Saturday, 3 December 2011

Soneta...


Soneta malam hanya menayangkan gelap sebagai latar, tapi masih boleh diterangi dengan lampu zaman di perabung alam, namun kalau hati gelita, suluhnya apa...

Aku mohon padaMu agar biaskan sedikit kilas sinar menerusi rekah langitMu, menerusi titik hujanMu dan sampaikan ucap redha akan takdir yang sudah tertulis di loh mahfuz sejak azali dengan bias bayu dinihari supaya dia akur aturan hidup, terima kifarah ini dengan hati terbuka...

Tuhan, aku juga melakukan khilaf, ampunkan aku!

20 comments:

  1. cilakak! speaker pulak rosak!

    ReplyDelete
  2. Baik ko cek speaker tu, aku suka lagu ni...insaf beb...

    ReplyDelete
  3. takpe, aku kasi download ini lagu, boleh?

    ReplyDelete
  4. Eh boleh je...ko p dengar kat tiubkau...

    ReplyDelete
  5. Penyanyi lagu tu, judul lagu Tuhan.

    ReplyDelete
  6. ceh, aku tau. any other info?

    ReplyDelete
  7. Nope...that's it..aku pun dok follow lagu tu kat Sinar FM setiap hari..lama2 suka pulak dengan liriknya...

    ReplyDelete
  8. oh, sinar fm. aku dah jarang dengar sekarang sejak dah jarang memandu dan radio kereta aku cuma boleh terima frekuensi 93.9fm sahaja yang tanpa gangguan.

    ReplyDelete
  9. Dulu aku berebut dengan dia sebab dia pulun dengar Klasik FM. Sejak aku sorang ni, aku dengar sinar @ light n easy jer. Kadang2 dgr enjin keta atau deru hujan!

    ReplyDelete
  10. kadang-kadang untuk menjadikan jiwa aku sedikit muda, red104.9 pun ok. yang penting aku tak suka dj (atau caller) yang mengada-ngada. sangat sedut!

    ReplyDelete
  11. Aku kalau nak feeling2 UK aku turn to Light n Easy...tapi kalau nak dengar radio tanpa berfikir just release tention, aku pilih saluran sedut tu lah, iaitu Sinar..haha ko anti Sinar kan..mesti ko jeles sama itu abang Jem, SY @ mak Ning kan...sebab dia sangat sedut...

    ReplyDelete
  12. Weii apa ni..SM punya rosak speaker...u all pakat ekk...

    ReplyDelete
  13. hmm hmm .. kita hanya musafir. banyak salahnya ..

    ReplyDelete
  14. Rashid, ya...Dan tidak pernah sunyi dari melakukan silap walaupun kita sendiri secara sedarnya tidak ingin sama sekali melakukannya.

    ReplyDelete
  15. speaker rosak takpe, jangan spek yang rosak...

    ReplyDelete
  16. semua kita melakukan khilaf dan kita tak pernah berhenti harap semoga Tuhan ampunkan kita.

    ReplyDelete
  17. GW, walau kita cuba melakukan yang terbaik, kita masih tetap bernama manusia dan sewajarnya ada berbuat khilaf, walaupun tanpa sedar...

    ReplyDelete