Monday, 5 March 2012

MC...

Zaman hari ini memang canggih
nak tengok movie tekan youtube
nak dating boleh lepak kat skype, ym mahupun yb
nak order pizza pun boleh tru online
nak register itu ini go online
banking apatah lagi, online bangking...senang!
nak  jemput kenduri kahwin, see online
nak potong leher, eh bukan nak bersunat anak
pun boleh announce kat online
nak bergaduh di online, ooo sangat senang
ya nak berporno di online, memang tersangat boleh
nak jatuh cinta di online..hikhikhik boleh juga
nak bagitahu ada kat mana2, fourthsquare ada, apa susah..
nak sembang dengan mak bapak, tadak hal punya, go online
sebab tu aku suka online, dan segala bagai kemudahan aplikasi internet
nak timba ilmu..google ada laaa...
nak translate...pun google ada..
kalaulah ada klinik online..
"Doc, nak minta mc.."
"Sakit apa..?"
"Sakit...sakit...adalah..."
"Kalau saya tak tahu awak sakit apa, macam mana saya nak bagi mc?"
"Alaa...doc, saya tak tipu..memang saya sakit, tak sihat, tertekan dan menekan..."
"Ok..saya bagi berapa lama awak nak..nanti tulis sendiri ya..."
"Ahaa sayang lah kat doc.."
"Sayanglah sangat...tu...dah dapat mc tu..jangan nak pandai2 kensel pula surat mc tu..."
"Ok Doc, gua tak akan sia-sia kan surat mc blogging ini...mekaseh, gua belanja doc sekarang  juga..."
Aku baca surat mc dari doktor online ini..."mc from blogging until further notice.."