Tuesday, 29 November 2011

Misteri sekejap...

1)
Mengembara ke alam roh...warghhh vogue kan?
boleh ke gitu? Boleh! Macam mana?
Maka aku pun dengan penuh taksub bercita-cita
untuk mengembara ke alam roh
ketika aku aku berusia 18 tahun
kata ustaz muhammad, kalau diizinkan Tuhan
roh boleh keluar dari jasad
berterbangan antara langit dan bumi
dan masuk kembali ke dalam jasad...
mati kecil kah itu?

2)
Aku kerap juga tengok
peniaga buah di pasar chowkit
sangatlah tidak  senonoh
kerana jual buah yang sudah busuk dan buruk
tapi disusun cantik dalam pinggan
suatu hari Nasir bercerita
kenapa penjual sanggup jual buah busuk
aku terfikir2 siapakah pembeli buah itu
Nasir kata lagi, ia dijual sebab ada pembeli
siapakah pembeli buah busuk dan buruk itu?
Korang tahu tak siapa yang beli buah tu?

3)
Ada anak kawan aku
comel budaknya...kita orang panggil Nia
hobby dia suka cabut bulu kening kalau nak tdo
asal baring je, tangan otometik melekat kat kening
dah naik botak kening dia sebab tangan dia cabut satu, satu
mak dia puas pesan, cabut bulu kening tu kira ok lagi
tapi Nia jangan pandai2 cabut bulu mata
nanti Nia x boleh tido malam
agak2 kenapa mak dia tak bagi Nia cabut bulu mata?

4)
Dulu aku pernah shooting kat KB
drama tu judulnya Tuk Aji
arahan Meor Hashim Manap
so ada banyak lokasi yang kami singgah
ada satu rumah buruk tu, dalam ceruk hutan
di pinggir kampung
tengok dari luar macam buruk nau rumah tu
tapi bila masuk dalam, mak datuk bersihnya
aku ni bantai masuk jer sebab tugas aku jaga konti
konon nak cek lokasi, ada satu sejadah buruk belakang pintu
dan selonggok pinggan tembikar lama
sekitarnya ada pokok2 bunga, agak terbela
aku tak rasa apa2 pun, sebab dalam hati dah bagi salam
balik ke bandar KB, jam 2 pagi..
lepas mandi aku duduk balkoni dan x ingat apa2..
esoknya Ahmad Insani kata:
kakak, semalam kakak jadi tuan puteri
jenuhlah saya nak sedarkan kakak
kakak main dengan anak siapa semalam
anak kecik siapa yang kakak usik semalam
cehhh..seingat aku, tak ada pun budak kecil yg aku dukung..
apakah???

Saturday, 26 November 2011

Hijrah...

Hijrah
perpindahan
perubahan
daripada yang tidak baik
kepada yang lebih baik
semoga Hijrah 1433 ini
adalah yang terbaik
buat masa ini
untuk kita meneruskan suatu amanah
di muka bumi Allah ini...

Belaan...

Abaikan gangguan lain, inilah anak ikan I...hikhikhik! (anak ikan tau) di bawah rumpai tu ada banyak lagi anak ikan I...
aku dulu kononnya nak bela anjing, sebab terpengaruh dengan citer lassy kat tv..
tak pernah miss tengok citer anjing yang sentiasa jadi penyelamat kepada tuannya ini,
sekali mak aku kata...ko buang tebiat ke apa nak bela anjing,
aku sentap dan terus tukar cita-cita kepada nak bela ular...
tapi masa tu rumah aku x de semak samun so payah sikit lah nak bela ular.
kenapa nak bela ular? sebab aku suka tengok kulit ular sawa yg cantik tu.
Sekali bila aku jadi remaja purba, arwah abah bela ular sawa
dari sejengkal sampai boleh jadi tali pinggang kulit le..yickkk...geli!
Ada satu ketika, rumah kami bela kucing banyak...
abah ambik di hospital masa kakak kemalangan..
dari hari pertama kakak kemalangan hingga parut di muka kakak hilang dan sembuh,
selama itulah kucing banyak di rumah kami.
Bila parut kakak dah hilang sepenuhnya, kucing2 itu pun hilang juga..
kucing ke apa eh.
Last sekali bela ikan..haa buddy ini ko punya penangan...
aku nak share pasal si gemok, buntat dan segala bagai lagi yg arwah bapak aku pernah bela.
Antara kesayangan adalah seekor koi seberat  8 kilo, dibela selama lebih 10 tahun,
diberi makan nasi, roti, udang dan biskut...kojol dalam akuarium pada suatu petang yang sadis akibat terputus bekalan elektrik.
Mendiang koi buntat ini diberikan kepada Uncle Yong berketurunan Siam.
Esoknya uncle yong datang bagi abah seutas jam tangan sederhana murah
sebab terhutang budi dengan pemberian mendiang koi buntat.
Katanya: lemak, lazat, berminyak dan telur si buntat itu ada sepinggan besar...perghh...kami menitik air mata! Semasa dengan KA, aku bela kelisa perak pasar pudu...
seronok juga sebab kelisa ini spesies mengada2, makan cengkerik je.
Bila tinggal balik kampung, yang tinggal hanya rangka di bawah akuarium sedangkan akuarium bertutup..apakah???
Lepas tinggal sorang aku bela sedozen tetra neon dan peacock,
serta seekor penyedut sampah..beranak pinak ngko tapi kalu dah dasar haiwan tu, haiwan juga le kan...
semua kena sedut  dengan si DBKL tu...la ni tinggal sekor je sambil layan rumpai dalam akuarium kecil..
penapis air aku tetap on supaya bila aku buka pintu balik, ada bunyi air, tak ada bunyi ayam berkokok atap atap..kan!

Friday, 25 November 2011

Food harrasement...

Enoki mushroom..toke kedai 'perahu wap' suka letak cendawan murah ni dalam menu sebab ia cantik dan sedap. cepat masak, benam sekejap jer dalam air mendidih, dah masak...aku wajib beli cendawan comel ni sebab ia murah, paling senang nak humban dalam mangkuk maggi!

Brown bunashimeji..kalu nak masak krim mushroom soup, bunashimeiji perang ni molek sangatlah...satu, sebab rupa wajahnya yang bulat bergentel, dua, sebab batangnya yang putih dan tiga, sebab ia cendawan, letak je lah...tapi aku bantai mana-mana aku suka...dalam sup cair pun aku letak juga..

Since semua orang diet, NP...kekalkan say no to rice ya...kita tengok sapa boleh bertahan lama. Cik Cempaka pun masih berdiet lagi kan..err..sape2 yg cekeding..haha korang tahu siapa korang...x payah diet..tapi kalau nak praktik good food..pls do it...u r most welcome...o ya salad tu adalah kombinasi crisp lettuce, carrot, cherry honey tomatoes, romaine heart, walnut dengan dressing remia french herbs holland sauce, olive oil dan apple cedar vinegar..aku suka masam, jadi tuang apple cedar vinegar lebih2 sket aarr...tak pun boleh juga guna caesar dressing, thousand island atau balsamic vinaigrette dressing..aku guna Vamp dressing...hehe!

NP, nampak tak u ada kat dalam sup cendawan ni..eh i mean pasta..bukan u la kan..hihi...kalau u dekat buleh kita makan2 sambil atur srategik nak pau SM pasal tiket Search tu kan...oh ya sup ini kelihatan poyo kerana bahannya sudah dimoderate, hanya guna sedikit seasoning saja, setengah sudu teh, olive oil untuk menumis dan guna teknik fast cook supaya cendawan tidak lebam..yang warna oren tu adalah capsicum. capsicum is the best among three colours because its contains zinc and some more mineral rather than a green and red capsicum..
Ada banyak blog yg aku spy
blog yg tepek pasal makan lagi lah..
kadang2 x tahan sungguh tengok resipi yg dia orang tepek
rasa dan2 tu juga aku nak try buat
kalau nak masak tu, resipi yg aku print tebeng kat depan
SM ko dah buat aku tak lena malam
sebab ingat sup cendawan Sibu tu
jauh gila kalu aku nak pergi makan sana..ceitt
satu lagi makanan yg selalu buat aku tangkap leleh
adalah food budak kecik si Maryam tu
maknya rajin betul godek makanan untuk dia'
aku tak boleh tahan sebab western food tu
classs...kecik2 dah makan western food
bagus Maryam, jangan makan nasi
u better practice moderate food..
hmm ada banyak lagi blog yg suka tepek resipi
yg selalu buat aku hilang sabar!

Thursday, 24 November 2011

Welcome to the dark side...

Tit! Tit! Ada SMS masuk...

"LW, Da nok ajok g tengok movie buleh?
Abe Har beli teket, tapi dio x leh g
sebab sibling dio maghi. Buleh dok?
Kalu buleh, juppo kat starbuck b4 10 deh.
Hokay, c u there...tc!"

Yay! Off to cinema..twilight...
Hmmm..Friday night!...

.
.
.
.
.
To be continue...

Wednesday, 23 November 2011

Nostalgia...

Dua sahabat: Samseng kampung dusun...sekarang samseng sebelah kiri tu entah mana pergi bawa haluan hidup sendiri, kali terakhir di kesan di lokasi bukit besi, terengganu..manakala samseng sebelah kanan menjadi mafia dalam kumpulan V yang ada hubungkait dengan ninja yang diketuai ken watanabe di sebuah lokasi rahsia di sungai panjang...

Tuesday, 22 November 2011

Selamat hari lahir mak...

Kakak di pangkuan mak..di laman rumah kami di Pengkalan Kubur, Tumpat...1970..kakak 3 tahun...
Selamat hari lahir mak!
walaupun hari lahir mak sudah beberapa hari berlalu
aku ingat, aku ingat tarikh itu
kalau mak ada
kalau mak ada, aku akan bawa mak ke rumah adik
nanti mak boleh jumpa lala, aker, a’en, nini dan ee
ee ada tanya mak hari tu
setelah beberapa bulan mak berpulang
ee: bu, siti mana
ibu: siti dah pulang
ee: abang nak jumpa siti
ibu: kenapa nak jumpa siti
ee: i miss her
ibu: ok, let recite al-fatihah
ee: kenapa kena baca?
ibu: present to siti
ee: ok...
ibu: dah baca?
ee: done ibu
ibu: siti is happy now
because you gave her a present
a birthday present!
ee: really?
ibu: yerp
ee: can we buy some more birthday present?
ibu: no need to buy..
ee: (muka blur)
ibu: hadiah birthday untuk siti percuma
setiap malam abang ee kena baca al-fatihah
hadiahkan untuk siti, lagi siti suka
ee: yay! i can do it. adik can do it..kakak lala pun kan ibu
ibu: ya..ya...(sendu)
*siti@nenek
*Selamat hari lahir mak! 11 Nov 1945 - 1 Jun 2011
...tapi saya tahu mak sentiasa tunggu
saya balik dari kerja setiap malam..
terima kasih mak...

Sunday, 20 November 2011

3 Anekdot..

1) Diabetes
It maybe u, or others, it can be everybody
anybody, everybody else, siapa2 saja boleh ada
kalau makan x terkawal, kalau family history ada
dan kadang2 masa pregnant pun automatically ada

Dr Siri Harnida kata, diabetes tidak membunuh
tapi jika tidak terkawal
ia menyebabkan organ badan failure to do their task
jantung gagal berfungsi, buah pinggang gagal bertugas
limpa gagal memproses, salur darah juga akan merosot
paling takut, saraf hilang deria
ada satu kes membabitkan remaja lelaki
he's so young, 17 yrs old
lost his ability to sense the need to pass urine
whenever his bladder is full
so kencing terkeluar tanpa dikawal, apabila tidak dapat dikawal
bakteria berleluasa, and it cause fungus and etc..pity him..
and the worst case, this young man
often fail to attend his appt with the doctor
well im very gud in this particular manners
aku ikut peraturan dan x pernah gagal ikut cakap coktor!!!
sebab aku mahu back to the normal life
dan kenapa kalau test darah untuk sugar level
kita kena inject hujung jari? sebab that is the best part
untuk cek kewarasan darah dalam tubuh
kalau hujung jari sudah fail
maybe diabetes anda agak membimbangkan
hmm...pagi tadi, aku potong kuku
ya Tuhan..ketip saja pada bahagian paling hujung
dan tertanggal kuku itu, ada darah yg masih basah di bawah kuku
tapi kenapa aku tak rasa pain..
apakah?

2) Ghosbuster
Dua tiga bulan lalu, office aku havoc pasal ada cik han
ada family cik han kat office aku
sampai kena panggil ustaz satu team untuk halau cik han...tu
patutla bila aku sampai office jam 6 pagi
sentiasa ada bunyi mendayu2 kat bahagian belakang
bahagian office yg jarang orang lalu
aku sempoi je, itu mesti kuceng cari anak
sebab kadang2 bunyi macam mengeow
kadang2 bunyi macam mengaum, ada kalanya macam menangis
tapi ada ahkak kesah, yang penting ahkak sampai awal
boleh park betul2 depan pintu offiece kan, tapi bila ahkak tahu
bunyi itu adalah bunyi dari dunia yang satu lagi
ahkak make sure ahkak sampai office bila hari dah terang
dua tiga hari ni ahkak berfoya-foya sket
so sampai rumah lambat, ada sekali tu, almost half past midnite
bulu roma ahkak separa tegak, sebab anjing jiran asyik melolong
telinga ahkak konon pekak
gedegang, ahkak kunci pintu dan landing jap tarik nafas
oh ya, sebenarnya semasa nak masuk rumah tadi
ahkak rasa ada angin panas dan bunyinya
adalah sama seperti deru di office ahkak
apakah???

3) Pesan
Arwah abah kata, jangan jadi penakut
boleh kalau nak takut, takut pada Allah
kerana Allah yang mencipta kita, abah juga kata
jangan tampar orang, kalau tampar juga
merana orang tu, aku pernah geram kat adik
aku babap dia dengan lima jari lebar aku
berbirat cik tot adik, lima jari aku berbekas kat cik tot dia
arwah mak kata, jangan nak mengata2 apa2 kalau nampak
buat tak tahu aje, sebab tak baik mengata
aku tanya mak, kalau mengata dalam hati boleh tak?
jari mak singgah cubit pipi aku, sakit ngko..
hari tu masa mak sakit, kak rin kata
jangan balik lambat, masuk rumah sebelum jam 12 malam
banyakkan baca yassin, kenali diri
dan sentiasa ingat diri, aku tak faham
masa mak sakit, aku tidur di sisi emak sebelah kanan
adik di sebelah kiri, anisah di kaki emak
kami gilir2 baca yassin, kalau kami x baca
kami minta jasa baik cd dan radio bacakan
bila mak meninggal dengan aman
kami (aku) faham, akan segala pesan itu
apakah???

4) Alone but never lonely
Aku bangun awal hari ini
hujan tahap sopan, tidak lebat dan tidak juga lemau
bila buka tingkap, ada angin sejuk menyerbu masuk
windsor basah, perumahan bata merah sunyi
ye lah sebab jam 4 pagi, segelas teh camomile (teh percuma ya)
dan sepeket biskut digestive, sambil duduk tepi tingkap
membilang titik hujan, di atas aspal depan sana
aku tahu, aku tidak keseorangan
kerana tingkap sebelah juga, ada lampu terpasang
suara Adele lemak merdu, menyanyikan melastik api dalam hujan...
hmm teh meluncur laju, biskut pun dah habis
suara subuh nyaring di hujung minaret
hujan sudah berhenti
......
ketika aku keluar nak ke office
Pengiran sebelah juga keluar
lengkap dengan suit macam nak pergi race
dan cagiva dia mengaum
apakah???
(Ehh sorry aaa...dia tu pangkat adik2..
dan dia panggil aku ahkakkkk...mwahahaha)

Nota: Kalaulah mak masih ada....aku rindu emak!

Saturday, 19 November 2011

Sakitnya hati: 18 sx

(Aku berkasar dengan bahasa:)
Semalam hujan lebat
ada appt kat Bandar Baru Bangi
appt jam 3, kuar opis jam 2,
jawa kata jas nais la kan
sebab jalan licin
aku bawa keta berhemah
dari federal hiway
nak sampai depan plaza phoenix tu ok
drive cam biasa, sopan santun bagai
sampai tol nak masuk mahkota cheras
semua keta dah bertenat
sebab tak tahu line mana nak que
aku dah biasa sebab hari2 hafal
jalan nak balik windsor
dah tahu kat mana ada lubang
kat mana ada pecah
so aku masuk que bayar tunai
line tiga dari kiri
sedang syok que
tetiba ada satu kancil putih
ada anak patung teddy bear
teddy bear la sangat..puk*&^$ la dia
ada sticker lim kok wing university
ada dua pompuan di dalamnya
menyondol keta aku
macam pompuan sundal tak cukup nafsu
pukimak betul
babi sondol tanah pun kalah
heh pompuan
ko tu dah la potong que aku
masuk tak bagi salam
muka menonong macam pantat ayam tua
aku punya la panas hati
aku ke depan dia ke depan
aku asak lagi dia asak
aku hangen ni, rasa menggigil
memang sial itu pompuan
hujan tambah lebat
kalau aku buka tingkap
tunjuk jari hantu
memalukan sajalah kan
apa lagi...
%^&(%$#*&^%$
%^&(&^%$#^&*&
$%^&*&))*&_)(
aku pun tak sampai hati nak taip kat sini
in the end..
gedegang...side mirror dia langgar kereta aku
dan patah...side mirror dia patah!
ada aku kesah
keta aku ok je
hahahaha
gedik la kau
aku lepas dia masuk dulu
ke mulut tol yang muat2 sebiji keta je tu
aku kalah kan
hati mendidih
sakittttt!!!
lepas bayar
aku bawak keta berhemah
walopon mendidih
hujan dah reda sikit
aku tekan minyak
betul2 dok tepi pompuan &*(^$
buka tingkap keta
senyum tak ikhlas
dan aku tekan minyak sket
sedang kau masih lagi terhegeh2
wahai pompuan poyo
sebab kau tu kancil je
berlagak nak mampos
dan depan kau tu ada merc..
tak berani pulak kau nak sondol
sorry pemandu kancil yang lain
aku tak marah atau hina sapa bawak kancil
tapi aku cuak dengan pompuan kurang ajar
dua ekor dalam keta tu
sebab potong que aku
macam lahanat!
hati puas..
malamnya
aku minta ampun dengan Tuhan
kerana menyiksa hati sendiri...

Friday, 18 November 2011

Entry tertangguh...

1)
CCChhh....(hari Jumaat, mulut kena kontrol, hati kena sabar..tsk!!)
line internet macam cel*&%, damn!
semua fail, dua maxis dan TM Bangsat..
satu sen pun tarak guna
baik lagi kalu aku tengok siput babi mengawan depan rumah

Nota: Apa2 hal, awal tahun depan aku kena erase TM dari Windsor..sangat menyakitkan hati (jari hantu naik aaahh). Kena ganti dengan itu Asstro...

2) Ok hati sudah sejuk
minggu ni adalah minggu marathon
menonton teater
dua malam berturut2 menonton teater
harga sebuah maruah di dbp
dan badai semalam di istana budaya
namanya pun di istana budaya
yes ada class
maksud aku refer kepada teater dan juga lokasi
mungkin tidak boleh beri 100 %
tapi congrats atas usaha team produksi BS
erra fazira sebagai teraju utama
aku nampak dia berjaya menghidupkan watak mazni
aron pun ok cuma bab vokal fail
suara dia macam kepit
mungkin sebab dia x biasa berlakon teater
kalu drama dia dah biasa dub
fizz fairuzz pun bagus
umi aida, imelda dan ziela memang memuaskan hati

3) Sebenarnya ada banyak faktor
yang mengukuhkan hujah
supaya aku memperuntukkan masa
menonton kedua2 teater yg sangat paradoks
isi sifat penceritaannya itu
satu teater berat dan satu lagi teater muzikal
namun faktor satu mempengaruhi aku
dan faktor dua juga mempengaruhi aku
faktor satu:
Aku: Tolong beli tiket BS boleh tak?
Faktor Satu (FS): Nak berapa?
Aku: Dua
FS: Hmmm tiket dah habis
Aku: Yang murah je pun (sambil tayang not 50 3 keping)
bukan duit aku, duit kawan yang minta aku belikan
FS: Seat tingkat dua nak?
Aku: Boleh je..(dalam hati, alahai musti kecik je nampak orang..ahh tak kisahlah, janji aku tonton sebab ingin lihat erra berlakon dan teringat akan panggilan telefon dari kak jah@khadijah hashim)
FS: Ok, esok nak datang tengok jumpa saya
Aku: Sure?
FS: Sure
Maka aku pun menonong muncul di IB
Jumpa FS, minum tea dan bla!bla!bla
FS: Nanti masuk, staff saya hantar u masuk
Aku: Tq
Sekali bila aku masuk, ada kakak persis mak datin sibuk dok tanya tiket berapa harga dan aku ni siapa itu ini. Aku cakap, orang sponsor tiket! Dah, cukup.
Tak puas hati, aku text FS, sekali dia reply "...tiket u duduk tu gold seat, RM300"...
Mak datuk, sungguh aku x akan beli..tapi sebab ditaja..ok saja...hidup!

Faktor dua: kring! kring!
Khadijah Hashim: Assalamualaikum!
Aku: Waalakumussalam Kak Jah, apa khabar?
KH: Baik. Nak jemput awak datang tengok pameran lukisan Kak Jah
Aku; Ya kak, insyaAllah saya akan pergi.
KH: Badai Semalam tak tengok?
Aku: Eh tengok, tengok, sekali lah...
KH: Ok datang ya..
Aku: InsyaAllah, terima kasih kak..

Sorang memberi tiket, sorang menjemput...budi baik anda saya kenang...

Nota: Petang yang redup, segelas teh tarik, selamanya meresap...kalau boleh, aku tidak mahu malam beransur pergi..kalau boleh aku mahu petang bersama segelas teh tarik itu kekal begitu, kekal begitu dan kekal begitu...ahh hidup..

Wednesday, 16 November 2011

Wordless Rabuday

Lebar pegaga giant ini adalah hampir 4 inci...manakala tingginya nak cecah 1 kaki..pegaga ke apa ni eh...

Pegaga giant @ Windsorland...mau makan buat ulam...ada beran?

Harga sebuah maruah...

Buku cenderahati teater HSM karya Azizi Hj Abdullah...

Ada orang suruh aku masuk pakai tag peribadi, sebab boleh dapat f.o.c tapi buat malu je lah...dah le budak2 USM tu datang jauh, aku pula nak bantai percuma...tidak! Kalau aku yang terbabit pun aku marah sebab produksi depa ni produksi student, bukan besar2 punya...tapi kalau Badai Semalam yg aku akan tonton malam ini, yess...f.o.c!
Kali terakhir aku tonton teater lebih kurang enam bulan lalu, teater muzikal Lat...boleh lah...teater santai
dan kali ini, Harga Sebuah Maruah (HSM) teater berat..isunya ialah mengenai Kampung Kertau yang didatangi pemaju yang ingin membina kolam penternakan udang di tanah sawah mereka.

Penduduk kampung berpecah jadi dua. Ada yg setuju, ada yang tidak. Azizi menyelit kiasan secara halus mengenai kuasa wang ringgit berupaya merobohkan tali persaudaraan antara ibu dan anak apatah lagi saudara mara mahupun jiran seperjuangan

Dari sisi yang lebih luas, HSM adalah parodi kepada apa yang kita lalui hari ini. Kuasa wang ringgit boleh membeli nilai kemanusian dan kehidupan. Hatta sealim mana sekalipun manusia, kalau longgok kepala agung kat depan, terus jadi rambang mata, sama la macam kucing..sekor kucing tu kalau pondan atau ‘kasi’ macam mana sekalipun ko potong atau sunat anunya, si kucing poyo tu tetap tak akan hilang jati diri kekucingannya yang akan cium, jilat, tatap dan cuit ikan tu...eceehh macam bagus kepala otak aku mentafsir HSM ni.
Ohnya..ini sisi pandangan aku, kalu korang p tengok, mungkin ada seribu ulasan lagi...

Back drop boleh aku bagi 4 bintang: sebab teknik pancaran gambaran rumah, buldoze, back ho ke menatang apa lagi, nampak hidup..pentas memang kosong tapi teknik yg depa guna, boleh diterima pakai.
Pelakon2nya memang meletops: watak Mak Cah, Abang Azmi (Prof Madya Dr Samad Salleh) aku dah lama suka kalau brader ni berlakon, memang hidup...watak2 utama lain seperti Hijrah (Helmi - muka macam Mawi, tapi dia lagi handsome dari Mawi..cehhh), Habibah (Milyana, ok lakonan menjadi, gandingan baik dengan Helmi) dan ramai lagi, memang boleh diberi tepukan gemuruh walaupun teater berat seperti ini, pastinya tidak ramai yang akan datang dan duduk menonton dengan tekun..penggunaan dialek utara secara keseluruhan kena dengan latar penceritaan..ok malas nak review panjang2, kepada peminat tegar Azizi Hj Abdullah, HSM adalah perjuangan Azizi untuk bangsanya...

Nota: Aku pergi tonton HSM sorang, tapi aku tidak menontonnya keseorangan...

Tuesday, 15 November 2011

Menjadi seorang manusia...

Hati kecut!
penakut!
tak padan dengan usia!
lagi apa perkataan yg boleh aku suaipadankan
untuk menggambarkan bahawa aku ini seorang manusia
yang maha penakut
namun apabila pada suatu ketika
aku ditakdirkan
melalui segala-galanya sendiri
dan keseorangan
dan aku tahu tiada siapa pun di sisi
kecuali DIA dan setan dan iblis dan jin
maka aku harus menukarkan
sifat yang sangat pengecut itu
kepada pemberani membuta tuli
kerana aku tidak mahu
memusnahkan diri sendiri
oleh ketakutan yang tidak berasas.

Monday, 14 November 2011

warna susah hati

Aku susah hati, wallet tercicir, ntah mana aku taruk..dah dua hari baru aku noticed ia tak de dalam handbag..tu pun masa nak g visit anak buah aku kat HUKM...nak kuar kepala agung tarak, hujan lebat, hati berat...sedeh! Aku cuma ingat dalam peti es aku ada banyak telur omega, dalam stor ada flour dan butter pun ada lebih lagi...

Nak kuar x boleh..sadis! Apa citer anak buah aku yg warded and critical condition sebab jangkitan paru2...teringat pula dudel comel..kalau dudel itu hidup, aku nak bela ramai2 kat rumah...hahaha berangan..dudel hidup, melompat dan bermain dalam rumah...CC, i nak semua dudel freebies iteww...tamak kan...

Ini adalah kek warna susah hati..warna tak susah hati pula adalah semestinya warna hitam...

NOTA: kek ini untuk anda semua...Bismillah..

Le Cordon Bleu Paris..

Kalau aku tak buat kerja yg aku buat kini
mungkin aku jadi tukang masak cap ayam
mungkin aku belajar dengan makcik aku
tukang gulai taraf kg pinang sebatang
yg sorang lagi tukang gulai tahap
lulus sekolah 6
tapi kalau ada kenduri kendara
yg dua orang ni lah yang dipanggil
sorang lagi makcik bau bacang
tukang gulai versi kawah
padahal dia main jemput dan hagak2 jer
tiap kali aku minta resipi
jawapan dia: ko datang tolong aku masak
perghh memang tak pernah ada resipi bertulis
semua dalam kepala otak je
tapi rasa meletopsss
aku tahu, Le Cordon Bleu Paris
adalah sekolah masakan hebat dan tersohor dengan taraf dunia
memang haku tak mampu nak masuk sana
walau kerja tujuh tahun sekali pun
kecuali kalau ada penaja, aku sanggup
Sherlyn tpon aku, u mau masak?
Aku pun bagai vampire kehausan darah...ya ya ya!
Maka aku pun tunjuk le skil masak aku yg poyo je
hmm...Chef de Cuisine Cordon Bleu pun ngeri aaa tengok skil aku
Mwahahaha..bagi laluan aku perasan dan berangan..korang x ada kan?
Me and Chef de Cuisine @ Le Cordon Bleu Malaysia Sunway, Chef Franck Bruwier after cooking workshop..mercy beacoup...jetaime..heheheh! (Err sila abaikan pandangan tepi, kiri..itu tak masuk dalam entry aku aaa)


Chilled leek and potato cream with truffle, the black item on the top of this desert is the most expensive ingredient, truffle..a black mushroom and the price is RM8,000 /kg..cooking with patient lead us to hv a delicious menu..becoz the added value like a pinch of love (salt), a tea spoon of pleasure (seasoning) and a drop of kisses ( soy sos) will make it perfect for everyone! Bon Apetite!

Sekeping sijil yang sepatutnya dikeluarkan di Paris, tapi sebab chef  Bruwier tu menghargai skill masak cap ayam yang aku tunjuk, dengan skala ihsan kasihan belas dan terpesona dengan minyak angin yang aku jual, dia maka dengan berbesar hati menyampaikan sijil ini kepada aku di Kolej Sunway Petaling Jaya, haruslah aku frame nak tunjuk pada makcik-makcik aku..hikhikhik!



My man (Song of Soul) by Zul Idris


The only place that i can recharge my battery of life...
the only place that i can stimulate my weakness...
the only thing that i like to do when im lost is staring at my man..
and the best atmosphere in the world..

gallery!





(Above) The Fisherman, 53 x 40 x 64 cm, brass, steel, RM18,000. (Lower) Foul Play, 26 x 26 x 56, brass, steel, RM7,000. (Upper) Let's Play The Game, 26 x 26 x58, brass, steel, RM8,000.

Sunday, 13 November 2011

Wow...rempit!

Aku keje weekend...bohsan gila..sekali masa nak turun melantak..
makaihh...berlonggok-longgok balak motor besar bagak dok lepak.
lepak kat bawah, betul2 depan pintu opis aku..terkesima mak!
kenapa la aku tak turun awal2..
kalau aku tau la depa ni dok ada kat bawah..
maunya aku menebeng tumpang naik..
aku tak malu dah...
kalu setakat mengendeng tu, memang aku sanggup buat..
1st time aku naik harley (pembonceng je la..) pada 96
bikers tu badan cenonet jer...aku ingat lagi, nama Ramzi
bawak ribut siot, dari Ulu Klang ke Port Klang..
laju macam angin..sangat, siap lack...tapi terkawal
sebab dia tau beban yg dia bawak sama berat dgn moto
aku nak pegang pinggang dia pun tak lalu sebab kecik sangat
eh ini kisah tahun 96
la ni dah 2011
Ok Yop Changkat Lada, lain kali ko nak merempit
aku nak tumpang ek..iskk ni yg aku rasa nak ambik lesen moto plak neh..
gila!

Saturday, 12 November 2011

Yay: Nestle Omega Plus

Hamper Nestle Omega Plus for winner of Cholesterol Challenge Nestle Omega Plus 2011
YAY!!!..Berbaloi2 aku melantak quaker oat yang dinjj gila x sedap
dan berbaloi2 juga aku menogok susu nestle omega plus yang hazab rasanya tu..
finally...aku winner...tapi RM500 belum dapat
so dik non jangan nak mengada-ngada minta mak belanja
nanti mak sunat tau!!!

cina peranakan wedding

Selamat pengantin baru kepada pasangan Adelin Adelya Dt Adnan dan William See...semoga perkahwinan anda pada 11.11.11 menjanjikan kehidupan penuh berbahagia sehingga ke anak cucu.
Sultanah Kalsom adalah tetamu undangan utama...masa dia lalu nak balik, ramai lah nak salam dengan dia..aku..eh aku tak..sebab aku dok sibuk update sms aku..tetiba dia hulur tangan nak salam dengan aku...dan aku pun sambut jerlah..lepas tu baru aku sedar dia adalah sultanah Kalsom...ada budak cina tu cakap, you jangan mandi tau sampai esok, tak pun balut tangan dengan plastik kalau nak mandi..ceitt!!!

Pengantin berarak masuk dengan tema perkahwinan cina peranakan. Jadi ramailah yang berbusana kebaya nyonya dengan jawa batik. cantik dan sopan...aku pun jamu mata melihat para tetamu undangan yang kebanyakan ada pangkat kat depan yang sorang pun tidak menyedari kewujudan aku dan beberapa rakan lain di meja 43, meja paling hujung dan paling jauh..ahh aku peduli apa, aku tetap dengan uniform kalah bandit sebab dah sehari suntuk bekerja, penat gila babad tahap resaksa otromen gaban dah...lagi nak suruh kerja sehhh!
Dah hujung2 hari, bos aku kata:
Bos: U nak makan kenduri?
Aku: Kenduri apa bos?
Bos: Kenduri kawin la..
Aku: Mana?
Bos: Bkt Bandaraya.
Aku: Ok boleh..
Bos: Nah, Datin Adelya punya anak, depa buat tema cina peranakan..
Aku: Owh ok..kena pakai baju kebaya ke bos..
Bos: Ah tak payah, kita g keje..
Aku: Baikk!

Makanya aku sampai rumah jam 11 malam selepas melantak hidangan baba dan nyonya, duduk semeja dengan geng photoz.com yang kesemuanya jantan2 tak tahu cakap Melayu..tapi hidangan cina peranakan tu tak boleh tahan...sedap baik punya! Aku bantai bingka ubi kayu sampai setengah dozen...apa heran kalau barang besar ibu jari, kira ok la setengah dozen kan...hmm majlis kahwin orang kaya-kaya..apa lagi aku nak kata..terima kasihlah jemput bos aku..dan terima kasihlah juga bos sebab mewakilkan aku menyebabkan aku sampai rumah lambat, menyebabkan aku dah rugi masa atas katil...!

Thursday, 10 November 2011

Kek pelangi: CC/UG

Kek pelangi ini adalah kek hujung jari...saya namakan ia kek hujung jari sebab ia mudah disediakan dan saya sering membuatnya kerana ia mudah dan cepat selain rasa yang enak jika dimakan panas-panas.,.jangan lupa teh strawberi (NP/SM korang punya teh strawberry dari tanah tinggi bila nak ambik aar) atau earl grey tea atau boleh juga lipton yang diletakkan hirisan lemon untuk digandingkan dengan kek ini, duduk tepi tingkap..sambil berangan...

Cik Cempaka, nah kek pelangi untuk kamu...esok gerenti hari kamu seindah kek ini...err uncle gedek nak juga kan...share dengan Cik Cempaka ya...jangan gaduh2 tau!

Nikmat hidup...

Apa lagi yang boleh dikatakan, menikmati makan tengahari tomato grill, beef marinated with english herbs, green salad and avocado sos + steam corm...sambil diuliti gesekan biola...aku berangan...terima kasih kepada penaja. Aku dah kenyang, nak balik opis dulu...bye!
ENGKAU tahu
aku mahu
antara seru
dan nafsu
KAU hadirkan
ketiga-tiganya
halwa telinga
merdu
halwa mata
selera
halwa tekak
terasa
burp!
Alhamdulillah..

Wednesday, 9 November 2011

Cik Cempaka...sangat doodleliciouss

Terima kasih kepada Cik Cempaka kerana menjadikan hari ini sangat berwarna warni untuk saya..saya terasa seperti berada di Windsorland...dengan cendawan besar yang sangat comel dan cute dan rumput hijau ditepinya...semuanya membuatkan saya akan sengeh sehingga larut malam...

Doodle yang sama daripada Cik Cempaka untuk saya...sangat comel...bukan saya yang comel tapi doodle yang Cik Cempaka create untuk saya ini...
TJ pernah kata pada aku, there’s a child in u
walaupun aku dah tahap bangka
dia sentiasa kata a child in u, still
yes i am TJ
dan Cik Cempaka terima kasih tak terhingga
kerana ‘membikin’ hari saya jadi gembira!!!
doodle itu, sangat doodleliciouss
dan ladylicious...suka! suka!! suka!!!
saya akan buat kek pelangi untuk kamu
semoga hari kamu juga seindah pelangi!
Amin...

Nota: No matter how old u are, there's always a child in u, still...don't denial!

Life...upside down

Jangan nak tipu
korang tak pernah rasa down
kalau dah namanya insan
musti ada rasa 'jatuh' itu dalam hidup
ayat motivasinya adalah
life is too short
let celebrate...
celebrate tu bukan maksud
joli katak gila babas sesuka hati
korang pun sure ada cara
nak celebrate life
to make it
more meaningful kan
aku celebrate life kalau
8 Nov 2011
Blood pressure: 137/75
Sugar level:3.4
Cholesterol: 4.3
That was great!
I never get these excellent reading before..heran!
tapi ini bukan bererti aku boleh makan sesuka hati
kalau dapat kekalkan rekod begitu
baru boleh up sikit celebrate life
maybe tengok konser rock ka esok lusa
ada sapa-sapa mau join...
buddy...hahahahaha

Monday, 7 November 2011

Kesukaan...

Kesukaan tau bukan kesayangan
ada beza tu suka dan sayang
aku suka kalau jumpa dia orang ni
tukang masak tahap petala alam
tukang masak tahap resaksa gaban
lagi tahap apa
macam2 ilmu dapat
first hand punya lesson
esok kalu company
dah tamaw guna khidmat aku
aku tak de pilihan
mana nak pakai tukang masak
taraf cikai2 punya
boleh cari aku...
ya, selera berbeza
memasak dengan naluri
memasak dengan kasih sayang
MommyFara mesti setuju dengan ayat merah tu
tak kira sapa nak makan
masak dengan ikhlas
Ok minggu ni
kalau ada tuah
aku nak p belajar masak
dengan Chef femes
dari sekolah masakan Cordon Bleu Paris
bukan kat Paris
kat Sunway Piramid jer...

Nota(1) Terima kasih tauke cendol a.k.a brader teksi dari LRT Bangsar ke opis aku, sempat bagi petua nak kekalkan santan tak basi../ (2) Exec Chef Casa Del Mar..bila mau jumpa?? (3) Chef Rosli Plaza Hotel, petua minum lemon pepagi tu..perghhh...tak terdaya!

Ok abang white hair ni ikon masak2 yg aku suka...celoteh dia non stop tapi aku follow dia sebab dia adalah cikgu yang banyak ilmu dan tak kedekut langsung..sepatah aku cakap, 100 patah dia punya feed back...sampai anak cucu aku suka pic ni..hehe! Paling aku tak tahan, katanya cucunya sangat notty dan dia kini sedang sibuk dok buat preparation anak jantannya nak kahwin di Sungai Koyan..hmm aku buka telinga luas2 nak dengar dia ada jemput tak aku...sampai sudah tarakk....tsk! tsk! Sape la aku ni kan...



oren poppy seed muffin...!!!

Kebetulan
aku buat muffin
dia pun buat muffin
aku punya ada poppy seed
dia punya pun ada poppy seed
tapi dia pilih banana
aku pilih oren
ada telepati agaknya
petang ni tekak aku
sama taste dengan tekak dia
cuma muffin dia sedap!
tapi muffin aku...ntah!
kalau kata sedap
mesti korang ingat aku perasan
ahh tengoklah sendiri
tapi jangan compare
muffin aku dengan muffin dia..
aku guna resipi kedai kek
dia guna resipi sapa aku tatau
dia itu memang terer masak
aku pulak terer makan
dia blogger hebat
aku blogger tersekat-sekat
aah ada aku kesah..
dapur lain-lain..

Sunday, 6 November 2011

Tersalah masuk pintu...

Ketika aku sampai rumah
langit gelap tiada bintang
segerombolan anjing di hujung jalan
melolong sayu sayup dan panjang
biarlah, anjing pun makhluk Allah juga
seperti biasa
aku kunci pagar dan lock kereta
sebelum buka pintu rumah
aku sumbat lubang kunci
sambil mata tengok jam
tepat tengah malam jam 12...
dalam hati aku bagi salam
buka pintu saja
mak ada baring kat sofa
abah baca sokkaba sambil minum milo
kakak dan adik aku sibuk layan anak diaorang
Ya Allah... aku undur balik tutup pintu
lagi sekali tombol pintu aku pegang
dengan lafaz Bismillah
aku buka pintu
gelap dan pegun
jarum jam 12.01 am...
Aku tersilap masuk pintu...

Saturday, 5 November 2011

1st time in my life...

Aku sayang company tempat aku kerja ini
pejam celik, dah nak masuk 16 tahun aku di sini
lima tahun lepas
aku pernah hantar surat resign
tapi big bos tolak tepi
dia kata:
ko gaduh dengan bos ko ke?
aku kata:
tak lah...nak dok saja
dia kata:
ko nak keje apa kalu benti?
aku kata:
dok saja, reschedule jap...
dia kata:
ko da fikir abes?
aku kata:
dah!
dia kata:
ko gaduh la ni dgn pompuan tu
aku kata:
(tak kata apa-apa, aku sengeh buat muka poyo)
dia kata:
ko amik cuti dua minggu
aku kata:
time kaseh tok!
dia kata:
lepas dua minggu ko repot duti balik
aku kata:
ok tok
yessszaaaa!!!
aku dah kerja 16 tahun
tak pernahnya tak cuti kalau raya
tiba-tiba
sekejap tadi
aku masih ngadap pc kat opis
aku dengar bang raya dari corong tv kat opis
mak, aku nak balik sekarang juga
tapi apa kan daya
aku kuli..
1st time in my life
i hv to work during raya...
hwaaaaaaaaaa!!!!!!

Thursday, 3 November 2011

Ambush...

Ceitttt...aku baru dua kali tunjuk muka berpalang kat blog
konon nak buat ala style uncle gedek kan, pesen tunjuk muka
tapi tak boleh! dah datang agen FBI dan IRA cari aku kat opis..
dua special agen ni main terjah je..gempak sebiji opis..
ni pun ambik pic curi dengan cctv celah pokok bunga kertas
makaihh langsung x kasi can aku jadi gila glamer...
esok lusa kalau blog aku x apdet tu
maksudnya agen FBI dan IRA tu ambik aku le tu ya..
bye...

Confuse...

Sejak aku jadi penghuni Windsor bermula tahun lepas
tiada apa yang menarik, kecuali jiran sebelah kanan aku
si Pengiran A yg suka press Cagiva dia mengaum2 bila hari minggu
setiap pagi...ada 2 3 ahsoo jalan malas, eksesais le tu
dan aku pun macam biasa, keluar 6 pagi, balik 8 malam
keluar rumah hari masih gelap, balik pun gelap juga...
ada dua gate nak masuk ke Windsor
yang tak lama lagi akan jadi Windsor Heights
chewaahh naik taraf le konon
ni semua usaha cina-cina taiko yg jadi jiran aku
yang semuanya dijaga oleh guard berbangsa India
ada dua orang guard yang aku pernah bercakap
namanya Kumar dan Gunar
si Kumar ni agak muda usia...awal 20-an
selalu berangan bila aku lalu
kalau aku lambat bayar maintenance
dia akan tunggu depan gate bila aku balik
tapi dengar citer dia dah blah, tak mau jadi guard lagi
setiap bulan aku kena bayar RM55
kalau ada kepala agung lebih
aku bayar untuk dua bulan terus
senang citer tak payah lagi dah
nak stop keta memalam nak bayar duit tu
kadang2 kalau ada makanan lebih event kat opis
aku tapau bagi pak guard tu makan
kannya apa, saja reward dia orang
aku kena buat baik, sebab kalau o/s
senang aku nak pesan diaorang
supaya jeling2 sket rumah aku
yang sentiasa senyap tu..
dan setakat ini, everything is ok
tapi yang buat aku confuse ni
seingat aku, aku cuma akan bayar extra
sebulan atau dua bulan jer...untuk duit maintenance
ada sekali tu, sampai empat bulan aku tak bayar
sebab kata Gunar, aku dah bayar
bulan depannya nak bayar untk next
kata dia aku dah bayar juga
tiga bulan berturut-turut aku dah bayar katanya
oklah aku akur, walaupun confuse...
gedebuk gedebak....semalam
aku nak bayar untuk November dan Disember
katanya November aku sudah bayar
seingat aku last sekali aku bayar pada awal September
untuk September dan Oktober
aku masih ingat, aku bayar dua bulan
ingatan aku pun x terjejas lagi rasanya
tapi si Gunar ni beria-ia kata aku dah bayar untuk November
dan duit yang aku dah bagi untuk November tu dah dibawa ke depan
maksudnya untuk Disember pun aku dah bayar
sungguh, aku belum bayar untuk November
apatah lagi Disember
kalau korang jadi aku
korang akan bertekak atau tidak
untuk menyatakan yang November dan Disember
sememangnya belum dibayar
memang aku confuse
diaorang tu hilang ingatan ke haper
atau aku yang amnesia
mak confuse!

Tuesday, 1 November 2011

Drug addict!!!

Dulu aku tak faham, betapa besar kuasa ubat
boleh ke orang sakit mental dikontrol dengan
hanya sebiji pil penenang setiap hari?
Sentiasa juga aku mempersoalkan bagaimana
sebiji pil sebesar kepala mancis
boleh mengawal seorang manusia perkasa
menjadi tenang dan berhemah
walhal kalau terlupa mengambilnya
dia akan jadi manusia ganas seganasnya
dulu aku tak faham
kenapa arwah abah elak mengambil ubat
sepanjang hayatnya 65 tahun
aku rasa boleh kira berapa biji ubat berjaya
menerobos manusk ke badan dia
sebab dia akan cari jalan
supaya tidak menelan ubat itu
utk kontrol darah,
dia minum air rebusan tunjuk langit
dia minum air batang patawali yg pahit gila babas itu
aku sentiasa berfikir kuasa sebutir ubat itu..
yang sebenarnya sangat kuat mempengaruhi
kadar kesejahteraan hidup kita
Dr R kata..nowadays
the most important things in life is..
faith and health
ya betul Dr..betul sangat
makanya dari Ameryl dan Hyzaar..
aku kenal pula Amlodipine, Lovastatin dan Glucophage
empat daripadanya bersaiz sebutir beras
kecuali glucophage, sebesar duit 5 sen
dan tengah hari tadi selepas lunch
aku bantai (dengan izin doktor)
Ameryl, Hyzaar, Amlodipine dan Glucophage
selepas empat jam ingatkan kuasa ubat tu dah mula absorb
rupa-rupanya masih pekat dalam darah aku
cehhh..tetiba kena hypo..
mampuihlah macam ni...
nak berdiri tegak pun x boleh
peluh sejuk berjejer...
nasib baik aku masih duduk depan pc..
kalau bawak keta gaya ketagih dadah gitu
mata pun berpinar
otak nenong-nenong
pengsan!!!

Sapa drug addict ni? Sapa? Sapa?
Aku? Oh ya...memang aku...
bukan aku terlebih steroid
tapi bila tukar pil baru
kondisi lari barang sejam dua
arghhh..suffocate!!!
Kecoh la korang..tak suka!

Menangis...

Masa memandu ke opis pagi tadi
jalan jem gila
tenat kepala otak aku
tapi aku suka juga
sebab boleh intai driver kiri kanan
kebetulan ada satu Accord
sebelah kiri aku, drivernya perempuan
aku kira baya aku,
banyak kali juga...
aku lihat dia sapu mata
eh takkan dok dalam Accord perkasa
pun boleh ada habuk masuk
lainlah aku, diam dalam keta veteran tapi banyak jasa
wajarlah kalu ada habuk kan
dengan hati jahat dan penuh prasangka
aku skodeng dia sambil bawak keta tahap siput
owh..dia menangis...tapi kenapa ya
keta besar, dia pun boleh tahan paras rupa
kenapa dia menangis...
Ok abaikan...
dalam hati aku: kesian dia, menangis beria tapi x siapa tahu

“Sebagai manusia, anda tidak perlu mengawal diri mempamerkan yang baik-baik saja. Lagi lama berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku, lagi banyak anda mendera diri sendiri. Menangis sajalah, anda akan berasa benar-benar bermakna hidup ini...”

Aku ada tonton satu kisah di HBO beberapa tahun lalu, (ketika berlanggan Astro, la ni aku dok pakai TM Mengong)  mengenai dua sahabat yang saling berlagak bagus walaupun sebenarnya masing-masing mempunyai masalah dalam hidup. Aku ingat quotation berkenaan kerana terkesan dengan maksud yang ingin disampaikan..
- kita sering menangis di belakang pintu
- di dalam tandas
- di dalam kereta ketika memandu atau
- di dalam gelap ketika kepala direbahkan ke bantal atau
- paling tidak pun, mengeluarkan air mata ketika mandi
di bawah pancuran supaya tiada siapa pun yang dapat
mengesan perilaku berkenaan yang mungkin dianggap
memalukan empunya diri. Benarkah begitu?

Alangkah sulitnya hidup ini walaupun hanya untuk
membuang keluh kesah yang menggunung di dada.
Kenapa tingkah laku itu pun harus dilakukan bersunyi-sunyi
supaya tiada siapa yang mengesan.
Ia tidak menyalahi undang-undang pun,
tetapi kita sentiasa ingin berahsia apabila menangis,
seperti menangis itu satu kesalahan besar.
Aku yakin korang semua pernah menangis,
mengeluarkan air mata kerana kehilangan, kegembiraan,
kemarahan bahkan kerinduan terhadap sesuatu.

Memang sulit untuk mentafsir misteri
air yang keluar dari jurai mata...
walaupun keluar setitik atau dua titik cuma,
ia membawa impak besar dalam kehidupan.
Sama ada makin melegakan atau makin menyesakkan.
Aku tahu ada yang pernah menangis di luar sana.
Usah kata wanita, lelaki juga tentunya pernah menangis.
Menangis kepada rakan melalui surat,
menangis kepada emak kerana kerinduan,
menangis di hadapan pusara kerana kerinduan
kepada saudara yang sudah tiada dan ada seribu sebab.
Dan disedari atau tidak,
menangis sentiasa akrab dengan kita,
paling melegakan apabila menangis dan mengadu kepada Allah..
aku tidak pasti dengan bangsa lain tetapi sebagai muslim,
aku yakin korang pernah menangis kerana sesuatu sebab
dan akan berasa diri korang dekat dengan Pencipta..

Makanya, tiada salah untuk mengeluarkan air mata...
anak buah aku, berusia dua tahun yang menangis tanpa bunyi,
hanya air mata mengalir laju ketika ibunya membawa
adik kecilnya masuk ke dalam rumah selepas bersalin di hospital.

Dia duduk di satu sudut dan menangis dengan senyap..
sehinggalah seorang daripada kami menyedari dia menangis tanpa bunyi..
ntah apa yang dia rasakan ketika itu..hanya bunyi sendu yang perlahan.
Di usia itupun dia sudah memiliki rasa menangisi
sesuatu yang walaupun dia sendiri mungkin
tidak fasih untuk mentafsirnya...
apatah lagi aku, korang dan siapa-siapa saja di luar sana
....sulit bukan?

Nota:...yang aku tahu..kali terakhir aku menangis sungguh2, setelah menyedari tubuh yang terbaring itu adalah jasad semata-mata, tanpa roh..kerana rohnya sudah kembali kepada Pencipta..lima tahun lepas, ketiba abah kembali ke kg akhirat.
...yang aku tahu, malam selepas aku hilang dari pandangannya, dia meraung tanpa suara! ..dia meratapi..kerana menyedari dia sudah kehilangan sesuatu yang berharga, yang tak mungkin ada gantinya!