Monday, 13 February 2012

Therapy kedai kopi foc...

Kedai kopi masa kini dan dikunjungi orang setiap hari adalah kedai kopi kumbang bintang, kacang kopi, kubah, batu keras, kopi putih pekan tua, bapak kaya, kedai kopi bangi and what else which is remind us to kedai kopi tempat lepak sambil sembang sumbang, mengumpat, mengata, mengutuk, skodeng, bergaduh, bincang nak cerai, bincang nak kahwin, tumpang rest room, bincang perniagaan, bercinta, dating, diskusi, imaginasi, buang masa, tunggu kekasih, bawa mak bersantai, bawa anak bergebang, bawa bini makan, tazkirah dan segala bagai kegiatan sosial lagi berlaku di kedai kopi kan.

Manakala kedai kopi kegemaran aku adalah kedai kopi Windsor Height, iaitu sebuah kawasan berkeluasan 25 x 70  yang mana sudut kegemaran di kedai kopi itu adalah kawasan yang ada wi-fi iaitu access kepada blog. Lepak di blog buat aku rasa sama seperti lepak di kedai kopi real kerana sambil berblog aku boleh order kek keju, kek pelangi, kek lapis mahupun pesan kopi pekat, teh bermadu atau sky juice foc dari dapur sendiri.

Konklusinya, lepaking dan blogging di blog adalah good therapeutic selain baking cake iaitu satu lagi sesi therapy yang sangat seksi dan berkesan.

Atau dalam bahasa lainnya, aku tak masuk starbuck, coffee bean, dome, hard rock cafe, old town white coffee, papa rich, bangi kopitiam dan segala kedai kopi lain sebab aku berasa fake sangat kalau setakat nak lepak dan minum kopi secawan semata-mata, masuk kedai itu..
Resipi apam pelangi ini diambil dari my small kitchen. Sedap apam ini, lembut, gebus dan seksi...mekaseh tuan punya blog..resipi apam ini buat aku rasa berbaloi-baloi!

Nota: Ini adalah personal view blogger kaput macam aku, tiada kena mengena dengan fan club kedai kopi berjenama itu!

36 comments:

  1. rasa lapar pulak tengok apam tu.. =)

    * aku tak lepak pun kedai kopi..=)

    ReplyDelete
  2. tapi i dah lama tak lepak.. i tapau jer.. tak pun bancuh sendiri 434 kat rumah...

    abis cemana nak lepak dgn u? mmm pegi umah u jelah..baru brbaloi2..boleh makan itu dan ini..hiksssss

    24 feb, free ka? kami free... kami???

    ReplyDelete
  3. Reenapple
    Aku akan pergi lepak kedai kopi itu kalau bos aku suruh dan segala-galanya foc..kalau sesaje memang aku x akan perginya...caya tak? Hik!


    Nenet Penne
    Owh mai datang lepak kedai kopi i kat windsor...nanti boleh order nasi putih dan kerutup daging, spagetti olio, kek baldu merah atau pai pisang banofee...owhh kami-kami ya...dipersilakan! Err u tak payah bawak 434 sebab kopi putih segera dah ada...hehe! 24 ya, biar kami cek dulu yek...

    ReplyDelete
  4. @LW
    kerutup daging??? spaghetti olia??? pai pisang banofee? oh my god, meleleh ayaq liuq ceq nih....

    cek tarikh jangan tak cek yer..

    bukang senang nak free nih... hiksss..

    i lap u!!!

    ReplyDelete
  5. NP, yer kerutup daging paling meletops kat Sg long....okiss I cek tarikh pa pe Hal nanti kita Roger Roger ...yeah yeah..hehe!

    ReplyDelete
  6. @LW
    do buck roger me hokey babeh..
    hikssss...

    *nak siapkan tupperware* ..

    ReplyDelete
  7. @LW
    eh silapppp...bukan 24...bukan 24

    adoiii silap tengok kalendar..mata dah jadi mata kero mcm zakiah la pulak...

    25 laa...sabtu 25 gituh..

    sorry dear... heeee....

    ReplyDelete
  8. Aaa 25 rasanya macam percuma...ok nanti kita finalize...no worries.

    ReplyDelete
  9. kat sini sendiri order, sendiri bikin.

    ReplyDelete
  10. SM
    Tau tak pe....sendiri buat, sendiri makan, sendiri kenyang!

    ReplyDelete
  11. semuanya sendiri, memandangkan itu adalah dunia yang kau bentangkan sendiri.

    ReplyDelete
  12. Sedapnye kek tu. Bile dpt rs air tangan akak nie eh?

    ReplyDelete
  13. SM,
    Ya dunia aku sendiri yang aku boleh tadbir secara bersendirian...meskipun rakyat jelatanya adalah sunyi tapi dalam sunyi itu ada riuhnya...


    Mommyfara
    Mai la rumah kalau nak rasa menu macam kedai kopi kumbang bintang!

    ReplyDelete
  14. sy sudah datang ... hehe macam iklan tora datang lagi ...p/s..sila nyanyi begitu :p

    ahkak LW,

    sy bukan la menyokong kedai kopi berjenama sebab ari2 buat kopi di rumah..cume nk rasa kopi org lain jek..hehe..nnt nk singgah kedai kopi WH la..boleh??

    ReplyDelete
  15. rakyat jelatanya yang sunyi? aku tak rasa macam tu. sentiasa meriah kan?

    ReplyDelete
  16. MisszNorul,
    Owh pls welcome...singgah tau nanti kita bergumbira sambil minum kopi yek...

    SM
    Meriah tapi sunyi dan kadang kala sunyi tapi meriah...hahahaha!

    ReplyDelete
  17. alamaj, hilang pulak komen tadi.

    itu adalah lapisan-lapisan yang sentiasa terkait antara satu sama lain dalam cara yang cuma kau sorang je faham...

    ReplyDelete
  18. SM,
    Kau berfalsafah ke ni? Ok aku tak faham!

    ReplyDelete
  19. sendiri order sendiri bikin mcm kata bro SM, pasal sedap ke tak blkg punya citer yg penting minum dan tak komplain (mcm mana nak komplain sendiri bikin kan....)


    sebenarnya aku jejak juga ke kopitiam. bila free la, pasal nak baca buku yg tebal2 sorang kat situ tanpa gangguan dari rakan2, sambil menikmati secawan kopi.


    *kek cekelat lagi sedap kot hahaha

    ReplyDelete
  20. aku pula- kedai kopi buatan sendiri ada pc dan bleh blogging- dlm bilik komputer di rumah aku hehehe!

    Aku teramat suka minum kopi- mungkin bawaan dari arwah nenek - dulu arwah nenek pernah cakap

    "Kalau aku tak minum kopi dan tak merokok- maka aku memang dah hampir mati"

    * Aku teringin makan kek itu. nak belajar mcm mana buatnya- tapi sekrang xde masa! serius! aku suka cake tu..

    ReplyDelete
  21. Nong Andy..kedai kopi aku pun dalam bilik...ditepinya ada katil..hahaha...dan aku menguasai 'kedai kopi' itu yang ada lounge, boleh karaoke juga...bhahaha...

    wahh arwah nenekmu peminat tegar kopi ya...arwah abah aku peminat setia milo!

    ReplyDelete
  22. bestnya boleh karaoke. nanti boleh aku dtg kedai kopi mu? penat2 landing time di katil ekekekeke..

    ReplyDelete
  23. salam LW

    kat teratak bapak tepi hutan takdak semua kopitiam bagai ni hehehe

    yg ada warung kayu buruk melambak

    tempat org2 tua lepak pekena secawan teh atau kopi sambil layan wrestling kat tv hehehe

    ReplyDelete
  24. berjaya komen kat box sendiri...haha...abang bro akan buat satu produk kopi pra campuran...tunggu ye...yang penting kopi tu seksi...

    ReplyDelete
  25. @TP
    TP nak joint pegi kedai kopi windsor?? jom lahhh..eh mcm akak pulak tuan kedai kopi... hiksss...

    ReplyDelete
  26. Nong Andy
    Owh dipersilakan melepak di kedai kopi aku..my pleasure! Tapi...jangan lupa bawa itu si comel Shinta ya, aku nak dengar dia karaoke lagu Kinabalu tu...hikhikhik! Sudah penat sure boleh landing terus di katil sama teddy, miki, bebe dan aum...hahaha toys anak buah aku punya!

    ReplyDelete
  27. Telur Power...bro aku dah dua kali buat kek cekelat versi kedai kopi aku... Lu bila mau pijak KL ni...wahh lu punya life style stylo la bro baca buku tebal kat kopitiam! Canggih!

    ReplyDelete
  28. Rezeki
    Salam bapak, wahhhh heaven tu warung kopi tepi teratak...sangat klasik gambaran itu dan pastinya menghirup kopi di situ juga adalah satu nikmat tak terkata....err bila saya boleh pergi melawat bapak di teratak sambil minum kopi di warung? Heeeeee....

    ReplyDelete
  29. El Mariachi aka abg bro,
    Ok saya nak kopi tu, jangan lupa hantar kat opis ya...sama popia Sek14...hahaha...

    NP, owh harus mengopi di Windsor..jangan lupa jemput TP tu...bhahaha...

    ReplyDelete
  30. saya tak minum kopi...
    xde boyfriend yang nak ditunggu..
    xde business nak didiskusikan..
    mak pak plak jauh...
    anak-anak masih minum susu dutchlady campur ngan koko crunch..
    jadi idok lerr tapak kaki ku ada kat man-mana kedai2 kopi itew :p

    ReplyDelete
  31. Blu..
    apa kata mai mengkopi di kedai kopiku...hikhikhik!

    ReplyDelete
  32. NP : kehkehkeh mcm tuan rumah plak kan...

    Lady W : owh tunggu.....

    ReplyDelete
  33. Petite Liselle...
    u love coffee...ok come to my mansion...hehehehe

    TP
    memang aku tunggu ko datang tuntut kek cekelat weii

    ReplyDelete
  34. g stabak pastu ambek gambar upload fb..apekes kan..bancuh milo minum depan lappy sambil baca blog..maryam pulak tengah tdo...lagi best..hahahaha

    ReplyDelete
  35. Mrs spicy...kan..lagi heaven kat rumah sendiri...heaven sangat! Hihi...

    ReplyDelete