Wednesday, 31 August 2011

Al Fatihah...

Hari ini...2 shawal bersamaan 2 September 2011' Dt Hassan Ahmad, bekas KP DBP, kembali ke rahmatullah. Dia yg aku kenal Kali pertama pd 1988 adalah pejuang bahasa tegar, DBP ketika di bawah naungannya adalah yg terbaik. Semoga rohnya adalah antara tetamu di kalangan para solihin...Amin.

Sunday, 28 August 2011

raya...


SALAM...
beberapa blogger
and 2 buddies blogger aku
yang rajin masuk ke blog aku yg seadanya ini...
nah ketupat cyber untuk u all...
selamat balik kg..
selamat bertemu sanak saudara
selamat menziarahi mana yang patut
harap aku
aku masih ada
di ramadhan berikutnya
dan masih ada peluang
untuk blogging di sini
kalau ada ternakal kata-kata
terjahat bahasa
dan tersamseng reply
harap maaf
aku ini hambaNYA saja
selalu lupa
dan ada khilaf
bila blogging.

Saturday, 27 August 2011

bunuh diri...

hari ini aku berasa sangat ingin 'bunuh diri,'
walaupun aku tahu aku tak sepatutnya
melakukan percubaan itu
termasuk jumaat lepas,
sudah lima kali aku melakukan percubaan
untuk bunuh diri sejak ramadhan ini..
bagaimana lagi aku nak ingatkan diri...
jangan bunuh diri! jangan bunuh diri!
kerana aku ingin hidup seribu tahun lagi
banyak hal belum diselesaikan
aku tidak boleh bunuh diri
tapi setiap hari aku sentiasa
berasa hendak membunuh diri...
aku tidak boleh biarkan nafsu beraja di hati
untuk membunuh diri
kerana aku mahu mati
dengan jasad yang sempurna..

Nota: LW.jangan bunuh diri!!!! jangan buat lagi kerja bunuh diri itu!!!

wordless sabtuday...


Friday, 26 August 2011

tazkirah diri

Aku selamanya berasa bertuah dan beruntung menjadi manusia yang sentiasa dalam perhatian Allah, menjadi manusia yang sentiasa ada tempat mengadu hal tanpa mengira waktu walau dalam sesukar mana sekalipun situasi aku...menjadi manusia yang sentiasa boleh bercakap terus denganNYA walau dalam keadaan tenat atau sengsara sekalipun kerana DIA mengetahui segala apa yang terlintas di dalam minda walau lebih kecil dari seekor kuman yang dibelah sejuta!

Dan aku kutip pernyataan ini dari blog seorang hamba Allah yg entrynya sentiasa menyulurkan rasa insaf aku...untuk dikongsi dengan sapa-sapa saja yang sudi menjenguk ke sini...

Selagi mana kita melakukan dosa, dan selagi itu ada balasan dan ujian dari-Nya, maka itu tandanya kita berada dalam kasih sayang-Nya. Selagi mana kita melakukan dosa, selagi itu hidup terasa semakin senang dan lapang, maka berwaspadalah dan timbulkan bimbang dalam hati, kerana barangkali kita sedang berada dalam kehinaan, dan jauh dari kasih sayang-Nya, supaya lekas-lekas kembali menjadi hamba yang mengingati-Nya.

Note: Oleh sebab masa semakin suntuk, peringatan ini adalah untuk diri aku sendiri dan sapa-sapa saja yang sudi merenungnya!

ATT: MF, NP & SM

 OK..lanjutan daripada beberapa entry terkini kita di kedai kopi cyber ini...ada entry untuk u all..aku paste kat sini..tengoklah kalau nak tengok, kalu tak nak...sila offkan pc anda ya, sayer tak apa-apa..

 MF: ini adalah contoh kertas yang dimagickan menjadi note bernilai. Since u minat dgn recycle @ save our environment..ini adalah apa yg i buat sejak beberapa tahun lalu, sejak i pandai lipat kain baju dan lipat kertas...

sebiji kotak LV, sekali lagi...i x mampu nak beli barang LV, sekadar berangan...ini kotak yg dah siap...
...ini beberapa kotak LV yang dah siap...i jual RM5 satu..that day ada 10 biji...lepaslah minyak keta untuk satu minggu...hehe!
...dan ini adalah bahan mentahnya..file LV yang diberi rakan yang banyak deal dengan jenama besar..dia orang tahu i suka kertas dan segala bagai yang sama waktu..so bila ada function dan dapat file jenama apa-apa saja, daripada buang dia orang kasi i untuk dilipat lepatkan...i buat sistem barter...bila dia orang bagi barang cantik ni, i bagi kotak sebiji...senyum sampai ke telingalah...hahah..

..my work station...sebelum lipat lepat berlaku..inilah dianya... 


..denggg!!!! inilah kotak daripada file LV yang i dah naiktarafkan..asalnya macam barang terbuang..bila melalui proses lipat@keras tangan...letak cokelat dua tiga biji tetiba jadi bernilai pula...so boleh dikira recycle jugalah kan..macam baja kompos...later (lepas raya..insyaAllah) i akan buat entry macam mana nak buat baja kompos yg sebenarnya..la ni x dak pic..nanti i provide pic dulu..
NP: ..u suka minum tea kan...i notice u pilih strawberry tea kan..sorry i tak jumpa paste strawberry tea kat kedai bakery yang i selalu pergi, cuma dok ada green tea je..so nah i buat green tea cookies untuk u...enjoy it buddy!...:-) kalau pekena dengan straberry tea tu lagi upp kot...hahaha
green tea cookies ni sepatutnya dinikmati dengan bingka kacang merah..sebab kacang merah adalah kombinasi terbaik untuk green tea...macam SM ada tanya kenapa sate mesti makan dengan bawang dan timun...so green tea pun macam tu juga, buddynya adalah red bean bcoz red bean can kill the pahit/kelat rasa teh hijau...apabila kedua-duanya bersatu...akan ada rasa lemak yg sedap...i suka..i hope u like it too...
SM: aku tak lupa juga untuk ko buddy...ko kan teruja dengan tapai maknyah tu kan..nah ini puding tapai tulen, bukan maknyah tau...untuk ko la..jamu mata pls...esok2 ada peluang aku buat yg real..ini puding tapai aku buat beberapa bulan lalu. nasib baik picnya masih ada dalam simpanan...ibarat rupanya yang gebu dan comel...rasanya pun macam tu jugalah..bukan sebab aku pandai masak, tapi sebab resipinya macam tu...so aku ikut bulat2 apa yg tuan resipi bagi...jadi!!!..nanti ambik buat buka pose ko sama dengan air tebu...

Thursday, 25 August 2011

keintiman tradisi

 
ketupat dakap ini dicilok daripada sebuah blog yg aku dah lupa apa namanya...comelnya ketupat ini..berdakapan dengan mesra, menggoda dan menggiurkan..memang kamu sangat sempurna di mata aku..sehingga mengganggu liurku...
satu-satunya keintiman yang paling mengujakan aku sejak azali adalah KETUPAT DAKAP ini..berdakapan antara satu sama lain, diikat dengan tali rafia kuat-kuat supaya dakapannya erat, melekat dan akrab lantas lunak saja melalui tekak dan bersemadi di dalam perut...tahun ini tiada ketupat dakap, tiada ketupat apa pun sebab mak, abah dan nenek tiada di sisi aku lagi...raya hanya jasad, rohnya tiada..ya Tuhan...

yay!! mood suda mari..

haaa...nampak...itu ketupat warna hijau...reben, kalau gini punya gaya, gantung diri pun boleh..ahak!

lampu kunang2 ini betul2 di hadapan meja aku..menambahkan lagi tahap mimpi aku di siang hari...
One thing aku suka sikap budak2 opis aku...mereka ini bersungguh2 dan esprit de corp sangat kuat bila masuk bab bersuka ria dan menceriakan suasana..semua unit bertindak memasang lampu lip lap untuk menimbulkan suasana raya kerana kemungkinan besar, suku dari isi opis kena bekerja pada hari lebaran ini...aku..aku pun mungkin kena keje..hwaaaa.......mencik!!!

jadi, sebelum kesedihan melanda, marilah menghayati kerajinan budak2 ini menggantung kad, ketupat, lampu dan segala bagai sebagai elemen hiburan di pinggir hari raya...pas tu kalau masuk bab nak salam raya bila ada yang dah nak start cuti..salam mesti diikuti dengan muah muah...hahaha inilah bab yg selalu buat aku rasa nak sengih dalam hati...kalau ada 10 nak salam..10 kali le bermuah-muahan...ceitttt!

tazkirah diri

Hari Jumaat...sering mengingatkan aku kepada kematian...rasanya semua yang beragama islam menyedari keadaan ini kerana hari kiamat kita dikatakan jatuh pada Jumaat, penghulu segala hari, tapi kita tidak tahu bila...mudah-mudahan kita sentiasa dalam peliharaan Allah walau di mana saja berada...

Bermula isnin depan aku terpaksa meninggalkan kediaman aku selama beberapa malam kerana memenuhi tuntutan saudara kandung aku..terpaksa! Kalau tidak kerana tuntutan aidilfitri aku tidak akan meninggalkan kediaman aku yang sunyi ini...kerana aku sayang dan sayang kepada rumah ini..kediaman yang mendamaikan bagi aku walaupun ia mungkin menakutkan bagi orang lain kerana suasana perumahan di sini sangat sunyi..sunyi yang kelinglongan...

Ok, aku sentiasa teringat kepada quotation ini, yang pernah aku baca di FB Ustaz Khusyri Amiza tidak berapa lama dulu..
Begini antara yang aku masih ingat:
"...sesuatu yang diminta atau didoakan itu berlaku bukan sebab doa kita dimakbulkan, tetapi ia berlaku sebab Allah mahu ia berlaku dalam kehidupan kita..."

Makanya apabila sesuatu yang tidak elok itu berlaku kepada seseorang yang tidak sehaluan dengan kita atau apa saja yang bertentangan dengan kita, janganlah menganggap itu adalah balasan daripada perbuatan tidak baik mereka sebaliknya ia berlaku dengan kehendak Allah...

Begitu juga kalau berlaku sesuatu pada aku..aku yakin ia adalah jalanan hidup yang sudah ditulis oleh Allah di loh mahfuz dalam kehidupan aku...

Justeru, sewajarnya kita berprasangka baik sesama insan. Jika ada secebis rasa dengki atau iri di dalam hati mereka, itu adalah urusan mereka dan Pencipta..

Nota: n3 ini sepatutnya dikeluarkan pada hari Jumaat, tapi masa sudah suntuk dan aku tidak dapat menahan diri untuk menampalnya di sini...

Wednesday, 24 August 2011

fragmen B (2)

Segala-galanya bersipongan di dalam minda. Walhal emak yang terlebih bubuh garam...bukan dia yang menyediakan gulai itu. Tak pasal-pasal dia disindir mamat ekor kuda tu. Huh! Bosan macam ni...grr.

Nak bertekak pun tak guna. Mamat tu pula macam berlagak pandai masak saja. Ah..bosanlah kau. Lain kali kau datang aku buat kopi manis-manis...biar kena kencing manis..haha!!Yaya, tak baik nak pedajal orang. Mak Yaya ajar Yaya macam tu ke? Tak kan? Jangan nak malukan nasab keturunan kita.

Mak dah niaga makan sejak kau belum ada lagi. Jangan pula mak hilang pelanggan sebab kopi manis kau tu.Aahh peduli apa aku. Mamat tu sombong melangit. Tak tahan aku dengan orang begitu.

Rumah kecil tiang seribu, rumah-rumah kecil, tiang berpuluh ribu...alahai. Angin Laut China Selatan yang bertiup nyaman berjaya melembutkan hatinya seketika daripada meruap terhadap mamat bertocang. Lega...phew...bebas seketika otaknya dari memikirkan jembalang tanah yang sudah lama membuatkan tidurnya terganggu.

Ada saja benda yang nak dikritik..gulai masin, kopi manis (hehe..misinya sudah berjaya dilunaskan pada satu hari minggu sebenarnya. emak tak tahu. Itu yang bagus!!) Terkini, acar timunnya lemau..heh..kau siapa nak cakap macam tu...kalau dah nak makan tu, makan jer laa brader oii...tak suka! Noktah...dia akan mengisytiharkan perang dunia ke-empat selepas ini...siap kau yang bernama Zain! Jangan datang makan kat kedai mak aku lagi!
Kasut lama emak dibelek-belek dan dicuba sarung di kakinya...hah..muat pulak. Nanti boleh pakai nak pergi temuduga kerja kat KL nanti...senang cerita tak payah beli lagi dah. Dia pun bukan suka sangat pakai kasut tumit tinggi, kalau jatuh tergolek macam nangka busuk, buat malu saja.
Langkah diatur perlahan-lahan di dalam kedai emak. Sambil memegang penyapu, dia cuba melangkah sekemas mungkin walaupun emak kata dia berangan. Biarlah, kata-kata emak tak pernah menyesakkan hatinya tetapi selalu menambah ceria.

"Yaya, kalau nak melawa jangan buat kat dalam kedai ni...nanti orang kata anak Mak berangan," tegur emak ketika melihat dia membelek-belek kasut berwarna coklat yang masih baik itu.
"Tak pe la mak...sapa yang berani kata Yaya berangan? Mak beritahu, Yaya nak basuh dia sikit. Suka hati kitalah nak berangan ke tidak, bukan kita pinjam hati dia pun.."
"Eh budak ni, orang cakap sungguh-sungguh dia main-main pulak. Cepat sapu lantai. Nanti kalau dah ada orang masuk, duduk dan nak minum air, tak elok menyapu kalau ada pelanggan tau.."
"Okie donkie mak..ni pun dah nak siap. Nak simpan kasut jap...haha!"
Selepas kembali menyarungkan selipar getah, dia menyambung tugas mengelap meja. Hari masih pagi benar dan gelap Subuh mula digantikan dengan sinar terang yang mula mencuri masuk ke dalam kedai emak.

fragmen A (3)

Hmmm…kerana salji dia terlepas menjejak Ashraf di Paris, banyak perkara terlepas gara-gara hujan salji yang sejuk. Nampak cantik apabila turun menutup bumi, tetapi cantik yang berbisa, sejuknya menyerap ke tulang hitam, tak tahan dia menanggung beku di hujung jari, dihujung hidung dan apabila bercakap, berkepul-kepul wap keluar. Sungguh dramatik.

Dan kerana salji jugalah dia terperap di sini, terkandas sudah sehari suntuk di lapangan terbang Stansted. Khabarnya, seluruh kapal terbang terpaksa bertumpu ke Stansted kerana Gatwick, Luton, Heathrow dan Birmingham dipenuhi salji, salji yang melumpuhkan banyak penerbangan termasuklah penerbangan yang dia tunggu kini.

Pelbagai manusia dari seluruh pelusuk dunia terkandas, tidak dapat meneruskan perjalanan kerana salji. Salji yang putih, lembut berjurai semasa turun dan cair dengan sendirinya itu rupa-rupanya menjadi begitu perkasa dan gagah kerana mampu menghalang burung besi daripada terbang, mampu menjadikan rel keretapi dari London ke Paris tidak beroperasi selama beberapa jam dan kini paling menyesakkan, dia menjadi penghuni sementara di lapangan terbang yang semakin dirasakan sempit.

Sempit kerana manusia semakin ramai dan di celah-celah lautan manusia itu, ada satu wajah yang kerap mencerlang ke arahnya. Wajah itu ada di mana-mana saja, berselindung di sebalik topi coklat.

Aahh biarlah, mungkin lelaki itu juga seperti dia, pelarian tidak rasmi sementara menunggu penerbangan pulih. Makin dilihat makin aneh pula perasaan, tidak tahu bagaimana mahu diterjemah. Bagitupun, dia biarkan saja kerana suasana dan peristiwa di lapangan terbang itu adalah milik semua, milik sejagat.

Tiada orang pun yang mendakwa kesejukan itu milik mereka, bahkan tiada orang juga mendakwa kesunyian itu adalah hak perbadi mereka. Kesunyian milik semua, sunyi dalam hiruk pikuk suara manusia yang terbebat beku dek kerenah salji.

harapan...

PASARAN saham asia meningkat semalam berikutan kegiatan memburu keuntungan susulan petunjuk positif daripada Wall Street, manakala peningkatan saham Jepun disokong kedudukan yen-dollar yang stabil...

Berita Harian, Rabu 24 Ogos 2011, pg 46

Nota: Tuhan, terima kasih kerana mendengar bicara bisu aku...

dari dalam diri (2)...


Hati yang satu
kadang-kadang, mencair seperti salju
kadang-kadang, kerasnya seperti batu
namun, hati tetap satu
justeru
jagalah hati...
dan berhati-hati
supaya hati
tidak disakiti...

...   ...   ...   ...

malam tidak pernah menipu
di sebalik pekat hitam yang jitu
ada nafas putus mengejar nafsu
ada dunia kecil yang berputar laju
menayang filem pendek yang bisu
apabila kata-kata bertukar menjadi kelu
jiwa pun menjadi beku
untuk menekur rindu
yang kian sendu!
aku sujud di kakiMU...

fragmen B (1)

(dedicated to Zain in casa del mar..langkawi)

SAUJANA mata memandang..hijau bertemu biru..di tengah-tengahnya pasak bumi menunjang kukuh akarnya di dalam tanah...aahh...hati gundah tak boleh senang walau hanya melihat lukisan alam ini...yang pastinya, dia mesti pergi ke situ..mencari sesuatu..mencari pelengkap rusuk kiri yang akan menyempurnakan kejadiannya sebagai hamba di bumi Tuhan...tapi bagaimana?
Ingin mengambil anak orang...takkan mahu dibawa lari..cehhh ini bukan zaman dulu..kupujuk-pujuk ku bawa lari!

Zaman kini adalah zaman teknologi moden, zaman hujung jari. Sekelip mata mesej sampai dan rahsia hati pun terzahir.. tak mudah juga untuk dia meluahkan apa yang berbuku...sejak dua tiga bulan lalu. Ya, yakin...sejak dua tiga bulan lalu...
"Zain..thanks for the info. Nanti saya beritahu mak...kena jagakan...customer is always right..macam raja...haha," dia mengucap sopan pada lelaki itu.
"Alah biasa je..sebab saya suka makan di sini, tu yang saya beritahu awak...," balasnya lagi.
"Eh tak pe..memang kita nak tahu komen pelanggan..."
"Ada satu komen lagi...nak tahu tak?"
"Apa dia?"
"Dua tiga hari ni..saya makan gulai masin...ada orang nak kahwin ke?"

Adoilaa...kenapalah aku ada di hadapan dia sekarang..kalau ada gulai ikan masin tu nak saja aku tuang atas rambutnya yang bertocang macam ekor kuda tua...
"Err...dah memang gulai ikan masin...masin la jadinya..."
"..tapi ini masin lain...bukan masing gulai ikan masin rasanya...."
"Hmm...."
"Marah?"
"Tak...anyway...thank you so much! Sila datang lagi..."
"Ok! Ok! Im sorry..."
Its ok..no harm.” Dia lihat wajah yang disukainya itu poyo saja.,tanpa reaksi. Marah atau suka? Berbaur-baur agaknya. Mungkin marah kerana gulai ikan masinnya dikatakan masin. Atau suka? Motif? Ahhhh....serabut. Dia bingkas bangun dan meninggalkan not RM10 di atas meja. Harapnya sebelum angkat punggung dia boleh lihat lagi wajah yang ada tahi lalat comel di hujung hidung. Tapi...hampa kot..

selepas perang!

Kalau kami berlari dengan bunyi tapak kaki berdentum dentam di atas lantai kayu, nenek cerlung garang, mak pun akan cepat-cepat cubit tarik telinga..lantas kami akan diam seketika, sebelum cuba berjalan dengan gaya berhati-hati seperti 'cat walk' kerana tidak mahu sama sekali mengeluarkan bunyi. Ketika itu juga kami, (aku dan adik), tahu semua orang kena senyap, kalau tidak kami nahas terpaksa mendengar leteran nenek dan mak selama berhari-hari..kami juga tahu ketika itu semua isi rumah akan sama-sama solat berjemaah, menandakan semua orang di dalam rumah bebas dari hadas besar.

Seminggu sebelum itu, kami sudah lihat mak mengait pelepah pisang di belakang rumah manakala nenek akan memastikan daun pisang diraut cantik, lalu daun itu dikoyak cermat supaya sama saiz dan bucu. Mak juga akan menyediakan pencucuk lidi dan akan ada seperiuk besar pulut daripada beras pulut yang terbaik.
Di tengah laman, ketika petang sunyi dan nyior gading melambai lembut dengan ciuman angin sepoi2 bahasa, ketika itulah mak dan nenek ralit membungkus pulut yang sudah ditanak dengan bauran ragi, ke dalam daun pisang lalu mengemaskan bungkusan dengan cucukan lidi.

Kami dipaksa mengunci mulut atau pun kami dihalau bermain di rumah nenek saudara yang tidak jauh jaraknya. Bila mak dan nenek siap membungkus, kami dibenarkan balik...aku seperti biasa tidak akan sabar menerkam untuk melihat isi bekas besar yang sudah ditutup rapat oleh nenek:

Aku: Nenek..kita nak makan kuih dalam daun pisang tu...(sambil adik akan memberi sokongan dan buat muka seposen minta belas kasihan...)
Nenek: tak boleh...kena tunggu selepas perang!
Aku: tapi kita nak tunggu perang bila nenek?
Adik: a ahh...mana ada perang sekarang.
Aku: kita dan banyak kali sambut merdeka..kenapa nak tunggu perang baru boleh makan.

Penyudahnya, nenek akan cubit pipit aku sampai merah sebab becok dan mak akan tambah dengan cerlung muka supaya aku diam. Aku dan adik kecewa...nak tunggu selepas perang untuk makan kuih berbungkus itu..nampak gayanya kami tidak akan merasa sampai bila-bila sebab keadaan ketika itu sangat aman dan tidak menampakkan ciri tanah air akan mengalami perang...aku akan tidur dengan berfikir kenapa tidak berlaku perang kerana aku tahu adik juga teringin mencuba kuih di dalam bungkusan daun pisang itu...

Selepas beberapa tahun, aku mengerti maksud selepas perang yang dikatakan nenek dan mak suatu waktu dulu. Betapa kehalusan dan keikhlasan kudrat menyediakan makanan tradisi itu, resamnya diikuti dan dipatuhi supaya membuahkan hasil yang cantik dan enak kerana pantang larang menghasilkan tapai beras adalah tidak boleh membuat bising, tidak boleh bercakap yang bukan2 dan semua perempuan di dalam rumah mestilah bersih daripada haid atau pun nifas, maka tapai akan masak dengan cantik, putih dan bersih serta enak SELEPAS diPERAM beberapa hari.

Dan petang tadi, ketika berbuka, aku menikmati sebungkus tapai yang comel lantaran berasnya yang putih bersih dan bungkusan yang kemas..sejurus menyuap ke mulut, bayangan nenek dan mak melintas di dasar hati..dan kenang-kenangan itu terus abadi di dalam hati aku akan betapa air tangan mak dan nenek membentuk peribadi aku menjadi manusia seperti hari ini...terima kasih mak, dan nenek juga!

Tapai beras Intercontinental Hotel...aku berasa sayang untuk menghabiskanya kerana ia menjelmakan bayangan mak dan nenek walaupun khalayak di sekeliling aku adalah mereka yang tidak pernah hadir dalam minda aku ketika nenek dan mak membungkus tapai...suatu ketika dulu...

Tuesday, 23 August 2011

fragmen A(2)

Dia membalas segera mesej berkenaan.
“Tak pasti, kalau cuaca baik, InsyaAllah saya turun ke sana. Ingat nak ambil pakej daytrip. Kebetulan, rakan saya, Ikhsan ada beritahu dia nak ke Paris dan Geneva. Uncle ada di rumah?”

Seminit, dua minit, tiada balasan seterusnya. Seharian dia menunggu dan keesokannya selepas bangun tidur di pagi yang sejuk, dia dapati ada mesej dari pakciknya di kotak simpanan telefon kesayangannya itu, walaupun klasik tetapi berfungsi dengan baik.

 “…so are you in Paris now? Bienvenue mademoiselle! Jangan lupa ambil gambar tengah main snow kat Eiffel and publish kat blogjournal, uncle nak baca online ok. And always hati-hati kat Paris, banyak proffesional picpockets and con-artistes (penipu). Enjoy your trip and have a nice day.
“Saya tak jadi ke Paris. Heavy snow. Was advised not to proceed!”
“Aiseh rugi tu..its just two hours away on train ride. Ambil tube pi St Pancreas Station, beli tiket Eurostar to Gare duNord, tengah Paris tu. Tak pe lah kalau tak de rezeki, next time Leha boleh datang lagi. Aurevoir!

Begitulah, setiap hari dia berbalas mesej dengan pakcik yang sudah lama tidak dijumpai, ada juga sekelumit rindu untuk melihat wajah yang sentiasa tulus itu. Sejak lapan hari menjejakkan kaki ke kota Eropah ini, sudah berpuluh mesej dikirim dan diterima, entah berapa pula bil telefonnya apabila kembali ke Kuala Lumpur dua hari lagi.

...to be continue...

fragment A(1)

(dedicated to uncle in geneva, switzerland)

‘Salam Uncle, saya kat Sussex Garden, Spring St. Overnight kat sini. Boleh jumpa?”
Mesej berkenaan dilayangkan ke nombor yang dipilih, tangannya laju menekan send.

Mesej berkenaan dilayangkan kepada Pakcik Hilmi, pakcik sebelah ibu yang sudah lama tidak ditemui. Hatinya berbelah bahagi untuk menghubungi lelaki berpangkat pakcik itu kerana dulu dia tahu pakciknya itu pernah kecewa, kecewa kerana dia tidak pernah membalas senyum yang diberikan, hanya itu saja.

Dan kerana kecewa yang ringkas itulah pakciknya membawa diri dengan menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran, menjadi pelajar terbaik, menyambung pelajaran ke luar negara dan sampai kini menetap di negara asing. Tidak sampai lima minit, ada mesej lain masuk ke telefon klasiknya, Nokia 3310.

“Salam…laa your message came a bit too late, I was in London last week, Yusof tak bagi tahu you ke? Im back home in Geneva now before flying to NYC for a meeting this Friday. Then off to Sydney to a conference. Are you coming to Geneva?”

..to be continue...

dari dalam diri

i)
dari segenap aksara yang ada
antara yang terlintas
apabila kata-kata menjadi nista
maaf pun menjadi hina
apabila waadat dilanggar
janji pun menjadi longgar
apabila rindu tidak dipateri
rasa pun menjadi mati
apabila setia sudah lebur
maka akad menjadi lebur

...   ...   ...   ...

ii)
kata-kata yang baik
ibarat segelas air
yang dinikmati
kala kehausan
kata-kata yang jahat
persis
sakaratulmaut
yang gelojoh
melangsaikan tugasnya
mencabut akar nyawa
dan antara kedua-dua
adalah kata-kata
yang bisu
tiada nahu
tiada sabdu
kelu...

...   ...   ...   ...

iii)
selangkah memasuki ruang sunyi
klik....
kenapa aku rasa ada yang tidak kena
rupa-rupanya kalimantang di siling
sudah tebakar
kesuraman bermaharajalela
dan aku semakin hampir
memasuki jagatraya seorang V...

Monday, 22 August 2011

BELASUNGKAWA...

pagi Ahad, 21 Ramadhan 1432 hijrah bersamaan 21 ogos 2011
hari ke 21 kita menyalami ramadhan
aku tiba di tempat kerja awal
jam 9.45 pagi..
tit! tit!..getaran telefon di atas meja aku jeling sekilas lalu
ada nombor yang tidak dikenali..
“...penulis Tuk Ya meninggal....belasungkawa mana?”
aku tarik nafas sekali sambil membaca al-fatihah sebagai hadiah kilat kepada beliau
telefon diletakkan kembali di tepi tetikus dan aku sambung tugas menatap skrin kaca..
detik beralih dan aku alpa untuk menukilkan seberkas kenangan kepada beliau yang pernah beberapa kali aku temui di Rumah Pena...
sehinggalah matahari beralah dan bulan mengambil tempat
aku terlepas pandang dan ingatan terhadap beliau menjadi kabur
sebentar tadi..
ada satu lagi mesej ringkas diterima
“...aku kehilangan...”
dan aku kembali menyelia mesej ringkas yang aku terima awal pagi semalam
masih ada dan tidak diforward kepada sesiapa pun..
sekali lagi...

sendu!
belasungkawa untuk allahyarham Azizi Hj Abdullah yang aku tekuni ilham fikirnya pada seorang tua...tanpa jemu, tanpa keluh...

gurindam 12 raja ali haji

Gurindam Pasal 6
Cahari olehmu akan sahabat
Yang boleh dijadikan obat

Cahari olehmu akan guru
Yang boleh tahukan tiap seteru
Cahari olehmu akan istri
Yang boleh menyerahkan diri
Cahari olehmu akan kawan
Pilih segala orang yang setiawan

Cahari olehmu akan ‘abdi
Yang ada baik sedikit budi

.>

>

>

>

>

thanks buddy...u know who u are..

Sunday, 21 August 2011

andai aku ada pilihan untuk tidak menjadi manusia...

aku ngeri untuk melalui atau melepasi mana-mana kedai buku kerana tidak lain dan tidak bukan, jika aku singgah, pertanyaan yang akan diajukan adalah: do you hv any book abt vampire? dan jual beli akad niaga pun berlaku kerana imej itu sentiasa menarik perhatian aku untuk diteliti. ampunkan aku ya Tuhan.
bukan aku tidak bersyukur, jauh sekalu menyesali kejadianNYA tetapi, menjadi manusia bagi aku
buat masa ini, amat sukar apabila berada dalam keadaan antara sedetik untuk memilih lorong mana yang harus aku tuju kerana tiada sejalur cahaya sebagai penyuluh, yang ada hanyalah kegelapan yang membutatuli, kegelapan yang maha gelita walaupun aku sentiasa mencari cahaya itu, ia tidak muncul. adakah ini suatu hukuman  yang harus aku tanggung sehingga akhir hayat..adakah tidak menjadi manusia itu lebih mulia...andai benar...ya Tuhan..aku dalam kegalapan.

Saturday, 20 August 2011

belajarlah memaafkan...walaupun sakit

di kiri aku E dan di kanan aku G..
aku sentiasa menjadi pendamai dan kadangkala aku terpaksa menyisihkan diri ketika mereka mempunyai perancangan yang tidak memerlukan aku hadir di antara kedua-duanya..namun jarang aku disisihkan..
pada satu ketika sekitar 96..
G mendatangani aku: V...aku nak bertunang dengan E.
Aku gembira mendengarnya walaupun tahu aku akan kehilangan sahabat paling luhur..
esoknya, E mendatangi aku: V, kau restui kami kan...aku akan hantar tanda untuk G
akulah manusia yang paling bersyukur andai kedua-duanya berjaya disatukan, kerana aku tahu pahit getir yang mereka lalui..
dalam pada itu, G sibuk menyediakan kelengkapan pertunangan yang tidak lama lagi..
dan aku meneruskan nafas di dalam arus kehidupan yang sungguh mencabar..
kukira tugas aku usai sudah kerana mereka bakal bersatu
beberapa bulan..aku yakin mereka bahagia
G mengutus selembar ayat di skrin telefon aku: V, E tidak muncul saat kami hampir amat bertunang...
aku berasa darah berhenti mengalir dari setiap pembuluh saraf

dan awal tahun ini, E menghubungi aku: V aku tidak ada alasan untuk diberikan..dan aku tidak dapat memaafkan diri aku sendiri...apa lagi perlu aku lakukan V, hidup aku sengsara...
kedua-dua E dan G sudah menentukan halatuju hidup masing2 dan  menjalani kehidupan sederhana bersama pasangan..namun sesekali dan kadangkala, aku masih lagi menerima mesej ringkas daripada kedua-dua...
G: V, kenapa E sanggup mencalar hati aku begini...
E: V, kenapa aku tega melupakan detik itu...dan aku sakit yg amat kini..kerana tidak dapat memaafkan perbuatanku kepada G..

baru sekejap tadi, selepas berbuka puasa....mesej ringkas E masuk ke telefon aku:
V, baru aku sedar, setiap kali aku di KL ada suatu macam pembunuhan rasa di dalam...
Aku: Pembunuhan rasa...kau belum mampu menafikan rasa itu ya...
E: Tak masuk KL, rasa nak masuk...
Aku: Masuk je, jangan terlalu berkira dengan diri sendiri...hidup ini singkat je, go ahead...
E: Aku sakit...
Aku: Ada pilian?
E: Ntah...tapi aku memilih untuk memelihara semua ingatanku. Sakit, tapi begitulah hakikat..maaf V, aku tak mampu tahan kali ini...terpaksa bercerita..
Aku: Kau harus terima hakikat..ia akan sentiasa di sisimu...sampai akhir hayat...
E: Aku kat Merapoh dah, ptg tadi aku ambil keputusan utk keluar dari KL, sebelum rasa di dalam semakin parah.
Aku: Kadangkala kau kena telan juga walaupun ia adalah duri

Walaupun sudah sejuta kali aku nyatakan kepada kedua-duanya: G, kau belajarlah memaafkan E...dan E pula, kau belajarlah memaafkan dirimu atas khilaf yang sebetulnya mencalar seluruh kehidupan G...

Akukah yang hipokrit, kerana meminta kedua-duanya belajar memaafkan, walaupun aku sendiri, mengambil masa bertahun untuk mengucapkan sepatah kata...MAAF..kepada dia, yang menumpahkan warna suram ke dalam katarsis aku..sepanjang hayat aku dikandung badan...dan sakitnya masih bersisa kerana memaksa diri, menyebut maaf...

ketakutan yg tidak berasas...

kerap masuk ke telinga aku..perasaan takut itu adalah satu rasa yang ada dalam diri kita sendiri, tiada hantu dan tiada makhluk lain kecuali perasaan takut yang kita sendiri develop dalam diri. karut? benar? tepuk dada tanya selera..mau jadi penakut atau berani gila..kondisi aku kini adalah berani dalam penakut, kenapa? kerana hidup mesti ke depan sebagaimana langkah...

setiap hari, aku buat rutin sama..supaya aku boleh menjejak sebarang kelainan yang berlaku sekeliling terutama di kediaman 'vampire from dusseldorf' ini..kini kepekaan aku adalah tahap 100 %.pisau berubah kedudukan pun aku boleh perasan apatah lagi kedudukan lain-lain benda di dalam rumah.

satu petang, aku balik keje, hari senja..hampir jam 7. cina depan rumah sibuk baca mantera. india sebelah kanan pula sibuk dengan loceng. aku masuk rumah dengan otak sendat. bunyi air dari akuarium jelas je. ok..semua clear..naik tiga anak tangga, aku perasan pintu bilik menuju ke kitchen sedikit renggang..wahh..apa lagi..jantung menambah kelajuan degupan..okeh aku cool...naik lagi 12 anak tangga, aku sudah di aras 1...ke kanan masuk bilik aku..dan sekali lagi aku perasan kedua-dua pintu bilik belah kiri renggang macam ada tangan yg menolak...masyaAllah..jangan ada manusia di dalam bilik itu..aku tawakal dan tarik nafas, masuk ke kedua-dua bilik dan tiada apa...kosong dan kaku, dull...

lepas bertenang, aku kemas beg baju kerana keberanian sudah diragut seketika. tiada penyelesaian tangan siapakah yang membuka ketiga-tiga pintu bilik di rumah..kalau angin yang meniup, mana kan perkasa sang angin membukanya..mesti ada hide and seek berlaku yang mana akal aku tidak dapat merungkainya...mesti ada tangan yg membukanya, yang memegang tombol secara nyata...

sampai jam 10pm, akal aku buntu...
jari aku tekan 013-229xxx
dik..ko datang ambik akak, nak tdo rumah ko malam ni...
rumah kami tidak jauh pun tapi tau le jalan raya kan..koner sana koner sini macam jauh jer..
bila sampai rumah dia
aku siap nak tdo bagai
..kak, tadi saya p rumah akak, ada kawan nak tengok, kami buka semua bilik kecuali bilik akak..
sigh!!! aku lupa dia ada satu set kunci rumah aku..
itu jam juga aku rasa nak berlari balik ke pangkuan katil dan tilam  serta bantal yang aku tinggalkan akibat ketakutan yg tidak berasas...



weekend...

si adik, dini, 2 tahun ++, hair maggie wet look, minum susu lembu dan berangan nak jadi ballerina kata maknya..
im not a mummy yet..im only an aunt for my nieces and nephews..tetiba subuh tadi..jiranku yg ada anak dua orang tu text aku:

Salam kak, saya sangat perlu pertolongan akak..
suami saya kerja awal pagi, saya ada kursus jam 9, boleh tak jaga anak saya dini dan azfar sekejap, suami saya balik jam 11 pagi..

aku tiada pilihan, dia tahu aku off hari ni.

aku balas: ok boleh.
dia balas: terima kasih kak...budi akak saya x dapat balas

x mengapalah...aku tolong dengan hati rela walopon tiada pengalaman dengan budak berusia 5 dan 2 tahun.
dan bila aku sampai di rumahnya yg tidak jauh dr rumah aku, si abang masih tidur...si adik leka menonton tv. selepas dimandikan, aku try nak suap makanan yg maknya tinggalkan..budak ni geleng dan tutup mulut kemas..macam mana aku nak buat..maknya dah pesan suruh bagi makan.
dalam terkulat-kulat itu..si abang bangun..
"..auntie..where is ibu..." muka poyo sebab br bangun tdo..
"ibu work..." aku cakap sambil cuba nak paksa adik dia makan. adiknya aku letakkan dalam kerusi kanak-kanak tu..
"auntie...she wants fruits..."beritahu si abang..
aku cek peti ais, ada semangkuk anggur..
dan benar bagai dikata abangnya..ini budak makan satu demi satu..
hmmm...tiba-tiba abangnya datang lagi..
"auntie.im hungry.."
maknya dah pesan jangan bagi makan selagi si abang tidak mandi..
"u take shower first ya.." kata aku
"ok.." dia rapatkan badan bulatnya untuk aku bukakan baju dan seluar tdo..si abang ini badan tambun...haha
lepas mandi, dia sarung baju sendiri yg maknya sudah sediakan.
"auntie..im hungry.."
"ok..nasi goreng can?"
aku sendukkan sepinggan nasi goreng, si abang sudah duduk di meja, ready nak baca doa makan dan si adik di hadapan tv atas kerusi kanak-kanak dengan semangkuk buah..
kedua-duanya makan dengan tertib..hmmm..
habis makan, aku angkat si adik turun dari kerusi dan dia otomatik bergerak ke depan tv...
si abang juga, selesai makan, buka tv dan duduk sambil peluk2 si adik..
aku sambung blogging..

Note: Almighty Allah, if i hv a chance to hv kids, i want my kids like them...

Friday, 19 August 2011

miss u...

a picture with a thousand words..but i only hv 3 words: i miss u...

carpal tunnel syndrom...

What are carpal tunnel syndrome symptoms?
People with carpal tunnel syndrome initially feel numbness and tingling of the hand in the distribution of the median nerve (the thumb, index, middle, and part of the fourth fingers). These sensations are often more pronounced at night and can awaken people from sleep. The reason symptoms are worse at night may be related to the flexed-wrist sleeping position and/or fluid accumulating around the wrist and hand while lying flat. Carpal tunnel syndrome may be a temporary condition that completely resolves or it can persist and progress.
As the disease progresses, patients can develop a burning sensation, and/or cramping and weakness of the hand. Decreased grip strength can lead to frequent dropping of objects from the hand. Occasionally, sharp shooting pains can be felt in the forearm. Chronic carpal tunnel syndrome can also lead to wasting (atrophy) of the hand muscles, particularly those near the base of the thumb in the palm of the hand.

DAMN!!! i hv that!...

Date: middle of April 2011
Location: Special wings, HUKM
Time: 10am
Venue: Appointment with Dr Azmi
...you memang ada CTS, pilih mana satu..buat fisio atau minor operation, tapi minor pun dua minggu juga nak sembuh...i avoid fisio bcoz not much time to spend for that..banyak lagi keje lain nak kena hadap and today tangan aku mula kebas dan feel like stress again and again...what else...

andai ini ramadhan terakhir...

Adakah ini Ramadhan yang terakhir?

Soalan ini perlu selalu menerjah di ruang fikir kita, kerana kematian akan menjadikan kita Muslim yang sentiasa berhati-hati dalam segala tingkah dan amal, selalu mengingatkan kita dengan Akhirat, selalu memacu hati supaya memilih di antara dua destinasi, syurga atau neraka. Seperti sabda Rasulullah s.a.w :

"Orang yang bijak adalah orang yang memuhasabah diri sendiri dan beramal untuk sesudah kematian dan orang yang lemah adalah orang yang menuruti hawa nafsunya kemudian berangan-angan (mengharap rahmat) pada Allah." (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Soalan ini akan memacu kita ke arah ketaatan, kemurahan rezeki, mengelakkan kehinaan dan laknat, menetapkan hati dalam istiqamah. Ayat ini akan menerbitkan rasa kita "melihat" dan "dilihat" oleh Allah. Malah sentiasa memberi peluang supaya kita menghargai setiap derap langkah, jerih nafas dan detak jantung untuk bertaubat, kembali dan menyesal atas segala dosa yang kita lakukan. (untuk bacaan penuh mengenai entri ini, sila klik http://amizakhusyri.blogspot.com/)

tanggal 19 Ogos bersamaan 19 ramadhan 1432 hijrah..alangkah sedihnya andai ini adalah ramadhan terakhir aku di muka bumi ini...jika benar, aku mohon kepadaMU, putuskan seurat nyawa aku ketika aku dalam keadaan berwudhu dan terpelihara dari sebarang kejahatan..dan andai ini adalah ramadhan aku yang kesekian kali, aku mohon kepadaMU perbaiki segala khilaf dan perbetulkan segala gerak geri aku supaya menjadi insan yang lebih baik dalam segala sudut di kemudian hari, terutama ketakwaanku kepadaMU...

* Salam maa...saya sudah menghantar hadiah untuk maa, abah dan nenek pagi tadi ketika memandu..semoga ia sampai ke pangkuan maa, abah dan nenek...al-fatihah!.
* Aku suka jenguk blog sdr amiza ini untuk mengambil selembar keinsafan, menyelesaikan kekusutan dan melihat ke dalam diri betapa aku ini terlalu banyak melupakan kurniaan Allah ke dalam hidup aku yang sejengkal cuma daripada sakarataul maut..mungkin esok, mungkin lusa..Allah boleh saja menyentap sejalur nyawa kerdil ini tanpa memberi amaran kepada aku..dan aku wajar beringat sentiasa...semoga apa yg aku lakukan hari ini mendatangkan manfaat untuk sesiapa saja yang menginginkannya...terima kasih Allah..

durian...

Spesies durian benggali@rare species..was found somewhere in KL..dipercayai durian ini sangat jarang ditemui, namun mengikut kata individu yang memiliki durian ini, rasanya 'boleh tahan terangkat' dan bisa membuatkan kereta meletop jika disimpan lebih daripada 3 jam di dalam kenderaan...ada pembida menawarkan lebih duit untuk memiliki durian pelik ini, akan tetapi pemilik asal tidak berhajat untuk menjualnya...kata pemilik asal...aku tak heran dengan duit, baik aku makan saja durian ini!

Thursday, 18 August 2011

raisin rock!

raisin rock cookies and almond + macadamian nut..
while waiting for the TM Unifi  manage my internet service at home these morning..i decided to bake a cookies...a rock head banging cookies for the person who loves to hear rock head banging music..hehe!

Momento: NP & SM..u coloured my thought!


There's two things to define what is friends mean: pureness of word when u talk abt and spontainess of reaction when u participate abt...


...stars are seen together, yet they are so far apart, true friends may not not speak everyday, but remember we are always linked heart to heart..


friendship is like a violin, music may stop now and then, but strings are always attached forever. likewise if u be in touch or not, you are always remembered..and a friend is someone you can do nothing with, and enjoy it..hey let me tell u..this is the best time blogging that i ever had since 2004..for those who are not mentioned..kamen, misznorul, ummi maryam, happy irfa etc..i appreciate u all too.

Note: NP & SM, kukenalimu baru sekejap, dalam sekejap itu juga aku mengenalimu..think abt it! aku sepatutnya buat posting ini ketika friendship day tapi lambat lagi nak tunggu tahun depan bcoz as for me..my friendship day is everyday and having a great friend like u is really make my day great! aku tak tahu apa dalam kepala otak korang...but this is mine..mari kita layan lagu tangkap leleh ini barang seketika.

buka puasa @ heritage

Pisang stim dengan gula merah dan kelapa parut..sedap dan enak..kali terakhir makan lima tahun lepas dan sekejap tadi..
arwah mak aku selalu berkata, rezeki yang sedikit, jika dimakan bersama-sama...akan terasa keenakannya dan terasa banyak. katanya juga, rezeki yang banyakpun, jika tidak dikongsi, terasa sedikit dan tidak puas untuk dimakan..thanks to stephen and hani & ayu too for sending me back to the office.
alhamdulillah, buka puasa di food heritage@bangsar amat mengesankan, kerana ada menu sira pisang dengan kelapa parut dan lempeng kelapa dengan gula merah. dua menu yg arwah mak aku suka sangat buat semasa hayatnya. dua menu ini juga adalah hidangan yang sentiasa ada di meja kayu kami di dapur kecil dan suram tapi kami menikmatinya dengan tenang dan walapun hanya lima biji pisang sira, dimakan oleh satu kelarga besar, ia cukup untuk kami.
walaupun ruang makan FH terhad dan menu yang tidak banyak bilangannya, tapi aku terasa lapang dan selesa untuk menikmati menunya yang berhemah. kerabu pucu paku, ikan masak taucu dan ayam goreng pedas, tapi aku pilih soto. one day nanti aku nak ajak korang berdua makan sini...to both of u, we can share the moment while having a good food..i mean it!

Note: Allah..thanks for giving me a loving family, a good friends, a nice food and a great day since i started my1st breath long time ago..

Tuesday, 16 August 2011

terima kasih Allah...

buka puasa di opis. terima kasih kepada TNB kerana menaja buka puasa aku...laksa johor ini marvelicious ataupun lebih tepat yummylicious. kalau kelab ternak setan @ kelab malam sebelah opis aku runtuh pun aku tak sedar kerana kejelitaan laksa ini menggoda deria peka aku terhadap perkara yang tidak berkaitan..kecuali makan adanya!
walaupun terasing
dalam keterasingan itu
ada kenyataan
Allah Maha Pemurah
dan Penyayang
sedikit yang aku mohon
selautan yang ENGKAU berikan
sekuman yang aku berikan kepada yang lain
segunung yang ENGKAU pulangkan kembali
secebis yang aku kongsi dengan mereka
seluruh maya yang ENGKAU anugerahkan aku
sedikit prasangka baik yang aku terlintas mengenai mereka
sebersit bintang timur yang ENGKAU suluhkan pada aku
sejak hari pertama puasa
rezeki aku sangat pesat
baru tiga hari berbuka di windsor
selebihnya di parkroyal
gardendoubletreebyhilton
gearboxpannazklhiltonsimedarbyconcenter
etc
sungguh aku tidak mampu
untuk membayar 98 sekepala
atau paling murah 78
tetapi rezeki sentiasa basah
terima kasih kepada penaja
kerana memeriahkan warna hidangan aku

sesungguhnya walau warna kehidupan aku adalah sombre
adakalanya..ia menjadi percikan lilac
yang menjanjikan harum kenanga
di hujung laman
terima kasih Allah.

rethoric seorang adele...


retorik,
seni pemujukan melalui pemerincian kata-kata,
penelitian gerak laku,
pencerapan kepada pendengaran dan
keterbawaan igauan terhadap sesuatu yang diamati.
retorik seorang adele sangat hebat...
aku tak pernah melakukan kerja gila membuat investment mendadak
di kedai cina jual cd,
tapi lantaran retorik sang adele ini amat hebat,
aku terpedaya.
2 cd adele + 1 cd janet seidel bertukar tangan
akibat mantera nyonya separuh usia ketika aku lewat di kedai kecilnya.
bila balik opis, aku congak balik when was the last time i bought a cd..
owh yes, it was last year, november last year with 2’s french pop compilation cd’s.
Rasa nak hantar balik bila cek resit pembelian
yang memakan bajet duit minyak kereta aku selama 3 minggu..
owh no! Adele, retorikmu sangat hebat (tapi aku bukan pemujamu,
aku cuma pengkagum suara emasmu).
memang sehingga kini
retorikmu masih tidak mampu
diatasi amy rumahwine, sarah brightman dan catherine jenkins.
owh sangat tidak adil kalau aku letak engkau dalam satu peket dengan tiga penyanyi ini...
mereka itu dalam peket nachos
yang boleh dimakan dengan sos tomato + capsicum
ketika petang hari saja
manakala engkau adalah pretzel comel
yang aku boleh habiskan perlahan-lahan
sambil menikmati teh hijau di tepi tingkap
selepas midnite sampai dinihari,
sambil menunggu kedatangan sang drakula
untuk bersahur kerana aku ketika itu
sudah menjadi vampire
yang bercita-cita menjadi manusia sejati.

Nota: Kepada dua lagi penggemar Adele...
setakat ini tiada rumours mengatakan Adele akan datang ke KL
untuk mengkonsertkan dirinya yang chubby itu...
kalau ada, sepantas kilat akan aku roger kepada kamu.

pemaafnya kita..

memang terpuji kalau kita ada sikap pemaaf dan memaafkan
yelah, sebab apabila melakukan perkara membabitkan 'maaf''
ia mesti ada kena mengena dengan ego...
apatah lagi..berkata maaf tidak sama kondisinya dengan hati orang yang akan memaafkan
walaupun dimulut kata, saya maafkan, di hati mungkin berlawanan sama sekali
aku tak faham dengan senario sekarang
kerana kita menjadi bangsa yang sangat pemaaf
kerana kita cepat melupakan kekejian orang
walaupun mereka pernah meletakkan maruah kita di bawah tapak kaki..
dua tiga hari lalu
ada paper menyiarkan cerita
kisah nasi lemak 2.0
dan pengarahnya diterima konon ideanya berhasil
walaupun suatu ketika dulu
negara kita gempar
dengan cerita lagu negaraku dibabikan
walaupun kita tahu, maruah kita dibawah tapak kaki pelaku..
ingat2lah..

nenek moyang kaya raya
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah
bercampur keringat
bumi dipijak milik orang..

Nota: aku masih tidak boleh memaafkan dia walaupun tiada setitik darahpun tumpah disebabkan dia...dan aku juga bukan bangsa pemaaf walaupun memaafkan itu mulia...

Nota: entri ini adalah link daripada kepala otak aku, tiada kena mengena dengan yg hidup atau yg mati, cuma terheran dengan bangsa yang sangat mudah melupakan perbuatan keji org kepada kita...

Monday, 15 August 2011

tg ismail tg su

tg ismail tg su, duke of songket. gambar diambil dari kecek-kecek.blogspot.com
Sorang lagi tokoh yang aku admire hilang, kembali ke rahmatullah nun jauh di London semalam...digelar Duke of Songket, dua bulan lalu aku terbaca di FB mengenai kesihatannya dan aku yakin ketika itu dia akan sihat dan mempunyai banyak lagi masa untuk memperjuangkan fabrik khazanah tradisi, songket yang mula ditelan arus perdana industri fesyen. Walaupun tidak mengenali secara peribadi dan hanya bercakap beberapa kali di dalam gagang, dia memiliki ilmu yang sangat berguna kepada orang macam aku. Puas dipujuk untuk membenarkan aku menemuinya, dia memberi alasan ramai lagi orang lain yang aku boleh rujuk..lepas tu lama dia hilang (mungkin kerana dia tidak menetap di sini) dan hari ini, terkejutnya aku sebab x sempat nak menemui dia secara in person..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..Al-Fatihah.

Sunday, 14 August 2011

buka puasa @ windsor

 chicken spinach sushi with baby carrot
 golden rockmellon
 black mushroom chicken ball with don pomadoro porchini mushrooms and idahoan original mashed potato
mango cheese layer cake...

burp...Alhamdulillah...

macam s#$%

minggu lepas aku dah tpon ko
dua kali aku try
1st time try ko x angkat
2nd time try..lama aku tunggu
selepas 10 minit, baru aku dengar suara ko
ko ingat suara ko sedap sangat
ko ingat aku boleh sabar dengan ko
nyaris aku nak letak, ko jawab
aku rasa siput pun lembap juga
tapi rupa-rupanya ko lagi lembap
macam c*&l$#a
tengah aku syok bercakap
ko putuskan gagang
minggu ni aku call lagi
ko ingat aku  x dak keje lain
asyik nak call ngko je
kali pertama call...selepas 7 minit baru ko jawab
aku kering air liur nak terangkan, gagang putus
sekali lagi
macam p&%#%$k
aku try kali ke 2...
(kalu ko x angkat gagang....esok lusa ko tunggulah..aku hantar surat pada akhbar arus perdana)
sebab ko lembap angkat gagang, sebab ko lembap entertain aku..
nasib baik ko angat..
bla! bla! bla!
ya...saya anggap ini urgent
ha? nak putus?
bayar balik RM900
wattehell aku pulak nak kena bayar ko
banyak cantik muka ngko...
ok! ok! dalam tenpoh 24 jam, kalu x dak sapa entertain aku
esok ko baca je report aku dalam paper
TM Unifi pentipus
service lembap
aku x pernah bayar bil lambat
service ko memang lembap.
sigh!!

Nota: semoga Allah mengampunkan dosa aku memaki*&%$# budak perempuan bersuara poyo itu kerana kegagalan aplikasi internet TM Unifi buat aku hilang sabar...ampun Tuhan!

music revolution - Adele

Music is a higher revelation than all wisdom and philosophy - Ludwig Van Beethoven.


No wonder..Brat always told me that listening music is a good therapeutic for relaxing of mind, especially before sleep and when we are in a difficult condition, music is the best medicine for calmness and happines. I have no idea on that but science research reveal, a baby in their mother's womb will reflect a smooth gesture when we put a music into the mother's tummy.

Aku tak tahu bagaimana kondisi bayi yang boleh memberi reflection apabila mendengar music, tapi dari aspek disiplin islam, memperdengarkan bayi dengan bacaan al-Quran sejak di dalam kandungan ibunya diyakini kan membuatkan bayi menjadi individu yang mendengar kata dan berhemah..alangkah besarnya pengaruh music atau bunyian-bunyian kepada manusia. Dan fitrah juga membuktikan sesuatu yang mengesankan terutama bunyi-bunyian, apabila diamati boleh menimbulkan kesan terapi yang membangkitkan perasan harmonis dan tenang di dalam diri manusia.

Dan terkini, virus Adele mula menyerang kepala otak aku selepas aku mengetahui dia sudah menyerang minda beberapa yang lain di sekitar lembah klang. Without further delay, i must go to music valley to get ur album. U Adele..make me trouble, nasib baik suara ko comel! Kalu tidak aku x pandang...hahaha!

Saturday, 13 August 2011

Sina hari ini..

letak saja namanya Sina...(bukan Sinar FM ya..)
usia awal 30-an...sedap mata memandang
walaupun bekerja sebagai cleaner saja di serdang
hari ini, nasibnya di hujung tanduk
saat aku lihat dia di wad
dia senyum saja
walaupun ada pendakap pada leher
dia cuba nak bercakap dan bersalam
tapi aku lagi cuba tahan dia supaya jangan bergerak
laporan perubatan belum keluar
kalau ada saraf pada leher yang rosak
dia akan lumpuh seumur hidup
kenapa?
kerana dia dipijak, tendang dan pukul
oleh suaminya yang sakit mental..
walhal aku sudah berpesan kepadanya
kalau nak selamatkan diri, datang saja rumah aku
dia masih berfikir2 untuk bertindak
dan penyudahnya...dia adalah wanita yang seperti aku ziarah hari ini...
nasibnya di tangan doktor..
dia yang aku sanjungi kerana menumpahkan kudrat
menjaga arwah Maa semasa hayatnya dulu..
dia bekas maid aku seketika dulu..
semoga Allah memberikan dia sedikit peluang menikmati kehidupan aman

*perempuan2 di luar sana..
jangan sekali-kali berserah pada takdir
walaupun kita selalu dengar orang kata "...dah takdir..."
bukan, bukan macam tu...
sesetengah hal boleh kata begitu
Sina, kehidupannya tidak bersinar seperti namanya
bahkan malap dan suram
aku harap dia bukanlah orangnya yg akan menghabiskan seluruh kehidupan dengan terlantar....

open email to Maa...

Assalamualaikum Ma..
Maa apa khabar? Maaf, saya dah lama tak berziarah ke rumah Maa..
Saya yakin, Maa tahu kenapa saya tidak mengunjungi Maa..
pastinya rumput dan semalu sudah mula meliar di tepi-tepi batu
pasti juga tanah sudah mula mendap, sebab 2 3 petang ini hujan gugur membasahkan bumi
jiran-jiran Maa pun tentu tertanya-tanya kenapa saya tidak muncul di rumah Maa...
sebab kalau saya muncul, mereka juga akan dapat hadiah..
Maa..ampunkan saya
kalau saya tidak berziarah ke rumah Maa sekalipun
saya sentiasa menyediakan hadiah untuk Maa, Abah dan Nenek
Setiap hari sambil memandu saya menyediakan tiga sampul surat putih untuk Maa, Abah dan Nenek
dan hari Jumaat saya menyediakan hadiah yang lebih lagi untuk Maa kongsi bersama Abah dan Nenek..
tiada apa yang saya boleh hulurkan
kecuali hadiah yang saya titip setiap hari, untuk menyuburkan ingatan saya kepada Maa dan mereka
tiada apa yang boleh menghubungkan kita
kecuali sedekah dan amal jariah yang saya lakukan untuk menggembirakan Maa, Abah dan Nenek
dan kali terakhir saya berkata-kata kepada Maa...
30 Mei 2011, jam 21.30pm, saya mohon Maa doakan segala urusan saya dipermudahkan Allah..
dan Alhamdulillah..saya yakin doa Maa diangkat ke pintu yang terbuka di langit kirmizi
ketika saat anak Adam ini menuju sakaratul maut..
entah bila pula saat saya, akan berangkat ke sana
menemui Maa, Abah dan Nenek
saya mohon, Allah menjemput saya dalam keadaan terpelihara..
Al-Fatihah...

Email to: maryam binti halimah, nisan bertanda 821, perkuburan Islam, Taman Universiti, Bangi.

Nota1: Al-Fatihah juga untuk arwah Shafie Md Nor, Halimah Awang Seman dan Mahani Taib, semoga Allah mencucuri rahmatNYA ke atas mu..

Nota2: Maa...kalau Maa ada ketika ini tentunya saya sudah menyediakan Maa untuk injection insulin dan 250 ml Glucerna...saya akan sentiasa mengenang saat itu...

Friday, 12 August 2011

Melayu London sombong...

Ashraf Haziq ni, tak pasal-pasal jadi femes di Malaya
tulang rahang patah, semalam sokkabar semua
main pic dia kat hospital, tersandar atas katil
nak tunggu operation, sambil tu ada orang besar
dari tanah air melawat dia
untung ko dik, naseb ko sangat baik
sebab tak ada luka teruk
sekurang-kurangnya
ko masih boleh meneruskan hidup
sebab ko cuma patah sikit je..
tahun lepas, sekitar awal Disember
salji renyai-renyai
kalau nak jalan kat Oxford Street pun masih ok..
kalau berlepak-lepak di Bond Street pun tak apa-apa
walaupun ada riot
kedai baju jenama mahal
Top Shop, Zara, Burberry, MnG
semua meriah dik
even kedai kopi pun
apatah lagi gedung milik al-Fayed
yang namanya Harrods
pendek kata, kalo ada 25 jam
25 jam itu akak jamin tak cukup
untuk tawaf gedung tu..
tiba-tiba jam 9 malam waktu London
cuaca sejuk
panggg!!! cermin sebuah kedai baju
di situ pecah berderai
siren polis di mana-mana
dan akak berada di lokasi itu
namun tak seburuk ini..
esoknya...
jalan-jalan lagi, di rumah pak duta, salji menebal di luar, mencucuk tulang hitam, ada fesyen show katanya
makanan penuh meja, wanita anggun berbual santai, akak menepi saja, sambil bercakap dengan sorang kakak ko dik..
"berapa hari di sini..."
"10 hari.."
"dah jalan mana?"
"primak, hay majesty..
"owhh buat apa kat situ?
"saya tengok teater, phantom of the opera.."
" kat KL tak ada kan...suka teater ya"
"a ah..tiket mahal, tapi bukan selalu boleh tengok kat panggung lama di London ni.."
kakak anggun ini senyum manis tapi penghujungnya sinis...aku buat tidak peduli.
"okeh nanti kalau datang London lagi, contact akak...tak payah sewa hotel.."
Aku pun dengan hati mulia menelan kata-kata itu tanpa curiga sama ada berbau racun atau bersari madu.
pot pet! pot pet! pot pet! indah2 semuanya yang dibualkan dan pergerakan aktiviti di rumah pak duta berjalan lancar dengan tetamu masing berpuas hati dengan pertunjukkan fesyen yg pada aku tak adalah bangga sangat pon tapi bolehlah untuk paksa aku tepuk tangan..
masa nak balik, sekali lagi kakak manis sinis bisik pada aku
"...lw, nah ambik alamat kakak, jangan lupa beritahu kalau nak datang London."
Aku buat kedua kalinya mula percaya..wahh baiknya Melayu London walaupun sebelum ini ada surat layang kata Melayu London Sombong...
makan tdo! makan tdo!
aku add kakak manis sinis di FB
sekali berpapasan di skrin bisu neh
dia ramah
dua kali..dia masih ramah...
tiga kali, pun masih manis ramah..
aku hantar mesej pendek..
"...kakak, early winter saya turun ke sana..."
sampai kini, tiada jawapan
bos aku pun kata
"...u kensel trip tu, London riot!"
hmm...akukah yang bernasib baik atau ideologi Melayu London Sombong memang benar...
London terus kecoh...
aku doakan, Izzat, Izzah dan Wan Najah Maryam selamat..
betullah kata artikel yang aku pernah baca, suatu ketika dulu...

artikel ini aku ceduk dalam sokkabar Berita Hairan:
Publication Name : Berita Harian
Date of publication : Tue, Aug 5, 2008
Headline : `Orang kampung' sombong di London
Byline : Oleh Salina Abdullah

ORANG Malaysia/Melayu di London mengada-ngada? Itulah tanggapan penulis serta sebahagian yang lain setelah menjejakkan kaki ke kota metropolitan itu. Setelah dua kali ke kota serba lengkap lagi moden itu dalam tempoh 10 tahun, perbezaannya ketara, tetapi yang tidak berubah ialah sikap orang Malaysia di sana.
   
  Mungkin kerana terlalu ramai orang kita di London sekarang, di mana saja tempat dikunjungi pasti terserempak dengan `orang kampung'.
   
  "Seronok jumpa orang kampung?." Kalau itulah soalan ditanya, jawapan penulis pastinya "tidak!" kerana pada penulis orang Melayu di London, sombong!
   
  Berdepan, berselisih malah berlaga bahu, selamba saja. Jangankan nak senyum, pandang pun tidak, bertegur lagilah, jauh sekali. Entahlah, tak tahu mengapa, nak kata sebab tak kenal, memanglah tak kenal, tapi tak salahkan bersikap mesra, setidak-tidaknya tak menyombong, senyum sudah memadai.
   
  Keadaan amat berbeza bila bertemu `orang kampung' di tempat lain. Negara yang pernah penulis kunjungi seperti Amerika Syarikat, Sweden, Jordan, sekadar memberi beberapa contoh, memperlihatkan betapa orang Malaysia di negara terbabit rajin menyapa, senyum jangan ceritalah. Soalan pertama, "Dari Malaysia?" Sejuk hati...
   
  Kenapalah orang Melayu London jadi macam ini ya? Bukan penulis saja mempunyai pandangan begitu terhadap mereka, begitu juga kebanyakan yang lain. Agaknya sebab ramai sangat orang Melayu di sana, sama ada yang bekerja, bermastautin mahupun menuntut di London. Jadi tak hairan sangatlah dengan kedatangan orang kampung, mungkin...
   
  Kesempatan menemu bual beberapa penuntut Malaysia dan rakyat Malaysia yang bekerja di sana, penulis kira faktor keselesaan hidup di kota London adalah antara penyebab wujudnya golongan atau fenomena Melayu-London ini.
   
  Tidak sukar mencari wang di kota London ini, kata mereka, asalkan rajin dan pandai mencari peluang. Paling penting, peluang ada di mana-mana, pendek kata, London, lubuk emas buat yang rajin.
   
  Bagi pelajar, jika rajin mencari kerja sampingan, tidak perlu berharap sangat pada duit biasiswa atau pinjaman, sebaliknya mampu menghantar wang untuk ibu bapa dan keluarga di kampung. Seperti kata Fina, seorang penuntut Malaysia di sana, kerja sebagai pembersih bangunan juga mampu mendapat kira-kira 2,000 pound (kira-kira RM12,800 sebulan).
   
  Satu pendapatan yang besar, tambah pula, harga barangan, makan, minum, pakaian, murah, lebih-lebih lagi jika ada jualan murah.
   
  Hampir setahun setengah `menghuni' kota London, Fina seronok di sana. Mudah mendapat wang, kos sara hidup rendah, hinggakan dia tidak mahu lagi pulang ke tanah air, lebih-lebih lagi apabila mendengar rata-rata semua harga barangan di tanah air mencanak naik.
   
  Kata Fina, ramai ahli keluarga dan rakannya di Malaysia mengeluh harga barang di Malaysia naik. Petrol naik sehingga RM2.70 seliter ini, jauh lebih mahal daripada apa yang ditanggung di London ketika ini, katanya.
   
  "Kalau gaji di Malaysia RM2,000 pun, minyak sampai RM2.70 seliter, ia dua kali lebih ganda daripada kos ditanggung bagi yang berpendapatan serupa di sini, mengambil kira 1 paun kepada 1 paun, gaji 2,000 paun, minyak baru 1.18 paun seliter," katanya.
   
  Malah harga kereta pun murah. Kota London juga menawarkan banyak peluang perniagaan bagi mereka yang berani mencuba. Industri makanan umpamanya adalah satu bidang yang terbentang luas buat pengusaha makanan.
   
  Penulis sempat mengunjungi dua restoran masakan Malaysia ketika di sana. Restoran JomMakan dan Awana, kedua-duanya milik rakyat dan syarikat Malaysia. Awana mengetengahkan konsep `fine dining', restoran mewah, manakala JomMakan, konsep lebih mudah, ringkas dan pantas.
   
  Sambutan, memang menggalakkan, seiring kecenderungan dan minat warga London juga United Kingdom mencuba dan menikmati makanan dari negara asing. Setakat ini, kira-kira 50 restoran masakan Malaysia beroperasi di sekitar United Kingdom.
   
  Nampaknya, semakin banyak restoran Malaysia di London, di United Kingdom, semakin ramailah juga rakyat Malaysia yang akan menginap di sana. Justeru, tidak hairan jika fenomena Melayu-London juga akan berkembang. 


Kepada Ashraf Haziq, semoga rahang ko cepat sembuh dik!
akak doakan ko adalah antara Melayu hebat kelak...

Thursday, 11 August 2011

Anekdot

Kakak1 : kesian kan, meninggal budak tu makan makanan pasar ramadhan.
Kakak 2: Tu lah, jangan beli makanan kalau Indon yg jual.
Kakak 3: Anak aku tiap2 hari nak p pasar Ramadan.
Kakak 1: Aku masak sendiri kat rumah
Kakak 2: Tapi kat Bangsar kuenya bagus2, cantik!

Dalam hati aku: Aku haramkan kaki aku dari pijak pasar Ramadan..hmm baru ko tau masak di dapur sendiri tu lebih bagus!


Bangsa membaca adalah bangsa bertamadun, ya ke?
Bahkan, kadar celik huruf kita pun dah lebih baik
Kalau dulu, 10 tahun lepas, kajian kata 2 page je setahun purata dibaca
Aku harap terkini lebih dari 1 buku setahun.

Tahun 2005 – 2006, aku baca  50 buku setahun dengan setiap satu 400 pg
2007 – 2010 – merosot jumlah bacaan
2011 onwards - aku kena paksa diri membaca supaya tidak mudah pelupa

:Sebab dah dua tiga hari aku LUPA nak kunci jam nak bangun sahur…sigh!

Wednesday, 10 August 2011

Penakut

mengenang arwah bapa aku dulu
kalau ada bunyi sesuatu di tengah malam
walaupun jam 1 pagi
dia akan bangun untuk check
tak kira gelap malam mengerikan
atau senja petang menyeramkan
dia akan turun untuk survey
selagi tak tahu punca
dia tak akan naik ke rumah
sampai puas hati
barulah dia akan naik
sementara aku pula
balik rumah, terus naik atas
pagi2, kuar bilik
terus tuju pintu besar
aku tak akan masuk dapur
dan 3 bilik lain
sejak 3 malam lalu
ada bunyi asing di rumah aku
hati...tolong jangan takut

Nota: LW..ketakutan tidak akan membunuh
kecuali diri sendiri yang tersalah langkah akan membawa kepada kecelakaan
Brat sentiasa kata pada aku: V, being alone is not a curse but its a gift!

sedekah...

Macam 1 trend pula, nak sedekah..tak pun atas nama CSR..
beli colgate pek kecik, 10 sen akan masuk ke rumah anak yatim
kalau beli pek besar, dapatlah 20 sen
kalau tak beli langsung, tak dapatlah budak-budak tu
sehari berapa ramai pula yg beli colgate
kempen berjalan 30 hari je
buatnya dalam sehari, ada 5 pek kecil je yg terjual
tak ke sedih..
ini trend penjual barang kini
produk2 kecantikan pun begitu
seposen daripada harga barang, akan masuk kocek anak yatim
lepas tu kuar surat kabar, syarikat itu buat csr untuk rumah amal ini
yang itu pula sedekah pada rumah anak yatim yg ini...
aku harap, duit tu betullah dapat kepada mereka yg berhak..
kesian mereka...
semoga Allah permudahkan kehidupan mereka.
...

life is too short

Pada tahun 2000++
doktor kata aku ada simpton kanser
kanser yang sangat ditakuti oleh perempan di muka bumi
kanser rahim..
danggg!!!
aku pun rasa nak putus nafas bila dengar statement melulu
tapi bila lihat muka doktor...aku cuba senyum..
doktor mana tahu aku ya ke tidak ada kanser
ok kita buat diagnosis
aku setuju
banyak darah aku kena ambik dek nurse tu
dah lah banyak..sakit pulak tu
bukan sehari dua
banyak hari aku kena ulang alik
ke hospital
tiba hari nak tahu result
doktor pandang muka aku
(doktor nasib baik muka ko handsome)
aku pun pandang juga sambil cuba mentafsir apa dia nak kata
LW u bebas kanser
tapi hari tu simptonnya macam kanser
mungkin ke arah itu tp sebab u tukar cara hidup
ia jadi ok
apanya nak tukar cara hidup
memang aku hidup macam ni
kerja! kerja! kerja!
so aku bitau doktor
cara hidup macam mana yg doktor nak aku lakukan
bla! bla! bla!
Prof Z: S..life is too short and life is abt to celebrate...jangan terlalu tertekan menghadapinya. Raikan segala apa yang Allah Subhanahuwata'ala bagi ya...
Aku: Terima kasih doktor!

Nota kaki:
1. Ketika itu aku rasa doc separuh usia itu seperti seorang abang yg sangat wajar untuk dihormati kerana nasihat ikhlasnya...walaupun bila aku tengok lengan aku lebam sebab anak buah ko asyik cucuk sana sini nak curi darah aku!!!
2.Untuk menikmati hujung minggu ini, aku nak buka puasa di pantai teluk cempedak, pantai tanjung lumpur! (Pssttt Brat ko p Kuching, aku p Kuantan...fare and square)