Friday, 2 December 2011

Anekdot Jumaat

Sejarah sudah pergi, tamat riwayat pada sebatang hujung kalam yang runcing, tidaklah sampai menikam hati aku walaupun ketajaman itu berupaya menghiris perasaan dalam jangka masa berkurun...tapi hati, tidak perlulah tunduk pada sebuah iklim pedih yang tidak mendatangkan apa-apa...

Aku sudah balut luka itu...sudah dikafan bersama setanggi tanpa bau, diam di satu persemadian rahsia, kalau masih berdarah sekalipun, ia hanyalah pandangan silau mata yang dimasuki debu jalanan ketika aku berpapasan dengan beberapa orang yang bernama ruang, waktu, kenangan, ingatan, amarah, insaf dan bangkit...

Aku tahu, sejarah bakal tercipta lagi...sudah aku kebumikan seberkas masa lalu, yang kelabu berbaur nafas lelah pada sebuah perjalanan, hati..perlu akur pada aturan hidup...kerana ketika Tuhan meniup pangkal roh di dalam rahim ibu pada usia 40 hari, aku sudah menyanggupi untuk menghadapi pancaroba ini, sama ada berkalang api atau bara, sama ada melangkah duri atau onak, mahupun memijak kaca bersepuh racun bisa, berilah seribu dasawarsa sekalipun, aku sedar nyawa ini bukan milik aku...tapi ia adalah amanah bersifat sementara yang perlu dimiliki secara total!

Sekali lagi, aku sudah simpan kemas sebuah harta bernama sejarah, melambai sayu pada masa lalu, menyapa mula pada masa kini dan memandang sedia pada sebuah masa depan yang belum pasti dalam genggaman...namun, kalau selagi bernama insan, Tuhan tidak mahu aku berserah..sebagaimana emak pernah berkata, selagi roh dikandung badan, selagi bumi masih belum mahu menerima jasad ini, melangkah harus diteruskan...

Ampunkan aku Tuhan!

Jumaat, 6 Muharram 1433H

18 comments:

  1. Akak,

    Sy rs akak berbakat sgt klu mengarang novelkan? Akak ada pnh terpk tak nak hasilkan novel sendiri?

    ReplyDelete
  2. MF, akak karang novel untuk diri sendiri..

    ReplyDelete
  3. hamba pun terfikirkan perkara yang sama, tuan hamba amat berbakat kerana...

    ReplyDelete
  4. tuan mamanda x perlulah bermuka-muka dengan patik pacar yg hina dina ini...tsk!

    ReplyDelete
  5. hamba tak perlu bermuka-muka atas kebenaran yang jelas terserlah nyata.

    ReplyDelete
  6. terserlah atau nyata..itu bukan bukti...hamba tetap dengan kehidupan marhaen...



    perghhh...weiii drama bangsawan slot samarinda ke apa ni weiii...warghahahaha!

    ReplyDelete
  7. NP, itu ayat perasaan tidak keruan selepas melakukan kesalahan di jalan raya pagi tadi...bercampur baur...dua tiga hari ini...

    ReplyDelete
  8. kesalahan? apakah yang tuan hamba telah lakukan?

    ReplyDelete
  9. Hamba membuat onar melanggar undang2 tiang ketika nyalaan merah, lantas menjeritlah seekor lori babi akibat kemarahan dan terperanjat dgn perilaku semberono hamba...

    ReplyDelete
  10. ok, tuan hamba juga layak dimasukkan ke dalam senarai pemandu `berhemah' yang ada dalam simpanan hamba, bakal dikeluarkan setiap bulan.

    ReplyDelete
  11. Silakan datuk mamanda, kerana hamba ini banyak khilafnya, membuat onar di pelusuk kg Pinang sebatang, tapi jangan datuk mamanda melakukan perkara yg sama nanti dibilang ibu ketam mereng, mengajar anak berjalan betul tapi ia sendiri seperti keling mabuk todi lagak pemanduannya!

    ReplyDelete
  12. Aaaah i selalu langgar lampu merah...opssss...

    ReplyDelete
  13. Langgar itu lampu merah kalu tarak juga itu kamera tarak apa adik manis..tapi ( bukan tapi SM) kalau kamera juga ada, saman juga kena bayar adik manis...ekekeke!

    ReplyDelete
  14. cuba tuan hamba bayangkan ketika itu terdapat seseorang sedang melintas jalan tanpa tuan hamba sedari. tidak semena-mena perlakuan yang tuan hamba anggap perkara biasa dan tiada salah itu mampu mencabut nyawa seseorang dan menyebabkan beberapa anak kecil menjadi yatim di rumah. dan tiada lagi sesiapa yang mereka harus tunggu di muka pintu setiap petang untuk diteriak "yea yea, abah balik...!"

    ReplyDelete
  15. Oleh sebab bayangan sebegitu, hamba yg sentiasa tidak pernah terlepas dari alpa dan khilaf menukilkan entry insaf ini, karena seharian tidak keruan memikirkan sikap semberono di aspal itu mungkin mengorbankan nyawa yg tiada dosa...apakah datuk mamanda menteri membawa kapcai penuh sopan santunkah, atau memandu kenderaan national dengan penuh adat istiadat?

    ReplyDelete
  16. i langgar lampu merah ketika tiada orang melintas..
    alaahhhh laluan tu laluan tak sibuk...kat kuala selangor jerrr..

    ReplyDelete
  17. ntahnya SM tu...i pun kalau confirm tak dak orang dan tak dak kamera, i zass jer..hihi..

    ReplyDelete