Monday, 20 February 2012

Belasungkawa: Mohd Nurul Husni...

Berasa seperti masih baru amat akan kehilangan rakan, arwah Azli Ayob pada penghujung tahun lalu. Perbualan singkat namun bernas bersamanya dan rakan lain masih diingat jelas dalam minda. Antara kata-kata yang sering diajukan adalah, bila nak kahwin dan jawapan eksekutif penyiaran itu adalah segaris *senyum*.

Dua hari lepas, menerima satu lagi berita apabila rakan serumah Azli, Husni pula menurut jejak langkah Azli. Bekas juruterbang MAS, Husni dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir di Pulau Perhentian Kecil akibat lemas ketika menyelam bersendirian di pulau berkenaan. Meskipun hanya sekali menjejak Husni di Kebun Mimpi, iaitu galeri lukisan milik arwah di Bangsar, mesranya berkekalan.

Beberapa bulan sebelum itu, coursemate@officemate yang juga akrab, Ramzi berpulang akibat masalah paru-paru. Ramzi juga seperti Azli, jawapan kepada pertanyaan kahwin adalah senyum diikuti, “LW...tolong carikan seorang bidadari untuk aku.” Ternyata mungkin sudah ada bidadari menunggunya di sana...

Menerima berita kematian demi kematian dalam tempoh jarak yang amat rapat, buat aku berasa penat. Semakin aku berusaha membilang hari, semakin aku berasa seperti kematian semakin dekat mendatangi hari. Cuma aku tidak tahu akan saat ketika dan waktunya yang pasti ia tidak akan tercepat atau terlambat meskipun sedetik...

Sebaris ayat Gie: Berbahagialah mereka yang mati muda....Al-Fatihah...

25 comments:

  1. Takziah. al-Fatihah untuk Allahyarham.

    ReplyDelete
  2. ya, quote daripada Gie ini sering kau ulang. membuatkan aku yakin, mereka pasti akan sentiasa `muda' di hati kau. dan aku harap, kau juga akan sentiasa `muda' buat memikul cabaran harian tanpa jemu. kerana kau amat memerlukan rasa ke`muda'an tu. percayalah!

    ReplyDelete
  3. ya..masa berhenti setakat itu, pada usia mereka menghembuskan nafas akhir, dan mereka adalah seusia aku..bayangan aku ada pada mereka..oh sahabat...

    ReplyDelete
  4. ya, masa mereka mungkin berhenti setakat itu. tapi usia mereka akan terus berpanjangan selagi mereka `hidup' di hati sahabat yang sentiasa mengirimkan doa.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Lady Windsor,

    Alfatihah buat kesemua sahabat2 LW yang sudah kembali kepangkuanNya. Benar...kematian itu pasti...tiada kata2 hanya sesak dada mengingat ringan bekalan diri untuk kesana.

    LW, kalau tidak keberatan boleh tak saya dapatkan alamat/your postal address, special request in conjunction with my mini project Mail Box - postcode 7647, kalau tidak, it is ok. My e-mail mieza71@gmail.com.

    Barakallahu fikum.

    ReplyDelete
  6. SM
    InsyaAllah mereka sentiasa ada dalam 'bacaan' walaupun sepotong dua ayat.


    Mieza,
    Waalaikumsalam..mudah-mudahan mereka di dalam kalangan orang yang mendapat rahmat dan dilepaskan siksa kubur...sudah saya email:).

    ReplyDelete
  7. BTK'
    Ya..kita juga akan menyusul...cuma masanya belum tiba...

    ReplyDelete
  8. Innalillah...

    Takziah utk kawan2 akak.

    ReplyDelete
  9. salam LW,
    arwah MNH was my schoolmate..it was a shocking news when one of our schoolmate posted the news on FB..
    walaupun x rapat..terasa sedih bila dpt berita yg arwah dah x ada..
    al-fatihah buat MNH..semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin

    ReplyDelete
  10. takziah...dan al -Fatihah pada arwah.
    semoga dia ditempatkan dikalangan org yg beriman.

    ReplyDelete
  11. Blu4sky
    Really? Lahh berkait-kait kan...i pun tak close sangat tapi kenal baik dengan dia since his housemate is my colleague and i met him once masa visit his gallery (kebun mimpi) We talked abt fine art sebab dia suka sangat dengan lukisan...kedua-duanya dah pun tiada..



    TP,
    thanks...mudah-mudahan InsyaAllah..kita doa yang terbaik untuk sahabat handai yang sudah tiada kan..

    ReplyDelete
  12. ya betul tu, dan doa dari kita jugalah harapan mereka(itu pun kalau sampai), selain ilmu manafaat, sedekah jariah dan anak soleh

    ReplyDelete
  13. TP,
    yerp..insyaAllah sampai kepada mereka sekiranya kita ikhlas. Kalau tak silap, tiada apa yg boleh menghubungkan kita dan mereka kecuali tiga perkara yang..antaranya adalah sedekah jariah, doa dan amalan.

    waah telur bertukar sudah?

    ReplyDelete
  14. harap2 begitulah.

    kehkehkeh sudah naik level power skrg ni menjadi kepada super power

    ReplyDelete
  15. @LW
    meremang bulu roma i...

    uwaaaaa kenapa ada word verification nih?? tulung tulung...

    ReplyDelete
  16. TP, bravo...bertambah2 power ya....kihkihkih!

    NP, nanti malam I adjust supaya word v tu tak de...buat serabut jer...haishh!

    ReplyDelete
  17. salam


    takziah buat keluarga dan sahabat arwah

    jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan Allah tanpa mengira waktu tidak cepat walaupun sesaat dan tidak terlambat walaupun sesaat juga

    AL FATEHAH

    ReplyDelete
  18. Abg Zam,
    Terima kasih...


    Salam Rezeki
    Terima kasih bapak...jodoh pertemuan Dan ajal maut itu di luar fikiran kita sama sekali kan...

    ReplyDelete
  19. Lady windsor,
    Aku rasa aku tahu 'rasa' yg kau lalui. seakan tidak percaya tapi ia adalah kenyataan dan ketentuan DariNya.

    seperti baru semalam bergaul mesra dgn mereka. Tapi Tuhan lebih sayangkan Mereka..

    alfatihah..

    ReplyDelete
  20. Teenager Housemaid,
    Mengenang yg pergi....:(


    Nong Andy,
    Aku berkali2 cubit pipi sendiri, memang tak percaya pada mulanya...namun kenyataan tetap kenyataan...

    ReplyDelete
  21. Alfatihah Buat Sahabat,semoga ditempatkn bersama org2 beriman

    ReplyDelete