Thursday, 26 January 2012

Neeson mahu peluk Islam, Brat bila lagi...

LAS VEGAS: Bintang Hollywood, Liam Neeson (gambar), bercadang meninggalkan kepercayaan Katoliknya untuk memeluk Islam. Laporan media semalam menyatakan, Neeson, 59, mengaku dia "diresapi semangat" itu selepas mendengar laungan azan ketika menjalani penggambaran filem di Istanbul, Turki. Kata Neeson, azan dilaungkan lima kali sehari dan untuk minggu pertama, dia "gila" mendengarnya.
"Tiba-tiba seruan itu meresapi jiwa dan ia menjadi sesuatu yang paling indah," katanya.
Neeson berkata, ada kira-kira 4,000 masjid di Istanbul dan sesetengahnya begitu indah.
"Ia menyebabkan saya benar-benar berfikir untuk menganut Islam," katanya.
Neeson dibesarkan di Ireland Utara sebagai penganut Katolik yang taat.
Bagaimanapun, dia beberapa kali mempertikaikan keyakinannya.
"Saya diajar mengenai Katolik, tetapi saya tertanya-tanya setiap hari secara tidak sedar - apa yang kita lakukan di dunia ini sebenarnya?
"Saya sentiasa membaca buku mengenai Tuhan dan fahaman atheis," katanya. - TS

First time aku aim Neeson masa tonton filem Schinder List...filem ini tidak lulus untuk ditayangkan di Malaysia dan aku paksa sorang member beli/cari cd ini untuk aku tonton. Dua kali aku tonton sebab tertarik dengan teknik shot dan angle filem ini. Filem yang dihasilkan dalam copy hitam putih ini nampak begitu real dengan kesan penderitaan perang jelas pada wajah pelakonnya. Ada antara scenenya, watak2 wanita di dalamnya terpaksa mencucuk jari mereka untuk mendapatkan sedikit darah bagi dijadikan pewarna merah pada bibir. Setiap seorang menunggu maut dan senarai Schinder adalah penentu sama ada mereka selamat atau tidak. Meskipun ada antara scenenya agaknya lucah, namun sebagai penonton yg menterjemah dari sisi seni perfileman dan gerak kerja pembuat filem, filem ini sememangnya berjaya walaupun ia adalah kisah kekejaman perang Nazi terhadap kemanusiaan sejagat.

Nota: Brat yg disebut di atas itu bukan merujuk kepada Brat Pitt balak Jolie, sebaliknya Brat ini adalah rakan baik aku yg atheis tapi bermakwekan seorang perempuan muslim yang sudah enam tahun menunggu si Brat ini..semoga Tuhan memberinya cahaya dan hidayah pada sebuah pencarian panjang yang masih lagi dilaluinya..

24 comments:

  1. Semoga berita ini menjadi kenyataan

    alhadulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncel G, kan...saya pun harap berita ini jadi kenyataan..

      Delete
  2. 1. saper kah artis tu. tak pernah plak aku tengok beliau dilayar perak selama ini

    2. brat rakan baek ko tu berbangsa apa sis??? suruh lar awek dia bimbing sikit2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TP:
      1)Liam Neeson ni artis senior di Hollywood. Kalau tak silap aku dia ni Jews/Yahudi. Aku suka filem/lakonan dia sebab watak yang dibawa sentiasa berjaya dan hidup...lately ni dia dah kurang berlakon...

      2)Kawan aku tu, ada juga aku selit-selit pada dia mengenai kesempurnaan menjadi seorang muslim. Rasanya dia confuse dalam mencari kebenaran. Aku belum cukup ilmu untuk berdebat dgn dia sebab dia lebih bijak dari aku bab filosophy in religion ni. Kesian kan awek dia, enam tahun tunggu...sampai la ni masih menunggu. He is Indian...

      Delete
    2. semoga dia berjaya. 6thn lama tu....

      Delete
    3. Yerp...lama kan..Dan masih sanggup nak tunggu...

      Delete
  3. hurmmm... info yg menarik awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ambil dari newspaper tu yg atas..

      Delete
  4. seronok baca cerita macam ni.

    oh ya kenapa cerita tu tak ditayangkan di Malaysia?

    ReplyDelete
  5. hiedayah, kisah berkenaan tidak ditayangkan di Malaysia kerana tidak mendapat kelulusan lembaga penafisan filem malaysia. Ada beberapa scene melampaui batas kemanusiaan kerana kisah berkenaan adalah kisah kekejaman perang, ada scene ganas, scene bogel dan scene kekejaman...tapi cd nya dulu banyak dijual secara haram..

    ReplyDelete
  6. ada makwe yang tunggu dia enam tahun? apa yang dia tunggu sebenarnya...

    ReplyDelete
  7. Brat tu macam konpius apa yg dia nak..aku dah usha supaya dia buat keputusan sebab kesian kat makwe tu kan..

    ReplyDelete
  8. scene dalam filem tu yang aku paling ingat adalah bila mana penghuni pusat tahanan tu jadi sasaran untuk `latihan menembak' oleh watak antagonis yang aku dah lupa. apa pun, liam neesan memang steady sejak filem tu sampai la filem taken sekarang. kalau tak silap, dia ni berdarah irish kot.

    ReplyDelete
  9. irish ke? aku ingat dia jews...ya ada scene tu..targert sasarannya adalah manusia kan...sangat sadis aku rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. liam neeson penah berlakon dalam filem star trek... jadi JEDI (JEDAI)...

      tapi bila dah islam no more scene yang kissing2 dan romance2 lah yer...

      seruan Allah tu tak kira siapa dan dimana...

      Delete
    2. NP, ye lah...lupa plak dia pernah berlakon dlm star wars kan...harap berita di akhbar itu adalah betul...lazimnya org Barat yg convert ni akan jadi lebih alim dr sebelumnya semasa dia menganut agama asal...

      Delete
    3. irish atau jewish tu, aku tak berapa pasti. ceh NP ni, bab kissing dia paling risaukan.

      Delete
    4. bab kissing tak kissing, aku pun risau...kalau dah convert, dia tak leh lagilah buat adegan macam tu...

      Delete
    5. tapi faham2 jelah lah citer omputeh ni..
      so kalau tak ada adengan tu kan elok...

      Delete
    6. a ah sedikit sebanyak mesti ada...bagaimanapun harap dia tidak terjebak dengan scene begitu..

      Delete
  10. Lady Windsor,
    Aku pun berharap sorang kawanku yg kesnya mcm brat ni.. bila lah agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong Andy, aku pun berdoa supaya Brat ni dapat petunjuk dan hidayah. He's among my good friend..aku harap juga makwe dia sabar...

      Delete
  11. suka sangat ada orang yang nak peluk islam ni..
    ALhamdulillah..:D

    my kakak angkat pun mualaf..:)

    ReplyDelete
  12. TH, kan..nak nak lagi kalau orang itu dekat dengan kita...

    ReplyDelete