Friday, 20 January 2012

Masuknya waktu Zuhur...

Pada hayat yang sedetik cuma ini
mungkin tidak cukup pun
untuk aku menunggu
masuknya waktu Asar
apatah lagi merebut tenangnya Maghrib
begitu pun aku sudah menikmati
Subuh yang sangat aku syukuri
dalam sela kira-kira waktu
ada dugaan bertelingkah
ada seru yang menongkah
ada juga insaf sedekah
dan kini aku sudah hampir amat
menunggu Zuhur yang sesaat tepat
berteleku di sejadah hidup
sesekali membias warna sinar
tak pun berselisih cahaya sebenar
aku menunggu azan Zuhur
dan baldu sejadah tetap luhur
kerana ia hanyalah sehelai sejadah
aku yang perlu akur
bahawa hidup ini adalah jalur
pada satu perjalanan jujur
menujuNya!

Nota: Mak, abah dan nenek..saya sudah email 'hadiah' untuk kalian di sana...harap sudah terima!

26 comments:

  1. lima check point yang perlu kita singgahi tiap hari. sempat sampai atau tidak, itu adalah urusanNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SM, yerp check point wajib...untuk cek 'air, minyak, aircon' etc..

      Delete
    2. putaran yang jadi rutin hingga sampai ke garisan penamat.

      Delete
  2. Sy rs...ms utk sy terlalu cpt dan singkat...

    =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita berkejaran dengan masa sebenarnya..beruntunglah sesiapa yang tidak pernah tersadung duri atau ranting dalam perjalanannya...

      Delete
    2. bila u dah start tulis mcm ni...sastera gini, i mulalah tak tahu nak komen apa..kang kalau tak tinggalkan jejak, u tak tahu pulak ia datang bertandang...

      Delete
    3. NP..is ok..no worries bebeh...so u dah bebas dari test aa? Tak g soping ka u...kalau i hari Jumaat adalah hari merayau..hikhikhik!

      Delete
    4. dah abis exam? bahaya...

      Delete
    5. SM: tau tak pa...hahahaha jaga-jaga...!

      Delete
    6. @SM
      dah abis exam dah...
      bahaya?? ooooo hik hik
      apa yang nak dirayau kat kuala selangor ni LW?
      kalau kat midvalley atau Isetan KLCC tu, tau lah i mana nak dituju...

      @LW
      dia takut laa tu...SM takut yer????

      Delete
    7. NP...ye la I agak2 SM musti dok sembunyi tu bila u muncul...hikhikhik

      Delete
  3. semoga jadi anak dan cucu yang solehah. Bagus La Lady W ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TP: err ko ni dalam rangka puji-pujian atau bodek membodek ni weii..mwahahah! Eh ko tak p solat jumaat kah?

      Delete
  4. menyampaikan rindu pada sebuah harapan.... amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chad...doakan yg terbaik, kelak rindu itu terlerai jua....kenapa akak x boleh masuk blog awak ya?

      Delete
  5. aduh... kita baca. dia terfikir. rindu ya. keluhan tu mcm ada di situ. insyaallah DIA nampak awak.

    ReplyDelete
  6. hnya yg miliki hati sulaman seni yg faham entri ni. :)kirimkn selalu,pengubat rindu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang Stalker, sesuatu yg tak terucap..hanya bisa difahami dalam hati...lama tak nampak, dah sihat? Rindu tau...hihi

      Delete
  7. diaminkan doa-doa tuh..

    aminnnnn....

    ReplyDelete
  8. "aku yang perlu akur
    bahawa hidup ini adalah jalur
    pada satu perjalanan jujur
    menujuNya!"

    Well said.

    -kk-

    ReplyDelete
    Replies
    1. -kk-, setiap yang berlaku itu adalah dgn izinNya kan...

      Delete
  9. Thanks Adik TH, idea yang mendesak terluah begitu..menyucuk dalam dada...

    ReplyDelete