Tuesday, 13 December 2011

Selamat berangkat...

Assalamualaikum Pakcik,minggu lepas kita dan adik pergi jenguk pakcik di hospital serdang, doktor dan nurse sedang mengerumun pakcik kerana katanya pakcik buang semua drip di tangan dan hidung. Keadaan pakcik sama seperti mak, enam bulan lalu. Kita hanya lihat saja kerana kita tahu pakcik sedang bertarung untuk meneruskan perjalanan mengikut emak atau bersama-sama makcik dan kita di sini.
Kita tahu, pakcik teragak-agak untuk kembali ke daerah abadi atau meneruskan hidup buat sementara di wilayah yang bukan azali ini...kita tahu walaupun pakcik tidak pernah menyatakannya kepada kita...pakcik bebas membuat pilihan...
Dan akhirnya terjawab sudah...mak pasti gembira menyambut kedatangan pakcik di sana...kerana pakcik adalah satu-satunya adik yang sering mak sebut ketika hayatnya. Pakcik kirim salam kita dan adik pada mak, katakan pada mak...kami rindu amat pada mak, sentiasa rindu mak sampai bila- bila...peluk cium kami untuk mak...selamat berangkat pakcik...

Allahyarham Hj Zulkifli Hj Ab Rahman
Kembali ke rahmatullah tanggal 17 Muharram 1433H, jam 1.42 pagi
DaripadaNya kita bermula, kepadaNya kita berpulang
Tidak tercepat...dan tidak tertangguh, walaupun sedetik
Kerana janjiNya pasti
Seperti yang Dia nyatakan pada perjanjian peribadi
Selesai sudah urusanmu di sini
Berpindahlah dengan tenang
Kami doakan perjalananmu tidak terhalang
Bekal kami untukmu
Yassin...walQuran'nilhakim...

Nota: Pakcik, bawa salam dan peluk cium kami untuk mak...

22 comments:

  1. Thanks...

    Cara dia pergi sama macam mak aku dulu, aku mengambil keputusan untuk tidak berada di situ...kerana aku tak sanggup nak melihat perkara yg sama macam mak aku alami dulu...

    ReplyDelete
  2. al -fatihah, banyak2 kan bersabar

    ReplyDelete
  3. Thanks, ya...apa lagi yang boleh dilakukan...urusan dia sudah selesai..kita di sini yang belum tahu perhitungannya...

    ReplyDelete
  4. Thanks MF, he's the only uncle yang akak baik...yang lain agak jauh dan jarang jumpa...

    ReplyDelete
  5. pagi2 dah buat i sedih...sob sob
    alfatihah for him...
    soon kita pulak....

    ReplyDelete
  6. takziah n innalillah buat arwah...al-Fatihah

    ReplyDelete
  7. NP & MN: Thanks...i dapat call semalam jam 1++, nasib baik minggu lepas dah visit dia kat spital..masa tu dia dah koma...dan we all pun dah ada pengalaman kes macam tu..so wife dia baca yassin most of the time..

    ReplyDelete
  8. kau rasa al-Fatihah yang orang macam aku sedekahkan ni sampai tak?

    ReplyDelete
  9. @SM
    orang mcm kau??? kenapa dengan kau??? tak layak baca fatihah ke??
    sampai tak sampai itu belakang kira, janji kau sedekahkan je..

    ReplyDelete
  10. NP : orang yang `bahu kiri senget' macam aku ni doanya banyak tapisan untuk sampai ke sasaran.

    ReplyDelete
  11. NP: kan...bahu senget ke apa, kalu nak baca dengan ikhlas, baca je la kan...

    SM: ko bahu senget ke, kaki cagu ke, apa sekalipun, kalu niat ko ikhlas...ko dok la benua mana sekali pun seperti benua paling hujung dunia kat tanjung piai tu, mesti sampai bacaan ko tu pada si anu atau si polan...kalu ko baca untuk arwah pakcik aku, aku ucap terima kasih bagi pihak arwah pak uda aku tu...hanya Allah yg boleh membalas kebaikan ko tu..

    Eim: terima kasih...

    ReplyDelete
  12. tanjung piai? seafood kat situ tak sedap. cuma view je cantik.

    ReplyDelete
  13. Aku ingat tempat tu pun sebab tempat tu cantik dan sangat mengagumkan aku...tanah paling hujung benua dunia...

    ReplyDelete
  14. tapi ada pendapat yang lain menafikan sebab kedudukannya yang terletak di semenanjung. jadi tak dikira sebagai sebahagian tanah besar. dan lagi satu, aku dah tak tau macamana keadaan pusat konservasi untuk spesis burung kat sana. lama tak pergi, sebelum siap tanjung bin power plant. yang mana terletak tak jauh dari situ. apa yang aku tak faham, kenapa masih gunakan arang batu sebagai bahan bakar? apa efek kat tanjung piai kelak? (lari topik sekejap)

    ReplyDelete
  15. Tak lari topic, aku suka issue ni. Pd pandangan aku, PBT sini memang macam tu...mereka x pernah tahubnak melestarikan ekosistem warisan alam semulajadi...tg piai tu masuk dlm peta dunia dan sport tourism yg nature dan pure tapi kalu dah bina bin power segala bagai, rosaklah ecotourism kat situ...aku suka sangat tempat tu...

    ReplyDelete
  16. aku rasa kalau effect pun, mungkin dalam peratusan yang kecil kot. ok, aku rasa dalam waktu terdekat ni aku kena ziarah kawan aku yang ada kat sana. (jangan ngada-ngada nak ikut)

    ReplyDelete
  17. NAK IKUTTT!!! bila ko nak p, sat aku bitau NP..yay!

    ReplyDelete
  18. ikut? dah balik dari sana baru aku `bitau'.

    ReplyDelete