Thursday, 8 December 2011

Monolog

Setiap pagi
kulintas perkuburan sayu
dia ada di situ.

Menjelang tengahari
kulalui hentian rindu
dia ada di situ.

Memasuki malam
aku meniduri lelah
dia ada di sebelah.

Menjelang dinihari
aku bangkit munajat
dia ada dekat.

Setiap ketika
apabila aku luka
dia mengubat nestapa.

Terima kasih, Tuhan!

8 comments:

  1. ye, dia masih ada bila2 masa...

    dan sy tau akak LW seorang yg tabah..

    ReplyDelete
  2. Thanks MN, dan saya tahu awak tahu saya tabah...ngee!:-)

    ReplyDelete
  3. Beginilah klu kita sentiasa mendekatkan diri kepadaNya, sekurang-kurangnya kita sedar diri ini kerdil keadaannya.

    ReplyDelete
  4. Ya MF, kalau kuman dicincang seribu pun, kita masih jauh lebih kecil dari itu di sisi Dia...

    ReplyDelete
  5. mula-mula dah berdiri bulu roma...

    haha!

    ReplyDelete
  6. Uncle...don't jump to the conclusion arr...haha!

    ReplyDelete
  7. Tuhan..mana pernah Dia menjauh dari kita.

    ReplyDelete
  8. Dia, satu2nya yang tidak pernah menjauhi apatah lagi mengecewakan kita...

    ReplyDelete