Posts

Showing posts from 2012

Entry kontot

Image
# Beberapa tahun lalu, kami (aku dan KA) pernah tidak bercakap selama beberapa hari kerana dia sudah memangkas dan membuang pokok orkid kesayangan aku yg diberi oleh arwah mak. Berasa begitu tertekan dan kecewa kerana orkid itu ibarat semangat kehidupan pada aku. Ia sempat diselamatkan seranting dua yg kemudian diberikan kepada adik. Semalam adik sms orkid itu sudah berbunga gemuk dan banyak pula bunganya. Ya, semangat kehidupan itu sudah kembali...ada dua pasu orkid di rumah adik dan kedua-duanya berbunga lebat..satu keajaiba agaknya setelah hampir bertahun ia merajuk dan tidak mengeluarkan bunga..
# Untuk sahabatku, kalau boleh aku pinjamkan semangat ini, mahu saja kuberi semuanya kepada kau yang sedang dilanda ujian itu. Sudah tiba masanya kau menutup halaman berkenaan yang tidak mendatangkan kebaikan untuk diri. Aku akan sentiasa berdoa supaya kekuatan itu ada bersama kau setiap masa. Times up! Start a new chapter in ur life!

# Kita tidak pernah tahu apa akan berlaku walau sesaat …

Monolog penghujung...

Image
Malam ini..bulan penuh di perabung langit. Aku selama-lamanya suka melihat bulan, kerana ia tidak pernah menipu dengan cahaya warna perak, kerana ia tidak pernah mungkir memuntahkan cahayanya ke segenap pelusuk alam dan paling mengujakan ia menjadi pusat renungan berjuta-juta manusia di benua lain. Berkongsi cahaya yang satu dengan sejuta tafsiran..kenyataannya aku tetap suka akan bulan. Bukan memuja, tapi berasa kecil amat kewujudan ini berbanding bulan sebutir tapi perkasa itu... Hari ini sudah 27 Disember, bererti masih bersisa empat hari lagi untuk menjejak tahun baru, lunar baru, perkiraan baru. Mengikut kalendar cina, tahun baru ini adalah tahun ular..aku kira banyak putar belitnya. Dan apabila menoleh kepada jumlah hari yang sudah hampir 360 hari aku jejak, bererti aku menoleh kepada masa lalu yang penuh dengan warna dan rona. Ada hari yang tercalar, ada hari yang kemas dan ada hari yang awannya berarak mendung. Mengemas gobok buruk di penjuru bilik, terjumpa beberapa fail dal…

Ketagihan...

Saya bukan penagih..
Saya tidak ketagih..
Saya tidak mahu mati akibat ketagihan..
Saya tidak mahu jadi hamba ketagihan..
Saya akan berhenti mengambil bahan itu..

Tidak pelik kalau ketagih dadah walaupun ia adalah perbuatan paling bodoh, zalim dan laknat terhadap diri sendiri, tapi mungkin sedikit pelik apabila ketagih makanan segera yang sangat murah, mudah dan mengenyangkan itu. Siapa penagih tegar makanan segera ini? Siapa lagi kalau bukan orang yang menulis entry ini.
Kali pertama makan makanan segera bernama m*gg% ketika di tingkatan satu, tinggal di asrama di Kota Bharu. Kak Azra pelajar cerdik dan bijak di sekolah berkenaan, satu dorm dengan aku. Setiap malam aku lihat dia makan makanan segera itu ketika prep atau stayback malam-malam buta. Semua orang kata makanan itu bahaya untuk kesihatan, otak jadi lembap. Letak perencah kat pokok bunga pun pokok bunga mati, apatah lagi kalau otak atau jantung manusia yang sangat sensitif ini. Tiba-tiba bila result SRP keluar, Kak Azra jadi best…

Raja sehari..

Image
Kenapa raja sehari? Kerana pada hari yang serba manis itu, individu yang bergelar raja sehari  menjadi titik tumpu,  duduk bersimpuh manis di atas pelamin menunggu pasangan pelengkap hidup. Dengan penuh upacara, dikelilingi kaum keluarga terdekat, saudara mara, sahabat handai dan sesiapa saja yang secara tidak langsung meraikan pertukaran status seorang dara kepada 'Puan' dengan doa dan amin yang dibaca. Seiring itu juga tanggungjawab menjadi sedikit berbeza kerana segala-galanya perlu difikirkan untuk diri orang lain juga dan bukannya diri sendiri. Kepada adinda Norul Hafizah dan Wan Ahmad Fadzli, semoga rumahtangga yang dimeteri pada 21 Dis kemarin kekal hingga ke anak cucu.. Perkahwinan itu terlaksana apabila kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk memikul tanggungjawab, yang mana kedua-duanya harus telus dalam menjayakan sebuah ikatan yang direstui ibu bapa dan kerabat. Perkahwinan juga berlaku apabila cukup syarat dan jodoh sudah tiba, maka ia wajar disimpulkan dengan meri…

Jom kita try nak...

Perkara pertama kalau sampai office ialah cek email. Macam-macam email ada, nak jual viagra ada, nak jual sex toys ada, nak ajak jadi business partner ada, info menang loteri kat UK ada, info aku jadi waris duit bermillion di Swiss Bank pun ada dan nak berkenalan pun ada. Jadinya mana yang tak berkenaan aku delete. Ehhhh cop..ini ada satu yang berkenaan..mesti ada ramai photografer handal di sini kan...meh la kita try... KUALA LUMPUR INTERNATIONAL PHOTOAWARDS 2013
TAGLINE:  'TANGKAPLAH SAYA, TOLONG LAH'
PENGUMUMAN PERTANDINGAN BERMULA: 
DISEMBER 2012
TARIKH PENYERAHAN FOTO:
1 MARCH 2013
TARIKH TUTUP PENYERAHAN FOTO: 31 MARCH 2013
MAJLIS PENGUMUMAN PEMENANG: JUNE 2013
SEBARAN UMUM
Buat kali yang ke-5, KL International Photoaward (KLPA) sekali lagi memanggil semua peminat fotografi untuk menyertai pertandingan fotografi tahunan KLPA. Pengumuman pertandingan berserta maklumat menarik tentang pertandingan ini telah dipaparkan di laman web KLPA bermula dari Disember 2012. Tahun ini, tagline…

Kenapa...

Kenapa ya..

* Dalam air badan berpeluh...?

* Ikan habitatnya di laut,
berair masin, tapi apakala dibawa ke darat,
tetap perlu digarami semula...?

* Hanya jauhari juga yang mengenal mutu manikam..?

* Bawang itu berlapis-lapis sifanya..?

* Angin tidak nampak, tapi dirasai kehadirannya...?


Selepas 17 tahun...

Image
17 tahun, satu tempoh masa yang sangat lama. Kalau diukur pada usia manusia, sudah boleh disebut dara sunti dan memasuki usia matang. Kalau orang dulu-dulu, usia 17 tahun itu mungkin sudah ada dua anak. Memang selama 17 tahun kami membawa haluan masing-masing, namun kelmarin atas usaha Dr Ros Fatihah, kami berempat bertemu semula selepas 17 tahun dan masing-masing melepaskan rindu yang sangat tulus kerana kami pernah makan semeja, minum secawan dan tidur sekhemah pada suatu ketika dulu. Malah kami juga kerap berhimpit-himpit setiap hujung minggu di dalam trak askar 1.3 tan menuju ke kem PALAPES di Bukit Damansara untuk latihan mingguan selama tiga tahun. Berkawad, berhujan, berpanas dan ada kalanya melepas keluhan bersama sekiranya ada masa senggang ketika kawad di Sungai Besi dan ketika melakukan latihan ambush di Bukit Botak. Itu adalah apa yang berlaku 17 tahun lalu.
Dan apabila bertemu kelmarin, kami masih sama. Kami masih lagi ingin bercakap perkara yang sama kerana 'sejara…

Leisure on my own way...

Image
Sometime they keep asking me..don't you feel boring when at home and what did you do during weekend or holiday? Honestly..i pop up the answer...yes im alone but never feel lonely and im not the loner. I have a lot of things to do at home. I have a bunch of cloths to sew. I have few dozens of paper to fold/manage and i have a store which is load with flour, butter, sugar, egg and many. And i have few things to manage in net while im leisure and the rest of it..of coz ill be in kingdomland...doze off to dreaming space. Hehe..and  you may say im a dreamer, but im not the only one...

Last weekend, my blogger buddy came in and we had a great time together. Discussing and planning about nak penuhkan tabung melancong ke bintang, nak beli kereta kebal, nak beli Burberry, nak beli LV, nak beli bulan bintang...adehhhh! Buddy are you ok? Wish you speedy recovery!Then ive nothing to offer, no Tony Romas, No Capriciossa, no Victoria Station..just a tempting food from my kitch…

Both are gorgeous...

Image
Seorang berhati besar walaupun kecil dan seorang berhati kecil walaupun besar, tapi selepas dinobatkan sebagai Ratu Cantik Malaysia 2013 dan menggalas cabaran berat di luar negara, dia terpaksa memperkasakan hatinya dan keluar dari kepompong kebiasaan, nerd, pemalu, isolated dan buat hal sendiri. Manakala yang si comel beriben biru di kepalanya itu sangat berani bercakap dan yakin amat dengan kata-katanya. 
Ada sesuatu yang perlu dikagumi pada kanak-kanak ini...kedua-dua ibu bapanya adalah OKU. Sofea Ellyana, tujuh tahun, bersekolah darjah satu tapi ketika berbual dengan dia, aku rasa dia lebih 'besar' dari aku.
"Sofea datang The Curve dengan siapa?" "Dengan mak, ayah dan adik, Irfan Iskandar.." "Mak selalu bawa Sofea ke tempat macam ni ke?" "Tak juga..selalu mak bawa saya ke rumah Mak Long..." "Sofea agak-agak nak jadi apa ya bila besar esok.." "Nak jadi pramugari..nak tengok dunia...etc etc etc!" Dia bercakap de…

..the first time ever i saw your face..

Image
CK: LW, u kat mana? (Katanya di hujung telefon pada jam 8.30 malam. Ketika ini aku sudah sampai dan sedang duduk menghilang penat di Sri Budiman di kediaman adik. Dalam keadaan gelap, sengaja tidak dinyalakan lampu, ada sedikit kelegaan walaupun gelap. Seperti tidak percaya, aku boleh menjadi manusia yang sangat cekal berada dalam kegelapan dan pada ketikanya menjadi sangat pengecut pada selintas cahaya yang terang benderang. Ajaib bukan, hidup yang dijalani kini ada kalanya menjadikan kita seorang yang aneh.). Aku: Beb I baru jejak rumah...sambil duduk ni...apasal wehh?
CK: Alaaa i ingat nak ajak u mengeteh. Jap lagi nak lalu opis u. I baru habis kelas.
(O ya dia sebaya aku, menyambung pengajian sarjana di UM dalam bidang Asia Tenggara. Bapa anak dua ini sangat rajin dan kreatif. Dia juga rakan sekelas aku di tingkatan enam berbelas tahun lalu. Dan dia adalah artis indie, penulis skrip dan juga rakan yang baik.
Aku: Nape lambat bagi tahu?
CK: Ingatkan u ada kat opis laaa...
Aku: O…

Kanak-kanak..yang sentiasa manis!

Image
Dalam diri kanak-kanak tidak pernah ada individu dewasa, tapi dalam diri individu dewasa sentiasa ada sifat kanak-kanak malah yang sudah sangat tua pun akan berbalik kepada perangai kanak-kanak pada ketika tertentu. Sama ada disedari atau tidak, kita semua menyimpan memori zaman kanak-kanak dengan cukup kemas dalam minda.
Dan memasuki taman tema Disneyland adalah satu perkara yang sangat berbaloi walaupun pada mulanya aku terfikir wajar atau tidak mengorbankan RM200++ semata-mata untuk memasuki dunia kanak-kanak yang sentiasa ceria, gembira dan tiada erti penat? Ya wajar, sangat wajar! Kerana apa yang aku dapat ialah lebih daripada nilai berkenaan. Kadang kala memori itu akan berlegar-legar, muncul tenggelam timbul dalam ingatan, namun percayalah menjadi kanak-kanak adalah satu era paling berharga dalam hidup. Tiada apa yang perlu dirisaukan, kalau lapar, cakap saja pada mak. Nak beli gula-gula, tarik saja baju mak. Kalau mak tak bagi, jerit guling golek-golek depan kedai apek sampai…

Entry terbuka untuk adindaku..

Image
Jatuh hati...sulit mentafsirnya, tambah sulit untuk menzahirkannya kerana hati itu sendiri sangat misteri keadaannya. Tersembunyi jauh di celah-celah organ lain, berwarna merah tua seolah-olah kental dengan darah yang membeku pekat, tidak berubah oleh panasnya suhu badan, tidak jejas oleh panas makanan yang dihadam, namun berupaya cair dan hangat oleh panah mata dan jelingan rasa dari orang yang kita suka.

Jatuh hati, satu nyala rasa yang sangat istimewa, tiada persamaan rasa itu, hanya yang mengalami tahu akan penderaannya dan hanya yang mengalami saja tahu akan penasaran oleh tekanan perasaan yang tidak nampak. Mahu memiliki, tapi tiada keupayaan. Mahu meluahkan, tapi suara seakan sombong dan mahu melayangkan warkah meluah rasa, aksara hilang bentuk. Justeru hanya yang mampu dilakukan ialah menyimpan rasa itu yang lama kelamaan menjadi racun lantas meracuni segenap pembuluh darah, lalu rasa pun berkubur menjadi obor malap yang padam perlahan-lahan meninggalkan abu luka.

Jatuh hati, sa…

Warna terakhir 2012

Image
Beberapa hari saja lagi tahun 2012 akan beransur pergi membawa diri. Apabila direnung kembali, banyak dakwat berwarna merah dan hitam yang pekat serta likat pada lembaran kanvas hidup. Bahkan ada contengan kasar dan garang pada helaian kanvas yang juga tidak halus permukaannya serta menggerutu. Hidup yang keras, seperti aspal. Panas dan berasap apakala disimbah cahaya matahari mahupun titis hujan, namun tiada pilihan dan kanvas tidak pernah menipu akan setiap warna yang tecalit pada halamannya. Sama ada disedari atau tidak, warna berkenaan akan bersatu membentuk satu lapisan warna yang pelbagai, larut meresap pada gentian dan lama kelamaan pudar ditelan masa, namun kekal erat pada siratan hidup.
Sedar tak sedar, apabila bertambah setahun lagi usiadi maya ini, bererti makin singkat kehidupan sebenarnya dan semakin pantas pergerakan menuju ke alam barzakh. Pengisiannya bagaimana? Sukakah, atau penuh dengan muka surat berwajah polos suram? Atau kosong? Mungkin kah ada halaman cerah berw…

Auwwwww auwwww big bad wolf...

Image
How do you feel when you lost in a forest of book..a 3 million of books in a hall..there is a Big Bad Wolf crazy sale in town and im apart of them who wanted to grab and opportunity in early morning. Adik text me and asked whether i want to accompany her in the event. Of course i will not hesitate to say yes because i need to fullfill my library. I only have RM200 in my wallet as if need to be belanja berhemahlah kan sebab duit tak ramai tapi buku ramai sangat yang perlu dibawa balik..sigh! Sambil jalan sambil tengok. Susunan buku pun masih cantik dan teratur sebab hari pertama dan kami adalah antara pelanggan terawal tiba di Mines. Parking kereta pun dekat saja dengan pintu masuk hall.I can't believe that i picked about 20 books with hard cover and its only cost RM196..magic aite? Plan to visit again in couple days because i want to buy some more motivation and cook book. Beli buku masak konon tahun depan nak masuk MasterChef..hik! Ini adalah Adam. Dia dah tak sabar-sabar nak b…

Jatuh hati...

Otak, mata, telinga, hati dan segalanya milik Tuhan..dipinjam seketika, kita manfaatkan sebaik mungkin..

Fakta:  # Otak manusia akan mati secara total apabila tidak menerima oksigen dalam tempoh empat minit. # Otak berfungsi mengawal seluruh perjalanan sistem pengaliran dalam badan seperti mengepam darah ke jantung, hati dan seluruh bahagian lain pada badan. # Otak juga mempunyai berbilion saraf yang boleh berhubungan antara satu sama lain. # Otak adalah sejenis bahan yang sangat lembut, mempunyai ruang penyimpanan (stor) memori melebihi 10,000 kali ganda sebuah komputer berkuasa besar. # Otak berkuasa mengawal seluruh sistem organisasi dalam badan manusia, namun ia tidak mempunyai mekanisme untuk memulihkan otak itu sendiri sekiranya mengalami serangan atau kerosakan.
Justeru, kalau ada yang berkata kita bercakap dari hati..makanya kenyataan itu perlu ditukar kepada kita bercakap dari otak kerana otak mencerna dan menghantar isyarat ke hati, lantas hati mendetikkan sesuatu ke sanubar…

Confident level...

Image
When east meet west, the result must be unique. When Najua met Ellingham, here Aisha Marie, the cutest petite cherry that ive met yesterday. She is charming, adorable and smart! When she talked to me..she speaks like an adult while her  mom whisper to her ears, can you tell auntie what nenek told about you! Then she said to me, ‘mat saleh bontot hitam’...muehehe and she giggles and smiles. Her younger sister, Alana Jane..i guess, real cute like her too. I met Aisha Marie and her mom, Najua at Poney Kids Fashion Show at KidZania Kuala Lumpur. She is brilliant and her confident level is absolutely high. Nak dibandingkan kalau aku seusia dia dulu, pastinya macam langit dengan bumi. Segala yang pasif ada dalam diri, tak bercakap, pendiam dan brutal. Sehingga masuk ke IPT, aku tetap juga tak banyak bercakap, tapi apabila memasuki dunia pekerjaan, semuanya bertukar secepat kilat dan aku tahu kerja keras aku bertahun untuk mahir bercakap dan berani bercakap di hadapan khalayak berbaloi. San…