Sunday, 18 December 2011

Pontianak

Ini bunga yang dah kering
bungan kesukaan aku
aku dah simpan hampir dua tahun
tapi bila buka je tempat simpanan bunga ini
bau wangi semerbak
wanginya tak hilang
amat menyenangkan...
ada orang kata bunga ni bunga pontianak
sebab baunya akan semerbak selepas midnite
namanya bunga kesidang
aku suka sampai bila2 bunga ini
tapi kalau tanam tak pernahnya mau tumbuh...
ehh tetiba ada bau wangi lah...???

24 comments:

  1. wangi? maaf, aku pakai perfume baru petang ni...

    ReplyDelete
  2. ko pakai pewangi apa beb? wangi tak? haha...

    ReplyDelete
  3. Kemboja? Eh aku suka bunga tu.. Sebab ia bunga kuburan..

    ReplyDelete
  4. hahahaa..! antara kemboja dengan kesidang, yang mana satu kau pilih?

    ReplyDelete
  5. Kesidang pilihan pertama kerana baunya dan kemboja selepas kesidang kerana statusnya...

    ReplyDelete
  6. bermakna, bau bunga kesidang lebih mempunyai aroma yang menusuk sampai jantung?

    ReplyDelete
  7. Yerpnya, baunya kekal Dan melekat...

    ReplyDelete
  8. Seri seram tu kak engku sinar fm woii... Aku punya Siri seram...

    ReplyDelete
  9. bau wangi bunga2 ni i kurang suka..takuttt

    ReplyDelete
  10. NP, I suka...kalau bau wangi malam2 masa I balik keje nak masuk pintu rumah tu I buat tak tahu jer...

    ReplyDelete
  11. takut la tu. baru aku tau kau (dan NP) buat-buat berani selama ni.

    ReplyDelete
  12. aku suka wangi-wangian, membuatkan aku tenang dan tenteram. pasal pokok tu aku tak pernah dengar, mgkn kampung aku xde sepisis pokok tu.

    ReplyDelete
  13. Eh aku tarak apa pun, bunga ni memang aku suka...jadi segala apa yg berkaitan dengannya maka aku suka...no fear ok!

    ReplyDelete
  14. TP, pokok tu ada banyak kat kampung, mungkin ko x kenal kot. Ia tumbuh menjalar, daunnya lebar berwarna hijau neon, bunganya lazim kembang setangkai setangkai dan berwarna putih. Baunya bangkit dan semerbak pada waktu malam. Kerana bau wangi yg luar biasa itulah ia digelar bunga pontianak atau harum sundal malam...

    ReplyDelete
  15. @SM
    mana ada buat2 berani bab2 mcm ni wey....

    ReplyDelete
  16. NP: SM sorang jer berani buat2 main dengan mende cenggini, kita tengok nanti..

    ReplyDelete