Wednesday, 7 March 2012

Selamat hari wanita...

Kalau mak ada, aku nak bawa mak ke rumah saudara mara sebelah abah kerana ini adalah kesukaan mak semasa hayatnya, tapi mak dah tak ada jadi tak ada apa yg boleh aku lakukan untuk meraikan mak sempena Hari Wanita pada 8 Mac.

Buddy blogger aku, selamat hari wanita..u know who u are! Jaga diri ya, tidak ada siapa lagi kecuali diri kita sahaja dan kita sendiri...sentiasa!

Kepada yg bukan wanita, hargailah ibu anda kerana syurga di bawah tapak kaki ibu, hargailah isteri kerana dia pelengkap rusuk kiri anda, kasihilah kakak dan adik perempuan anda kerana mereka saudara sehidup semati anda, hormatilah hak rakan sekerja wanita anda di pejabat kerana anda tentu tidak suka jika kesayangan anda dicerobohi minda dan keselesaan bekerja mereka, pekalah akan hak dan keperibadian teman wanita anda kerana dia bakal menjadi wanita hebat untuk mendidik zuriat anda dan didiklah anak perempuan anda sebaik mungkin kerana cabaran menjadi wanita pada dasawarsa kini sangat hebat.


Nota: untuk kekandaku Faezah dan dua adinda, Zakiah dan Eliana, anda adalah tiga wanita yang sangat perkasa dalam hidup saya. Patah sayap bertongkat paruh...hanya kita yang tahu!

23 comments:

  1. ohya, ada orang yang lebih bertuah berbanding wanita, guru atau pekerja... orang ini lebih dihargai berbanding sesiapa pun.

    ReplyDelete
  2. 3rd! Sendiri punya reply..bhahaha!

    Bertuahlah sapa yg dihargai itu...Ko baik cepat wish selamat hari wanita pada Adele ko tu...

    ReplyDelete
  3. mereka adalah `setiausaha'. sebab itu mereka diperuntukkan selama seminggu berbanding sehari untuk orang lain.

    ReplyDelete
  4. owh ade hari wanita eh bulan ni?tak tau pulak...hehe
    thanks for the info though! :)

    ReplyDelete
  5. clive : dalam setahun ada lebih daripada 365 hari...

    ReplyDelete
  6. Mr Clive,
    International Women Day fall on 8 Mac every year while National Women Day is on 25 August and we, all women's in Malaysia celebrate both:)


    SM,
    Yerp more than 365 if we really utilized that...

    ReplyDelete
  7. back to the topic, kenapa seminggu diperuntukkan untuk setiausaha?

    ReplyDelete
  8. selamat hari wanita untuk LW...

    ReplyDelete
  9. SM,
    Mungkin seminggu diperuntukkan utk setiausaha kerana setia dan usaha serta dedikasi mereka utk bos..


    El Mariachi @ abg bro,
    Thanks..:)

    ReplyDelete
  10. ...tapi hanya sehari untuk ibu yang telah setia sampai mati.

    ReplyDelete
  11. Sehari pada simbolik, selama lamanya pada yg tersirat..

    ReplyDelete
  12. ya, itu yang sepatutnya tertanam dalam hati kita.aku rasa kita patut tukar... cukup la sehari penghargaan untuk semua termasuk setia`usha'.

    ReplyDelete
  13. adakah hari wanita ini adalah satu agenda freemasun?

    ReplyDelete
  14. @LW
    thankyou...sedih pulak dengan dedikasi tu....


    alaaaaa naper nama adinda u tu sama dgn that bitch??? tak per...bukan salah nama tapi salah empunya nama

    ReplyDelete
  15. SM,
    Setia'usha itu aku tatau nak cakap...Ada segelintir je yg usha, yang lain adalah usaha...

    Abg Zam,
    Tak pasti plak freemason ke apa..I celebrate jer..


    NP,
    Tak mengapa, adinda I ok jer but then that bitch is really bitch...adinda I ada Noor di depannya...

    ReplyDelete
  16. aku suka usha setiausaha...

    ReplyDelete
  17. Ko memang gedik....pelempang nak? Aku lempang ko bagi pihak Adele ...

    ReplyDelete
  18. selamat hari wanita!

    LW juga seorang wanita yang kuat. :)

    ReplyDelete
  19. :)

    selamat hari wanita buat kamu juga :)

    * suka ayat "patah sayap bertongkat paruh"

    ReplyDelete
  20. selamat hari wanita...itu saja mampu diucapkan.

    ReplyDelete
  21. hiedayahrosli
    Thanks, kita wanita...seharusnya begitu...Hiedayah pun pasti begitu juga


    Nong Andy,
    Selamat Hari Wanita..patah tumbuh hilang berganti, patah sayap bertongkat paruh...:)


    Telor Power
    Thanks...sayangnya x de hari lelaki Bro kalau tak gua boleh wish yang sama kat lu...

    ReplyDelete
  22. ...jangan lempang, sebab setiausaha juga suka usha aku!

    ReplyDelete