahu mengucapkan itu kepada dia kerana kami belum puas bermanja dengan dia, kerana kami belum puas mendengar suaranya memarahi cucu-cucunya yang gemar berlari di rumah papan kayu cengal itu, kerana kami belum puas mendengar desir daun yang dia sapu setiap petang dan paling utama kerana kami belum puas membalas jasa-jasanya kepada kami. Jadi kami mahu dia sentiasa ada bersama kami, di rumah itu, di mana-mana saja kami berada.

Nota: Abah, kami ada 'mengirimkan' sedikit 'hadiah' untuk abah, mak dan nenek. Tahlil 'hadiah' itu diadakan di rumah Hajjah Amnah. Harap 'hadiah' itu sudah sampai di pangkuan abah dan yang lain. InsyaAllah kami akan sentiasa mengirimkan hadiah untuk abah dan yang lain di sana. Tunggu kedatangan kami...buat masa ini, kami belum dibenarkan ke sana...jadi biarlah kami berada di sini dulu..

Kalau dia ada lagi, dia akan sentiasa membaca, dia akan sentiasa melihat, dia akan sentiasa memerhati satu persatu setiap ayat kerana 'aku' ada di mana-mana saja untuk dia lihat setiap hari. Dia yang pulang ke negeri abadi tepat jam 2.35am, 15 April 2006 akibat acute inferior infarct cardiogenic shock.

23 comments:

  1. buat yg terbaek sis....sedekahkan lah ayat2 suci al-Quran nur karim.

    sedih plak baca entri ni

    ReplyDelete
  2. Ehh jangan sedih2 bro, kita pun suatu masa nanti akan menuju ke sana. Past is past. Ya kami sentiasa sedekahkan sesuatu untuk beliau dan buat sesuatu juga bagi pihak beliau...

    ReplyDelete
  3. semoga dia dikalangan orang orang beriman LW.

    ReplyDelete
  4. Hiedayahrosli,
    Thanks. Dia dah enam tahun tiada tapi rasa macam masih baru lagi berlaku..

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah buat ayahanda dik LW. Semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

    Bapak akak pun dah 17 tahun pergi tapi arwah sentiasa di hati akak.

    ReplyDelete
  6. ah.. dia sungguh bersedia. kagum pun ada.. bila dia dah boleh rasa yang dia akan di jemput..

    kehilangan sebegini memang tetap menyakitkan x kira sebesar mana kita telah bersedia... apatah lagi bila kita tidak bersedia?

    LW,
    aku kirimkan 'cinta' pada mereka setiap kali teringat tak kira aku berada di mana.. ketika memandu di jln raya.. atau ketika kepala melabuh hendak melelepkan mata. Dan terasa sgt bahagia setiap kali mengirimkan 'cinta' buat mereka :)

    ReplyDelete
  7. the best is to keep him in ur heart and still remember the best memories... :)

    ReplyDelete
  8. Kak Dinas,
    As time flew away..cepat sangat rasa, dah enam tahun. Im pretty sure bagi Kak D yg dah 17 tahun kehilangan tu pun masih rasa macam baru kan...let's pray for them...semoga mereka dicucuri rahmat Allah sentiasa..

    ReplyDelete
  9. Nong Andy,
    Aku dah berhadapan dengan beberapa kematian yang sangat menyakitkan. Dalam erti kata lain, betapa rusuhnya hati untuk melepaskan mereka pergi kepada Pencipta walaupun kita tahu hidup itu lawannya mati. Sampai hari ini aku masih cium baju kedua-duanya yang ada dalam simpanan aku...
    Samalah, aku pun setiap hari mengirimkan hadiah untuk mereka...kalau tak 'berkirim'rasa tidak sempurna hidup yang dilalui hari itu...

    ReplyDelete
  10. Mr Clive.
    The fact that i don't hv any best memories with him, but i hv his spirit here with me..he was a great diver!

    ReplyDelete
  11. May the peace of all men of goodwill be upon him.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Hobbit1964,
    Thanks...
    Thanks for visiting....

    ReplyDelete
  14. All Along The Way,
    Saya tidak mengeluarkan air mata sejurus menerima berita ketiadaannya, tapi saya betul-betul menangis ketika berada di sisi jasadnya yang terbaring kaku. Saya menangis kerana tidak percaya dia yang selama ini gagah dan gigih membesarkan kami tiba-tiba sudah tiada nyawa...ketika itu juga saya berasa kalau boleh ditukar dengan nyawa saya, saya mahu lakukannya...

    ReplyDelete
  15. He's still alive in your heart :').
    Allah loves him more.

    ReplyDelete
  16. Liselle MonCherie,
    Yeah...always..infinity...:)

    ReplyDelete
  17. al-fatihah buat mereka yang telah pergi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  18. LW..
    baca dan tak sedar dalam hati sedikit sebak.mcm arwah tok saya,dia macam tahu nak pegi..berkali2 arwah pesan papan penutup liang lahad dah beli ke belum..siap cakap ukuran dan sizenya.
    alfatihah buat mereka yg sudah pulang ke kg halaman yg kekal abadi itu

    ReplyDelete
  19. Blu4sky,
    Terima kasih...itulah yg kita doakan sentiasa. Semoga mereka yg lebih dulu pergi ditempatkan di kalangan orang yang terpilih...

    ReplyDelete
  20. Irfa,
    Orang kata, mereka tahu tapi sukar untuk dinyatakan secara direct seperti 'aku nak meninggal' sebaliknya dinyatakan secara berkias manakala kita yg hidup ini pula seolah2 tidak mahu menerima kenyataan bahawa kita sudah tahu mereka akan pergi, tapi kita tetap buat2 seperti tidak memahami kerana naluri manusia menolak akan perpisahan yg ditamatkan oleh kematian...ya semoga mereka selama2nya di kalangan yg terpilih..

    ReplyDelete