Monday, 16 January 2012

Kompas hidup...

Hilang pedoman dalam suatu perjalanan panjang
peta hidup juga seolah kabur untuk dilakar
antara utara dan selatan
ada pula timur dan barat mencelah
arah matahari condong atau jatuh
bagaimana pula tatkala sillhoute memercik suram
arah tetap tidak dapat ditentukan
ufuk horizon yang sayup di hujung pandang
hanya ada garis langit, panjang tak bertepi
dunia halusinasi dunia bunian
dunia nyata dunia kemanusiaan
walau hidup pada persada mana sekalipun
harus ada kompas kehidupan
kalau sesat, kembali ke pangkal jalan
kalau terlebih langkah
jenguk-jenguklah mencari jalan pulang
aku noktahkan di sini
tanah airku di sini
tanah kuburku di sini
kemboja itu di sini
mentafsir wanginya bunga kuburan itu
hanya aku yang tahu...
dan kiblatku hanya satu
ESA!

Nota: Kompas hidup aku sudah lama tidak aku selia, betulkah ia berfungsi? Benarkah ia bergerak, atau ia juga merajuk kerana aku berpandukan bayang matahari serta simbahan bulan buat kebelakangan ini..kompas hidup, kini kembali aku rujuk...

20 comments:

  1. tq TP..ko first aarr..tahniah..hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha sorang lagi geng BG berasa bangga ya..hari ni tak pi swim kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apsal i kena klik kat reply baru boleh komen, kalau tak, kotak komen u tak tahu pegi mana...

      kompas i kadang2 utara, kadang2 selatan... haisshh

      Delete
  3. kotak komen i hilang..i sendiri pun fenin tengok blog ni..macam ada hackers do ubah...maybe blogspot dan nenong2.

    ReplyDelete
  4. kompas kadang kala menunjukkan arah yang sedikit serong bearingnya. dan hala tuju kita akan sedikit tersasar.

    sebab tu aku suka tengok dual survivor.

    ReplyDelete
  5. Memang sedikit bearing, tapi ia paling berguna walau ko terjatuh ke gaung mana atau tersasar ke belantara mana sekalipun, namun ia tetap boleh digunapakai. Kompas di atas itu dipinjamkan dengan ihsan seorang rakan masa aku atas kapal nak tentukan arah kiblat....aku cadang nak beli satu, senang nak guna kalau ada di lokasi yg x tahu arah kiblat...

    ReplyDelete
  6. kembali la rujuk,sementara masih sempat :D

    ReplyDelete
  7. kompas hidup tak pernah mati awak. kabur itu barangkali ya. siapalah kita untuk menidakkan kabur atau tidak sebetulnya.

    tidur yan panjang seolah2 diherbinasikan pernah didengari.

    ReplyDelete
  8. Yong, memang sentiasa dirujuk pun...:)

    BS, ya..kompas itu sentiasa bergerak walaupun pada jarum yang halus cuma kadang2 aku diam dan kiam...berhibernasi mungkin untuk mencari rentak baru...

    ReplyDelete
  9. kerja aku dulu memang melibatkan penggunaan kompas yang kerap. kalau tak memang susah la buat kerja atau balik tempat asal. pernah sekali aku panjat pokok sebab nak tengok matahari untuk tentukan mana utara. ciss...! dah serupa kongkang!!!

    ReplyDelete
  10. kan...lain kali jangan lupa bawa kompas, kalu tidak ko akan berasa seperti kongkang! ahak!

    ReplyDelete
  11. tapi ok jugak waktu tu, jadi kongkang kat tempat yang orang sibuk kata ada bigfoot. serious shit, memang best siot!

    ReplyDelete
  12. ahh mencik lah ko...kalu aku tanya musti ko tak mo jawab then ko akan tulis tapi...bluerkkk!

    ReplyDelete
  13. ko pun da tahu apa aku nak tanya..

    ReplyDelete
  14. kau pun tau apa jawapannya. hahahaa!!!

    ReplyDelete
  15. perghhh, mendalam tu LW...

    kompas Cc pun dah lama tak diselia

    ReplyDelete
  16. CC..tu la pasal..kadang2 terlupa nak cek betulkah jarumnya etc..:)

    ReplyDelete