Posts

Showing posts from February, 2012

Seekor kupu-kupu hitam...

Apabila seekor kupu-kupu
sudah lenyap dari pandangan
aku jadi muram
meskipun ia seekor kupu-kupu hitam
namun kepaknya memancar warna cerah
aku tahu aku tidak akan sama sekali
melihatnya lagi
kerna ia sudah terbang tinggi
di balik jalur pelangi pada bawah dinding langit
sambil angin menolaknya ke hamparan padang hijau
sang kupu-kupu hitam
lepas bebas dari telapak tangan
debu kepakmu yang kau tinggalkan
tiba-tiba menjadi racun membunuh perasaanku!

Nota: Feeling2 jadi sang penyair pulak...ahh biarkan saja, meluah di sini tiada bahaya...berbanding meluah di fuckbook...tersangat bahaya!

Sapa nak kahwin..

Image
Sabtu lalu aku berfoya-foya di SACC...ada ekspo perkahwinan yang sangat va va voom...apa taknya...semua wedding gown yang dipamerkan sangat cantik dan memukau...itu pasal aku malas nak pergi event macam ni  tapi sebab wajib pergi...terbuntang mata menengoknya...(wedding exhibition ini berlangsung sehingga 30 Feb)
Nice kan gown coklat cair daripada chiffon lembut dengan perincian jemeki dan manik swarosvki itu. Bila model melangkah, fullamak kalau aku pun dah terbeliak, apa lagi kalau jantan2 yang tengok...model cantik dan gown pun cantik...macam purrfect gilos! Ok mak berangan jap, kalau mak yang design baju tu..mak nak buat kaler lilac dengan kombinasi pastel...hehe boleh taruk harga kaw kaw punya..kaya beb jadi designer la ni..dulu kalau baju pengantin paling menggigit pun RM150 je upah walhal sikit punya payah nak jahit sebab songket asli kan..kena lining segala bagai...zaman berubah, sikalang lagi payah lagi lumayan ooo...so siapa yang ada anak dara tu...siap la esok2 nak kahwin, k…

Stuck in Kidzania World..

Image
Nowadays kids are very lucky because they have so many choices to go during school holidays. Water park, theme park and segala park park lagi and coming soon is KidZania (will be launch on 28 Feb by TPM if im not mistaken). Zaman aku dulu satu-satunya tempat hiburan yang ada ialah funfair dan balik2 naik buaian pusing...itu saja yang ada..time flies away and technology update every minutes..

Terkini adalah KidZania...an indoor family edutainment centre, offers an interactive learnng and entertainment experience for kids in a KID SIZE CITY..hahahaha can u imagine an adult like me was trap in a kids city...there must be a lot of funny and feel like time is stop..static..rasa macam ada satu kanak-kanak terperangkap di dalam adult body...weird but happy..and it is true there is a child in us...jadi sila bayangkan kita berada di sebuah bandar yang kesemua bangunan adalah size kanak-kanak...macam giant pulak rasa...pic di kanan itu adalah stock exchange and it was operated by kids..hihi com…

Out of control..

"Kenapa sampai jadi macam ni? U tak makan ubat ke? Ke nak tunggu simpan dulu, baru nak makan ubat. Kalau gitu baik tak payah jumpa I," katanya sambil buat muka poyo.
Nasib baik muka dia hensem, kalau tak aku bangun paling belakang blah je..
"Ok Doc, lepas ni I tak akan lupa..."
"Ni janji u yang ke berapa kali ni?"
"Err..."
"Lain kali I x nak dengar lagi segala bagai alasan...," katanya sekali lagi buat muka poyo!
Dalam hati aku...chehhhh!

BP: 190 / 140

Woohooo....! Dangerous....

Terbunuhnya seekor kucing...meoww...

Image
Dulu-dulu aku selalu paw KA supaya beli jagung letop-letop pasar malam bawah rumah kami. Sampai  satu tahap, dia bosan sebab aku addict dengan jagung pop corn itu lalu dia mengeluarkan kenyataan ‘macam budak-budak makan pop corn.’ Kecik hati punya pasal, aku memberhentikan kegemaran itu dan pop corn berharga RM2 sebungkus itu pun sudah bertahun aku boikot.

Minggu lalu, ada satu kakak di office bercerita pasal pop corn Garret berharga RM39 untuk setengah kilo dan mencecah RM72 sekilo bergantung kepada perisa yang dipilih. Aku pun jadi tak tentu hala memikirkan ‘dadah pop corn’ itu. Katanya ada perisa caramel, cheese, syrup dan ntah apa flavour lagi sekali gus buat aku teruja. Pehhh memang tak boleh tipu ketagih aku pada pop corn masih ada walaupun aku sudah berjaya reject maggie dari senarai hidup...

Dan ketika merayau -rayau di One Utama di satu tengah hari selepas memenuhi tajaan makan2 di Garden Cafe, aku terpandang sebuah kedai yang penuh dengan lolipop, termasuklah pop corn berharg…

solitary...

notes that make a symphony pastels that make a masterpiece words thatstring a sonnet colors that reflect you
imagine a rainbow with seven shades of grey
meadows as black and white as friesians lolling away
picture cowboys riding into monochrome sunsets
or divers plunging into deep charcoal seas
and i look into you
with avariety colors of life...

Belasungkawa: Mohd Nurul Husni...

Berasa seperti masih baru amat akan kehilangan rakan, arwah Azli Ayob pada penghujung tahun lalu. Perbualan singkat namun bernas bersamanya dan rakan lain masih diingat jelas dalam minda. Antara kata-kata yang sering diajukan adalah, bila nak kahwin dan jawapan eksekutif penyiaran itu adalah segaris *senyum*.
Dua hari lepas, menerima satu lagi berita apabila rakan serumah Azli, Husni pula menurut jejak langkah Azli. Bekas juruterbang MAS, Husni dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir di Pulau Perhentian Kecil akibat lemas ketika menyelam bersendirian di pulau berkenaan. Meskipun hanya sekali menjejak Husni di Kebun Mimpi, iaitu galeri lukisan milik arwah di Bangsar, mesranya berkekalan.
Beberapa bulan sebelum itu, coursemate@officemate yang juga akrab, Ramzi berpulang akibat masalah paru-paru. Ramzi juga seperti Azli, jawapan kepada pertanyaan kahwin adalah senyum diikuti, “LW...tolong carikan seorang bidadari untuk aku.” Ternyata mungkin sudah ada bidadari menunggunya di sana...
Mener…

Sesekali apabila ketakutan mendatang..

Image
Banyak perkara yang boleh buat kita (aku) takut. Takut pada ketinggian, takut pada cabaran. Ada seribu satu macam ketakutan dalam hidup. Aku takut gelap, jadi tidur bukak lampu. Cukup dua bulan...yeahh takut ke mana lampu ke mana sebab bil elektrik mencanak naik dan aku berjaya lawan takut (tutup lampu).

Aku takut pada maggot. Kalau terlupa nak buang sampah tetiba ada maggot hidup, walaupun maggot tu punya saiz sama macam sebutir nasi, aku takut gila. Sadis pelik sbb boleh ngeri dgn makhluk cenonet itu. Then ada satu hamba Allah berkata pada aku, apa nak takut, esok apakala roh sudah meninggalkan jasad
dan jasad bersemadi balik ke asal dari tanah kita datang kepada tanah kita kembali, daging kita akan berkecai dimamah makhluk kecil tu.Ok macam magic aku terus jadi berani dgn maggot..ceitt!

Begitu juga ketika buat parasailing, aku dan Patsy. Kami buat tandem parasailing sebab aku yg penakut pada ketinggian. Aku tak boleh duduk depan sebab rasa macam nak terhumban ke dalam air laut. Pe…

K-Pop Wagashi...

Image
Hajimemashite, yuoroshiky oneigashimase, o genki desuka? Hai, desuka. O genki? Watashi desuke, arigato gozaimas...Hai gembira berjumpa anda...apa khabar? Saya baik-baik saja, terima kasih...rasanya inilah maksunya lebih kurang, ada sapa-sapa tau bahasa Jepun kah? Sila buat correction ya...


Sumpah aku tak minat K-Pop. Letaklah muka kpop paling meletup pun, aku tak heran dan satu artis kpop pun aku tak kenal walopon ada makcik-makcik dan makngah-makngah kat office aku very the open minded discuss about kpop..sangat! Aku tak akan ambil tahu dan babai ke, tapi kalu bos cakap LW u pi jumpa kpop artis ni, aku akan cakap baiklah...saya yang menurut perintah. Karang tak ikut cakap bos KPI merudum..bahaya bagi bot bilis macam aku ni..
Tapi bila bos tanya nak belajar buat wagashi tak? Yay. aku tak ingat dunia melompat..aku x akan tolak sebab wagashi adalah manisan Jepun yang sangat terkenal di negara berkenaan dan ia adalah manisan tradisi. Aku rasa wagashi ni kira makanan berdarjat tahap tinggi …

Nota pagi ini....

Nota 1:
Mata kita sering tertarik
untuk melihat taburan bintang di langit
dan malaikat juga tertarik
untuk memerhati taburan cahaya di bumi
yang mana taburan cahaya yang dimaksudkan itu
adalah rumah yang didalamnya
dihidupkan kegiatan agama
walaupun hanya membaca
sepotong hadis untuk didengar
oleh anak kecil yang belum mengerti apa-apa..

Nota 2:
Aku masih teringat bulan penuh
bulat dan besar di perabung dunia dua hari lepas...
tergantung seperti kalimantang
yang tak akan padam sampai bila-bila
dan cahayanya menyuluh ke setiap pelusuk
sehinggakan seekor anjing pun tahu menghargai sinar itu
dan memuja dengan caranya sendiri...
dan sejurus sebelum aku masuk ke dalam rumah
lolongan itu berterusan...

Therapy kedai kopi foc...

Image
Kedai kopi masa kini dan dikunjungi orang setiap hari adalah kedai kopi kumbang bintang, kacang kopi, kubah, batu keras, kopi putih pekan tua, bapak kaya, kedai kopi bangi and what else which is remind us to kedai kopi tempat lepak sambil sembang sumbang, mengumpat, mengata, mengutuk, skodeng, bergaduh, bincang nak cerai, bincang nak kahwin, tumpang rest room, bincang perniagaan, bercinta, dating, diskusi, imaginasi, buang masa, tunggu kekasih, bawa mak bersantai, bawa anak bergebang, bawa bini makan, tazkirah dan segala bagai kegiatan sosial lagi berlaku di kedai kopi kan.

Manakala kedai kopi kegemaran aku adalah kedai kopi Windsor Height, iaitu sebuah kawasan berkeluasan 25 x 70  yang mana sudut kegemaran di kedai kopi itu adalah kawasan yang ada wi-fi iaitu access kepada blog. Lepak di blog buat aku rasa sama seperti lepak di kedai kopi real kerana sambil berblog aku boleh order kek keju, kek pelangi, kek lapis mahupun pesan kopi pekat, teh bermadu atau sky juice foc dari dapur sen…

Saham balik negeri...

Beberapa hari lalu...

Kak Hana: LW..ada nak jual ke?
Aku: Nak jual apa kak...?
Kak Hana: Haii..saham awak le..
Aku: Owhh ya kak...naik ke?
Kak Hana: Macam hari tu le..
Aku: Hmm...tak pe la Kak..tapi nape akak tanya?
Kak Hana: Akak nak cuti, takut awak call suruh jual akak x boleh..
Aku: Owhh tak pe Kak, akak bercuti lah dengan senang hati saya x akan kacau akak kalau ia naik sekali pun..

Ok, Kak Hana adalah remiser di TA. Dulu aku deal dengan Encik Taib Ahmad di Rashid Hussin, tapi nanti jap...saham aku bukan banyak pun. Tu pun ihsan company bagi, ala macam token le kan..dan aku sebenarnya tak heran dengan saham ini. Kerana apa yang aku fikir sejak pagi tadi adalah saham untuk 'balik negeri' sama ada aku punya dah cukup atau memang tak cukup langsung..kalau saham di negeri sini bertimbun2 tapi saham nak balik negeri sana tak cukup pun x baik juga..bukan setakat tak baik tapi mengerikan..

So..kebetulan aku call sorang 'remiser' yang aku panggil Kak Is.
Bla bla bla..aku …

Friday anecdote...

Sometimes when I say I'm ok
I want someone to look me
in the eyes
hug me tight and say
"I know you are not..."

This is not me but I like this quotation...found it in FB...that's all!

Sapa nak jual, mak incik nak beli...

"...pulak, tadi kau yang beria macam gaban. lepas tu tak kuasa. try la weh. mesti ramai yang nak buat tendangan caru. aku pun tumpang dua kaki.." -SM


# NP i tau u x minat pantun memantun ni tapi kerana menyahut cabaran budak kat atas tu, I buka gelanggang ni sekejap...ada sesape nak menjual pantun? Mai sini...mak incik nak beli..muehehehe! Sapa paling banyak menjual nanti mak incik bagi hadiah,  err jangan lupa tinggalkan alamat nanti mak incik pos hadiah misteri...serious!

# Ok hari ni gua feeling2 jadi mak incik, so jangan gelak.

Ada tiga hadiah mak incik sediakan: Hadiah pertama : Misteri Hadiah kedua    : Pun misteri Hadiah ketiga    : Tersangatlah misterinya...

Dengggg! Mulakan...

Amoi cantik cina peranakan
abang hensem banyak auta
kekanda adinda yang mak incik muliakan
mari kita bernakal kata-kata

Nota: Entry ini adalah mungkin entry paling poyo...tapi aku peduli apa kan...janji stress hilang!

Nikon...hehehe

Image
Hari ni aku kerja walopon cuti Thaipusam sampai di kantor, terus tuju ke kitchen
ada satu brader tengah basuh lense Nikon
ceittt gila ke haper basuh lense pakai sabun dan air
nak terloncat aku bila didapati
lensenya itu adalah sebuah mug, comei kan
tetiba teringat pasal kamera aku
dah lama berhabuk atas rak!

 Haa kan...sebiji macam lensa Nikon...pehh tipah tertipu...o ya brader Chupin ni adalah hard core group out door fotografi..dah jauh dia pergi sebab nak ambik pic semata-mata...dia punya fanatik dengan fotografi, mug pun macam lense..addict kan?
Kali pertama ada kamera Fuji saiz kompak
adalah pada 1980, kuno gila rekabentuknya
tapi kamera itulah yang banyak berjasa
bila dah bekerja, beli kamera kodak
bertahan dua tahun je lepas tu jahanam
bila dah lama bekerja, aku beli Canon digi
pun bagus juga servisnya
tapi lama2 jadi macam lemau
asyik hang saja
bila rasa kerja dah bagus dan mantap
aku beli Canon gedabak
lengkap dengan battery pack dan micro lense
bagi pinjam pada adik lelaki ak…

Pasai pa ya?

Orang blogging, aku pun nak blogging
tapi bila blog kucar kacir
aku pun fenin
dah lama juga aku notis
blog sempoi aku ni lain macam
ada reply u all dok atas
ada yg dok bawah
bila aku buka email
ada few posting
di entry 'yang nombor dua'
tapi bila buka entry
posting itu tiada?
Pasai pa ya?
Virus ke atau aku yg
illiterate IT sebab silap setup
walaupun blog ni poyo
Aku sayang harta maya ini
Anyone pls help me??

Yang nombor dua..

G: Aku jawab secara terbuka akan misteri menjadi anak kedua dalam keluarga...

Dua tiga hari ini, G mesej aku..apa perlu dibuat dan kenapa jadi begitu, bolehkah jadi begini..segala bagai pertanyaan itu membuatkan aku berasa bersyukur jadi anak nombor dua. Walaupun ada banyak negatif thought about born as second child, but i admit that im lucky being a second child for my parents.

Few of statements about 2nd child: rebel, isolated, independent, sincere dan segala bagai lagi yang baik dan tidak baik..sama ada mahu percaya atau tidak, aku melaluinya, merasainya dan akan berterusan mendukung fakta bahawa aku adalah anak yang kedua dari lima saudara.

Kadangkala berasa ada keistimewaannya menjadi anak nombor dua kerana ada peribadi aneh pada mereka yang dilahirkan sebagai fetus kedua melalui rahim si ibu selepas bertarung dalam kantung kecil, gelap namun selesa yang amat selama sembilan bulan sepuluh hari dan kantung itu pula cukup dengan bekal zat, makanan dan keperluan lahir batin kerana k…

Prevent is better than cure...

Batuk aku kronik
dah hampir dua minggu
siap ada bunyi spring bagai kalau bernafas
Sabtu ni pun belum tentu
aku boleh attend meeting di office
sebab kami ada sambutan
ulang tahun syarikat dan aku sebagai SU
(pehh...bukan ada gaji tapi
suka nak participate sebab KPI kan)
pun belum tentu boleh attend
sebab batuk yang bersifat lain macam ini.
Aku pernah tonton cerita di tv
beberapa tahun lalu
watak diserang asthma hebat
lack of oxygen
brain damage etc..
cehh mulalah aku berimaginasi
dulu sepupu rapat aku, namanya Kak Ita
meninggal disebabkan asthma
Kak Ita alah habuk
suatu petang tu dia rajin sangat mengemas rumah
segala habuk licin disapu
petangnya meninggal sebab asthma menyerang
G pun ada asthma kronik
sampaikan dia pernah terfikir kalau kahwin
dapat anak tak sebab ada mulut jahat kata
inhaler akan mematikan sperm dalam ovum
cehh macam Tuhan pulak mulut tu..
dan aku baru balik klinik
nampak gayanya handbag aku
akan penuh dan bertambah berat lagilah
kena bawa ubat
sebab aku ba…

Forgiveness...

Yesterday, i received a phone called from chatters friend, names TZ. We talked for 1 1/2 hrs...variety topics with variety tones of argumentation. Then before he ended our conversation, he remind me again, forgot the pass. Don't carry it everywhere you go, that was nothing, do a quick decision and ur life will be better!

Forgiveness means letting go of the past.- Gerald Jampolsky

And suddenly Jampolsky quote came accross into my mind. The bad thing about the past. Yerp..so many things. Among that was my battle toward TM Unified..heh! Tak settle2 lagi kes bergaduh dengan TM ni and fellow bloggers, aku bukan sapa-sapa pun tapi mana tahu dalam hati kalian ada kesumat sebab aku kalau menulis macam tak sedar diri juga, dan kadang kala dalam bertindak pun mungkin aku dipengaruhi dos V yang menjadikan pulse ke otak tidak sama dengan tindakan yang berlaku, jadi pada hari-hari terakhir penulis ciput macam aku ni, maaf kalau ada terjahat bahasa dan tergangster tindakan.

Nota: Mesti korang kata…

Aroma teh secawan kasih berlabel sayang...

Image
Lokasi: Fortnum and Mason, 181 Piccadilly London, W1A 1ER Mood: Sejuk dan memenatkan.. Waktu: 5pm waktu tempatan “Mahu honey atau brown sugar?”
“Apa-apa pun boleh...”
”Nah, skon di sini adalah yang terbaik di London. Kau tidak akan dapat melupakannya gigitan pertama. Ia sangat enak...” Ian menukar bicara, hatinya diterpa kelegaan.

Mau baca cerpen selanjutnya sila klik di sini

Appraisal...

Kali terakhir aku buat appraisal
adalah pada Disember 2010
dan aku dapat satu 'angka'
yang buat aku menangis dalam hati

menangis dalam hati orang x nampak
lagipun ini adalah urusan dunia
dan bersifat sementara
sejak itu aku berasa aneh
berasa aneh untuk menjadi rajin
aku tak tahu sistem apa yang digunapakai
yang aku tahu, ia menyumbang kepada
peratusan kenaikan darah aku
petang tadi, ketika memandu balik
dari tempat kerja ke kediaman sunyi aku
aku buat KPI dan appraisal lagi
appraisal ke atas diri sendiri
apa aku dah buat sejak hidup selama ini
apa aku dah buat setahun lalu
apa aku dah buat sebulan lalu
apa aku dah buat seminggu lalu
dan apa aku dah buat hari ini
oh ya, aku dah buat something yang +ve aku kira
aku dah perbaiki retak-retak kecil sebuah astana
eh bukan, aku buat kemasan
pada tepi buku yang sudah tercabut halamannya
atau bukankah aku dah mengemaskan pelepah merak
yang sangat cemerlang warnanya
ahh tak kisahlah...yang penting
aku sudah menyempurnakan sebuah hari…