Posts

Showing posts from March, 2012

Breast...

I know (purposely), the title of the entry is obviously well enough to capture your eyes. Want to share this story with you all, it was happen in Pahang but I'm not sure which area and when. Someone told me before, it was about breast cancer. For your information, 1 in 19 women will be diagnosed with breast cancer by the age of 85.
Case 1 Ada satu keluarga berbangsa Cina di Pahang, si isteri didapati menghidap breast cancer stage 4 which is very ill or critical condition but her husband and the whole family refused to bring her to a hospital. What her family done was gave her a traditional medicine like akar kayu and those few herbs but it never cure her breast cancer. Her condition became worst. Her kids too were not allowed to be close to her because they believe  the cancer will spread a poison toward her family. She was neglected and finally died wihout her family by her side..it was very sad.
Case 2 A doctor adviced a patient to do a mastectomy operation on her breast because it…

Sepasang selipar...seribu rahmat

Image
Selipar yang aku guna untuk ke surau dah haus tapaknya.
ia jadi cepat haus sebab menanggung beban yang berat...aku lah tu!
jadi aku kerap sauk selipar angah yg berwarna biru
si angah ni kadang2 melilau cari selipar dia
tapi aku tahu, dia sabar je bila dapat tahu selipar dia aku yang sauk
mekaseh angah.. semoga Tuhan merahmatimu..

Aku memang nak beli selipar getah untuk dipakai ke surau
tapi kena survey dulu sebab kaki aku extra size
silap beli karang aku tak suka dan tak akan pakai

Tiba-tiba tengah hari tadi ada satu bungkusan pos tiba
officemate tanya apa barang
kotaknya lonjong dan kemek
ada tertulis pakaian
aku tak ingat sama ada aku beli baju online ke apa
bila buka saja, Ya Allah.. aku berasa dirahmati
ia adalah sepasang selipar hitam bertali merah
berasa seperti Tuhan mendengar apa yang aku bisik sebelum itu
..nak beli selipar baru kerana selipar yang lama sudah teruk...
..nak beli selipar baru yang selamat sebab yg lama dah licin..
..nak beli yang warna hitam dan merah seba…

Fasilitatorlah sangat...

Image
Dulu masa form six aku jadi fasilitator di sekolah. Bila fasilitate budak-budak form five tu sampai nanges-nanges la derang macam insaf kan. Dan kami geng fasilitator ni rasa hwarghhh tarbiah kami berjaya nak sedarkan budak-budak yg lebih junior. Walhal kami pun masih perlu diberi motivasi oleh cikgu kaunseling.

Rasanya semua orang perlu motivasi untuk memajukan diri. Jangan nak bohong atau berlagak kata diri tak perlu motivasi, tu yang dok berdoa tadah tangan pada Dia tu, motivasi juga namanya...motivasi diri sendiri, meminta pada yang sudah pasti sudi memberi tanpa mengira waktu dan saat. Untung kan jadi hambaNya, sebarang masa boleh mengadu, meminta dan bertanya. Kalau mengadu dengan manusia, belum tentu ada yang nak tadah telinga dengar..kehkehkeh..tapi kalau korang nak mengadu pada aku...silakan...anytime..kalau aku tidur, copycat aku ada dok standby...hehehe...copycat tu..vampire!
Dan kadang-kadang aku berasa down..bukan kadang-kadang...senang citer sentiasa berasa …

Waldorf salad...good for diet

Image

Whoopie pie..yummy

Image
Sejak mula kerja 16 tahun lalu, aku tak pasti dah berapa ratus jenis kek yang aku dah cuba, dah berapa banyak pie yang aku makan dan dah berapa spesies cookies yang aku telan. Ada local dan ada juga imported, yang penting ia halal. Ada rasa kacang tanah, kacang hijau, ikan bilis dan segala bagai. Antara makanan pelik yang pernah dioffer ialah escargot @ sejenis siput, ntah aku tengok rupanya sama macam siput vavi! Seb baik masa tu aku tahu halal haram..

Tapi ini adalah antara pie yang sangat sedap yang aku pernah jumpa...namanya whoopie pie. Memang sedap dan gebu sangat. Kalau tak sedap memang aku tak akan promote..tapi harganya agak boleh tahan, namun berbaloilah sebab rasanya excellent...alah membeli menang makan kan..fizikalnya macam red velvet cake tapi teksturnya beza dan sedapnya adalah luar biasa..u all boleh google kalau nak tahu pasal whoopie pie ini dan aku rasa sangat dirahmati kerana ada orang buatkan whoopie pie ini untuk aku..

Fusion food at Gen Japanese Restaurant

Image
Arwah abah aku dulu ada kata, makanlah apa saja asalkan halal, kalau ada terjumpa makanan pelik, cuba sedikit pun jadilah supaya perut tidak asing dengan makanan berkenaan. Masa tu aku tak tahu apa falsafah di sebalik pesanan dia. Bila dah bekerja segala bagai, aku teringat kalau dia ada mesti dia akan selia apa aku makan hari ni. Meskipun dia lulus darjah 6 saja, tapi aku rasa pengetahuan dia pasal makan, kalau ikut buku masakan lama, pasti ada bertimbun ilmu yang dia ada.

Jadinya, minggu lepas ada food review style fusion food di resoran Gen Jepun di Legend Hotel @ Putra Place KL. Aku diheret sama ke kancah makan-makan secara percuma bersama beberapa yang lain yang juga berstatus kaki makan. Sambil bersembang, bergossip, mengata, mengorat, menackle, dan segala ber lagi, tetiba burp! Kenyang sudehh....

Kalau seni culinary moden, fusion adalah satu perkataan yang sedap disebut tapi apabila merujuk  kepada makanan, adakah tekak anda lalu untuk makan fusion food yang kita tak pernah cu…

Gedung ilmu...

Image
Let books be your dining table,
And you shall be full of delights
Let them be your mattress
And you shall sleep restful nights.
~Author Unknown

A book is like a garden carried in the pocket.  ~Chinese Proverb

Dua tahun lepas, aku berpeluang berbual dengan seorang ibu kepada Tokoh Nilam Negara. Tokoh Nilam diberi kepada murid sekolah rendah yang berjaya membaca banyak buku dalam setahun. Aku tak pasti berapa puluh buku dibaca murid itu, tapi yang pasti beliau adalah murid yang paling rajin dan cerdik kerana rajin membaca. Kalau tidak, macam mana beliau dianugerahkan dengan gelaran Tokoh Nilam kan? Untung budak-budak sekarang, siap ada anugerah bagai. Zaman aku dulu, baca 50 buku setahun pun belum tentu nak dapat anugerah...
Kata ibunya, di rumah mereka dipenuhi buku. Atas bawah kiri kanan ada buku. Bangun tidur je si anak capai buku. Nak tidur pun nampak buku. Hulur tangan atas kepala je ada buku...buku merata-rata di rumah mereka. Dan ibunya juga beritahu aku, beliau tidak ada almari pin…

Selamat ulang tahun abang..

Image
Abang, you are 5 today
you are such a big boy now
mommy bought you a cake
ibu bought you a cookies
adik wish you a very happy day for you
i know you grow up now
as time flew away
you are matured enough to
be a good brother for your sister
protect her from anything that can hurt her
i know you only 5
but you are a big guy
because you have to take care
of your ibu, adik dan mommy too
when i asked you to make a wish
you said you want to have a sail boat
there is a sail boat for you
with an ice cream
may your life sweet always
happy birthday abang
i know you understand what im writing about
we love you so much
Azzfar Isyraff Abdul Aziz, you turn 5 today
may Allah bless your life always
be good to all!

Nota: Al-fatihah juga untuk arwah Nurul Nadhirah Abdullah, berusia 5 tahun...

Healthy life style...with a good food

Image
Last saturday, i attended a health talk by Musyidah Zakiah Mohd Akram @ Prince Court Medical Center. It was good, very informatif for the person like me, a diabetes and hypertention victim. Eh victim or survivor? Either one le kan..but then yes, it was great bcoz i learn a lot from musyidah and team, Chef Mohd Azizi Abd Aziz and Shahrim Ibrahim.

Musyidah is a dietitian from Swiss Concept and she talked about metabolisme. From what i understood, when we became older, our metabolisme rates became more slower and if we didn’t do any activity, it will lead us to a bad life. So, avoid sedentary life style (attention to myself too...hehe). Do some exercise and make sure you sweat around. When you sweat, it means you are healthy.

And back to the chef, he demonstrated a simple food for audiens..savory crepes with mum’s relish or else lempeng gulung dengan inti tomato and the other is tomato infused with mascarphone...sedap! Aku tengok macam simple tapi bila taste..woohoo meletops and the most…

Sekeping surat rindu sudah dipangkuanku...

Image
Kali pertama aku membaca surat yang membuatkan adrenalin mengembang dengan laju pada setiap saraf adalah kira-kira 25 tahun lalu. Ia adalah surat mereka yang ingin berkenalan sebab ada satu karya bersama alamat aku tersiar di majalah Dewan Siswa...rasa famous la sekejap kononnya! Jadi sengih adalah 24 jam terjadi dengan sendiri..selama dua tahun, setiap minggu aku terima paling kurang pun lima pucuk surat...dan ada juga aku yang menulis surat kepada mereka. Surat berkenaan disimpan selama bertahun-tahun.

Ada surat dari Nik, Azri Effendi, Mohd Fauzi Zakaria, Mohd Rosli, Shafawi (cehh semuanya adalah lelaki yang menghantar surat untuk berkenalan kan...ye lah perempuan sama perempuan tak dak chemical gamaknya) jadi aku juga membalas semua surat itu dengan konsisten. Dan surat yang paling aku sayang antaranya daripada MFZ, KA dan arwah Sudirman Hj Arsyad, penyanyi nombor wahid Malaysia...dia idola aku...sekeping surat dan dua keping poster...aku simpan sampai kini walaupun sudah hampir ha…

Haa...dah ada feedback..

Image
Haa dah ada pun feedback anak makcik ni terhadap kes ibunya yang disiarkan di halaman depan akhbar 4 juta pembaca semalam....baguslah sebab dia ada alasan dia sendiri kenapa dia tak datang jenguk maknya dan kenapa dia tinggalkan maknya di bilik hotel bersendirian...

Kan bila dah keluar akhbar, saudara mara akan kecoh dan akan tahu apa yang berlaku tapi sekali hati wanita bergelar ibu tercalar, adakah akan pulih seperti sedia kala. Statement aku ini berbau sedikit tidak adil kepada anak makcik ni tapi ini adalah lontaran pandangan peribadi aku...sebab kita boleh buat apa saja rumusan terhadap kes ini...meskipun alasan Amir boleh diterima akal tapi ada banyak perkara musykil dalam kepala otak aku...

Tak apalah, yang penting nasib makcik ni terpelihara dan secara peribadi (lagi...pendapat peribadi) kalau makcik ni tinggal di rumah orang tua, lagi ramai oleh boleh melawat dia sebab sekarang pun ramai yang ingin membantu. Dan anaknya sendiri pun kata dia akan ikut permintaan maknya....hmm.…

Apakah bahasa paling layak untuk anak begini?

Image
Aku tak tahu nak cakap apa dengan anak macam ni, mesti dia ada alasan tersendiri kenapa buat begitu pada insan yang melahirkannya. sangat tidak wajar dan tidak ada perkataan sesuai nak bahasakan anak yang begini...sampai hati dia...

Selamat hari wanita...

Kalau mak ada, aku nak bawa mak ke rumah saudara mara sebelah abah kerana ini adalah kesukaan mak semasa hayatnya, tapi mak dah tak ada jadi tak ada apa yg boleh aku lakukan untuk meraikan mak sempena Hari Wanita pada 8 Mac.

Buddy blogger aku, selamat hari wanita..u know who u are! Jaga diri ya, tidak ada siapa lagi kecuali diri kita sahaja dan kita sendiri...sentiasa!

Kepada yg bukan wanita, hargailah ibu anda kerana syurga di bawah tapak kaki ibu, hargailah isteri kerana dia pelengkap rusuk kiri anda, kasihilah kakak dan adik perempuan anda kerana mereka saudara sehidup semati anda, hormatilah hak rakan sekerja wanita anda di pejabat kerana anda tentu tidak suka jika kesayangan anda dicerobohi minda dan keselesaan bekerja mereka, pekalah akan hak dan keperibadian teman wanita anda kerana dia bakal menjadi wanita hebat untuk mendidik zuriat anda dan didiklah anak perempuan anda sebaik mungkin kerana cabaran menjadi wanita pada dasawarsa kini sangat hebat.


Nota: untuk kekandaku Faezah…

MC...

Zaman hari ini memang canggih
nak tengok movie tekan youtube
nak dating boleh lepak kat skype, ym mahupun yb
nak order pizza pun boleh tru online
nak register itu ini go online
banking apatah lagi, online bangking...senang!
nak  jemput kenduri kahwin, see online
nak potong leher, eh bukan nak bersunat anak
pun boleh announce kat online
nak bergaduh di online, ooo sangat senang
ya nak berporno di online, memang tersangat boleh
nak jatuh cinta di online..hikhikhik boleh juga
nak bagitahu ada kat mana2, fourthsquare ada, apa susah..
nak sembang dengan mak bapak, tadak hal punya, go online
sebab tu aku suka online, dan segala bagai kemudahan aplikasi internet
nak timba ilmu..google ada laaa...
nak translate...pun google ada..
kalaulah ada klinik online..
"Doc, nak minta mc.."
"Sakit apa..?"
"Sakit...sakit...adalah..."
"Kalau saya tak tahu awak sakit apa, macam mana saya nak bagi mc?"
"Alaa...doc, saya tak tipu..memang saya sakit, tak sihat, te…

Penang mari..

Image
Ada pepatah kata kalau bagi ikan
bila ikan habis, setakat tu jelah..
kalau bagi kail dan diajar memancing
esok boleh memancing lagi dan lagi
dalam kes aku ni
ada kue tiau mamak Penang
ada oyster omellete Penang
ada cekodok pisang Penang
ada nasi kandar Penang
ada mee goreng mamak Penang
tak mau! aku tak mau makanan ini semua
tapi aku nak orang yang menyediakan makanan ini
supaya bila aku rasa nak masak
aku roger saja ketiga-tiganya
tamak kan, tiga sekali aku kaut
Executive Sous Chef Badrol
Chef Wafi
dan Chef Desmond
nak masak esok kalau blur
"Hallo chef, i nak masak nasi kandaq, minta resipi..."
"Hallo chef, i nak tanya rempah kurma ama Penang mai...buleh dak?"
"Hello chef, osyter tu nak kena masak full kah?"

Kalau dah jumpa chef ni, tak makan masakan depa tak sah...maka aku pun menikmati satu persatu menu yummy originally from Penang..dok ada empat menu semuanya..ahh usai sudah hidangan Penang, minggu depan hidangan Jepun pula! O ya, kalau nak merasa hid…

Kalau ku bayang...

Hari ni Jumaat, hari penuh berkat
hari lain pun baik, bagus dan berkat juga
cuma kalau berlaku apa-apa tu
bukan salah hari
tapi salah aku sendiri
macam biasa, kalau drive
aku dengar SinarFM
"..ada tol dimansuhkan..." kata Raja Azura
"..dimansuh atau dikurangkan harga.." tanya Salleh Yaakob
"Memang dimansuhkan...." jawan Khairill.
Ok dalam hati aku, tol mana pulak tu..
...
...

Dan aku baru saja melepasi tol tanpa membayar wang RM1
ehhh???aku tak bayar tol???
Ya Tuhan...tol laluan aku setiap hari rupanya yang dimansuhkan...
semalam rupa-rupanya last aku 'main mata'
dengan mamat penjaga tol Plaza Phoenix..
..dan SinarFM makin kuat berkumandang di udara....
dengan lagu yang aku suka...

'kalau kubayangkan oleh J Mizan...'