Tuesday, 20 December 2011

Last call mokyong

Mek Mulung Cahaya Bulan (MMCB) yang dipentaskan di Panggung DBKL, adalah yang terakhir kerana ia tidak akan dipentaskan lagi selepas ini atas sebab2 tertentu..and im lucky bcoz i was there for the last call...
Menikmati sebuah karya seni tidak semestinya berpaksi kepada gah sebuah tempat atau siapa pemainnya. Arwah mak aku dulu sentiasa suka seni rakyat jelata yang satu ini, makyong. Angin mak kini sudah berpindah kepada aku

Kalau diberi pilihan antara tiket konsert Search dan tiket makyong ini, aku pilih makyong. Kalau diberi pilihan antara tiket konsert Jamal Abdillah dan tiket Main Puteri di DFP, aku pilih Main Puteri.Dan kalau ditanya antara Ombak Biru dan Wayang Kulit Wok Long Pak Dogol, aku pilih wayang kulit. Kerana ketiga-tiga seni ini memerlukan angin dan semangat untuk menghayatinya..seni marhaen yang menjadi hiburan kepada masyarakat bawahan, namun kini sudah diangkat seabagai warisan dunia, diiktiraf Unesco.

Nota: terima kasih kepada dia yang menyediakan satu tempat untuk aku menghayati seni yang selamanya evergreen ini di kalangan penggiat dan peminat seni makyong...yo la awe weiii...

16 comments:

  1. hm, aku kurang yakin kalau nak dikatakan seni yang berpaksikan masyarakat marhaen sebagai khalayak penonton utama ni mampu menjadi medium tontonan dunia umum suatu hari nanti. aku katakan macam ni sebab ketiga-tiga cabang seni yang kau sebutkan tu sudah hampir tiada akarnya dalam generasi anak-anak kita. mampu ke seni ini menyaingi keletah nakal angry bird dan spongebob? oh, mungkin aku terlalu jauh berprasangka. pokoknya, aku belum nampak lagi suatu jenis kesungguhan dari generasi pelapis secara keseluruhannya. minta tolong betulkan kalau aku silap. aku cuma sekadar nak tau...

    aku tau siapa dia...

    ReplyDelete
  2. tahniah..ko 1st! kihkihkih!

    Pendapat ko memang 200% aku sokong..walopon Unesco dah iktiraf, tapi ia makin ditelan zaman..sedikit demi sedikit..malam yg aku tonton tu pun x penuh. Diakui ada khalayak yang memahami dan menyokong namun penggiatnya amat sedikit, malah sudah hampir tiada dan kumpulan seni yang menjayakan seni ini pun kabarnya akan dibubarkan. Aku rasa lucky sebab MMCB ini adalah yg terakhir dipentaskan...dah berzaman aku tunggu nak tengok...masa dipentaskan di DFP dulu aku terlepas pandang...so kali ni bila dia usahakan tiket untuk aku...memang aku x lepaskan peluang.

    Ya...dia yang pernah aku nyatakan pada ko dulu..walaupun jasadnya tiada di situ...aku tahu rohnya ada...

    ReplyDelete
  3. (hidung kembang tak mau kuncup sampai lusa)

    jadi, maknanya semua ni takde kesinambungan? takde makna la kalau dapat pengiktirafan Unesco tapi macam hidup segan mati tak mau. lama-kelamaan kita sendiri pun cuma dapat dekati cabang seni ni melalui medium rakaman je. abis tu, apa usaha yang diorang buat `selain bubarkan grup' ni?

    ReplyDelete
  4. itulah kenyataannya...setakat yg aku tau..ramai yg pakar dalam bidang ini...sekarang ini aswara antara institusi yg masih mengekalkan subjek ini dalam silibus pengajian di situ. So ada penggiat junior tapi mereka kena belajar banyak dari A - Z..

    ReplyDelete
  5. kalau nak terapkan dalam subjek elektif dalam sekolah menengah pun ok jugak. tak pun masukkan dalam kegiatan ko-kurikulum. jadikan seni macam mok yong (ke mak yong?) ni sesuatu yang fun. baru la datang minat.

    ReplyDelete
  6. mokyong sebutan masyarakat pantai timur specially kelantan..makyong bahasa standard..kalau aku ini pentadbir, harus je aku gesa masukkan subject ni dalam ko kurikulim kat sekolah..

    ReplyDelete
  7. apa yang selalu dipersembahkan sama di sekolah atau ipt terutama sekali dalam majlis tertentu cuma dikir barat. tapi itu pun sekadar angin lalu je, cuma sekadar persembahan. takde perhatian yang lebih serius lagi. tak salah jugak selain persatuan bahasa atau persatuan sejarah kat sekolah tu, wujudkan sekali kelab persembahan tradisional. kelab kebudayaan yang ada di sekolah sekarang sekadar ada je. lepas tu, bila dah diwujudkan, kena la penuhkan dengan aktiviti yang namaok berwarna-warni pada pandangan pelajar. baru fun! pergh, aku rasa macam nak mohon jawatan pegawai pendidikan daerah pulak!

    ReplyDelete
  8. bagus, kalu ko mohon, musti ko-ko di sekolah lebih bermakna...namun agak berat juga untuk pelajar mendalami makyong kerana ia seni yang menuntut disiplin tinggi...tapi apa salahnya kan...melentur buluh biarlah dari rebung..

    ReplyDelete
  9. kalau i diberi peluang untuk menari dalam makyong ni, i nak..nak sangat2..
    dulu my aruah moyang salah sorang penari MAIN PUTERI...

    ReplyDelete
  10. ye, budak-budak ni cara nak mendekatkan dia adalah melalui keseronokan. jadikan seni ni sesuatu yang menyeronokkan. baru lah mereka tak menjauhi.

    ReplyDelete
  11. NP: best tau kalau tahu menari mak yong, tapi kena ada angin...arwah mak i kalau tak segar, dia mesti cari angin untuk buang rasa tak segar tu..salah satunya tengok mak yong atau main puteri..
    arwah moyang u main puteri...hebat! i suka tengok dan i pun berangin kalau tengok. i pernah tengok kat DBP, ada group dari KB buat show dua jam...mak aihh rasa i pun nak bangun sama...angin kan..org tak tahu mungkin tak faham dengan istilah angin ni...

    SM: aku yakin kalu masukkan dalam silibus ko-ko, budak2 tu akan suka sebab ia macam santai tapi kita mendidik sebenarnya..kalu ada anak esok, aku nak hantar dia belajar mak yong..

    ReplyDelete
  12. @LW
    SM tak tahu maksud angin tu... bukan kentut tau!!

    ReplyDelete
  13. NP, biar dia cari sendiri maksud angin tu...hihi

    ReplyDelete